Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, May 25, 2009

Rasmi, Satu Sekolah Untuk Semua, di dalam Blog ISSP


Kita tidak hairan kalau usaha mewujudkan satu sekolah untuk semua ini tidak mendapat sokongan yang menggalakkan dari parti yang memerintah. Kerana usaha ini tidak memberi apa-apa faedah politik kepada mereka.


Seperti yang kita tahu, parti politik BN adalah parti-parti yang berasaskan kaum, kekuatan dan sokongan kepada mereka selama ini adalah kerana adanya sentimen perkauman.


Jika semua kaum bersekolah di sekolah yang sama maka polarisasi kaum secara sendirinya akan beransur hilang dan semua orang tanpa mengira kaum akan dilihat sebagai rakyat Malaysia sahaja. Bila ini berlaku, fungsi parti-parti berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC dilihat tidak relevan lagi.


Selama ini, parti-parti inilah yang diharapkan sebagai memperjuangkan ‘hak-hak’ kaum-kaum mereka hingga melahirkan sekolah-sekolah vernacular (jenis kebangsaan). Yang kononnya hendak menunjukkan kepada kaum-kaum mereka bahawa mereka telah berjaya memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak kaum mereka. Maka berasa sangat suka dan gembiralah kaum-kaum mereka dan sebagai tanda untuk mengenang jasa, parti mereka akan diundi pada setiap kali pilihanraya.


Walaupun pengwujudan satu sekolah untuk semua ini baik untuk jangka panjang bagi pembentukan satu bangsa dan satu Negara Malaysia tetapi sukar untuk dilaksanakan sebab adanya pertentangan dengan kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu.


Saya sungguh terharu kerana usaha satu sekolah untuk semua ini telah dimulakan oleh blogger sendiri dan nampaknya telah mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini menunjukkan kesedaran telah mula timbul dikalangan rakyat Malaysia betapa perlunya anak-anak Malaysia bersekolah di satu sekolah yang sama.


Satu sekolah bermakna anak-anak dari semua kaum dapat peluang bertemu, belajar bersama, bermain bersama, berkawan dan mungkin juga bergaduh. Sedari awal tadika hinggalah ke peringkat kolej dan universiti.

Inilah cara yang paling berkesan untuk menanamkan bibit-bibit perpaduan dikalangan anak-anak dari berbagai kaum. Di situ juga perpaduan benar-benar diamalkan bukan sekadar menjadi slogan untuk mereka hafal.

Dengan cara ini sahaja kita akan dapat membentuk hubungan yang erat dan padu antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bukan sahaja hubungan luaran tetapi hingga kepada hubungan dalaman.


Malah ingin saya lontarkan satu soalan yang menunjukkan bagaimana selama ini sebenarnya kita telah melalui dan mengamalkan perpaduan yang ‘palsu’. Jika anda seorang Melayu, bolehkah anda sebutkan seorang rakan karib anda yang terdiri dari kaum Cina atau India?


Walaupun agak lewat untuk memasukkan logo 'Satu Sekolah Untuk Semua' ini ke dalam blog saya, tetapi pada hakikatnya saya telah lama dan telah banyak menulis berkaitan isu ini. Keperihatinan saya terhadap isu yang bersangkutan dengan perpaduan dan satu sekolah ini boleh dibaca pada tajuk-tajuk posting berikut:







3 comments:

Anonymous said...

Secara amnya sy bersetuju dgn pandangan saudara memandangkan sedari dulu sejak mengenal erti 'sekolah', sy amat mengimpikan suasana sekolah yg mengandungi pelajar2 pelbagai kaum. Tapi memandangkan sy berasal dan bersekolah di kawasan desa yang majoriti (boleh dikatakan semua) penduduknya adalah kaum melayu, maka secara tidak langsung impian sy itu hampir pasti tidak tercapai.

Namun, sy bernasib baik kerana di peringkat TABIKA, sy sudah pandai untuk memilih kaum yg berlainan untuk dijadikan kawan. Walaupun ketika itu bilangan mereka adalah minoriti, tetapi ketrampilan mereka dalam bidang akademik adalah sangat mengagumkan.

Sy berpendapat, dengan adanya satu sekolah untuk semua ini adalah relevan ketika ini memandangkan rakyat malaysia telah mula sensitif pada persekitaran mereka-tidak kira dlm apa jua aspek. respon rakyat kepada corak pemerintahan negara juga telah jauh berubah. Kewujudan sekolah yg bersifat majmuk ini dirasakan perlu kerana wujud kesedaran kepada kelemahan sistem pendidikan negara masa kini. Ini disokong dengan kecemerlangan pelajar2 bukan melayu di IPT yg rata2nya menghimpunkan semua kaum di malaysia, tidak lupa juga dgn pencapaian cemerlang pelajar bukan melayu di peringkat sekolah bukan kebangsaan. Maka, dengan menggabungkan semua kaum di dalam satu komuniti sekolah ini akan menghasilkan kepelbagaian dalam cerapan ilmu di kalangan pelajar, justeru akan menghasilkan pelajar yg berdaya saing.

Kepincangan yg ketara berlaku di malaysia adalah segala perkara yg dibuat telah dipolitikkan. sektor pendidikan juga tidak kurang menjadi proxy kepada agenda politik sesetengah pihak. jadi, tidak hairanlah jika matlamat kita untuk melihat satu sekolah unt semua ini akan menjadi cakap2 kosong sahaja tanpa perlaksanaan yang sewajarnya.

Namun, tak semua perkara dan hal2 di malaysia yg boleh kita 'satu'kan..perlu ada perbezaan juga. mungkin hak2 serta kepentingan org2 melayu di malaysia, sebagai TUAN TANAH ini HARUS dititik beratkan serta dijaga rapi sensitivitinya. kedaulatan SULTAN DAN INSTITUSI BERAJA harus dipertahankan. Jgn nnt kita melukut di tepi gantang. kita harus sedar siapa diri kita dan dari mana kita berasal. HARUS SEDAR DI UNTUNG. wajib sedar yg di TANAH MELAYU inilah kita mengecap segala kemewahan, keamanan dan keselesaan. jika tidak kerana TANAH MELAYU ini, mungkin kita tergolong drpd salah satu drpd pengemis di kota jakarta..mungkin juga salah seorang dr penjaja keledek di kaki lima bandar beijing..atau mungkin juga salah seorang dr pengemis yg hidup merempat di bandaraya kashmir bersama anak2 yg kurus kering dan tiada tempat tinggal..

tak semua 'satu' itu benar, kecuali Allah s.w.t..wallahu a'lam

Gedung Akal said...

Tuan,
Pada pandangan saya konsep satu sekolah ini sama saja dengan 1 Malaysia. Tak akan berjaya selagi wujud parti perkauman. Perlu ada kesedaran politik baru.
Selagi kita melihat komunis itu jahat maka selagi itulah konsep satu sekolah tidak akan berjaya.
KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan yang dilupakan kerana komunis itu cina dan memasukkan Cina dalam satu sekolah dengan melayu beerti mahu komuniskan orang bMelayu. Iyu akal yang ada pada orang kita. Percayalah!

mantra-indeeptots said...

Salam...

Tonite from 10 till 12, open forum on SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Esteemed bloggers will join to ans your questions... Dare to speak out loud and share your thots with us... All are welcome to participate...

Pls log into my Facebook. Terima kasih

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com