Obama menang. Masyarakat dunia semakin matang. Sudah jelas warna kulit bukan lagi dilihat sebagai perbezaan status manusia. Sekarang setiap diri manusia dinilai melalui meritokrasi, kredibiliti dan integriti yang mereka miliki.
Sedihnya UMNO masih sibuk dengan ketuanan Melayunya. Sudah sudahlah tu.
Kalau kita terlalu ekstrim dan taksub kepada kaum kita, ini hanya akan menjemput tindakan yang serupa dari kaum-kaum yang lain.
Kalau kita mengambil tindakan diskriminasi dan meminggir kaum lain, kita juga akan menghadapi tindakbalas yang sama dari kaum tersebut. Ini memang hukum alam semulajadi, sama macam hukum Newton dalam Fizik, hukum Lenz dalam Elektrik, setiap tindakan akan ada tindakbalas yang cuba menentang atau menutralkan semula sesuatu tindakan itu. Itulah yang dinamakan hukum imbang.
Menggunakan kaedah yang kotor untuk menjayakan matlamat dan agenda kita adalah cara yang tidak bermaruah dan bukan cara anak jantan.
Kemenangan Obama ini tentunya akan dapat merapatkan hubungan antara Barat dengan Timur. Moga beliau dapat menukar Amerika dari sebuah negara kuasa besar yang ditakuti menjadi negara kuasa besar yang dihormati dan disegani. Seterusnya dapat memimpin dunia kearah yang lebih baik, lebih aman dan lebih makmur.
Kita tidak mahu lagi mendengar Amerika menjadi negara yang menggalakkan peperangan kerana hendak mengaut keuntungan dari perdagangan senjata dan kelengkapan perang.
Kita tidak mahu lagi mendengar Amerika membakar dan memusnahkan hasil gandumnya yang berlebihan semata-mata hendak mengawal harga gandum, sedangkan berjuta rakyat di benua Afrika hidup dalam kebuluran.
Moga di bawah pimpinan Obama Amerika benar-benar akan berubah kepada yang lebih baik seperti yang dilaungkan dalam slogan kempen beliau.
3 comments:
obama menang atau tidak bkan satu isu besar...amarika tetap amerika...
pemimpin yang berubah tapi jentera penggerak tetap org yang same...so jangan la menaruh harapan kepade suatu yang tak pati...lebih baik kite ambil langkah berjage2 ...sebarang kemungkinnan mungkin ble berlaku..
apa yang ingin saya katakan adalah jika kita orang melayu tidak bersatu alamatnya kita akan menjadi melayu yg ditindas oleh kaum lain seperti orang2 melayu di Singapura. lihat saja org melayu di sana tidak bebas dlm hal2 beragama. ditindas. pemimpin malaysia saya kira bukan ingin mempertahankan hak melayunya tetapi ingin mempertahankan hak2 sebagai sebuah negara islam yang bebas dr sekatan beragama. jgn nanti azan tidk boleh dilaungkan masjid2 tidak boleh dibina dan org islam tidak boleh bertudung ke sekolah dan tempat kerja. kalau terjadi hal seperti itu siapa yg harus dipersalahkan. tentulah orang melayu yg beragama islam itu sendiri kerana menginginkan suatu perubahan yang akhirnya memakan diri dan menggadai agamanya sendiri. bukankah mempertahankan negara itu dituntut islam.
adoyaiiiii pensyarah aku dulu ni..
awat hang nak ber PM kan lim kit siang ka???
atau karpal singhh????
kalau terer sangat sambung la belajar amik Ph. D pulak
Post a Comment