Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, October 18, 2008

Najib, pemimpin UMNO terakhir, ~ref Malaysiakini

Kita telah melihat bagaimana kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri telah memaksa mereka melepaskan jawatannya sekalipun parti mereka tidak pernah kalah dalam pilihan raya umum dan mereka juga bukan dikalahkan dalam pemilihan parti UMNO.

Mahathir pada mulanya merupakan pemimpin yang disayangi oleh semua rakyat tetapi setelah melakukan beberapa kesilapan telah menyebabkan beliau dibenci oleh orang-orang Melayu.

Bermula dengan krisis matawang yang melanda Negara pada tahun 1998, menyebabkan beliau mengambil langkah yang tidak disenangi oleh berbagai pihak dengan ‘bail out’ syarikat-syarikat mega yang diteraju oleh kroni dan anak-anaknya.

Tindakannya itu juga tidak dipersetujui oleh timbalannya Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan ketika itu. Pertelingkahan itu berakhir dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Tindakan Dr. Mahathir memecat Anwar itu telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan orang-orang Melayu.

Akhirnya bagi memulihkan dan membersihkan namanya Mahathir terpaksa menutup kesalahannya dengan kesalahan lain.

Media perdana, Polis, BPR dan makamah yang telah dikuasainya sebelum itu telah digunakan untuk membersihkan namanya dan ‘memusnahkan’ musuh-musuh politiknya.

Tetapi bangkai gajah masakan boleh ditutup, mulut tempayan bolehlah ditutup. Akhirnya beliau akur dengan kehendak rakyat jelata terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana tidak mahu dirinya menjadi beban kepada UMNO.

Pak Lah

Seterusnya beliau telah diganti oleh Pak Lah. Pak Lah dikenali sebagai pemimpin peringkat tinggi UMNO yang baik dan bersih. Pak Lah telah diterima oleh rakyat dengan baik dan rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada beliau bagi memperbaiki segala kerosakan yang telah dilakukan oleh Mahathir.

Hasrat Pak Lah untuk memberi lebih kebebasan kepada media, menghapuskan rasuah, meningkatkan kredibiliti Polis dan BPR, membebaskan badan perundangan dan makamah dari badan esekutif sangat dialu-alukan oleh orang ramai yang cintakan demokrasi dan ketelusan.

Tetapi silapnya Pak Lah, beliau dikatakan terlalu dipengaruhi oleh nasihat anak-anak dan menantu. Pak Lah juga dilihat sebagai pemimpin yang lemah dan tidak berkesan. Akhirnya dia jadi pemimpin yang cakap tak serupa bikin.

Strategi politik Pak Lah yang salah dengan mengambil pendekatan memusuhi kumpulan Hindraf yang merupakan sebahagian dari suara kaum India juga telah mengundang masalah kepada beliau.

Rasa tidak puas hati ahli-ahli UMNO, kaum Cina dan kaum India kepada Pak Lah telah ditunjukkan dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu di mana prestasi BN telah jatuh kepada tahap terburuk dalam sejarah.

Setelah digesa oleh pemimpin-pemimpin kanan dalam UMNO akhirnya Pak Lah terpaksa menerima kenyataan yang beliau tidak disukai oleh ramai pemimpin-pemimpin UMNO. Dengan rasa penuh tanggungjawab beliau telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada Mac 2009 ini.

Najib

Kalau Dr. Mahathir dan Pak Lah melakukan kesilapan semasa menjadi Perdana Menteri tetapi berlain dengan Najib.

Najib banyak dikaitkan dengan kesalahan moral dan isu komisyen pembelian kelengkapan angkatan tentera yang kontraversial. Beliau dan isteri beliau Rosmah Mansor juga telah dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita cantik Mongolia yang sedang dibicarakan di makamah sekarang ini.

Rosmah Mansor isteri Najib juga turut menjadi perbualan orang ramai, kononnya semasa Najib melamar Rosmah untuk menjadi isteri, Rosmah masih lagi isteri orang. Dikatakan Najib telah membayar wang tebus talak yang mahal kepada suaminya ketika itu untuk memiliki Rosmah.

Najib pernah menjadi perbualan ramai bila dia dikatakan ditangkap berkhalwat dengan artis Ziana Zain di Port Dickson pada satu masa dulu. Ziana Zain dan Najib sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya yang mereka terlibat dalam kes khalwat itu, dan juga telah diperakukan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sebagai berita yang tidak benar. Tetapi di masa itu orang ramai belum berminat dengan sumpah laknat, oleh itu tidaklah mereka yang terlibat di masa itu disaran bersumpah laknat.

Walaupun kesalahan dan kesilapan Najib ini tidak pernah dibuktikan samada salah atau tidak tetapi mulut manusia memang sukar untuk ditutup dari terus bercerita dari seorang ke seorang.
Tanggapan serong orang ramai kepada Najib dan isterinya Rosmah mungkin akan memberi jalan sukar kepada Najib untuk menjadi pemimpin yang disukai dan disayangi oleh rakyat apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri tahun 2009 ini.

Secara peribadi saya melihat Najib bukanlah orang yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin, dia menjadi pemimpin sekadar untuk mengisi kekosongan kepimpinan.

Dia bukan pemimpin yang mempunyai visi dan idealism, dia mungkin sekadar pelangsung kepada legasi pemimpin-pemimpin terdahulu. Saya yakin beliau tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang hebat, saya percaya kepimpinannya tidak akan lebih hebat dari Pak Lah atau Tun Husein On.

Najib diketengahkan menjadi pemimpin sebab faktor bapanya Alahyarham Tun Razak. Dengan kata lain Najib adalah pemimpin yang diwariskan dari ayahnya dan bukannya sepenuhnya terletak kepada kualiti kepimpinan semulajadi. Pilihanraya yang disertainya hanyalah sekadar untuk menobatkannya menjadi pemimpin.

Najib juga mendapat jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa melalui pertandingan. Siapalah Khairi Jamaludin tanpa menjadi menantu Perdana Menteri. Kalau semasa menjadi mertua kepada Perdana Menteri, Khairi Jamaludin boleh berkata yang dirinya sebagai ‘shooting star’ tapi bila Pak Lah hilang taringnya, kini Khairi hanya mampu mendakwa dirinya sebagai calun ‘underdog’ sahaja. Begitu jugalah dengan Najib, siapalah Najib kalau tanpa menjadi anak Tun Razak.

Ada kemungkinan juga selepas ini , orang parti Keadilan yang bencikan Mahathir yg telah kembali kepangkuan UMNO semasa Pak Lah mengambil alih kepimpinan Negara, seperti Roslan Kasim dan Lokman Adam tidak akan berasa selesa bila Najib menjadi Perdana Menteri yang dilabel sebagai penerus era Mahathir itu.

Penerimaan

Mahathir dan Pak Lah diterima rakyat dengan baik ketika mereka memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya rakyat menyambut Najib dengan penuh curiga ekoran dari berbagai ‘skandal’ yang menyelubungi kehidupannya.

Apa yang kita sangat bimbangkan ialah kalau Najib juga akan mengambil pendekatan menutup kesalahan dengan kesalahan lain bagi membersihkan namanya.

Untuk tujuan membersihkan dan menjaga namanya, ada kemungkinan kebebasan media akan ditarik balik dan media akan dipastikan berada di bawah penguasaannya. Kebebasan bersuara akan disekat melalui undang-undang yang digubal.

Sekali lagi kita bakal akan melihat zaman gerhananya demokrasi akan berulang di Malaysia, dimana Polis, BPR, makamah tidak lagi bebas, yang akan dikuasai oleh pemimpin politik bagi mengekalkan kuasa mereka. Media perdana dan SPR juga akan terus diperalatkan untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya.

Agensi-agensi kerajaan sewenangnya akan dipergunakan sebagai jentera dan alat propaganda parti yang memerintah. Bila ini berlaku kita akan dicengkam oleh sistem kuku besi atau autokratik. Kita akan ditakut-takutkan melalui kursus-kursus Bina Negara atau kursus yang sewaktu dengannya.

Di masa itu pilihanraya yang diadakan hanyalah sekadar topeng untuk mengesahkan Negara kita sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.

Masih saya ingat lagi kata-kata sinis Dr. Mahathir, “Sayalah satu-satunya dictator di dunia yang terpilih melalui pilihanraya”.

5 comments:

malayamuda said...

Mahathir is a Joker

Mera Nam Joker - Mahathir

azali said...

semua tak betul, semua ada kesilapan jadi sapa yg betul dan layak adakah Anuar je!.........sakit pinggang pun menipu apa lagi yang lain-lain.

azali said...

blog owner tak approve pun tak pe...asal baca dah.

Anonymous said...

Bermula dengan krisis matawang yang melanda Negara pada tahun 1998, menyebabkan beliau mengambil langkah yang tidak disenangi oleh berbagai pihak dengan ‘bail out’ syarikat-syarikat mega yang diteraju oleh kroni dan anak-anaknya.

Tindakannya itu juga tidak dipersetujui oleh timbalannya Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan ketika itu. Pertelingkahan itu berakhir dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Tindakan Dr. Mahathir memecat Anwar itu telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan orang-orang Melayu.

Media perdana, Polis, BPR dan makamah yang telah dikuasainya sebelum itu telah digunakan untuk membersihkan namanya dan ‘memusnahkan’ musuh-musuh politiknya.
>>
Apa yang perkatakan oleh tuan ini adakah bukti atau kahbar angin? Perkara ini sekiranya benar kita perlu mencari keadilan dan kebenaran, kalau tidak kita sama seperti seorang yang membuat fitnah. Lagi besar dosanya.mari kita tegakkan keadilan amin.
<<
Tetapi silapnya Pak Lah, beliau dikatakan terlalu dipengaruhi oleh nasihat anak-anak dan menantu. Pak Lah juga dilihat sebagai pemimpin yang lemah dan tidak berkesan. Akhirnya dia jadi pemimpin yang cakap tak serupa bikin
>>
Kalau semua dah tak betul, siapa yang betul? Manusia ini semuanya sama sahaja. Kena dengan duit dan burit abis telentang macam kejadian diperak. Tuan boleh tahan ke. Pernah satu ketika dulu imam kena tangkap basah sampai dua kali. Nabi pun kahwin sampai 4. Inikan kita yang ada 1 sahaja, lagi le gigil. Betul ke? Semoga dijauhkan amin.
<<
Strategi politik Pak Lah yang salah dengan mengambil pendekatan memusuhi kumpulan Hindraf yang merupakan sebahagian dari suara kaum India juga telah mengundang masalah kepada beliau.
>>
betul ke? Kalau benar tuan kena buat report tu! Saya cadangkan tuan masuk you tube lihat kejadian diambon seorang budak islam dicincang hidup-hidup……. Banyak cara boleh kita selesaikan secara aman dan perundingan. tak tahu le kalau tuan suka suasana seperti itu. saya berdoa agar malaysia akan aman. Amin.
<<
Rosmah Mansor isteri Najib juga turut menjadi perbualan orang ramai, kononnya semasa Najib melamar Rosmah untuk menjadi isteri, Rosmah masih lagi isteri orang. Dikatakan Najib telah membayar wang tebus talak yang mahal kepada suaminya ketika itu untuk memiliki Rosmah.
Najib pernah menjadi perbualan ramai bila dia dikatakan ditangkap berkhalwat dengan artis Ziana Zain di Port Dickson pada satu masa dulu. Ziana Zain dan Najib sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya yang mereka terlibat dalam kes khalwat itu, dan juga telah diperakukan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sebagai berita yang tidak benar. Tetapi di masa itu orang ramai belum berminat dengan sumpah laknat, oleh itu tidaklah mereka yang terlibat di masa itu disaran bersumpah laknat.
>>
Tuan suka ke lihat orang berzina? Ganjil ke orang menebus talak? Yang mana lebih baik? Buat zina ke, atau kahwin? Lagi satu saya raya undang-undang islam dah jelas mengatakan untuk menuduh seseorang itu telah melakukan zina adalah memerlukan 4 saksi-saksi cukup sifatnya. Tuan nampak ke atau ada sesiapa yang namapk buntut ziana zain dan najib. Berdoalah kita jangan tergolong dengan orang-orang yang memfitnah dan berzina. Amin.
<<
Sekali lagi kita bakal akan melihat zaman gerhananya demokrasi akan berulang di Malaysia, dimana Polis, BPR, makamah tidak lagi bebas, yang akan dikuasai oleh pemimpin politik bagi mengekalkan kuasa mereka. Media perdana dan SPR juga akan terus diperalatkan untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya.

Agensi-agensi kerajaan sewenangnya akan dipergunakan sebagai jentera dan alat propaganda parti yang memerintah. Bila ini berlaku kita akan dicengkam oleh sistem kuku besi atau autokratik. Kita akan ditakut-takutkan melalui kursus-kursus Bina Negara atau kursus yang sewaktu dengannya.
>>
Disini saya kena betulkan ayat tuan. Bukannya polis yang jadi jentera, tetapi individu tertentu yang menjadi kudanya. Polis itu adalah satu jabatan yang mempunyai peraturanya sendiri. Polis itu tidak hidup tapi tuan yang hidup dan berfikiran. Dan bukan semua polis yang jahat, ada juga yang baik. Takkan le semua anak tuan baik! Kalau baik p[un mungkin dihadapan tuan sahaja. Sama-sama le kita beringat dan berfikir waras dan jangan ikut kata orang. Rukun ini ada 6 semoga kita sentiasa berpegang kepadanya. Amin.

Akhir sekali saya rasa hanya tuan le yang layak jadi PM amin.

Anonymous said...

betol kate buah mlaka....
encik ni tahu komen aje...kalau da sume org salah ape yang btol..setiap pemimpin buat tindakan atas dasar rakyat,.....kalu tak kerana pemimpin2 kite yang bijak lame da negara kite tergadai...nak ke melayu merempat di negeri sendiri....

walau buruk macam mane pun anggapan encik terhadap pemimpin kite...tapi ingat la...
tanpe diorang tak mungkin kite akan hudup aman sperti sekarang......
tak mungkin orang melayu,cina dan india boleh berdiri same tinggi and dudk same rendah seperti sekarang,,

so rasenye encik ni terlalu mengikot perasaan dan mudah di pingaruhi oleh pemikiran negatif...

jangan menilai orang dri luaran..
nilai lah pemimpin kita atas jasa2 yang mereka da taburkan selama ini... sekian...

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com