Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, May 27, 2009

Chin Peng, Pengajaran kepada semua


APA yang kita boleh ambil pelajaran dari isu Chin Peng (gambar) ialah perjuangan yang menggunakan saluran keganasan dan kekerasan akan meninggalkan kesan yang amat mengguris hati.


Kalau sesuatu ideologi yang kita anuti itu adalah terbaik pada anggapan kita mengapa perlu kita menggunakan cara yang kejam bagi memaksa orang lain menerimanya.


Perjuangan Kominis yang menggunakan taktik kejam terhadap rakyat yang menyokong pihak kerajaan di masa dulu itu, bukan sahaja menyebabkan perjuangan mereka tidak mendapat sambutan dari majoriti rakyat tetapi juga telah meninggalkan kesan ‘benci’ yang berpanjangan hingga ke hari ini.


Mungkin ada kewajarannya bila Chin Peng dan rakan-rakan dari parti Kominisnya mengangkat senjata untuk menentang kerajaan Malaya yang merdeka kerana parti kominis tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya umum. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka menyiksa orang awam yang mereka syaki sebagai talibarut pihak kerajaan.


Kita boleh terima jika pertentangan mereka dihadapkan hanya kepada tentera kerajaan sebagai satu-satu cara untuk memperjuangkan ideologi mereka selepas hak mereka sebagai sebuah parti politik dinafikan oleh kerajaan ketika itu. Tetapi mereka telah melakukan perkara yang melampau dari batas-batas kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dan menyiksa orang awam yang tidak sehaluan dengan mereka.


Perasaan benci kebanyakan rakyat Malaysia hingga hari ini kepada Chin Peng dan rakan-rakannya bukanlah disebabkan kerana mereka itu Kominis atau Cina tetapi adalah disebabkan perbuatan kejam mereka yang di luar peri kemanusiaan yang telah dilakukan kepada orang-orang awam yang tidak berdosa itu.


Isu Chin Peng ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua, perjuangan yang menggunakan cara ganas, kejam dan penyiksaan, bukan sahaja akan menemui kegagalan tetapi juga akan meninggalkan kesan benci yang berpanjangan.


Walaubagaimana bagus pun ideologi atau fahaman yang hendak disebarkan kepada orang awam namun ia akan tercemar jika orang-orang yang memperjuangkannya menggunakan cara paksaan, keganasan dan kekejaman.

Yang lebih malang dan lebih teruk lagi bila masyarakat akan mengaitkan keganasan yang mereka lakukan itu dengan tabiat kaum mereka, sehingga menimbulkan rasa prejudis terhadap sesuatu kaum itu.

Monday, May 25, 2009

Rasmi, Satu Sekolah Untuk Semua, di dalam Blog ISSP


Kita tidak hairan kalau usaha mewujudkan satu sekolah untuk semua ini tidak mendapat sokongan yang menggalakkan dari parti yang memerintah. Kerana usaha ini tidak memberi apa-apa faedah politik kepada mereka.


Seperti yang kita tahu, parti politik BN adalah parti-parti yang berasaskan kaum, kekuatan dan sokongan kepada mereka selama ini adalah kerana adanya sentimen perkauman.


Jika semua kaum bersekolah di sekolah yang sama maka polarisasi kaum secara sendirinya akan beransur hilang dan semua orang tanpa mengira kaum akan dilihat sebagai rakyat Malaysia sahaja. Bila ini berlaku, fungsi parti-parti berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC dilihat tidak relevan lagi.


Selama ini, parti-parti inilah yang diharapkan sebagai memperjuangkan ‘hak-hak’ kaum-kaum mereka hingga melahirkan sekolah-sekolah vernacular (jenis kebangsaan). Yang kononnya hendak menunjukkan kepada kaum-kaum mereka bahawa mereka telah berjaya memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak kaum mereka. Maka berasa sangat suka dan gembiralah kaum-kaum mereka dan sebagai tanda untuk mengenang jasa, parti mereka akan diundi pada setiap kali pilihanraya.


Walaupun pengwujudan satu sekolah untuk semua ini baik untuk jangka panjang bagi pembentukan satu bangsa dan satu Negara Malaysia tetapi sukar untuk dilaksanakan sebab adanya pertentangan dengan kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu.


Saya sungguh terharu kerana usaha satu sekolah untuk semua ini telah dimulakan oleh blogger sendiri dan nampaknya telah mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini menunjukkan kesedaran telah mula timbul dikalangan rakyat Malaysia betapa perlunya anak-anak Malaysia bersekolah di satu sekolah yang sama.


Satu sekolah bermakna anak-anak dari semua kaum dapat peluang bertemu, belajar bersama, bermain bersama, berkawan dan mungkin juga bergaduh. Sedari awal tadika hinggalah ke peringkat kolej dan universiti.

Inilah cara yang paling berkesan untuk menanamkan bibit-bibit perpaduan dikalangan anak-anak dari berbagai kaum. Di situ juga perpaduan benar-benar diamalkan bukan sekadar menjadi slogan untuk mereka hafal.

Dengan cara ini sahaja kita akan dapat membentuk hubungan yang erat dan padu antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bukan sahaja hubungan luaran tetapi hingga kepada hubungan dalaman.


Malah ingin saya lontarkan satu soalan yang menunjukkan bagaimana selama ini sebenarnya kita telah melalui dan mengamalkan perpaduan yang ‘palsu’. Jika anda seorang Melayu, bolehkah anda sebutkan seorang rakan karib anda yang terdiri dari kaum Cina atau India?


Walaupun agak lewat untuk memasukkan logo 'Satu Sekolah Untuk Semua' ini ke dalam blog saya, tetapi pada hakikatnya saya telah lama dan telah banyak menulis berkaitan isu ini. Keperihatinan saya terhadap isu yang bersangkutan dengan perpaduan dan satu sekolah ini boleh dibaca pada tajuk-tajuk posting berikut:







Tuesday, May 19, 2009

PM Najib Tidak Sanggup dimalukan di Penanti

PM NAJIB mengambil tindakan yang betul bila beliau tidak membenarkan parti UMNO yang mewakili BN menyertai pertandingan dalam pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei 2009 ini.

Walaupun di depan umum PM Najib menyalahkan PKR yang menggunakan pilihanraya kecil sebagai permainan politik sebagai alasan tidak mahu parti UMNO menyertai pilihanraya kecil itu. Tetapi satu Malaya sudah tahu apa yang tersirat disebalik alasan itu, PM Najib tidak mahu beliau dimalukan dengan kekalahan di Penanti.

Sekarang ini setiap pilihanraya kecil seperti sudah menjadi Key Performance Indicator (KPI) kepada PM Najib yang menjadi kayu ukur penerimaan rakyat kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Sebelum ini rakyat di kawasan Permatang Pauh baru sahaja melalui pilihanraya kecil yang berkesudahan dengan UMNO kalah teruk. Kekalahan ini menjadikan PM Najib fobia dan ditambah pula yang sudah tentunya banyak janji-janji yang ditabur sebelum pilihanraya kecil itu tidak dapat dilaksanakan.

Tidak dinafikan juga, krisis politik di Perak yang berlarutan juga akan memberi kesan secara langsung kepada piliharaya kecil Penanti. Rakyat yang sudah bosan dengan muslihat dan dolak dalik PM Najib dan kegagalan beliau dalam menangani masalah krisis di Perak itu sudah tentu akan mencorakkan pengundian di Penanti nanti.

Daripada terus menanggung malu dan dimalukan kerana kalah, lebih baik tidak masuk bertanding. Pelik juga, PM Najib yang ingin beliau dikenali sebagai Perdana Menteri Rakyat, tetapi tidak berani pula berdepan dengan rakyat di Penanti.

Sampai bila dia boleh lari dari rakyat, mahu tak mahu pada 2013 rakyat akan mengadili beliau juga.

Oleh kerana PM Najib sudah dapat membaca yang BN bakal menerima kekalahan teruk di Penanti telah mengambil risiko yang rendah dengan tidak menyertai pertandingan dalam pilihanraya kecil itu. Tetapi ini tidak bermakna PM Najib akan memberi laluan mudah kepada PKR di Penanti. Sudah tentu calon bebas yang menyertai pertandingan di Penanti akan dijadikan proxy kepada parti BN.

Monday, May 18, 2009

Pemimpin mana yang paling petah?

PEMIMPIN dan ucapan adalah dua perkara yang tak boleh dipisahkan, tentu sukar untuk menjadi pemimpin kalau tidak ada kebolehan dan kepandaian untuk berucap. Malah tidak dapat dinafikan, kepandaian dan kepetahan mereka berucaplah yang telah mengangkat diri mereka menjadi pemimpin. Berikut adalah sedikitan ulasan tentang gaya beberapa pemimpin Negara kita berucap.

Tun Dr. Mahathir Mohammad
Semasa memberi ucapan Tun Mahathir mencerminkan seorang yang intelek. Beliau akan membawakan hujah-hujah yang kuat semasa melontarkan pandangannya. Beliau terkenal sebagai yang lantang dan berani dalam memberiikan pendapat. Beliau banyak dan tidak gentar mengkritik dunia Barat. Ini menjadikan beliau sangat disegani oleh pemimpin-pemimpin dunia. Sehingga beliau dikenali sebagai pemimpin pejuang Dunia Ketiga.





Beliau memberi ucapan tidaklah menjerit-jerit atau tidaklah berapi-api. Namun begitu, pendapat dan hujah yang dilontarkan dapat menarik orang ramai untuk mendengarnya. Suara beliau kuat dan jelas, bertenaga dari mula hingga akhir ucapannya walaupun berucap untuk masa dua jam.

Orang ramai juga tidak jemu untuk mendengar ucapannya dan akan terus mendengar dengan kyusuk sehingga beliau habis berucap.

Bahasa yang beliau gunakan dalam ucapan adalah tahap yang mudah yang boleh difahami oleh semua orang. Beliau juga banyak menggunakan contoh-contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan bagi menjelaskan idea atau pandangan yang hendak disampaikannya.

Malah adakalanya sebaik selesai beliau memberi ucapan, hadiran bangun berdiri memberi tepukan sebagai penghargaan dan tanda bersetuju dengan pandangan bernas dan berani beliau dalam ucapan yang disampaikannya.

Beliau mempunyai kebolehan luar biasa dalam meyakinkan khalayak untuk bersetuju dan menyokong pandangan beliau. Selagi pandangan beliau itu baik mungkin ia tidak mendatangkan masalah tetapi bila pandangan beliau tidak baik, tentu ini akan menimbulkan masalah kerana orang akan terus menyangka pandangan beliau itu sebagai baik.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Tun Mahathir adalah salah seorang yang termasuk atau telah mencapai tahap ‘Pemimpin Dunia’.

Pak Lah
Pak Lah pula bersuara lemah, kurang tenaga dalam memberi ucapan. Kadang-kadang Pak Lah cuba juga hendak berucap dengan nada yang berapi-api, tetapi selalu terputus sebelum sampai klimaks. Batuk kerap mengganggu beliau semasa memberi ucapan.





Ucapan Pak Lah lebih baik dan lebih menarik jika beliau membaca teks ucapan yang beliau telah sediakan terlebih dahulu sebelum memberi ucapan. Tetapi kalau berucap tanpa teks, ucapannya kelihatan hambar dan membosankan, apa yang kita dengar dalam ucapannya hanyalah perkataan ‘baik…. baik…. baik…lebih baik… lebih elok.. bagi perelok’.

Ucapan Pak Lah juga lebih menarik kalau beliau bercakap yang menyentuh hal agama, ini mungkin kerana beliau mempunyai latarbelakang pelajaran dan keluarga yang berteraskan agama.

Boleh dikatakan Pak Lah tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam ucapannya, sebaliknya kekuatan Pak Lah adalah pada peribadinya yang bersih dan seorang yang berintegriti. Sikapnya yang baiksangka kepada semua orang membuatkan beliau disegani oleh musuh dan kawan.

Datuk Seri Najib Tun Razak
DS Najib adalah seorang yang tidak mempunyai kepandaian atau bakat semula jadi dalam memberi ucapan. Tetapi pengalamannya menjadi ahli politik dan wakil rakyat sejak umur 20 an lagi telah banyak melatih dan mengajar beliau untuk berucap dengan baik.



Najib tidak mempunyai karisma yang boleh membuat orang terpegun untuk mendengar ucapannya. Ramai orang biasa yang boleh berucap seperti Najib.



Kadang-kadang beliau cuba menaikan semangat dan emosi orang ramai dengan gaya ucapan yang berapi-api tetapi kita boleh nampak seperti dibuat-buat dan tidak nutral.

Orang ramai suka hendak mendengar Najib berucap hanya kerana sudah menjadi kebiasaan beliau, dalam setiap kali ucapannya ada saja benda yang ingin ditawarkannya kepada orang ramai. Dari penawaran projek hinggalah kepada pemberian bonus, elaun dan kenaikan gaji dan pangkat. Faktor inilah yang membuatkan orang untuk terus menunggu ucapannya.

Anwar Ibrahim
Beliau mempunyai bakat semulajadi dalam memberi ucapan. Seperti Mahathir, Anwar juga mampu memukau orang ramai yang mendengar ucapannya. Ucapan yang menarik yang disokong dengan memek muka dan gerak tangan dan badan, menjadi ucapan beliau begitu meyakinkan sesiapa saja yang mendengarnya.




Lebihnya Anwar berbanding Mahathir, Anwar mampu untuk berucap dalam nada yang berapi-api yang boleh menegakkan bulu roma orang ramai.

Anwar juga bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu yang timbul. Apabila ada dua pendapat yang berbeza yang boleh menjadi pertikaian, selalunya Anwar dapat memberi pandangan yang begitu baik dan boleh memuaskan hati semua pihak.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan buat masa ini, tidak ada pemimpin Malaysia yang boleh menandingi kehebatan Mahathir selain dari Anwar.

Ustaz Abdul Hadi Awang
Ustaz Hadi adalah penceramah yang hebat. Sukar untuk kita berganjak dari tempat duduk bila mendengar beliau berucap.

Setahu saya selalunya Ustaz Hadi berucap dengan nada yang berapi-api, mungkin sebab saya hanya mendengar beliau memberi ceramah sahaja. Kebiasaannya, ceramah PAS memang dipenuhi dengan ucapan yang berapi-api.

Dengan menggunakan hujah yang berlandaskan dalil ayat Quran dan Hadis dalam setiap ceramahnya, beliau mampu meyakinkan orang yang mendengar untuk bersetuju dengan pandangan beliau.




Oleh itu tidak hairanlah kalau setiap pandangan dan pendapat yang dilontarkan dalam ceramahnya dianggap oleh orang ramai sebagai fatwa. Begitulah kuatnya keyakinan orang ramai terhadap ucapan atau ceramahnya.

Sehingga kini tidak ada dikalangan pemimpin PAS yang mempunyai kebolehan dan ketokohan setanding beliau. Beliau masih kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar.

Thursday, May 14, 2009

PM NAJIB, RAKYAT DIDAHULUKAN


Berikut adalah keputusan dari tinjauan yang dibuat oleh Berita Harian dari pandangan orang awam terhadap krisis politik yang berlaku di Negeri Perak sehingga pukul 12:12 pm 14th May 2009.


TINJAUAN



Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan?

Ya 88.1%



Tidak 10.2%



Berkecuali 1.7%


Dari tinjauan ini jelas menunjukkan rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan.


Tentu keputusan dari rakyat ini akan mendapat perhatian berat dari Datuk Seri Najib yang berpegang kepada Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.


Apakah benar-benar PM Najib akan mendahulukan kehendak rakyat ini sepertimana yang dilaung-laungkannya?
Kalau tidak, jadilah seperti cakap tak serupa bikin.

Monday, May 11, 2009

Pejabat MB Perak dan exco akan dikosongkan


Petikan dari UTUSAN MALAYSIA:


11/05/2009 5:43pm
IPOH 11 Mei – Pejabat Menteri Besar Perak dan semua Exco akan dikosongkan dalam masa terdekat seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar, pihaknya tidak ada masalah berbuat demikian kerana akur dengan keputusan mahkamah itu. - Utusan

Saturday, May 09, 2009

NAJIB, PM TANPA RESTU RAKYAT


KATA-KATA aluan dari berbagai lapisan rakyat dalam masa dua bulan DS Najib menjadi PM:




CY: After what we had seen in Ipoh yesterday, I am convinced that Najib is digging his own grave. He is being very helpful in assisting all Malaysians to make a decision about who they need to govern the country.Looking on the bright side, I'd suggest that Najib continue to do what he's best at. That will make the next general election much easier for Pakatan and the rakyat!


Oscar the Grouch: Dear Mr Speaker Sivakumar, you are the hero - you da' man - ‘jantan tulen'.You have shown great courage - standing alone in battle - against the mighty combined forces of the federal government, the monarchy and the police.You did not budge - you did not waver. I had expected you to falter. After all, any ordinary man would.But you held on, demonstrating nerves of steel. And held on you did - before you were physically removed from the speaker's chair.I come to understand that you were mildly injured during the scuffle. Worry not, for you shall wear those physical scars proudly as your crowning glory for the people of Malaysia.I bow to you, dear Sir, for you richly deserve my praise. Thank you, dear sir. God bless.


Angry Rakyat: What is wrong with BN? Why are they desperate for power in Perak? Is there any gold mine that is waiting to be uncorked by BN cronies in Perak? Even people having breakfast in a restaurant are arrested. Is this the kind of freedom that we voted for?I am so sad with the political developments in Perak. This is the beginning of the end of BN. When is that? The next GE. Wait and see.


Vastu Raman: It's shame on Malaysian democracy. If Umno can throw away a legitimate speaker in a barbarian manner, then I don't have anything to say other than ‘demokrasi Malaysia dah masuk longkang'. But believe me, Malaysian will rectify this in the 13th general election and I'm committed to change the barbarian rule.


Perak Citizen: I respect and wish to congratulate the Perak state speaker Sivakumar. He had sacrificed for the nation and especially for the Perak ‘rakyat' by sitting in his chair for almost six hours without food and easing himself.All motions passed by Barisan Nasional (BN) were illegal as the speaker Sivakumar had to pass the motion first.The circus created by BN and appointing a circus clown as a speaker, switching off the speaker's microphone and allowing police to remove the speaker are all illegal.


Anonymous: ‘1Malaysia', 2 speakers, 2 MBs, 2 Perak governments, and 2 ADUNs. This is the meaning of Najib's ‘1Malaysia'. I hope he is happy.


VC: Absolutely disgusting and despicable that BN will resort to such repugnant and vile techniques to snatch power from the people of Perak.They will use any way or method to kidnap the power of the ‘rakyat' to feed their power-hungry pursuits. BN has just lost Perak for a whole generation. ‘1BlackMalaysia' indeed!


WongCiLik: Whether infinite or accidental, the Sultan of Perak has done the right thing for the ‘rakyat'. First in allowing Pakatan to form the government after the March 8 election when he could have let Umno, the single, largest party to do so.Secondly by insisting on a Muslim/Malay to be the MB, he has neutralised the race effects of Pakatan Perak government. I believe any further decision by the Sultan or Regent would be for the ultimate good of the Perak ‘rakyat'.


Steve Yeoh: Isn't the Malaysian currency note a national property? It seems that Jelapang assembly person Hee Yit Foong has committed a serious crime by tearing into pieces the RM1 note that Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) showered unto her.Someone please do Malaysia a favour: Lodge a police report, take this criminal to court, and strip her of her status as a state assembly person. One who has no respect for our national property is as good as a traitor. We do not need a traitor as the people's voice.


Isaac Stephen Anthonysamy: Is it in the police's jurisdictions to drag a house speaker out from an Assembly? The police should be ashamed of themselves, sending plainclothes policemen to drag V Sivakumar out of his chair. Two days ago, IGP Tan Sri Musa Hassan said that they do not have enough police personnel to combat crimes. But it's amazing that they were able to send hundreds of police personnel to Ipoh. I do not think the Malaysian police are really concerned over the 'rakyat'.


Sang Kancil: The fiasco in Perak, which was created by BN, is nothing but digging their own graves. BN doesn't have the basic decorum to show that they respect the ideology of democracy.


Millionth Citizen: I urge the Pakatan government to be calm. One thing is for sure: in the next GE, it will give the people more excuses to vote for anything but BN. So, BN you can cheat now but remember it is not halal.


Peter Ooi: I am utterly disgusted by the way Sivakumar was ousted by the BN ADUNs. Stop taking the rakyat for a ride. All your antics in the ‘Dewan' were relayed live to all readers on the Internet. The way power was grabbed showed that you and BN ADUNs are no better than highway robbers. Can highway robbers be lawmakers? A real joke it must be.


John Johnson: A number ‘1BlackMalaysia' day indeed. People are being thrown into prison or arrested for being in a coffee shop near the vicinity of the secretariat building, and people were arrested for wearing black.No more fence-sitting and watching our respect, self-esteem, human rights, and dignity being trodden and trampled by the powers that be. Let us seek help from relevant international bodies to scrutinise our government and check the imbalances and irregularities faced by our people here.


Frustrated Malaysian: From yesterday's episode, I doubt our country has a bright future. Police detained the ‘innocents', who in my opinion, do not even pose any threat to the country.From the Perak political fiasco yesterday, there is clearly no justice right now in Malaysia.‘Looking on the bright side, he is being very helpful. I'd suggest that Najib continue to do what he's best at. That will make the next general election much easier for Pakatan and the rakyat.'


Dari Blog Hamirdin:
I.S.A. adalah haram dan berdosa dan mahazalim dari sudut Islam. Saya sangat anti I.S.A. dan sangat anti mereka yang mengguna, mempertahan dan setuju dengan I.S.A.Tetapi apabila Najib membebaskan 13 orang lagi tahananI.S.A., tindakan tersebut bukan menunjukkan keperihatinan pemerintahan sekarang kepada derita rakyat, tetapi menunjukkan kebodohan dan kebebalan pimpinan sekarang.Manoharan pasang bubu, dan Najib dengan senang hati masuk ke dalamnya.


Sebenarnya bukan dengan senang hati, tetapi dengan berat hati, kerana terpaksa. Kalau tidak bebaskan susah, kalau tidak bebaskan pun susah.Hocus pocus di DUN Perak adalah sembelihan terakhir untuk UMNO, dan dalam keadaan ia memerlukan pertolongan cemas membebaskan tahanan ISA disangka menjadi mouth to mouth resuscitation.Tetapi itulah dioxin untuk UMNO.

Dari Blog Bawean Termenung:
Betapa takutnya Najib dengan 'badi' pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil suatu yang cukup menggerunkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Ini kerana terdapat badi dalam pilihan raya kecil yang amat menghantui Najib. Badi kekalahan yang sukar diterima Barisan Nasional (BN).Selain itu terdapat badi jelmaan yang menakutkan pejabat perdana menteri sehingga terpaksa mengarahkan polis menangkap beberapa orang yang sedang mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran Altantuya Shaaribuu ke-31 di depan pejabat tersebut di Putrajaya.


Apa kena mengena Altantuya dengan pejabat perdana menteri sehingga mengarahkan polis menangkap kumpulan tersebut. Kalau kumpulan sambut harijadi ini tidak dilayan sekalipun, tanggapan ramai sudah tentu menganggap mereka ini gila.Apakah betul kumpulan itu, orang sudah mati disambut hari ulang tahun kelahiran? Ini mesti kerja orang gila. Ada yang kata kalau dilayan orang gila kita juga yang gila.


Tiga pemuda yang ditahan iaitu Yasir Sheikh Abdul Rahman, Saufi Mihat dan Sani Md Shah dibebaskan dengan jaminan polis daerah Putrajaya, tempat mereka ditahan, kira-kira jam 11.15 semalam selepas 24 jam di lokap. Selain tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, turut disiasat pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang mengepalai perkumpulan tersebut dan temannya Nor Azizi Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah berkenaan.Badrul Hisham memberitahu, ketiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan. Katanya: �Dalam tempoh tersebut, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis."Itu satu kisah 'hantu' yang cukup menakutkan pejabat perdana menteri.


Kisah kedua 'badi' pilihan raya kecil yang seolah-olah bertimpa-timpa atas kepala perdana menteri. Bagaimanapun Najib mengambil beberapa pendekatan bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil.Masih ingat tidak lagi tentang perancangan mahu menggagalkan pilihan raya kecil di Penanti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba-tiba bertindak awal mengumumkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin tidak bersalah.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengambil masa lama untuk mengumumkan kekosongan kerusi tersebut dengan harapan Fairus menarik balik perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.Bagaimanapun Najib tetap menerima nasib malang, gagal menyekat kemaraan 'badi' pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan juga pada 31 Mei ini. Namun begitu harapan Najib agak cerah bagi mengelak badi pilihan raya kecil berulang selepas Penanti. Isu Adun Bukit Lanjang, Elizebeth Wong tidak dibesarkan bagi mengelak badi bertimpa ke atas beliau.Najib juga terpaksa berfikir panjang dan mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein melepaskan Adun Kota Alam Shah, M Manoharan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA).


Sebelum ini Manoharan memberitahu beliau akan meletak jawatan Adun kerana tidak berfungsi sebagai wakil rakyat selagi berada dalam tahanan ISA. Ternyata cara Manoharan berkesan kerana Najib amat perit dengan 'badi' pilihan raya kecil.Akhirnya Hishamuddin hari ini, mengumumkan tiga pemimpin Hindraf yang masih berada di kem tahanan Kamunting, bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan ISA.Beliau membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.


Tiga pemimpin itu termasuk Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar.Dalam masa Najib gagal mengatasi masalah supaya tidak berlakunya pilihan raya kecil di Penanti, beliau turut tertekan dengan kemungkinan pilihan raya kecil di Bukit Lanjang apabila Adunnya, Elizebeth Wong mahu meletak jawatan berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur di internet.Pada mulanya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo cuba mengambil kesempatan daripada isu itu dan memainkan peranan bagi menjatuhkan Adun tersebut tetapi selepas itu beliau membisu seribu bahasa akibat tekanan pihak atasan yang tidak mahu melihat pilihan raya kecil.


Namun begitu, sejak akhir ini ada usaha laman maya tertentu yang pro Umno cuba membangkit semula isu Eli tersebut. Bagaimanapun melihat daripada ketakutan Najib dengan badi pilihan raya kecil kemungkinan laman tersebut akan turut diberi peringatan.Kalau Khir sudah tidak berani menjatuhkan Adun Bukit Lanjang, apakah laman tersebut bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku pilihan raya kecil di Bukit Lanjang yang badinya amat menakutkan Najib? - mns _


Dari Blog Zulkifli Noordin:
Salam 2 all.If there is any doubt as to what extend the Be End Malaysia Bolehland slogan can be stretched, yesterday's incident at and around the august Dewan Undangan Negeri Perak went beyond any wildest imagination.Outside the DUN, don't even think of wearing black t-shirt, unless you have some free time to spend in the police lock up. Where else can having a tehtarik at mamak stall can land you in a police blackmaria! One can forgive any tourist if he were to think that the pig that cause the pig-flu has arrived in Ipoh..the scene of police barracading almost the whole sleepy Ipoh town is reminiscent of the red-army attack in Thailand.


The snatch thieves and mat rempit must have their field day yesterday..as almost the whole police force was swarming the DUN and area surrounding it.Inside the DUN is no better. The Yang Berhormat has really turn themselves into Yang Berukmad..and I thought the Zoo Negara has been moved from Ulu Klang to Jln Panglima Bukit Gantang, Ipoh!The circus began from the press of the button. There is no "sitting" of the dewan yesterday as everybody was practically standing.The Yang Berukmads' behaviour yesterday will put Yang Merempit to shame.


They demonstrate their true color..their behaviour resembles those of lawbreakers and not lawmakers. There was a lot of shouting, shoving, climbing, running, swarming. Even fist flying..not to mention the hard earned ringgit torn to pieces. One of the Yang Berukmad even got his buttons torn off, exposing his hairy belly. Even the Taiwanese legislators, well known for their rampage, would give their "Perak counterpart" a double-salute.And the police..what on earth are they doing in the Dewan.


Don't they have better things to do..what with rampant snatch thefts going on..to the extent of causing deaths to two pregnant young mother! What with the Mat Rempit menace putting the country at ransom with their lawlessness behaviour and rampage. And the police spent their whole force in that tiny dewan..to the the extent of abusing their manpower and time to physically drag the poor little Sivakumar out of his hard earned speaker's chair.


I think the police has demonstrated more than enough evidence that they're fast becoming Be End 15th component party.And to add salt to the injury..they got the cheek to say they need more manpower and money to combat the increasing crime rate in the country. I think we may have to send some of the man in blue to the psychiatrist to have their brain open and examine!07th of May will go down in the pages of history and be remembered as the One-Malaysia Darkday. The day the Lawmakers turn Lawbreakers.


The day the Yang Berhormat turn Yang Berukmad. The day where the desperados Be End turn everything upside down..If only the YBs can bring senses to their empty head. My strong advise to Zambry & the Gang, don't you people have any sense of self pride. Is there not an iota of humanity and self respect in your heart. Doesn't your conscience speak to you?Are you not ashame of your evil deed?You can call it what you like, you can hide behind the skirt of the man in blue, you can shield yourself behind the yellow colored shield, you can use those wigged fellas as your tool..but can you face the Almighty with all that evil deed! Do you have the balls to face the people of Perak in a state election.


Why not return to the people what is rightfully theirs.In case you don't understand, democracy is not merely about numbers, but it is about honor, it's about responsibility, it's about carrying the voice of the people. And the voice of the people in Perak is loud and clear, they outvoted you on 08 March 2008. They wanted change..and changed they did. You may have the money to buy people over, you may have the power to rob the people's wishes..but do you have the morality to face the people.


I challenge you Zambry & the gang, for at least once, be a human. Be a man.What you have done is a disgrace to the history of the country. Don't you ever fear that the day will come that the next generation will pass by your dirty grave and piss on it..To my Pakatan comrade, we should be proud with ourselves. Don't stoop to their dirty low level politics.What they are doing is just expediting their inevitable demise..they are digging their own dirty grave. It's only a matter of time.For me, we should adopt the more civilised and honorable way of battling it. Fight it out in the Court of Law..parade the best legal eagle we have and outwit Be End in the niceties of legal jargons.


Let the wigged fellas up there decide. While we exhaust all the legal avenues, don't forget to convince His Majesty the Sultan to dissolve the DUN. The Tuanku is after all a former legal eagle anyway. He may come to some senses if we can convince him..we need a good diplomat and highly skilled and respected negotiator to present it to the Tuanku. And we have them within our circle..the big names like the highly respected Professor Datuk Visu Sinnadurai, His Excellency the former Ambassador Dato Yeop Adlan Che Rose and many others.. Tap their skill and talent, convince His Maesty the Tuanku to dissolve the DUN.And if all that fail, don't worry, we have the final Court...the Mahkamah Rakyat..the People's Court. I am very sure and convince that the "judges" in the Mahkamah Rakyat are as eager as us to hammer the final nail to the Be End's coffin.


I am more than convince that the Be End's days are numbered. The installation of Najib as their 6th PM put the final nail to the RAHMAN theory. The eNd for Be eNd is near.So why stoop to their low level when we are riding high with the rakyat.Maintain our dignity, be honorable and respectable, walk tall as the real Wakil Rakyat, be proud that the final "judges" are with us.. And when that day do come..we can always look back with pride and dignity..that we are the Lawmakers and not Lawbreakers...that we are the Yang Berhormat and not the Yang Berukmad..May ALLAH bless us all..may ALLAH bring us the light of justice and fairplay to rid this One-Malaysia Darkday of 07th May 2009.


Zulkifli Bin NoordinAhli Parlimen Kulim B.BharuFriday 13 Jamadil Awal 143008th May 2009





Mahathir dan Pak Lah diterima rakyat dengan baik ketika mereka memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya rakyat menyambut Najib dengan penuh curiga ekoran dari berbagai ‘skandal’ yang menyelubungi kehidupannya.


Apa yang kita sangat bimbangkan ialah kalau Najib juga akan mengambil pendekatan menutup kesalahan dengan kesalahan lain bagi membersihkan namanya.


Untuk tujuan membersihkan dan menjaga namanya, ada kemungkinan kebebasan media akan ditarik balik dan media akan dipastikan berada di bawah penguasaannya. Kebebasan bersuara akan disekat melalui undang-undang yang digubal.


Sekali lagi kita bakal akan melihat zaman gerhananya demokrasi akan berulang di Malaysia, dimana Polis, BPR dan makamah tidak lagi bebas, yang akan dikuasai oleh pemimpin politik bagi mengekalkan kuasa mereka. Media perdana dan SPR juga akan terus diperalatkan untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya.


Kemungkinan besar sekali lagi kita kembali ke zaman autokratik, PM menjadi orang yang paling berkuasa, kata-katanya adalah perintah yang mesti dipatuhi tanpa boleh dipersoal.
Agensi-agensi kerajaan sewenangnya akan dipergunakan sebagai jentera dan alat propaganda parti yang memerintah. Kita akan ditakut-takutkan melalui kursus-kursus Bina Negara atau kursus yang sewaktu dengannya.


Di masa itu pilihanraya yang diadakan hanyalah sekadar topeng untuk mengesahkan Negara kita sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.


Masih saya ingat lagi kata-kata sinis Dr. Mahathir, “Sayalah satu-satunya diktator di dunia yang terpilih melalui pilihanraya”.

Wednesday, May 06, 2009

UMNO Perlu Berubah dan Mengubah

PM NAJIB seperti tidak sabar untuk membuat perubahan hinggakan terpaksa mengambil masa berminggu-minggu untuk memperincikan gagasan ‘Satu Malaysia’ yang beliau lontarkan pada ucapan alu-aluannya sebagai Perdana Menteri. Kepada setengah orang keadaan ini disifatkan sebagai sudah berak baru hendak gali lubang.

Sekarang ini semua parti-parti politik berebut-rebut hendak mendapatkan slogan dan label yang boleh membawa makna ‘perubahan’. Mungkin telah menjadi naluri kebanyakan manusia yang suka kepada perubahan, mereka jadi bosan kalau menjalankan aktiviti kehidupan yang sama saja.

Tidak hairanlah kalau parti-parti politik juga berlumba-lumba untuk dilihat sebagai parti yang mahu berubah dan mampu membuat perubahan untuk terus sesuai dengan aspirasi rakyat.

Pak Lah terpaksa dikorbankan dan digantikan dengan Najib walaupun penggalnya sebagai PM belum tamat lagi. Ini semua gara-gara hendak menunjukkan kepada rakyat UMNO benar-benar dan tidak sabar hendak membuat perubahan.

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang perubahan yang dilaung-laungkan itu hanyalah retorik dan perubahan komestik semata bagi mengabui mata rakyat.

Menjelang pilihanraya umum akan datang ini, pastinya telinga kita akan disumbat bertubi-tubi oleh slogan-slogan politik yang sarat dengan perkataan yang membawa maksud ‘perubahan’ dan yang sewaktu dengannya seperti ubah (change), reformasi, harapan baru, Malaysia baru dan transformasi.

Reformasi adalah satu perkataan yang sinonim dengan Anwar Ibrahim yang sangat ditakuti oleh UMNO pada sekitar tahun 1998 dahulu.

Setakat ini pimpinan UMNO di bawah Najib tidaklah nampak membuat apa-apa perubahan besar yang dapat memberi impak besar kepada rakyat selain dari membuat beberapa lawatan mengejut ke berapa kawasan sesak di sekitar Kuala Lumpur sambil menjaja gagasan ‘Satu Malaysia’ beliau.

Berbondong-bondonglah media-media perdana mengekori buntut beliau dalam membuat liputan secara besar-besaran, digambarkanlah dalam media bahawa Najib telah membuat pendekatan yang berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini yang tidak mesra rakyat dan terlalu formal. Inilah perubahan besar yang telah dilakukan oleh Najib.

Apakah perubahan seperti itu yang benar-benar dikehendaki rakyat?

Dikalangan penganalisis politik, apa yang dilakukan oleh Najib itu tidak lain dari usaha beliau untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan rakyat daripada isu yang lebih besar.

Sebelum ini Pak Lah yang dibantu oleh menteri kabinetnya Zaid Ibrahim telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk mengembalikan kredibiliti dan integriti badan kehakiman negara ini yang telah menjadi tunggangan badan esekutif dan telah banyak dipertikaikan oleh berbagai pihak termasuk dari luar negara.


Usaha yang dilihat merugikan UMNO ini telah mendapat sambutan dingin dari pemimpin-pemimpin UMNO lain yang ada kepentingan politik. Setelah Pak Lah turun dari jawatan PM, usaha tersebut turut terhenti dan disenyapkan.


Nasib yang sama juga turut menimpa kepada usaha untuk mengembalikan institusi Polis dan badan pencegah rasuah sebagai badan penguatkuasa yang bebas, berkredibiliti dan berintegriti.

Sebenarnya inilah perkara-perkara yang sangat besar yang patut diberi keutamaan dalam sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


Pencapaian kita tidak akan sampai ke tahap yang membanggakan kalau kita kembali menggunakan pendekatan autokratik seperti yang diamalkan oleh Mahathir sebelum ini.


Demokrasi tidak akan memberi kesan yang baik kepada kita jika media kita tidak bebas dan badan yang mengendalikan pilihanraya tidak bebas, telus dan adil.


Institusi Polis dan ISA dengan sewenangnya digunakan untuk menghapuskan musuh-musuh politik yang boleh menggugat kepentingan politik parti yang memerintah. Baru semalam kita telah digemparkan dengan penangkapan pemimpin PAS, Mohamad Sabu, yang jelas bermotifkan desakan politik. Nampaknya dalam hal ini juga UMNO telah membuat perubahan, tetapi satu perubahan kebelakang.















Iltizam Pak Lah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap UMNO selepas mengalami prestasi buruk pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu memang di alu-alukan oleh semua orang.


Untuk mendapat semula keyakinan orang ramai, pendekatan parti UMNO kenalah berubah. Pemikiran masyarakat kita sekarang semakin maju, sesuai dengan masyarakat yang maju, penampilan UMNO juga kena berubah untuk disesuaikan dengan masyarakat.


Amalan politik membuli dan menakut-nakutkan bukan lagi cara yang sesuai di zaman ini. Masih segar diingatan kita bagaimana Khairi Jamaludin semasa berkempen di Kelantan telah membawa mesej ‘pado dah 18 tahun’ yang membawa maksud cukuplah 18 tahun PAS memerintah di Kelantan. Akhirnya mesej beliau itu telah disambut oleh rakyat Kelantan dengan mesej ‘padea muke mu’ melalui peti undi.


Manifesto ‘Tahun Merawat Kelantan’ telah berakhir dengan ‘Tahun Merawat UMNO’ sendiri. Cara kempen yang keterlaluan itu bukan saja tidak dapat meraih simpati orang ramai untuk mengundi UMNO sebaliknya telah menimbulkan rasa meluat orang ramai.


Di masa yang lalu isu-isu penawaran pemberian kemudahan asas selalu dimainkan oleh UMNO setiap kali menjelang pilihanraya. Dan diwaktu itu taktik tersebut memang berkesan dan berjaya untuk meraih undi orang ramai.


Kerana UMNO tidak sensitif kepada perubahan dan kehendak rakyat menyebabkan parti itu tidak relevan lagi kepada mereka. Nasibnya mungkin jadi sama seperti danasour yang lenyap kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.


Sejak kebelakangan ini rakyat kita telah bosan dengan masalah sosial yang tak pernah habis seperti dadah, rempit, lepak, masalah jenayah seperti ragut, rompak, samun, pecah rumah, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, peminjam wang haram atau along dan kenaikan harga barang, pengangkutan awam yang teruk dan kos kehidupan yang tinggi di Bandar. Semua masalah ini tidak pernah selesai dan tidak dapat ditangani oleh kerajaan BN dengan baik.


Rakyat juga begitu bosan dengan gejala rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam dan swasta. Walaupun ada cubaan untuk menyembunyikan dengan alasan tidak ada bukti sahih tetapi rakyat biasa yang berdepan dan mengalami sendiri tentu tahu bagaimana teruknya amalan rasuah di negara kita.


Itu belum lagi termasuk cerita-cerita pencemar alam sekitar, kilang-kilang haram, pembalak-pembalak haram yang banyak kali disiasat tetapi selalu terlepas dari hukuman, semua perkara-perkara salahlaku ini samada disedari atau tidak, secara tidak langsung telah memberi imej buruk kepada parti yang memerintah.


Keresahan rakyat kepada isu-isu salah laku dan masalah sosial ini telah terlepas pandang oleh UMNO yang menganggapnya sebagai masalah remeh. Sebaliknya kalau kita lihat manifesto parti pembangkang dalam pilihanraya umum ke 12 lalu banyak menekankan kepada kepada sebuah kerajaan yang telus, adil dan membantu meringankan beban rakyat yang sememangnya sekian lamanya menjadi impian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini.


Berbanding PR, parti BN adalah parti yang menguasai kerajaan sekarang ini dilihat oleh rakyat sebagai pihak yang ada kuasa untuk melakukan apa jua perubahan yang dapat memberi kebaikan kepada rakyat.


UMNO hendaklah ikhlas dalam mengadakan pembangunan untuk rakyat. Tidak perlulah memberitahu rakyat supaya mereka patut mengenang jasa-jasa yang telah dibuat oleh UMNO. Tidak payahlah membelanjakan berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk membuat papan-papan tanda besar yang tertulis perkataan “SEBUAH LAGI PROJEK OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL”.


Tidak perlu jugalah dipanggil semua media perdana supaya dapat dilihat oleh rakyat setiap kali adanya majlis perasmian projek yang sudah siap atau pecah tanah untuk memulakan projek kerajaan. Kalau kita buat projek demi untuk kesenangan rakyat dengan ikhlas pasti akan dikenang rakyat juga.


Rakyat kita sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang betul dan mana yang salah. Mereka tidak lagi mudah percaya dan terima bulat-bulat apa yang kita sogokkan. Kalau kita mahu parti kita terus relevan dan diterima rakyat maka kenalah sentiasa berubah mengikut keperluan rakyat. Kalau tidak, hanya orang hutan sajalah yang mahu mengundi parti kita, sedangkan orang hutan kalau pun ada, sudah tidak berapa ramai lagi bilangannya di Malaysia ini.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com