Sunday, January 02, 2011
Pilihanraya Umum pada tahun 2011 ini
Di bawah adalah ulasan yang menarik sebagai pembukaan ambang tahun 2011 yang dipetik dari Blog A. Kadir Jasin.
BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno.
Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu.
Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya.
Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen.
Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu.
Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun 2011 ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11.
Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi.
Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.
Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin.
Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.
Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.
Petanda PRU Mengejut
Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-
1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;
2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;
3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;
4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;
5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;
6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan
7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.
Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM
Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau.
Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah.
Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008.
Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:-
i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik;
(Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.)
ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga;
iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya;
iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan
v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak.
Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini.
Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang:
a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN;
b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah;
c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan
d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio.
(Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star’s jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.)
Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat.
PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan.
Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN.
Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak.
Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib “akan menjadi hari penentuan bagi BN”. Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti.
Thursday, December 30, 2010
Kereta kita punca datangnya penyakit kanser

Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini.
Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
No wonder more folks are dying from cancer than ever before. We wonder where this stuff comes from but here is an example that explains a lot of the cancer causing incidents. Many people are in their cars first thing in the morning and the last thing at night, 7 days a week. As I read this, it makes me feel guilty and ill. Please pass this on to as many people as possible. Guess it's not too late to make some changes.
怪不得比起從前,有越來越多鄉親死於癌症,在我們都還不清楚癌症是從哪兒來之際,有個實例顯示出許多癌症都是意外發生的。嗯,許多人早上第一件事和晚上最後一件事都是待在汽車裡,一周7天。當我讀到這個,感到又難過又愧疚。請盡可能地把這訊息傳給大家,希望還來得及做些改變。
Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Please do NOT turn on A/C as soon as you enter the car. Open the windows after you enter your car and turn ON the AC after a couple of minutes.
進入車內不要馬上打開空調,先打開車窗通風幾分鐘,才打開空調。
Ini sebabnya:
Here's why:
以下是原因:
Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
According to a research, the car dashboard, sofa, air freshener emit Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen - take time to observe the smell of heated plastic in your car).
根據研究,汽車的儀表板。沙發。空氣濾清器會釋放“苯”,產生毒素而致癌。(致癌物質——花一點時間去觀察你的車里的塑膠製品高溫時產生的氣味。)
Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes anemia and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer. Can also cause miscarriage.
除了致癌之外,”苯“還會侵蝕我們的骨骼,造成貧血和降低白血球數量。長期曝露其中會導致白血病,大大增加罹癌的風險,也可能導致流產。
Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Acceptable Benzene level indoors is 50mg per sq.ft. A car parked indoors with windows closed will contain 400-800 mg of Benzene.
苯”每平方英尺的可接受水平為50毫克。若停車在室內又窗戶緊閉,則產生400-800毫克的“苯”。
Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to HK +852 20004000 通話 mg, 40 times the acceptable level.
若停在戶外大太陽下溫度超過 60 ℉ ( 15.5 ℃ ),“苯”就上升至HK +852 20004000 通話 毫克,超出允許量的40倍!
Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
People who get into the car, keeping windows closed will inevitably inhale, in quick succession, excessive amounts of the toxin.
人們只要進入車內而又車窗緊閉,將會無法避免快速連續地吸入過量的毒素。
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Benzene is a toxin that affects your kidney and liver.. What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff.
“苯”是那種會影響你的腎臟和肝臟的毒素,更糟糕的是,你的身體想把這種有毒物質排擠出去是極度困難的。
Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
So friends, please open the windows and door of your car - give time for interior to air out -dispel the deadly stuff - before you enter.
所以朋友們,進入汽車之前,請把你車子的門窗打開,給點時間讓車內的空氣--致命的東西排出。
Fikirkan:
Thought:
想想:
Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.
'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'
當有人把有價值的東西分享給你,而你又從中得到利益時,你有一份道德義務分享給其他人,不是嗎?
Wednesday, December 29, 2010
Kebaikan batang paip diletak dalam sesalur konkrit

Selalunya dapur dan bilik air kita terletak di bahagian paling belakang rumah kita. Oleh itu batang paip yang tertanam bawah lantai konkrit rumah kita itu agak panjang juga.
Kalau berlaku kebocoron pada batang paip tersebut sudah tentu kita terpaksa menebuk lantai rumah kita untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Dan kita juga terpaksa menebuk lantai rumah sepanjang batang paip kalau kita hendak menggantikan batang paip yang usang.
Kalau lantai rumah kita mempunyai kemasan batu marmar, sudah tentu ini akan memakan belanja yang besar kalau kita terpaksa memecah dan mengganti semula lantai yang pecah setiap kali kita membaiki batang paip yang bocor.
Mungkin untuk mengelakkan penglibatan kos yang tinggi dalam mengganti paip yang bocor, adalah lebih sesuai jika batang paip ini diletakkan dalam sesalur konkrit yang ditanam di bawah lantai rumah. Oleh itu batang paip tidak perlu lagi ditanam dalam konkrit lantai, sebaliknya ditolak untuk dimasukkan atau ditarik untuk dikeluarkan melalui sesalur konkrit yang telah tersedia di bawah lantai rumah.
Batang paip sekarang banyak dibuat dari bahan plastic yang fleksibel, jadi tidak ada masalah untuk memasuk dan mengeluarkannya melalui sesalur konkrit yang berbentuk segi empat atau selinder itu.


Tuesday, December 28, 2010
6 cancer-fighting foods




To reduce your risk of cancer, look no further than your fridge. "All the studies on cancer and nutrition point to eating plant-based foods for their phytonutrients and other special compounds," says Richard Béliveau, PhD, chair in the prevention and treatment of cancer at the University of Québec at Montreal and author of Foods to Fight Cancer.
Aim for five to nine daily servings of all kinds of fruits and vegetables—especially these six superstars.
Broccoli
All cruciferous veggies (think cauliflower, cabbage, kale) contain cancer-fighting properties, but broccoli is the only one with a sizable amount of sulforaphane, a particularly potent compound that boosts the body's protective enzymes and flushes out cancer-causing chemicals, says Jed Fahey, ScD. A recent University of Michigan study on mice found that sulforaphane also targets cancer stem cells—those that aid in tumor growth.
Helps fight: breast, liver, lung, prostate, skin, stomach, and bladder cancers
Your Rx: The more broccoli, the better, research suggests—so add it wherever you can, from salads to omelets to the top of your pizza.
Health.com: 13 easy pizza recipes
Berries
All berries are packed with cancer-fighting phytonutrients. But black raspberries, in particular, contain very high concentrations of phytochemicals called anthocyanins, which slow down the growth of premalignant cells and keep new blood vessels from forming (and potentially feeding a cancerous tumor), according to Gary D. Stoner, PhD, a professor of internal medicine at The Ohio State University College of Medicine.
Helps fight: colon, esophageal, oral, and skin cancers
Your Rx: Stoner uses a concentrated berry powder in his studies but says a half-cup serving of berries a day may help your health, too.
Health.com: Go wild for berries!
Tomatoes
This juicy fruit is the best dietary source of lycopene, a carotenoid that gives tomatoes their red hue, Béliveau says. And that's good news, because lycopene was found to stop endometrial cancer cell growth in a study in Nutrition and Cancer. Endometrial cancer causes nearly 8,000 deaths a year.
Helps fight: endometrial, lung, prostate, and stomach cancers
Your Rx: The biggest benefits come from cooked tomatoes (think pasta sauce!), since the heating process increases the amount of lycopene your body is able to absorb.
Health.com: 10 tasty tomato recipes
Walnuts
Their phytosterols (cholesterol-like molecules found in plants) have been shown to block estrogen receptors in breast cancer cells, possibly slowing the cells' growth, says Elaine Hardman, PhD, associate professor at Marshall University School of Medicine in Huntington, West Virginia.
Helps fight: breast and prostate cancers
Your Rx: Munching on an ounce of walnuts a day may yield the best benefits, Hardman's research found.
Health.com: 8 super nuts
Garlic
Phytochemicals in garlic have been found to halt the formation of nitrosamines, carcinogens formed in the stomach (and in the intestines, in certain conditions) when you consume nitrates, a common food preservative, Béliveau says. In fact, the Iowa Women's Health Study found that women with the highest amounts of garlic in their diets had a 50 percent lower risk of certain colon cancers than women who ate the least.
Helps fight: breast, colon, esophageal, and stomach cancers
Your Rx: Chop a clove of fresh, crushed garlic (crushing helps release beneficial enzymes), and sprinkle it into that lycopene-rich tomato sauce while it simmers.
Health.com: Surprising health benefits of garlic
Beans
A study out of Michigan State University found that black and navy beans significantly reduced colon cancer incidence in rats, in part because a diet rich in the legumes increased levels of the fatty acid butyrate, which in high concentrations has protective effects against cancer growth. Another study, in the journal Crop Science, found dried beans particularly effective in preventing breast cancer in rats.
Helps fight: breast and colon cancers
Your Rx: Add a serving—a half-cup—of legumes a few times a week (either from a can or dry beans that've been soaked and cooked) to your usual rotation of greens or other veggies.
Sunday, December 26, 2010
Bahaya Syiah

Bila Al-Arqam menuduh Syiah bahaya, ini memberi satu gambaran psikologi kepada khalayak yang akan tertanam dalam fikiran mereka bahawa Al-Arqam bukanlah satu gerakan yang bahaya.
Apakah agenda sebenar di sebalik penerbitan buku Bahaya Syiah yang ditulis Ustaz Asaari ketika itu, tidaklah kita ketahui dengan tepat.
Apa yang pastinya, gerakan Al-Arqam telah semakin mendapat sokongan dan kepercayaan dari orang ramai, menjadikannya satu pertubuhan yang sangat berpengaruh.
Tetapi apa yang dapat kita lihat 10 tahun selepas itu, gerakan Al-Arqam telah ‘dimusuhi’ dan ‘diperang’ oleh kerajaan UMNO sehinggalah pertubuhan Al-Arqam diharamkan pada tahun 1995 kerana dituduh ajarannya menyeleweng dan sesat.
Sejak kebelakangan ini isu Syiah kembali heboh. Kenapa tiba-tiba isu Syiah timbul kembali? Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.
Mungkin UNNO hendak memperkukuhkan keyakinan orang ramai, terutamanya orang Melayu, bahawa UMNO masih memperjuangkan kesucian Islam.
Apabila kita tuduh orang lain menyeleweng dan sesat, ini secara tidak langsung seperti membawa erti yang kita tidak menyeleweng dan tidak sesat.
Setelah tindakan pemulihan dan pemurnian aqidah telah diambil oleh kerajaan kepada kumpulan Al-Arqam, kenapa pertubuhan Al-Arqam itu tidak dibenarkan bergerak menjalankan aktiviti mereka semula?
Apakah Al-Arqam diharamkan betul-betul atas sebab aqidah menyeleweng atau ada sebab-sebab lain yang merbahayakan kedudukan pemimpin tertentu?
Begitulah liciknya pemimpin-pemimpin politik dalam kerajaan ketika itu, telah menggunakan alasan penyelewengan aqidah untuk meyakinkan orang ramai bagi mewajarkan mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan Al-Arqam.
Sepatutnya, apabila aqidah Al-Arqam telah dimurnikan kepada landasan yang betul, ia sepatutnya telah menjadi sama taraf dengan pertubuhan ABIM, JIM dan gerakan Tabligh. Tetapi kenapa Arqam terus juga diharamkan?
Wednesday, December 22, 2010
PR perlukan 100 hari, BN ada masa dua tahun untuk laksanakan
Sebenarnya BN mempunyai kelebihan, kerana BN bukan setakat mempunyai masa 100 hari tetapi dua tahun untuk melaksanakannya sebelum tiba masa pilihanraya tersebut. Dan tidak ada sebab lagi untuk kita mengundi PR dalam pilihanraya itu nanti kalau semua 10 perkara asas tersebut telah dapat dilaksanakan oleh BN.
Inilah 10 perkara asas itu, yang dipetik dari Harakah
Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.
Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.
Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.
“Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.
“Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.
“Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.
“Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak,” tegasnya.
Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.
“Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.
“Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.
“Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.
“Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya.
Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.
“Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.
Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.
Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.
“Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya.
Monday, December 20, 2010
Akta juvana perlu disemak semula
BATU PAHAT: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Siti Mazni, 14, yang ditemui di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, di sini, Jumaat lalu, meminta kerajaan meminda hukuman pesalah juvana bagi mengelak kejadian sama berulang.
Abdul Rahman Hassan, 40, berkata remaja berusia bawah 18 tahun ketika ini dilindungi Akta Kanak-Kanak menyebabkan pesalah juvana dikecualikan
daripada hukuman berat seperti gantung sampai mati.
“Bagaimanapun, jika pesalah juvana terus dikecualikan hukuman berat terutama apabila melakukan kesalahan serius seperti membunuh dan merogol, tidak wajar pengecualian itu diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Mengulas pembunuhan itu, Abdul Rahman berkata, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi masih sukar menerima cara kematian Siti.
“Saya minta pelakunya dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan supaya kejadian sama tidak berulang.
“Sebelum ini, hanya mereka berusia di atas 18 tahun dikenakan hukuman berat menyebabkan ada remaja jadi tidak bertanggungjawab kerana sedar hukuman tidak setimpal.
Dalam ajaran Islam pun, takrif dewasa itu dikira bila seseorang telah akal baligh. Bagi lelaki tanda akal baligh mereka ialah bila telah ‘bermimpi’, dan bagi wanita pula bila sudah datang haid.
Bila seseorang itu telah mencecah umur akal baligh, mereka mesti bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri. Dosa-dosa akan diambil kira jika mereka melakukan kesalahan dan tidak lagi dipikulkan kepada ibubapa mereka.
Organ yang paling akhir mencapai kesempurnaan dalam tubuh badan kita ialah organ sex. Apabila organ sex telah sempurna, seseorang itu dianggap telah dewasa dan boleh menyumbang kepada kelahiran zuriat.
Zaman sekarang, kanak-kanak lebih cepat dan lebih banyak terdedah dengan ilmu pengetahuan. Dengan berbagai kemudahan teknologi yang ada hari ini mereka cepat menguasai ilmu pengetahuan berbanding kanak-kanak yang hidup pada masa dulu.
Oleh kerana kanak-kanak sekarang berpengetahuan tinggi, maka tidak timbul lagi kalau pengecualian diberi kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun ini atas alasan kerana mereka tidak cukup pengetahuan untuk berfikir.
Oleh itu memang wajar kanak-kanak yang telah akal baligh yang melakukan jenayah ganas, seperti rogol dan pembunuhan, dikenakan hukuman yang berat, walaupun umur mereka masih di bawah 18 tahun.
Berbanding amalan sekarang, pesalah juvana yang melakukan kesalahan membunuh tidak dikenakan apa-apa hukuman selain dari diperintahkan diasingkan di sekolah Henry Gurney untuk proses pemulihan.
Kanak-kanak yang nakal dan ganas ini biasanya telah dapat dikesan semasa mereka bersekolah. Kanak-kanak ini selalu melanggar disiplin sekolah, mereka bersikap samseng, menghisap rokok dan mengacau murid-murid lain yang hendak belajar disekolah tersebut.
Sepatutnya murid-murid yang samseng tegar ini, diasingkan ke sekolah asrama penuh khas untuk mereka, untuk dipulihkan sikap dan disiplin mereka.
Kalau kita dapat mengambil tindakan lebih awal, tentulah kita dapat mengelakkan mereka sampai terlibat dengan jenayah yang lebih ganas, termasuk membunuh.
Tetapi amalan yang ada hari ini, kerajaan kita lebih berminat dan menumpukan untuk mengurung murid-murid yang cemerlang di dalam sekolah-sekolah asrama penuh.
Friday, December 17, 2010
Perang Korea, menang jadi arang kalah jadi abu
Korea Selatan merupakan negara industri yang sedang pesat berkembang maju, merupakan pengeluar dan pengeksport kereta dan barang-barang elektrik yang terbesar di rantau ini selepas Jepun.
Sudah tentu kalau berlaku peperangan dengan Korea Utara, Korea Selatan akan menghadapi kemeseletan ekonomi yang teruk kerana terpaksa membiayai peperangannya.
Di sebelah Korea Utara pula keadaannya mungkin menjadi lebih teruk, kerana negara itu bukanlah sebuah negara yang kaya. Peperangan akan menjadikan rakyat negara itu lebih derita.
Sepatutnya sekarang bukanlah masa untuk kedua-dua negara itu mencari alasan untuk berperang, sebaliknya adalah masa untuk mencari jalan ke arah penyatuan selepas puluhan tahun berpisah kerana perbezaan anutan fahaman politik.
Moga kedua-dua pemimpin negara Korea ini sentiasa dalam keadaan waras dan tidak termakan dengan hasutan dan provokasi dari pihak luar sehingga sanggup menjadikan negara mereka sebagai medan peperangan.
Malaysia dan lain-lain negara di rantau ini juga mempunyai hubungan perdagangan yang besar dengan negara Korea terutamanya Korea Selatan. Sudah tentu peperangan negara Korea, sedikit sebanyak akan turut menjejaskan kerancakan ekonomi negara serantau.
Oleh itu demi kebaikan semua, Negara-negara ASEAN perlu memainkan peranan yang aktif bagi menghalang atau menyekat peperangan Korea ini dari terus meletus.
Mungkin peperangan Korea ini boleh mengalihkan perhatian orang ramai dari isu WikiLeaks dan sekaligus menghapuskan rasa malu yang disebabkan oleh isu pendedahan WikiLeaks sekarang ini, tetapi ia masih tidak berbaloi dengan kesan kerosakan yang dibawa oleh peperangan itu.
Dalam dunia yang bertamaddun tinggi sekarang ini, peperangan dan pembunuhan manusia untuk tujuan apa pun, tidak sepatutnya berlaku.
Wednesday, December 15, 2010
Pendedahan WikiLeaks, mengeruhkan hubungan negara serantau
Cakap-cakap belakang yang memburukkan orang lain dan perkara-perkara sulit yang melibatkan strategi politik sepatutnya tidak patut didedahkan.
Persaingan politik umpama peperangan juga, yang memerlukan muslihat dan strategi yang perlu dirahsiakan dari musuh.
Pemimpin Amerika jadi berang bila rahsia kegiatan politik antarabangsanya telah didedahkan oleh WikiLeaks untuk tatapan umum.
Di depan umum mereka bercakap untuk memperjuangkan hak-hak asasi dan mengangkat nilai-nilai kemanusian, tetapi di belakang, secara rahsia mereka bertindak berlawanan dari yang apa yang mereka cakap.
Bila bercakap dan berucap di majlis rasmi di depan pemimpin-pemimpin negara jiran, mereka bercakap perkara-perkara yang baik dan positif. Tetapi di belakang pemimpin-pemimpin tersebut lain pula yang mereka cakap, malah ada yang sampai mengumpat dan mengutuk.
Itulah yang terjadi kepada pegawai diplomat kanan Singapore yang telah mengutuk dan mengumpat pemimpin negara-negara jirannya seperti Malaysia, Thailand dan India, semasa berbual atau menyalurkan maklumat keadaan politik semasa kepada rakan sejawatnya dari Australia.
Walaupun umpatan dan kutukan beliau itu bukanlah satu kenyataan rasmi atau lebih bersifat strategi politik dan rahsia, tetapi bila didedahkan tentulah akan menyinggung perasaan pemimpin-pemimpin negara jiran.
Siapalah yang tidak tersinggung dan marah kalau di depan kita dia memuji-muji kita, sebaliknya di belakang kita dia memburuk-burukan kita.
Jika kata-kata yang memburukkan kita ini telah sampai ke pengetahuan kita dan telah menjadi perbualan umum, tentulah kita akan berasa malu.
Dalam kes pendedahan oleh WikiLeaks ini, ia telah mengeruhkan hubungan negara serantau. Sewajarnyalah negara yang berpuncanya kata-kata mengutuk dan mengumpat negara-negara jiran ini harus meminta maaf kepada negara-negara terbabit.
Singapore mesti bertanggungjawab dan memberi penjelasan terhadap apa yang telah berlaku, malah harus memohon maaf kepada negara-negara jiran yang terbabit.
Kesan dari pendedahan WikiLeaks ini telah menimbulkan rasa curiga dalam hubungan negara serantau pada masa hadapan. Jiran yang dilihat baik belum tentu boleh dipercayai. Hikmahnya, ia telah mendedahkan belang sebenar Singapore kepada kita.
Monday, December 13, 2010
Wikileaks, dua-dua sudah kena.
Membabi-buta kerana Najib dan Anwar
Wikileaks mendedahkan pegawai-pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim "masuk perangkap seks" (lihat Malaysiakini 12/12/10 "Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY"). Wikileaks juga mendedahkan bahawa pegawai-pegawai perisikan Singapura percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada pilihan melainkan terus berkuasa untuk mengelakkan pendakwaan ke atas dirinya berikutan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Bagi mereka, nasib politik Najib terus dihantui oleh skandal pembunuhan itu. Najib juga digambarkan sebagai oportunis yang tak ragu-ragu serta sanggup menjadi lalang (lihat The Age 12/12/10 "Top Singapore officials trash the neighbours").
Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.
Di pihak Anwar, mahkamah kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan beliau terlibat dalam salah laku seks. Di pihak Najib pula, terlalu ramai yang mendakwa bahawa mereka melihat dengan amat jelas bahawa proses pendakwaan negara ini berusaha bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk tidak mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tahniah, Datuk Seri. Beruntung sungguh Datuk Seri.
Apa yang nyata, orang hadapan atau front man di kedua-dua pihak, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dilihat terpalit dengan skandal. Mereka mungkin bersih, tetapi ramai yang tidak melihat mereka bersih.
Tetapi bagi saya, yang lebih tidak bersih ialah orang-orang yang 'asabiyyah dengan kedua-dua pemimpin itu yang membela mereka membabi-buta. Beberapa pengunjung dalam blog ini selalu menyifatkan saya menuduh Najib membabi-buta.
Najib tak terlibat dengan kes Altantuya, kata mereka. Najib tak sapu duit dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene. Najib bersih sebersih-bersihnya dari apa jua yang dituduh kepadanya. Macam la mereka maha mengetahui seperti Allah s.w.t. Mereka tidak sedar bahawa mereka juga membela Najib membabi-buta.
Setakat yang terbaik yang saya dapat ingat, saya tidak tuduh. Saya hanya membangkitkan persoalan. Membangkitkan persoalan bukan menuduh. Kalau persoalan dijawab dengan baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan, tentulah saya akan melihat Najib bersih. Setakat ini, saya belum mendengar jawapan seperti itu.
Saya membaca jawapan Najib di Parlimen, di dalam ucapan terbukanya dan saya juga membaca ayat-ayat mirip pembelaan dari isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta pembelaan berapi-api dan gila-gila pak yet-pak yet mereka. Semuanya menambahkan persoalan dan pertanyaan. Saya tidak boleh memaksa hati saya supaya jangan ada rasa tak percaya. Tak upaya saya.
Dalam masa yang sama, saya juga tertanya-tanya, mengapa Anwar dan PKR (lihat Malaysiakini 12/12/10 "PKR terkejut 'konspirasi' Singapura terhadap Anwar") tidak memberi jawapan yang lebih baik dari jawapan Najib, Rosmah dan pak yet-pak yet mereka ketika membela Perdana Menteri yang dilihat penuh baggage itu? Adakah Anwar dan PKR tak tahu bahawa Najib tidak dipandang bersih kerana kegagalan teruk beliau, isterinya serta pak-pakyet mereka memberikan jawapan yang baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan?
Moral dari artikel ini: Tanpa melampaui keraguan yang munasabah, makamah Negara ini telah menjadi tunggangan pemimpin yang berkuasa.
Friday, December 10, 2010
Batu kecil mampu membunuh tentera Abrahah menurut ilmu Fizik
Jika geseran udara diabaikan, batu tersebut mencapai kelajuan sekitar 24 meter/saat ketika mencecah bumi. Kelajuan batu tersebut boleh dikira menggunakan formula; laju = graviti x masa.
Graviti bumi bersamaan 9.81 meter/saat^2 dan masa pula boleh dikira dari formula; ketinggian = (gravity x masa^2)/2.
Tenaga kinetik yang dihasilkan oleh batu tersebut bila mencecah bumi adalah sekitar 580 Joule dan boleh dikira menggunakan formula; Tenaga kinetik = (Jisim x kelajuan^2)/2.
Kesan momentum bila batu itu terhempas ke bumi pula adalah sebesar 48 Kg-m/s.
Lagi tinggi kedudukan batu tersebut ketika dilepaskan, lagi besarlah kesan kerosakan yang dibawanya.
Dalam Surah Al Fil ada diceritakan bagaimana Tuhan memusnahkan Tentera bergajah Abrahah dengan menghantar burung yang menjatuhkan batu:
“Dia mengirim kepada mereka burung berbondong-bondong melemparkan batu yang berasal dari tanah liat yang dibakar. Lalu menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.”
Sekalipun burung-burung yang dikirim oleh Tuhan itu bersaiz kecil dan tidak mampu membawa batu seberat 2 Kg, tetapi batu yang seberat 100 gram atau 0.1 Kg pun sudah mampu untuk membunuh manusia jika dilepaskan dari tempat tinggi.
Burung mampu terbang setinggi 3,000 meter dari aras laut. Jika burung yang berada setinggi 3,000 meter ini melepaskan batu seberat 0.1Kg, batu tersebut akan mencecah bumi dengan kelajuan 240 meter/saat dan menghasilkan tenaga kinetik sebesar 2,940 Joule dan momentum yang dihasilkan oleh batu sebesar itu adalah 24 Kg-m/s.
Nilai 2,940 Joule tenaga kinetik ini menyamai tenaga kinetik yang dihasilkan oleh peluru yang ditembak dari sebuah senapang (rifle). Maka tidak hairanlah kalau batu-batu yang dilemparkan oleh burung-burung yang dikirim oleh Tuhan itu telah dapat menghancurkan bala tentera bergajah Abrahah.
Kelebihan batu yang dibuat dari tanah liat yang terbakar pula, ia boleh menyerap tenaga haba dan boleh menyimpan haba dalam tempoh masa yang lama.
Semasa batu-batu itu dijatuhkan, geseran dengan udara menyebabkan batu-batu itu menjadi panas seperti dipanggang. Kepanasan batu-batu ini boleh membakar daging-daging manusia jika terkena tubuh badan mereka.
Tidak dinafikan, manusia juga telah mengambil pelajaran dari peristiwa ini untuk mencipta bom yang dilepaskan dari udara untuk menghancurkan kedudukan musuh mereka dalam peperangan.
Sunday, December 05, 2010
Ketuanan Melayu untuk faedah politik
Kalau maksud ketuanan Melayu itu menjurus untuk menjadikan kaum Melayu menjadi tuan kepada kaum-kaum yang lain di Negara ini, maka ia memang patut ditentang. Agama kita tidak pernah membenarkan ajaran yang sedemikian, kecualilah kalau orang Melayu telah tidak beriman lagi dengan agamanya Islam.
Apabila kita berkunjung ke rumah orang, kita mesti menghormati pemilik rumah itu sebagai tuan rumah. Kita tidak boleh berkelakuan mengikut suka hati kita, seperti di rumah kita sendiri, apabila berkunjung ke rumah orang. Kalau ketuanan Melayu itu sekadar kita mahu orang lain menghormati kita sebagai ‘tuan rumah’ kepada Negara ini, mungkin ada kewajarannya.
Memang orang Melayu adalah penduduk asal Negara ini, manakala kaum Cina dan kaum India adalah pekerja-pekerja yang dibawa oleh British untuk bekerja di lombong-lombong dan di ladang-ladang.
Keadaan di masa itu, kaum Cina dan India samalah seperti pendatang Indon, Bangla, Nepal dan Vietnam di masa sekarang ini. Sebagai kaum pendatang memang wajarlah mereka menghormati kaum Melayu sebagai ‘tuan’ kepada Negara ini ketika itu.
Itu kisah dulu, tetapi sekarang kita sudah lebih 50 tahun merdeka. Semua kaum, Melayu, Cina dan India adalah warga Negara atau pemilik Negara ini. Bukan sahaja orang Melayu, tetapi orang Cina dan orang India adalah juga ‘tuan rumah’ Negara ini.
Oleh itu memang sesuai kalau Presiden PKR Wan Azizah mengatakan, yang ada sekarang bukanlah ketuanan Melayu, tetapi yang lebih tepat untuk suasana sekarang ialah ‘ketuanan rakyat’. Kerana rakyat bukan sahaja meliputi orang Melayu tetapi termasuk semua warga Negara tanpa mengira kaum.
Pendatang Indon yang ada hari ini, walaupun mereka adalah rumpun Melayu, juga harus menghormati ‘tuan rumah’ Negara ini sepanjang mereka berada dan bekerja di Negara ini. Bezanya, pendatang Indon ini bukan sahaja kena menghormati orang Melayu tetapi mereka juga kena menghormati kaum Cina dan India sebagai warga Negara ini.
Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO itu agak kabur dan selalu dimunipulasi oleh UMNO untuk faedah politik mereka. Ada peguam UMNO melenting bila Wan Azizah mengkritik konsep ketuanan Melayu UMNO itu sehingga mendesak beliau dikenakan tindakan di bawah akta ISA.
Sebab itu jugalah kita sekeras-kerasnya menentang akta ISA yang menahan orang tanpa bicara itu. Kalau zaman keganasan kominis dulu, pengganas kominis bukan sahaja musuh UMNO tetapi adalah juga musuh Negara.
Tetapi di zaman sekarang, sukar untuk kita membezakan antara musuh UMNO dan musuh Negara. Musuh UMNO tidak semestinya musuh Negara.
Apa yang kita kesalkan ialah ISA boleh digunakan untuk menjadi senjata politik oleh parti yang berkuasa untuk menghapuskan kemaraan parti lawan.
Apakah orang yang percaya dengan proses demokrasi dan mendokong kuat amalan demokrasi seperti Wan Azizah patut disumbat dalam penjara ISA?
Tuesday, November 30, 2010
King Abdullah Saudi jadi kuda tunggangan Amerika

Untuk sistem yang sebegini, tidak ada cara yang boleh menurunkan ketua negara yang ‘tidak baik’ melainkan menggunakan kekerasan. Jika ada pihak yang tidak puas hati dengan raja, mereka terpaksa melakukan pemberontakkan terhadap raja. Untuk melakukan pemberontakan, mereka harus mempunyai jiwa yang berani dan nekad.
Risikonya sangat tinggi. Kalau mereka kalah, mereka sudah pasti akan dihukum bunuh, kerana mengikut fatwa ulamak raja, sesiapa yang merancang atau berkomplot menjatuhkan pemerintahan Islam, hukumannya adalah pancung kepala. Tetapi kalau mereka menang, ketua pemberontak ini akan melantik dirinya sebagai raja baru.
Sistem raja monarki bukanlah satu sistem yang baik, bakat dan nilai-nilai kepimpinan yang baik bukanlah sifat-sifat yang boleh diturunkan kepada anak. Jika anak raja itu berperangai buruk, beliau tetap juga akan menjadi raja menggantikan ayah beliau yang mangkat. Sudah tentu rakyat akan menjadi susah dan derita jika raja mereka berperangai buruk.
Raja-raja yang berperangai buruk ini bergantung kepada kekuatan tentera-tenteranya untuk mengekalkan kuasanya dari ancaman musuh dan pemberontakan. Mereka juga melantik ulamak yang setiap masa mengeluarkan fatwa bagi menyokong pemerintahan mereka. Termasuklah fatwa menghukum bunuh ke atas siapa sahaja yang menentang raja kerana dianggap sebagai menentang pemerintahan Islam.
Sehinggakan tidak ada rakyat yang berani mempersoalkan minyak yang terkandung di perut bumi negara Saudi itu adalah milik Raja Saudi. Dalil dan fatwa manakah yang mereka ambil dari ajaran Islam untuk mengatakan segala minyak yang terdapat dalam perut bumi negara Saudi itu adalah milik Raja.
Sistem demokrasi memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin negara dan menurunkan pemimpin yang kurang baik tanpa berlaku pertumpahan darah dan kekerasan.
Dalam amalan demokrasi, tidak timbul lagi masalah untuk menjatuhkan pemerintahan Islam, kerana yang terbaik itu sudah pastinya Islam dan sudah pasti akan terpilih. Sebaliknya yang selalu menjadi masalah, bila orang politik menggunakan Islam untuk kepentingan politik, bukan menggunakan politik untuk kepentingan Islam.
Sekalipun Amerika mengiktiraf demokrasi sebagai amalan yang terbaik dan dikenali sebagai negara pelopor sistem demokrasi, tetapi Amerika tidak rela Saudi menjadi sebuah negara demokrasi. Malah Amerika lebih selesa jika Saudi terus diperintah secara monarki, demi kepentingan Amerika sendiri.
Bagi Amerika, lebih mudah untuk mengawal dan menguasai Raja Saudi berbanding untuk menguasai rakyat negara itu. Raja Saudi berkuasa penuh kepada rakyat baginda, dan baginda pula berada dalam genggaman Amerika. Raja Saudi ditakut-takutkan oleh Amerika dengan musuh-musuh baginda terutamanya ancaman dari negara jiran iaitu Iran.
Amerika begitu berjaya meyakinkan Raja Saudi adanya ancaman Iran terhadap kedudukan keluarga baginda sehingga sanggup meminta Amerika mengebom Iran seperti yang didedahkan oleh Wikileaks baru-baru ini. Walhal kita semua tahu, kalau pun Iran mampu membina senjata nuclear, ia bukanlah ditujukan untuk menyerang Saudi tetapi adalah untuk menghapuskan Israel.
Demi kebaikan Islam, sudah sampai masanya rakyat Saudi dicelikkan dan bertindak untuk menurunkan Raja mereka yang memerintah secara monarki itu. Hasil minyak yang melimpah ruah yang dikaut dari perut bumi Saudi itu tidak patut diserahkan bulat-bulat kepada baginda, sehingga menjadikan baginda dan kerabatnya hidup mewah dan berfoya-foya semahu mereka.
Yang lebih kita kesalkan sebagai umat Islam, Raja Saudi telah menjadi tunggangan Amerika sehingga menjadi penghalang kepada negara itu untuk membela dan membantu Palestin menentang Israel.
Saturday, November 27, 2010
UMNO pukul habis PKR

PKR amnya dan yang lebih penting lagi Anwar Ibrahim khususnya telah memberi tamparan hebat kepada UMNO sejak tahun 1998.
Kalau sebelum itu UMNO boleh ‘berbulan madu’ tanpa ada rasa gusar di setiap pilihanraya, tetapi segalanya telah berubah bila Anwar Ibrahim mengangkat bendera ‘lawan tetap lawan’ terhadap UMNO.
Dengan pidato-pidato bernas dan panasnya, Anwar Ibrahim yang didokong oleh ramai pengikutnya yang setia telah menyedarkan dan mencelikkan politik orang-orang Melayu, apatah lagi beliau mengetahui banyak rahasia UMNO kerana pernah menjadi pemimpin tertinggi UMNO satu masa dulu.
UMNO telah mencari berbagai jalan bagi memenangi semula hati rakyat agar mereka kembali menyokong UMNO seperti sebelum tahun 1998 dulu, tetapi masih terlalu ‘perlahan’ dari yang diharapkan.
Berbagai-bagai peruntukan telah diumumkan, beratus projek sudah disogokkan oleh PM Najib kepada rakyat. Sejak Mac 2008 saja sudah 13 kali pilihanraya kecil (PRK) diadakan, setiap satu PRK itu berpuluh-puluhlah projek yang UMNO janjikan selain dari projek-projek ‘mee segera’ untuk meraih undi rakyat di kawasan tersebut.
Tidak hairanlah kalau Presiden PKR Wan Azizah dalam satu ucapannya, mendakwa kerajaan UMNO telah mengeringkan wang Felda dan wang Petronas. Nampaknya UMNO telah nekad, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Jangan jadi macam bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo yang menyesal tak sudah itu. Menyesal kerana tidak mengeringkan wang simpanan kerajaan Selangor yang telah terkumpul sebanyak empat billion ringgit. Manalah dia sangka Selangor boleh terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Dengan itu UMNO telah menjadi sangat marah kepada PKR dan Anwar Ibrahim. Dicarilah segala jalan untuk menghancurkan PKR dan Anwar. Bermacam-macam cara telah UMNO lakukan. Boleh dikatakan, hari-hari ada saja berita yang memburuk-burukkan PKR dan Anwar dalam TV3 dan Utusan Malaysia.
Kesalahan dan kesilapan yang kecil atau masalah yang remeh, mereka besar-besarkan agar PKR dan Anwar dilihat jahat dan buruk oleh orang ramai.
PKR dan Anwar betul-betul jadi pengacau dan menyusahkan hidup UMNO, mereka tidak boleh lagi hidup senang dan jadi kaya raya dengan hanya makan duit komisyen dan hasil permit. Mereka juga tidak lagi mudah nak ambil duit rasuah walaupun untuk kegunaan parti. Semuanya akan ditanya dan disoal.
Tetapi nasib baik SPRM, peguam Negara dan makamah masih ‘dikuasai’ oleh pemimpin UMNO, bolehlah mereka rasa selamat sedikit, itupun kena baik dengan PM Najib.
Jalan yang paling selamat untuk UMNO untuk terus mengekalkan kuasa ialah dengan memukul habis-habisan PKR dan Anwar hingga hancur.
Dengan berniat jahat, UMNO begitu bersungguh-sungguh mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai talibarut Amerika apabila pemimpin negara itu membela Anwar, sebaliknya tidak pernah pula terpacul dari mulut mereka untuk menuduh Aung San Suu Kyi sebagai talibarut Amerika bila pemimpin negara itu membela Aung San Suu Kyi.
Wednesday, November 24, 2010
Parti politik baru Datuk Zaid Ibrahim
Orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar melihat gagasan Malayan Union telah menghakis kuasa politik orang Melayu dan merendahkan kedudukan Raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada orang-orang Melayu ketika itu.
Orang-orang Melayu telah menunjukkan kesatuannya di bawah satu wadah yang dinamakan UMNO bagi menentang Malayan Union.
Malayan Union adalah merupakan titik tolak penubuhan entiti politik Melayu yang dinamakan UMNO.
Peranan UMNO tidak berhenti setelah Malayan Union berjaya dimansuhkan tetapi pemimpin-pemimpinnya terus mengemudi UMNO sebagai wadah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan British.
Oleh kerana kebanyakan negara-negara Asia ketika itu di ambang menuntut kemerdekaan dari penjajah-penjajah barat, pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak melepaskan peluang ini untuk menggerakkan UMNO kepada agenda yang lebih besar iaitu menuntut kemerdekaan. Dari slogan ‘hidup Melayu’ telah bertukar kepada slogan ‘merdeka’.
Untuk menubuhkan suatu parti politik yang baru memerlukan satu isu yang besar yang mampu menarik perhatian seluruh rakyat jelata, seperti penubuhan UMNO adalah ekoran isu besar Malayan Union.
Isu Anwar Ibrahim pada tahun 1998 juga adalah satu isu besar yang telah menarik perhatian rakyat negara ini, malah juga diikuti dengan penuh minat oleh dunia luar.
Isu Anwar Ibrahim telah dikaitkan dengan tempangnya sistem keadilan negara kita. Makamah dan polis telah dihidu oleh rakyat menjadi tunggangan politik pemimpin yang berkuasa. Badan pencegah rasuah telah dijadikan seperti senjata politik dengan melakukan pendakwaan berpilih-pilih.
Bukan sahaja rakyat yang berpendidikan tinggi dapat menilai bagaimana makamah dan polis telah diperkudakan untuk tujuan politik, malah orang yang tinggal di ceruk kampung pun sedar akan hal ini.
Ini bukan soal Anwar bersalah atau tidak, tetapi lebih kepada soal jentera dan alat kerajaan yang telah disalah gunakan oleh pihak yang berkuasa untuk kepentingan agenda politik mereka.
Permintaan kepada sistem makamah yang adil dan polis yang bebas sangat mendesak ketika itu. Ramai rakyat melihat perlunya reformasi kepada sistem makamah dan penguatkuasa negara ini dilakukan. Bagi memenuhi kehendak rakyat itu, tertubuhlah satu entiti politik yang dinamakan Parti Keadilan (ADIL).
Bersama-sama parti pembangkang yang lain, terutamanya PAS dan DAP, Parti Keadilan telah menganjurkan banyak demontrasi jalanan atas slogan reformasi.
Kesan dari asakan bertubi-tubi demontrasi jalanan ini telah membawa pengunduran Tun Mahathir dari tampuk kuasa dan berkesudahan dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara oleh PM Pak Lah yang menggantikan Tun Mahathir.
Pembebasan Anwar Ibrahim telah melegakan orang ramai yang bersimpati dengannya, selepas Anwar dibebaskan, parti Keadilan terus memainkan peranannya sebagai ‘check and balance’kepada kerajaan yang memerintah, terutamanya dalam menentukan urus tadbir negara yang baik. Teguran dan kritikan terus dilemparkan kepada kredibiliti badan-badan penguat kuasa seperti polis dan pencegahan rasuah.
Dalam masa yang sama, Zaid Ibrahim adalah ahli politik yang berpengaruh dalam parti UMNO bercita-cita besar untuk melakukan reformasi kepada amalan demokrasi dan urus tadbir yang baik. Peluang yang diberikan oleh PM Pak Lah kepada Zaid Ibrahim untuk menyertai kabinetnya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Pak Lah telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Zaid untuk melakukan reformasi terutamanya dalam badan kehakiman, perundangan dan badan penguat kuasa seperti polis dan pencegahan rasuah.
Malangnya Zaid Ibrahim yang terlalu idealistik itu tidak dapat diterima oleh rakan-rakan dalam UMNO, terutamanya bila Zaid menentang dan berhasrat untuk menghapuskan ISA. Zaid rasa keciwa dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak mahu menyokong agenda beliau. Akhirnya Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO dan beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah beliau yakin dapat memperjuangkan cita-citanya secara lebih berkesan melalui parti politik tersebut.
Bila berada dalam PKR, sekali lagi Zaid keciwa, apa yang beliau lihat hanyalah indah khabar dari rupa. Tidak seperti ahli-ahli reformasi yang lain, Zaid tidak mahu parti PKR sekadar untuk membela Anwar Ibrahim tetapi mahu ia menjadi parti yang beragenda lebih besar terutama dalam melakukan reformasi kepada amalan demokrasi yang bebas, adil dan telus, mahu melihat Negara diurus tadbir dengan baik, yang mengutamakan integriti, badan perundangan dan makamah yang bebas dari menjadi tunggangan pemimpin politik. Juga mahukan badan penguatkuasa yang bebas dan adil.
Selepas keluar dari PKR, mampukah Zaid meraih simpati rakyat Malaysia untuk menyertai parti baru yang bakal beliau tubuhkan nanti? Saya tidak yakin ramai orang akan menyertai parti politik Zaid, kerana parti baru hanya akan mendapat tarikan ramai jika ada isu yang besar seperti isu Malayan Union dan isu Anwar Ibrahim.
Isu Zaid dipecat dan keluar PKR bukanlah isu yang besar, walaupun Zaid mempunyai agenda yang besar yang patut disokong, tetapi ia tidak cukup untuk menarik ramai orang untuk menyertai parti baru yang bakal beliau tubuhkan itu.
Zaid keciwa kerana parti PKR ditadbir secara tidak tersusun dan lemah. Zaid mendakwa cara pemilihan dalam PKR tidak bersih dan membelakangkan amalan demokrasi tulen dan tidak ada integriti.
Mungkin benar dakwaan Zaid itu, tetapi kita kena ingat, orang menjadi baik bukan disebabkan masuk parti. Sekalipun Zaid ingin menubuhkan parti politiknya sendiri untuk mengelakkan perkara kotor ini berlaku, tetapi bolehkah beliau pastikan semua ahli partinya akan jadi baik macam dia juga?
Sepatutnya Zaid perlu bersama pemimpin lain memperbaiki parti PKR supaya betul-betul menjadi parti impian setiap rakyat Malaysia, bukan dengan memencilkan diri sehingga tidak mampu untuk mengubah apa-apa.
Sunday, November 14, 2010
PKR, parti cantik, dikuasai oleh orang tolol
Kehadiran Parti PKR seperti menjanjikan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Tetapi dengan perkembangan mutakhir yang melanda parti itu, kelihatan ia seperti indah khabar dari rupa.
Semasa zaman kemuncaknya pada tahun 1998, bilangan ahlinya memang ramai, di masa itu ramai rakyat Malaysia telah menjadi ahli parti PKR bagi menunjukkan sokongan mereka kepada DS Anwar Ibrahim di atas pemecatannya dari kerajaan dan UMNO, dan juga dihukum penjara yang bermotifkan politik.
Ahli-ahli reformasi yang giat mengadakan demonstrasi bagi membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara rasa begitu gembira apabila beliau dibebaskan oleh Pak Lah yang mengambil alih jawatan PM dari Tun Mahathir.
Selepas itu, walaupun terus menyokong PKR, ramai ahli-ahli reformasi tidak lagi aktif dengan kegiatan parti PKR dan keahlian mereka dengan sendirinya terbatal setelah tidak lagi membayar yuran keahlian.
Akhirnya yang terus tinggal aktif dalam PKR, kebanyakannya hanyalah orang-orang yang berminat dengan politik bagi mendapat jawatan, kuasa dan kepentingan diri sahaja.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, PKR hari ini bukanlah lagi dikendalikan oleh ahli-ahli reformasi yang telah berjuang dengan ikhlas bagi menegakkan keadilan, tanpa mengharapkan apa-apa habuan dan balasan.
Tidak hairanlah kalau dalam parti PKR hari ini seperti yang didakwa oleh Datuk Zaid Ibrahim, penuh dengan penipuan, permainan kotor, tidak telus dan langsung tidak mencerminkan perjuangan sebenar parti tersebut.
Parti PKR telah dikuasai oleh orang-orang ‘tolol’ yang gilakan jawatan, kuasa dan mencari kepentingan diri.
Mungkin mereka inilah juga yang dimaksudkan oleh saudara Zulkifli Nordin (ahli PKR yang dipecat) sebagai Napoleon Kecil, membelakangkan amalan demokrasi tulen demi menjayakan agenda peribadi mereka.
Mereka merasakan, dengan menggunakan taktik kotor dan penipuan, mereka boleh menang dalam pemilihan pusat PKR. Tetapi mereka lupa, tindakan mereka itu amat menjijikan, dan akan menyebabkan orang ramai menjauhkan diri dari terus memberi sokongan kepada parti PKR.
Buat apalah mereka berasa bangga kerana menang besar dalam pemilihan parti PKR, tetapi parti PKR menjadi lemah kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.
Kalau dalam menguruskan parti pun mereka tidak mempunyai integriti, tidak bersih, tidak bebas, tidak telus dan tidak adil, bolehkah kita meletakkan harapan kepada mereka untuk memimpin Malaysia lebih baik dari pemerintahan yang ada sekarang?
Sunday, November 07, 2010
Tangan syaitan Nik Aziz, satu penglihatan yang kasyaf

Nampaknya masyarakat kita masih belum dapat belajar dari sejarah silam, mereka mahu mengambil kerja Tuhan, menghukum sesiapa saja mengikut kehendak mereka. Untuk menghukum seseorang yang beriman sebagai kafir dan syaitan bukanlah kerja manusia.
Mereka yang bertelagah ini telah cuba mencari kebenaran melalui politik. Saya percaya, sampai bila pun mereka yang berbalah ini tidak dapat mencari kebenaran melalui politik. Kebenaran hanya boleh ditemui melalui agama.
Platform politik adalah untuk mencari kuasa dan mencari orang yang terbaik untuk menjadi pemimpin, bukan untuk mencari kebenaran. ‘Kebenaran’ yang dipaksakan menggunakan kuasa adalah kebenaran yang palsu. Walaupun telah menjadi kebiasaan di zaman ini, siapa yang berkuasa, dialah pihak yang dianggap benar, tetapi ini bukanlah perkara yang betul.
Tuhan yang Maha berkuasa pun tidak pernah memaksa manusia patuh kepadaNya, walaupun Dia boleh melakukannya.
Lihatlah kepada isi Al Quran, mesej utama yang ingin disampaikan ialah mengajak manusia memurnikan keimanan kepada Allah dengan menghindari syirik. Selepas itu kita diajak untuk melakukan kebaikan (amal soleh). Sedangkan mencari kuasa politik bukanlah perkara utama yang ditekankan dalam Quran.
Kalaulah sistem pemilihan pemimpin secara demokrasi seperti yang ada hari ini wujud semasa berlaku perebutan jawatan khalifah antara Saidina Ali bin Abi Talib dan Muawiyah bin Abu Sufiyan satu ketika dulu, tentulah tidak akan sampai wujud satu lagi mazhab yang dinamakan Syiah seperti yang ada hari ini.
Punca masalahnya ketika itu hanyalah untuk memilih pemimpin sahaja, tetapi telah meleret-leret bertukar menjadi medan mencari kebenaran. Sebenarnya, samada Saidina Ali atau pun Muawiyah yang menjadi khalifah, ajaran Islam tetap tidak akan berubah. Tetapi apabila ia telah bertukar menjadi medan mencari kebenaran, maka timbullah fatwa-fatwa dan hadis-hadis palsu yang digunakan untuk menyokong pihak-pihak yang bersengketa.
Akhirnya timbul mazhab baru bagi memperkukuh sokongan politik kepada pihak mereka. Sehingga siapa yang patut menjadi pemimpin pun telah menjadi seperti salah satu rukun iman kepada mereka.
Kita tidak boleh memutar roda masa untuk membetulkan keadaan yang telah berlaku. Tetapi kita boleh mengambil pelajaran darinya dan tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku itu. Dua peristiwa yang saya sebutkan di awal tadi, mengkafirkan orang Islam dan menuduh syaitan kepada orang Islam, menunjukkan kita tidak pernah belajar dari sejarah.
Janganlah kita terlalu emosional dalam politik sehingga kita sanggup mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan kepada musuh politik kita. Jadikanlah politik sebagai wadah untuk memilih pemipin yang terbaik antara kita, bukan medan untuk mencari kebenaran.
Contohilah kualiti kepimpinan panglima Salahudin Al Ayubi (Saladin), beliau sentiasa menunjukkan sikap baiknya terhadap musuhnya walaupun kafir harbi. Tidak hairanlah beliau sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh kawan dan lawan. Kalau kafir harbi pun kita boleh bersikap baik, apatah lagi dengan kafir zimmi.
Apapun, tolak kata-kata nista yang dihamburkan, saya masih tertarik dengan perbincangan hangat antara Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Mohd Nor ini, kerana ia mempamerkan kematangan dan kefahaman demokrasi dalam masyarakat kita, khususnya di Kelantan. Di mana kita bebas untuk bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati kita kepada siapa saja, termasuk pemimpin tertinggi, tanpa rasa takut dan bimbang.
Kalau zaman Tun Mahathir dulu, mungkin ada yang dah lebam biji mata. Atau kalau 600 tahun dahulu, zaman Raja Melaka, mungkin ada kepala yang dah kena penggal.
Saturday, November 06, 2010
Negara Dadah

Dalam filem yang suspen itu, kita disergah dan dikejutkan dengan insiden di mana rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara-mara kita sendiri, yang kita amat percaya, tiba-tiba bertukar menjadi zombie.
Zombie berlaku dalam filem untuk hiburan kita, tetapi penagih dadah pula berlaku dalam dunia nyata kita. Seperti zombie, penagih dadah juga umpama mayat hidup, berfikiran tidak normal, mereka menjadikan orang-orang sihat sebagai mangsa untuk meneruskan kehidupan mereka.
Hari-hari penagih dadah akan berusaha dengan berbagai cara merekrut ahli-ahli baru dengan tujuan dapat menjual dadah kepada penagih-penagih baru. Dengan duit keuntungan menjual dadah itu dapat pula membeli keperluan dadah mereka sendiri.
Malah mereka juga sanggup pecah amanah, mencuri, meragut, pecah rumah dan membunuh siapa saja bila terdesak untuk mendapat duit bagi membeli keperluan dadah mereka.
Banyak perbelanjaan kerajaan dihabiskan untuk menampung penagih dadah di pusat-pusat serenti untuk proses pemulihan. Itu pun bukan semua penagih-penagih dimasukkan di sana. Kalau hendak sumbatkan semua penagih-penagih dadah dalam pusat-pusat serenti yang ada memang tidak cukup tempat.
Dari statistik jumlah dadah yang dapat ditangkap di pintu keluar masuk negara ini, sangatlah besar. Ini mencerminkan betapa ramainya dan banyaknya dadah diperlukan oleh penduduk negara ini. Itu belum termasuk dadah yang gagal dikesan ketika dibawa masuk dan dadah yang diseludup melalui ‘laluan tikus’.
Kelemahan penguatkuasa kita dalam menangani masalah dadah ini juga adalah faktor yang menyukarkan untuk membenteras masalah kemasukan dan penyalahgunaan dadah ini.
Malah biasa sangat kita dengar, ada orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat melindungi kegiatan-kegiatan perdagangan dadah ini.
Amatlah keji perbuatan kita kalau menjadikan perdagangan dadah atau sengaja bersubahat dengan pengedar-pengedar dadah untuk memperkayakan diri kita. Mereka ini sebenarnya adalah pengkhianat bangsa yang tidak dapat dimaafkan.
Mungkin mereka berfikir, yang penting mereka dapat hidup mewah dan kaya raya, dan mereka tidak peduli kalau anak cucu mereka akan dijangkiti penyakit dadah satu masa nanti, kerana mereka beranggapan di waktu itu mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Keadaan masalah dadah dalam negara kita ini seperti api yang telah marak, sikap kita yang membiarkannya semasa api masih kecil, telah membuatkan ia semakin marak dan membesar, akhirnya kita tidak mampu lagi untuk memadamkannya. PEMADAM pun tidak berdaya untuk memadamnya.
Pernah juga berlaku di mana kes dadah yang telah dapat diserbu, hilang dalam jagaan pihak polis. Ada juga pegawai-pegawai polis yang terliur dengan duit dadah yang lumayan hingga sanggup menyeludupkan keluar dadah tersebut dari balai polis. Kira harapkan pagar tetapi pagar tidak boleh harap.
Rokok adalah pintu kepada dadah. Walupun tidak semua perokok akan menghisap dadah, tetapi hampir semua penagih dadah adalah berasal dari perokok. Tidak hairanlah kalau penagih-penagih dadah menggunakan strategi terancang menggalakkan budak-budak sekolah seramai yang mungkin untuk berjinak-jinak dengan rokok.
Mereka tahu budak-budak sekolah yang menghisap rokok inilah yang akan menjadi pasaran utama perniagaan dadah mereka di masa depan.
Anak muda yang terlalu menginginkan hiburan yang melampau, akhirnya terjerumus dalam penyalahgunaan dadah. Mereka ini tidak pernah puas dengan hiburan yang biasa, mereka mahu mencuba hiburan yang lebih menyeronokkan dari yang biasa mereka dapat. Dadah dapat memenuhi kehendak mereka itu.
Kalau zaman kanak-kanak saya dulu, dapat menonton TV di rumah jiran sekali sekala pun sudah rasa seronok, tetapi anak-anak kita hari ini, berbagai saluran TV boleh ditonton di rumah sendiri, selain dari itu mereka boleh tengok VCD dan DVD, dan berbagai bahan hiburan boleh didapati melalui internet.
Hiburan yang sukar saya boleh dapat di zaman dulu sudah menjadi perkara biasa di zaman ini. Anak-anak muda mula mencari kelainan dan mencari hiburan yang lebih menyeronokkan dari yang biasa mereka dapat.
Dikatakan, apabila mereka mengambil dadah, mereka akan jadi khayal atau lalok, dalam khayalan itu mereka menemui kehidupan yang amat menyeronokkan, mereka menjadi raja tinggal di dalam istana yang penuh kemewahan dan di dampingi berpuluh-puluh bidadari.
Kalau di alam nyata kita memerlukan beratus juta ringgit untuk menikmati kehidupan mewah seperti itu, tetapi mereka masih boleh merasakan kehidupan seperti itu menggunakan bantuan dadah dengan hanya membayar beberapa puluh ringgit diperlukan untuk membeli dadah.
Mungkin di zaman teknologi canggih ini, tidak mustahil ada pihak yang boleh mencipta dadah mengikut impian penagih-penagih dadah. Samada kita hendak mengkhayal kehidupan menjadi orang kaya, mengkhayal kehidupan yang di kelilingi bidadari, atau mengkhayal kehidupan di taman-taman indah yang penuh dengan makanan yang lazat, semuanya boleh dipilih mengikut jenis dadah yang kita ambil.
Langkah PM Najib hendak menjadikan negara kita sebagai pangkalan utama hiburan di kawasan Asia Tenggara untuk menarik lebih ramai pelancung ke negara ini seolah-olah seperti membukakan ruang yang lebih besar kepada aktiviti penyalah gunaan dadah. Tidak dapat dinafikan, pusat-pusat hiburan dengan kegiatan dadah memang sudah sinonim.
Untung yang mungkin kita dapat dari industri hiburan ini tidak berbaloi dengan belanja yang digunakan oleh kerajaan untuk membasmi dadah dan belanja untuk memulihkan penagih-penagih dadah. Itu belum lagi termasuk kerugian yang kita dapat dari keruntuhan akhlak hasil dari aktiviti hiburan tanpa batas ini.
Seperti kita perlu kepada makanan, kita juga perlukan kepada hiburan, tetapi kalau sudah berlebihan dan tanpa batas, ia boleh membawa mudarat kepada diri dan masyarakat kita. Masalahnya, kita mungkin akan berhenti makan bila sudah terlalu kenyang, tetapi manusia tidak pernah puas untuk menikmati hiburan.
Bolehkah kita dan keluarga kita selamat dari ancaman penyakit dadah ini? Apabila semua orang telah dijangkiti oleh penyakit dadah, akhirnya negara akan dikuasai oleh penagih-penagih dadah. Begitulah akhirnya kisah cerita dalam sebuah filem Zombie yang pernah saya tonton satu masa dulu. Zombie telah berada di merata tempat dan menguasai semuanya.
Thursday, November 04, 2010
Pakatan Rakyat perlu anjakan baru
Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:
1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.
3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.
Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.
Monday, November 01, 2010
Semakin ramai penumpang bas terbunuh kerana nak kejar untung

Gara-gara hendak mencari untung berlebihan, banyak syarikat bas tidak memperdulikan ciri- ciri keselamatan bas mereka.
Mereka cuba mendapatkan untung yang banyak dengan cara mengurangkan kos operasi walaupun sikap itu boleh mengancam nyawa dan keselamatan penumpang dan orang awam.
Bas tidak diselenggara dengan baik dan sempurna. Penyenggaraan bas memakan belanja yang besar, oleh itu pengusaha cuba menjimatkan perbelanjaannya dengan mengurangkan atau meminimumkan penyengaraan dan pembaikpulihan bas-bas mereka.
Mereka juga mengurangkan kos operasi syarikat dengan menawarkan gaji asas yang murah kepada pemandu-pemandu bas mereka.
Tidak hairanlah kalau pemandu-pemandu yang pernah berkali-kali melakukan kesalahan trafik dan disiplin pun masih diambil untuk bekerja. Mengambil pemandu tangkap muat ini mencerminkan sikap tamak pengusaha-pengusaha bas.
Gaji pemandu bas yang rendah memaksa mereka membuat kerja lebih dari yang sepatutnya. Apabila mereka membuat banyak kerja lebih masa, ini boleh menyebabkan mereka mengantuk dan keletihan. Ramai juga pemandu bas yang dikesan menggunakan bantuan dadah untuk mengatasi masalah keletihan dan rasa mengantuk.
Pada 29 Oktober 2010 yang lalu, tujuh orang terbunuh di KM38 Genting Sempah bila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik akibat kegagalan brek bas berfungsi. Dan tidak sampai dua bulan sebelum itu 13 orang telah terbunuh bila bas Syarikat Delima yang dipandu laju hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.
Kita ada berbagai badan penguatkuasa seperti polis trafik, JPJ, LPKP dan PUSPAKOM yang diberi tugas memantau supaya syarikat-syarikat bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang bagi menjamin keselamatan pengguna dan orang awam. Tetapi setakat ini, kewujudan badan-badan penguat kuasa ini seperti tidak memberi kesan kepada masalah ini.
Mungkin mereka mempunyai mentaliti bekerja untuk makan gaji saja, bukan kerja untuk membuat kerja. Kalau masa dulu bila kita tanya kanak-kanak, kenapa mereka mahu menjadi doktor, mereka jawab hendak menolong mengubati atau memulihkan orang sakit. Kenapa mereka mahu menjadi guru, mereka jawab hendak mendidik orang menjadi pandai. Kenapa mereka mahu menjadi polis, mereka jawab untuk menangkap orang jahat.
Tetapi di zaman ini, tidak banyak lagi kita jumpa jawapan seperti itu, sebaliknya kerja adalah untuk dapat duit gaji bulan-bulan, soal buat kerja atau tidak itu masalah kedua.
Kalau kita pergi ke Setesen Bas Bukit Jalil hari ini, kita akan dikerumuni oleh ulat-ulat tiket yang secara agresif menawarkan perkhidmatan mereka. Kehadiran ulat-ulat tiket amat merimaskan pengguna-pengguna bas di sana. Yang peliknya, perbuatan mereka itu berlaku di depan pegawai-pegawai polis dan JPJ yang duduk tercongok berkawal di situ.
Kalau masalah ulat-ulat tiket yang lekeh inipun badan-badan penguat kuasa ini pun tidak mampu menyelesaikannya, bagaimana kita hendak harapkan untuk mereka menyelesaikan pengusaha-pengusaha syarikat bas yang melanggar peraturan dan undang-undang.
Benarlah kata orang, negara kita mempunyai kemudahan taraf kelas pertama dunia, tetapi mentaliti orang-orang kita masih berada di kelas ketiga. Negara kita disasarkan akan mencapai taraf Negara maju dalam masa kurang dari 10 tahun lagi, tetapi perkhidmatan syarikat-syarikat bas kita masih sama tahap dengan negara-negara membangun yang lain.
Pemandu-pemandu bas Negara kita harus diberi perhatian yang serius, kadar gaji mereka perlu dilihat semula supaya orang-orang yang betul-betul layak dan sesuai mahu bekerja menjadi pemandu. Pemandu adalah merupakan orang-orang barisan depan yang pertama dilihat dan ditemui oleh pelancung. Secara tidak langsung, sikap pemandu bas mencerminkan sikap rakyat Malaysia keseluruhannya. Buruk imej pemandu bas, buruklah imej Negara.
Kalau pengurus syarikat bas boleh membawa keluarga mereka melancung dua tiga kali keluar negara yang tentunya memakan belanja yang besar hasil dari keuntungan syarikat bas yang dimilikinya, apalah salahnya kalau keuntungan yang berlebihan itu diserap untuk menaikkan gaji-gaji pemandu bas.
Pengurus-pengurus bas ini perlu ingat, yang membawa keuntungan besar kepada syarikat bas yang mereka usahakan itu adalah juga datang dari usaha keras pemandu-pemandu bas mereka juga.
Seperti kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Majikan harus berlaku adil dalam membahagikan keuntungan syarikatnya kepada pekerja-pekerja mereka.
Sampai bilakah nyawa-nyawa orang ramai yang tidak bersalah terus menjadi korban semata-mata untuk memenuhi sikap tamak haloba pengusaha-pengusaha syarikat bas yang tidak bertanggung jawab ini?
my playlist
Create a playlist at MixPod.com