Tidak siapa yang untung jika dua negara ‘bersaudara’ ini berperang kecuali negara-negara yang mengeluarkan dan membekalkan senjata kepada negara tersebut.
Korea Selatan merupakan negara industri yang sedang pesat berkembang maju, merupakan pengeluar dan pengeksport kereta dan barang-barang elektrik yang terbesar di rantau ini selepas Jepun.
Sudah tentu kalau berlaku peperangan dengan Korea Utara, Korea Selatan akan menghadapi kemeseletan ekonomi yang teruk kerana terpaksa membiayai peperangannya.
Di sebelah Korea Utara pula keadaannya mungkin menjadi lebih teruk, kerana negara itu bukanlah sebuah negara yang kaya. Peperangan akan menjadikan rakyat negara itu lebih derita.
Sepatutnya sekarang bukanlah masa untuk kedua-dua negara itu mencari alasan untuk berperang, sebaliknya adalah masa untuk mencari jalan ke arah penyatuan selepas puluhan tahun berpisah kerana perbezaan anutan fahaman politik.
Moga kedua-dua pemimpin negara Korea ini sentiasa dalam keadaan waras dan tidak termakan dengan hasutan dan provokasi dari pihak luar sehingga sanggup menjadikan negara mereka sebagai medan peperangan.
Malaysia dan lain-lain negara di rantau ini juga mempunyai hubungan perdagangan yang besar dengan negara Korea terutamanya Korea Selatan. Sudah tentu peperangan negara Korea, sedikit sebanyak akan turut menjejaskan kerancakan ekonomi negara serantau.
Oleh itu demi kebaikan semua, Negara-negara ASEAN perlu memainkan peranan yang aktif bagi menghalang atau menyekat peperangan Korea ini dari terus meletus.
Mungkin peperangan Korea ini boleh mengalihkan perhatian orang ramai dari isu WikiLeaks dan sekaligus menghapuskan rasa malu yang disebabkan oleh isu pendedahan WikiLeaks sekarang ini, tetapi ia masih tidak berbaloi dengan kesan kerosakan yang dibawa oleh peperangan itu.
Dalam dunia yang bertamaddun tinggi sekarang ini, peperangan dan pembunuhan manusia untuk tujuan apa pun, tidak sepatutnya berlaku.
ELOK LA...
4 hours ago
3 comments:
Perang Korea memberi manfaat kepada Malaysia
1. Harga komoditi naik (getah, minyak sawit dll)
2. Harga saham syarikat Korea dan bursa-bursa lain jatuh. Ini masa untuk melabur
3. Fasiliti pengeluaran syarikat-syarikat Korea Selatan perlu dipindahkan. Malaysia ialah calon terbaik
4. Permintaan untuk barang siap meningkat di seluruh dunia. Ia memeberi kesan positif kepada sektor industri di Malaysia
5. Permintaan hartanah oleh orang Korea di Malaysia meningkat. Sektor pembinaan dan hartanah akan mengalami peningkatan
6. Banyak lagi manfaat kepada Malaysia jika Perang Korea meletus, kalau boleh untuk jangkamasa yang agak panjang.
Ha ha itu cara pemikiran Yahudi, nak hidup sorang, orang lain biar mampus.
I love korea
Post a Comment