Tidak ada kaum yang dilahirkan untuk menjadi tuan dan tidak ada juga yang dilahirkan untuk menjadi hamba.
Kalau maksud ketuanan Melayu itu menjurus untuk menjadikan kaum Melayu menjadi tuan kepada kaum-kaum yang lain di Negara ini, maka ia memang patut ditentang. Agama kita tidak pernah membenarkan ajaran yang sedemikian, kecualilah kalau orang Melayu telah tidak beriman lagi dengan agamanya Islam.
Apabila kita berkunjung ke rumah orang, kita mesti menghormati pemilik rumah itu sebagai tuan rumah. Kita tidak boleh berkelakuan mengikut suka hati kita, seperti di rumah kita sendiri, apabila berkunjung ke rumah orang. Kalau ketuanan Melayu itu sekadar kita mahu orang lain menghormati kita sebagai ‘tuan rumah’ kepada Negara ini, mungkin ada kewajarannya.
Memang orang Melayu adalah penduduk asal Negara ini, manakala kaum Cina dan kaum India adalah pekerja-pekerja yang dibawa oleh British untuk bekerja di lombong-lombong dan di ladang-ladang.
Keadaan di masa itu, kaum Cina dan India samalah seperti pendatang Indon, Bangla, Nepal dan Vietnam di masa sekarang ini. Sebagai kaum pendatang memang wajarlah mereka menghormati kaum Melayu sebagai ‘tuan’ kepada Negara ini ketika itu.
Itu kisah dulu, tetapi sekarang kita sudah lebih 50 tahun merdeka. Semua kaum, Melayu, Cina dan India adalah warga Negara atau pemilik Negara ini. Bukan sahaja orang Melayu, tetapi orang Cina dan orang India adalah juga ‘tuan rumah’ Negara ini.
Oleh itu memang sesuai kalau Presiden PKR Wan Azizah mengatakan, yang ada sekarang bukanlah ketuanan Melayu, tetapi yang lebih tepat untuk suasana sekarang ialah ‘ketuanan rakyat’. Kerana rakyat bukan sahaja meliputi orang Melayu tetapi termasuk semua warga Negara tanpa mengira kaum.
Pendatang Indon yang ada hari ini, walaupun mereka adalah rumpun Melayu, juga harus menghormati ‘tuan rumah’ Negara ini sepanjang mereka berada dan bekerja di Negara ini. Bezanya, pendatang Indon ini bukan sahaja kena menghormati orang Melayu tetapi mereka juga kena menghormati kaum Cina dan India sebagai warga Negara ini.
Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO itu agak kabur dan selalu dimunipulasi oleh UMNO untuk faedah politik mereka. Ada peguam UMNO melenting bila Wan Azizah mengkritik konsep ketuanan Melayu UMNO itu sehingga mendesak beliau dikenakan tindakan di bawah akta ISA.
Sebab itu jugalah kita sekeras-kerasnya menentang akta ISA yang menahan orang tanpa bicara itu. Kalau zaman keganasan kominis dulu, pengganas kominis bukan sahaja musuh UMNO tetapi adalah juga musuh Negara.
Tetapi di zaman sekarang, sukar untuk kita membezakan antara musuh UMNO dan musuh Negara. Musuh UMNO tidak semestinya musuh Negara.
Apa yang kita kesalkan ialah ISA boleh digunakan untuk menjadi senjata politik oleh parti yang berkuasa untuk menghapuskan kemaraan parti lawan.
Apakah orang yang percaya dengan proses demokrasi dan mendokong kuat amalan demokrasi seperti Wan Azizah patut disumbat dalam penjara ISA?
ELOK LA...
1 hour ago
3 comments:
minta izin link add kami...tq
mohon di link kan blog berikut di blog list anda.
blog anda sudah d linkkan
http://ketanggalangit.blogspot.com/
http://anakcucujawa.blogspot.com
tq
RAJA-RAJA MELAYU
Salam,
Hampir seluruh Raja Melayu kita yang wujud pada hari ini adalah Raja-Raja yang ditabal dan dilantik oleh British dan mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan sebenar. Mereka adalah tali barut British.
Renongkanlah mengenai apa yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu terhadap kita, mereka adalah para khianat bangsa dan agama kita :
1. Sultan Pahang menentang Mat Kilau dan Datuk Bahaman tetapi membantu British untuk menjajah Pahang;
2. Sultan Trengganu menentang Haji Abdul Rahman Limbung tetapi membantu British untuk menjajah Trengganu;
3. Sultan Kelantan menentang Tok Janggut tetapi membantu British untuk menjajah Kelantan;
4. Sultan Selangor menentang Raja Mahadi tetapi membantu Brtish menjajah Selangor;
5. Sultan Pahang dan Sultan Kedah mengutuskan angkatan-angkatan perang masing-masing untuk membantu British dan Yap Ah Loy menentang Raja Mahadi di Selangor;
6. Sultan Kedah membantu British untuk menjatuhkan Sultan Kedah yang asal dan sebenar dpd keturunan Merong Mahawangsa dan kemudian mengangkat Baginda sebagai Sultan Kedah yang baru dan Baginda seterusnya membantu British untuk menjajah Kedah;
7. Sultan Johor menjemput British untuk menjajah Johor dan sudah sewajarnya selepas itu tiada pemberontakan oleh orang-orang Melayu di Johor;
8. Sultan Perak yang menentang British dibuang negeri dan Datuk Seri Maharajha Lela di bunuh oleh Britisih, kemudian Sultan Perak yang baru yang diangkat oleh British telah membantu British untuk menjajah Perak;
9. Negeri-negeri Melayu di Utara Sermenanjung telah diberikan oleh British kepada Thailand dan dijadikan sebahagian dpd negaranya (negara Thailand) – kaum Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak membantu untuk mendapat kembali negeri-negeri ini dpd penjajahan kaum kafir Thai;
10. Raja-Raja Melayu menanda tangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan British untuk memberi kerakyatan, hak politik dan ekonomi kepada kaum pendatang kafir – mereka menjual Melayu kepada kaum kafir;
11. Raja-Raja Melayu serta para pemimpin kita bersetuju dgn Perlembagaan Malaya dan Malaysia yang kafir yang disediakan oleh British – khususnya mereka bersetuju dgn artikel-artikel 4, 43, 44 dan 161 Perlembagaan Malaysia yang kafir yang menjadikan negara Malaysia kita ini sebagai sebuah negara yang kafir;
12. Umat Islam kita yang ada pada hari ini adalah orang-orang kafir kerana kita telah membatalkan syahadah kita lantaran amalan sistem politik Malaysia yang kafir, iaitu kita menjadi kafir kerana kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita, kita menjadi kafir kerana kita membuat dan menguat kuasakan undang-undang manusia, kita menjadi kafir kerana kita menjadi para hamba kpd manusia dan tidak kpd Allah, kita menjadi kafir kerana kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah dan kita menjadi kafir kerana kita menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi yang kafir ini;
13. Pada hari ini Raja-Raja Melayu kita masih lagi aktif memberi tanah dan konsesi balak kpd kaum pendatang yang kafir - si Melayu bodoh kita ini masih lagi menganggap bahawa apa juapun yang dilakukan oleh Raja-Raja Melayu kita, kesemuanya betul dan OK sahaja!
Wahai bangsaku! Sedarlah, bangkitlah dan bertindaklah sekarang ini juga. Wahai bangsaku! Kembalilah engkau semuanya kepada Allah, tegakkanlah kalimah Laailaahaillallah, buangkanlah Raja-Raja Melayu kita dan para pemimpin kita yang kafir dan jahat ini, hapuskanlah kerajaan demokrasi Malaysia ciptaan manusia yang kafir ini dan dirikanlah sebuah kerajaan Allah melalui Jihad, Perang dan Revolusi!
Sekian, terima kasih.
Wan Solehah al-Halbani
Post a Comment