Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, May 27, 2009

Chin Peng, Pengajaran kepada semua


APA yang kita boleh ambil pelajaran dari isu Chin Peng (gambar) ialah perjuangan yang menggunakan saluran keganasan dan kekerasan akan meninggalkan kesan yang amat mengguris hati.


Kalau sesuatu ideologi yang kita anuti itu adalah terbaik pada anggapan kita mengapa perlu kita menggunakan cara yang kejam bagi memaksa orang lain menerimanya.


Perjuangan Kominis yang menggunakan taktik kejam terhadap rakyat yang menyokong pihak kerajaan di masa dulu itu, bukan sahaja menyebabkan perjuangan mereka tidak mendapat sambutan dari majoriti rakyat tetapi juga telah meninggalkan kesan ‘benci’ yang berpanjangan hingga ke hari ini.


Mungkin ada kewajarannya bila Chin Peng dan rakan-rakan dari parti Kominisnya mengangkat senjata untuk menentang kerajaan Malaya yang merdeka kerana parti kominis tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya umum. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka menyiksa orang awam yang mereka syaki sebagai talibarut pihak kerajaan.


Kita boleh terima jika pertentangan mereka dihadapkan hanya kepada tentera kerajaan sebagai satu-satu cara untuk memperjuangkan ideologi mereka selepas hak mereka sebagai sebuah parti politik dinafikan oleh kerajaan ketika itu. Tetapi mereka telah melakukan perkara yang melampau dari batas-batas kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dan menyiksa orang awam yang tidak sehaluan dengan mereka.


Perasaan benci kebanyakan rakyat Malaysia hingga hari ini kepada Chin Peng dan rakan-rakannya bukanlah disebabkan kerana mereka itu Kominis atau Cina tetapi adalah disebabkan perbuatan kejam mereka yang di luar peri kemanusiaan yang telah dilakukan kepada orang-orang awam yang tidak berdosa itu.


Isu Chin Peng ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua, perjuangan yang menggunakan cara ganas, kejam dan penyiksaan, bukan sahaja akan menemui kegagalan tetapi juga akan meninggalkan kesan benci yang berpanjangan.


Walaubagaimana bagus pun ideologi atau fahaman yang hendak disebarkan kepada orang awam namun ia akan tercemar jika orang-orang yang memperjuangkannya menggunakan cara paksaan, keganasan dan kekejaman.

Yang lebih malang dan lebih teruk lagi bila masyarakat akan mengaitkan keganasan yang mereka lakukan itu dengan tabiat kaum mereka, sehingga menimbulkan rasa prejudis terhadap sesuatu kaum itu.

2 comments:

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim said...

Assalam wbt.
Kisah Chin Peng hanyalah sebahagian daripada sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia. Mahu tidak mahu rakyat harus mengakui kisah ini dan sumbangan beliau kpd pembebasan Malaysia ( walaupun beliau di pihak yg salah )....ttp untuk sampai memaafkannya dirasai majoriti kaum Melayu tidak akan bersama2. Nampak gaya tindakan Dato' Najib itu ( mengharamkan Chin Peng ke Malaysia ) adalah jalan terbaik dalam memelihara perpaduan kaum dan kesejahteraan negara.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

liass...ko jgn cuba nak bermain2 laaa..... ada byk buku cerita pasal kekejaman komunis ni.

di johor pun ada mcm2 versi cerita , bukak buku baca...baca liass baca...

Rambo.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com