Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, November 14, 2008

10 Gagasan Pembentukan Bangsa Malaysia ~ ref malaysiakini

1. Pembentukan bangsa Malaysia harus bermula dari kanak-kanak, oleh itu langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:

  • Anak-anak mesti bersekolah di sekolah yang sama seperti yang dilaksanakan di Singapore.
  • Sekolah jenis kebangsaan mesti dihapuskan dan digantikan dengan sekolah yang boleh menempatkan anak-anak dari semua kaum yang merupakan sekolah yang boleh memenuhi keperluan dan tuntutan semua kaum.

2. Dasar ekonomi harus diubah, program bantuan dan pembelaan harus diberikan bukan berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan rakyat secara umum.

3. Tidak ada lagi istilah bumiputra dengan bukan bumiputera. Yang boleh diberi perhatian ialah antara penduduk luar Bandar dengan Bandar, dan penduduk berpendapatan rendah dengan penduduk pendapatan tinggi.

  • Tidak ada lagi apa yang dipanggil ‘Ketuanan Melayu’, kita bukan dilahirkan untuk menjadi tuan dan tidak juga menjadi hamba.
  • Sikap buruk dan tabiat negatif atau kelemahan dan kekurangan seseorang itu tidak boleh dikaitkan dengan kaum dan agamanya.
  • Setiap rakyat yang berjaya harus ada sikap ingin membantu dan perihatin kepada rakyat yang lemah dan tidak bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

4. Semua kenaikan pangkat atau peluang mestilah diberikan berasaskan meritokrasi dan kebolehan seseorang.

5. Demokrasi yang sebenar mestilah menjadi amalan bangsa Malaysia, yang perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kebebasan media, bukan dikawal oleh parti yang memerintah.
  • Kebebasan berhimpun dan berucap secara aman, tanpa perlu permit polis, cukup sekadar memaklumkan kepada polis.
  • Polis yang bebas dan berintegriti.
  • Badan perundangan dan kehakiman yang bebas, adanya pemisahan kuasa yang jelas antara badan perundangan dan badan eksekutif.
  • BPR yang bebas dan berkredibiliti.
  • Suruhanjaya Pilihanraya mestilah bebas, adil dan telus.

6. Semua masalah hubungan kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara permuafakatan dan bukan secara emosi. Menghormati nilai-nilai dari kaum dan agama yang berbeza.

7. Menghapuskan parti politik yang berasaskan kaum, semua parti politik hendaklah dibuka keahliaannya untuk semua kaum.

8. Menghapuskan diskriminasi dan peminggiran kaum dalam mana-mana organisasi, samada dalam jabatan kerajaan mahupun dalam sektor swasta.

9. Menggunakan satu bahasa yang boleh menghubungkan antara kaum-kaum yang ada, di samping membenarkan bahasa-bahasa lain juga digunakan.

10. Tidak memaksa nilai-nilai dari satu agama dan dari satu kaum diterapkan kepada semua, tetapi haruslah diterapkan secara natural dan sukarela. Sebagai contoh mudah, roti canai adalah makanan yang telah diperkenalkan oleh masyarakat India. Orang Melayu dan orang Cina tidak pernah dipaksa memakannya. Kini tidak boleh dinafikan lagi tanpa kita sedari roti canai telah menjadi salah satu identiti makanan orang Malaysia.

Hanya bila kita semua sudah bersedia melaksanakan kesemua gagasan di atas barulah kita dapat mengharapkan kemunculan satu Bangsa Malaysia di masa depan. Kalau tidak, selamanyalah kita gagal membentuk Bangsa Malaysia walaupun kita ada Negara.

Dengan ini saya menjemput anda semua memberi pandangan atau komen dan maklum balas terhadap Gagasan Pembentukan Bangsa Malaysia ini.

8 comments:

kekwa66 said...

Sungguh menarik dan menepati kehendak semasa sekarang gagasan yang saudara kemukakan ini. Kebanyakan kaum bukan bumiputera pasti bersetuju dan menyokong gagasan saudara ini kecuali perkara satu, iaitu menghapuskan sekolah kebangsaan atau sekolah rendah yang beraliran bahasa ibunda masing-masing. Semangat memelihara bahasa ibunda masing2 masih tebal dalam jiwa kaum cina dan india di negara ini.Bagi saya,kaum cina dan india amat mementingkan bahasa ibunda masing2, mereka takut generasi muda mereka nanti tidak kenal asal asul nenek moyang mereka.Saya rasa, perkara satu ini boleh dikecualikan memandangkan perkara-perkara lain dalam gagasan saudara yang lebih relevan dan efisian untuk membentuk satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Syabas saudara, diharap lebih ramai pembaca yg perasan akan tulisan saudara di sini.

Anonymous said...

saudara dua tida benda yang lupa,
1. Gaji orang melayu dalam syarikat cina kena sama la.
2. orang Cina SPM tak boleh la jadi manager kepada Engineer melayu...man adil...
3. Bahasa manderin tak perlu jadi syarat masuk keja kilang cina.
4. operator melayu gaji RM300.00 cukup makan ka...

jonathan ong said...

Saya sebagai seorang warganegara bukan Melayu setuju dengan penghapusan sekolah jenis kebangsaan. Pada pendapat saya, masyarakat India dan Cina terlalu mengambil berat dengan sekolah jenis kebangsaan kerana penghapusannya dilihat sebagai pengikisan bahasa dan budaya mereka. Tanggapan sebegitu tidak patut diterima dengan penuh sinis. Sebaliknya, rakyat yang lain patut memahami rasa khuatir masyarakat Cina dan India mengenai perkara ini.

Walaubagaimanapun, saya rasa sekolah satu aliran sahaja yang dapat menjaminkan permuafakatan antara kaum di negara ini. Kerana di situlah, anak-anak muda dapat dididik tentang makna sebenar definisi "Rakyat Malaysia". Bak kata pepatah Melayu, "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya."

Persoalannya ialah, "Bolehkan satu aliran sekolah diwujudkan tanpa mengabaikan bahasa Cina dan Tamil?" Boleh. Saya rasa kelas-kelas bahasa tambahan boleh diadakan untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil. Sebagai rakyat negara majmuk, alangkah agungnya negara Malaysia sekiranya semua rakyat termasuk masyarakat Melayu dapat menguasai bahasa Cina atau Tamil, termasuk juga Bahasa Melayu dan Inggeris?

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang berketurunan Cina, saya tidak bersetuju dengan kewujudan pelbagai aliran pendidikan di negara ini. Tambahan pula, saya percaya ketiga-tiga aliran pendidikan dapat digabungkan tanpa mengabaikan bahasa dan budaya kaum minoriti yang lain.




http://standupformalaysia.blogspot.com

bungaraya said...

Buang masa. Telah banyak usaha selama lebih 50 tahun ini. Pendekatan yang paling terbaik ialah KAHWIN CAMPUR dimana cina/melayu, cina/india, melayu/india dll sehingga 3 keturunan dimana hasilnya nanti bangsa Malaysia bukan lagi berdasarkan kaum-kaum tersebut. Tapi pemimpin takut kaumnya akan hilang diatas muka bumi ini suatu ketika nanti. Mungkin juga saudara. Berani?. Negara bukan langkah ini haruslah secara PAKSA demi kebaikan negara.

jonathan ong said...

Saudara,
Saya tidak dapat mencari email saudara dalam ruang blog, jadi saya terpaksalah berhubung dengan cara menghantar komen. =)

Saya amat kagum dengan hasil tulisan saudara. Saya dapat menggambarkan saudara seseorang rakyat Malaysia yang sejati. Oleh itu, sudikah kita saling bertukar pendapat tentang isu-isu negara? Moga-moga ini dapatlah menyumbang kepada tulisan kita. Sekian.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

salam

A Voice said...

Fahami apa itu makna bangsa. Jgn main belasah ikut pemikiran klise dan ambilmudah!

Anonymous said...

masih tinggal sebagi retorik...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com