Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, July 23, 2008

Perpaduan orang Melayu, untuk berperang dengan orang Cina?

Umno yang hampir nazak selepas pilihanraya lalu telah cuba berbaik-baik dengan PAS, memujuk PAS untuk menyertai BN, yang kononnya demi perpaduan orang Melayu dan kekuatan umat Islam di Malaysia.

Perkara memujuk PAS ini telah pun diceritakan dan didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor dalam laman blognya.

Malah beliau sendiri sanggup menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Menteri Besar Selangor untuk diambil oleh PAS jika PAS sudi menyertai BN selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Dakwa beliau lagi, semua ini beliau lakukan semata-mata untuk kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam terus terjaga di Negeri Selangor.

Kini selepas lebih tiga bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, apakah kepentingan orang Melayu di Selangor telah musnah, sudah banyakkah masjid dan surau telah dirobohkan, adakah orang Islam telah dihalang untuk bersembahyang di Masjid.

Apakah orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat lebih teruk dari semasa UMNO memerintah negeri Selangor?

Yang mungkin rasa sangat tergugat kesan dari Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor ialah pemimpin-peminpin UMNO seperti Dr. Khir Toyo dan rakan-rakannya. Semua kontraktor-kontraktor kroni yang selama ini saling sandar menyandar dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini turut merasa keperitannya.

Jalan terdesak untuk menyelamatkan diri mereka dari kehilangan kuasa ialah dengan menggunakan slogan ‘perpaduan Melayu’ dan ‘kesatuan ummah’. Inilah modal terakhir yang mereka ada untuk dirasuah kepada orang-orang Melayu selepas menaburkan wang ringgit semasa pilihanraya.

Apalah ertinya kalau orang Melayu dan orang Islam berkuasa tetapi dengan kuasanya itu mereka tidak berlaku adil, bukan sahaja tidak berlaku adil kepada kaum-kaum lain malah antara kaumnya sendiri pun mereka tidak berlaku adil. Peruntukan, bantuan dan projek hanya diutamakan kepada penyokong-penyokong mereka sahaja, sebaliknya di kawasan parti pembangkang walaupun sama kaum dan sama agama terus didiskriminasi.

Pada hal semua rakyat termasuk yang mengundi parti pembangkang juga turut memberi sumbangan dan membayar cukai, oleh itu kenapa harus ada diskriminasi. Islam tidak pernah mengajarkan untuk tidak berlaku adil sesama manusia.

Islam juga tidak mengajar umatnya supaya memerintah secara tidak telus, Islam juga tidak pernah mengajarkan pemimpin Islam menggunakan wang Negara secara sewenang-wenangnya dan membazir.

Dimanakah dapat kita katakan mereka telah menjaga kepentingan Islam sedangkan banyak yang kita lihat, dengan kuasa yang ada, mereka telah menghinakan prinsip-prinsip dan ajaran Islam.

Dengan kuasa yang ada, mereka gunakan untuk melindungi berbagai salah laku mereka. Dari kesalahan rasuah, kronism, nepotism, pembaziran hinggalah kepada kesalahan berkhalwat, mengambil isteri orang dan meraba pelayan hotel, semuanya dapat ditutup dengan rapi.

Logiknya sebagai sebuah Negara yang merdeka yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama seharusnya keutamaan kita ialah memperkasa perpaduan kaum di bawah satu bangsa Malaysia. Tetapi sedihnya UMNO masih memperalatkan ‘perpaduan Melayu’ untuk kepentingan politik mereka.

Perpaduan Melayu untuk apa? Adakah untuk memusnahkan kaum-kaum yang lain? Bukankah kaum lain-lain itu juga lahir di bumi Malaysia dan rakyat negara ini sama seperti kita juga.

1 comment:

Esteban Granero said...

adakah encik alias tidak akan merasa janggal kalau majoriti kerusi tertinggi kabinet dipegang oleh kaum cina?

memang diorang lahir di malaysia. tapi siapa yang makan ubi kayu bila malaya diserang jepun? perwira mana yang dibunuh kemudian mayatnya diarak ke seluruh kampung?

siapa yang putus kaki terkena periuk api jepun?

melayu atau mereka? memang benar mereka itu membantu memajukan malaya dengan aktiviti ekonomi.

tetapi kalau tiada keamanan, masakan mereka boleh berniaga dengan tenang? kaki moyang saya yang putus itu tidak akan ada galang gantinya, selama-lamanya.

fikir-fikirkan.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com