Kalau mengikut perkiraan biasa, paling lewat Malaysia akan mengadakan pilihanraya umumnya yang ke 13 ialah pada tahun 2013.
Pastinya pilihanraya umum ke 13 ini bakal mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang akan menentukan halatuju baru rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan piliharaya ke 13 pada tahun 2013 itu sebagai bermulanya era Malaysia Baru di mana banyak dasar-dasar lama akan diganti dengan dasar-dasar yang baru.
Dua entiti politik Negara yang sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pasti akan berebut slogan ‘Malaysia Baru’ dan ‘Perubahan’ atau ‘Change’ bagi menghadapi kempen pilihanraya ke 13 ini.
Slogan ‘Change’ telah membawa tuah kepada Obama semasa beliau menghadapi kempen presidennya. Sudah tentu slogan ini juga akan menjadi tarikan kepada parti-parti politik di Negara kita untuk menggunakannya, sama seperti slogan ‘reformasi’ yang begitu popular di satu masa dulu.
Banyak dasar-dasar Negara dan fahaman politik yang dianggap tidak relevan lagi dan telah dipertikaikan secara terbuka oleh rakyat terutamanya generasi muda. Ini termasuklah konsep ‘kontrak sosial’, dasar ‘ketuanan Melayu’, pelaksanaan DEB dan perpaduan kaum yang longgar yang telah menyebabkan jurang perkauman atau polarisasi kaum semakin menebal.
Kini ramai orang telah sedar dan menyalahkan pengwujudan sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan menyebabkan polarisasi kaum semakin menebal. Kewujudan sekolah aliran jenis kebangsaan ini telah memisahkan kanak-kanak berbeza kaum daripada dapat peluang untuk berkawan dan bergaul.
Sebenarnya tidak salah untuk mengajar anak-anak kita tentang bahasa ibunda dan adat resam kaum masing-masing, tetapi yang salahnya bila kita asingkan sekolah kanak-kanak ini mengikut kaum.
Sebelum isu sekolah berasingan ini hangat diperkatakan, saya telah banyak juga menulis berkaitannya dan banyak surat yang saya tulis ke Malaysiakini berkaitan dengannya. Alhamdulilah, perkara ini semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.
Dengan arus fahaman politik yang berubah, saya percaya penyelesaian kearah ‘satu sekolah’ ini akan menjadi kenyataan jua menjelang 2013 nanti. Apabila semua orang sedar betapa pentingnya kepada dasar ‘satu sekolah’, maka orang-orang politik pun akan tidak teragak-agak lagi untuk mengambilnya sebagai satu isu yang dapat menguntungkan politik mereka untuk diperjuangkan.
Di zaman manusia yang semakin cerdik dan celik ini, manusia tidak lagi boleh menerima adanya perbezaan taraf dan darjat disebabkan perbezaan keturunan dan warna kulit. Sebaliknya kualiti manusia adalah ditentukan oleh usaha, sikap, dan kebolehan masing-masing.
Setiap insan dilahirkan bebas, mereka mempunyai hak dan peluang yang sama, tidak ada yang dilahirkan untuk menjadi tuan dan tidak juga untuk menjadi hamba.
Entiti politik mana yang menjadi pilihan rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti bergantung kepada keberanian mereka memperjuangkan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan ini.
BN telah mula mengorak langkah untuk menjenama semula partinya, parti komponen yang berada dalam BN mula mahu mendengar suara akar umbi mereka. Kedengaran parti-parti komponen yang berada dalam BN telah menyuarakan isu-isu yang tidak senada. Banyak dasar-dasar yang mereka setuju sebelum ini telah dipersoalkan.
Ada pemimpin parti komponen BN telah secara terbuka dan berani mempersoalkan ISA, mempertikaikan konsep ‘ketuanan Melayu’, mempersoalkan pelaksanaan DEB dan ada juga yang mempersoalkan pengasingan sekolah mengikut kaum.
Sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat pula sibuk untuk mengembalikan kekebalan raja-raja yang telah dimansuhkan oleh UMNO semasa pimpinan Tun Dr. Mahathir dulu.
Saya melihat langkah yang diambil oleh PKR ini merupakan langkah yang ke belakang. Mereka seperti ingin dan berminat untuk kembali ke zaman purbakala. Sistem beraja atau monarki adalah warisan sistem kuno, di zaman itu manusia percaya hanya raja dan keturunannya sahaja yang layak memerintah. Malah ada sesetengah kaum di zaman dulu yang percaya raja adalah dari keturunan Tuhan yang harus disembah.
Mungkin PKR ingin mengambil jalan politik populis hingga hilang pertimbangan dan kewajarannya. Kalau Pakatan Rakyat tidak lagi menonjol untuk membawa pembaharuan kepada rakyat Malaysia, saya tidak nampak mereka boleh menjadi entiti politik pilihan utama dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Di zaman manusia yang semakin cerdik, berilmu, bertamaddun dan masyarakat madani, kita diajarkan bahawa manusia semuanya adalah sama. Manusia hari ini tidak dapat lagi menerima sistem feudal, tidak boleh menerima adanya perhambaan sesama manusia, amalan perhambaan telah lama lenyap dari muka bumi ini, dasar aphartheid yang trajis dalam sejarah manusia juga telah berakhir di Afrika Selatan beberapa dekad yang lalu.
Isu persamaan hak, kebebasan, keadilan, ketelusan dan meritokrasi adalah isu-isu kemanusiaan yang akan terus menjadi medan perjuangan utama politik.
Manakala isu-isu yang hanya memperjuangkan kaum sendiri dan memperjuangkan warna kulit bakal akan menjadi isu politik ketinggalan zaman, ahli politik yang memperjuangkannya pasti akan lenyap seperti lenyapnya dinosaur.
TIDAK SUKAR CARI DANA, ASALKAN SANGGUP TUNGGANG AGAMA
15 minutes ago
3 comments:
Saudara penulis,
Apa2 yg dah termaktub dalam perlembagaan tak boleh diusik..termasuklah sistem pendidikan sekolah kita, bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dsbnya.
Tapi yg hairan bin ajaibnya, acap kali diungkit2 oleh orang2 politik yg berkepentingan sendiri. Mereka seolah2 tak ada modal lain untuk meraih publisiti...rakyat yg cintakan kedamaian tak akan termakan oleh taktik kotor mereka ni,hanya mereka yg fanatik, yg ikut sokong membabi buta saja yg akan terpedaya,..lantas membuat demostransi lah, buat laporan polis lah, hantar surat guaman lah..macam2..tu kan kerja bodoh namanya! Ada otak tak tau fikir...sampai bila agaknya negara kita ni nak maju ke depan..??!!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
:-)
change pm? from malay to indian or chinese pm?
Post a Comment