Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, October 10, 2008

Angkara budak-budak Tingkat Empat.

Semasa saya melawat pelajar UTM membuat latihan industry di kawasan Seremban pada 21 Mei 2004 saya telah bertemu dengan Encik Mohd Zaki bin Abdul Muin, tuan punya syarikat di mana dua pelajar UTM sedang menjalani latihan industry di situ.


Semasa bertemu dengan beliau sempat juga kami bercerita perkembangan semasa politik negara. Pada masa itu Pak Lah baru beberapa bulan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir dan parti di bawah pimpinannya baru saja menang besar dalam pilihanraya umum ke 11.


Ketika itu saya dan mungkin orang lain juga melihat Pak Lah sebagai seorang baik dan bersih. Memang ketika itu tidak ada orang UMNO yang lebih baik dan sesuai untuk menggantikan Dr. Mahathir selain dari Pak Lah.


Turunnya Dr. Mahathir dari tampuk kuasa sungguh melegakan saya. Mana tidaknya, selepas tahun 1998 kepimpinan Dr. Mahathir tidak lagi disenangi oleh banyak pihak, kita sebagai kakitangan kerajaan berasa dalam ketakutan dan tidak bebas. Segala kegiatan kita seperti diperhatikan dan diawasi.


Masa Mahathir turun dari takhta kita merasakan seperti telah keluar dari mulut harimau, kita tidak kisah sangat siapa yang mengambil alih pemerintahan Negara selepas itu, asalkan Mahathir tidak di situ lagi. Kita pun rasa ‘happy’ bila Pak Lah yang ‘baik’ dan ‘bersih’ dilantik menjadi PM.


Tapi saya rasa macam tak percaya bila En. Zaki yang juga bekas pensyarah UM itu memberitahu saya Pak Lah juga kuat rasuah. Kata En. Zaki, pernah kawannya cuba berhubung dengan Pak Lah bagi mendapatkan suatu projek melalui Pak Lah, setiap orang yang ingin berhubung dengan Pak Lah mesti melalui ‘pembantu’ Pak Lah. Pembantu Pak Lah telah meminta sejumlah wang yang besar jika ingin projek tersebut diluluskan oleh Pak Lah.


Waktu itu belum ada lagi yang dipanggil ‘budak-budak di tingkat 4’ tapi sekarang barulah saya tahu bahawa pembantu Pak Lah itulah yang dikenali sekarang sebagai budak-budak tingkat 4.
Mungkin Pak Lah sendiri tidak tahu kerja-kerja buruk budak-budak tingkat 4 ini kerana tidak ada bukti dan mungkin tidak ada siapa yang berani melapurkan kegiatan mereka kepada Pak Lah. Apatah lagi budak-budak tingkat 4 itu terdiri dari mereka yang sangat dipercayai oleh Pak Lah.


Angkara budak-budak tingkat 4 inilah yang telah mencemarkan nama baik Pak Lah sehingga Pak Lah dihalau dengan cara yang menyedihkan dari jawatan Perdana Menteri.


Moga kisah ini akan menjadi iktibar kepada pemimpin-pemimpin politik hari ini. Rakyat memilih anda untuk menjadi pemimpin mereka bukannya memilih anak, menantu dan isteri anda menjadi pemimpin mereka.


Satu kata-kata Pak Lah yang memikat kita semua, “Bekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya”. Tapi sayang Pak Lah telah tidak bekerja keras, sebaliknya mebiarkan orang lain membuat kerja bagi pihaknya.

Gambar Pak Lah diambil dari Malaysiakini.

3 comments:

. said...

saudara, saya dah masukkan blog saudara dalam debat rakyat. sekiranya tak keberatan, saya mohon jasa baik saudara membuat link dari blog saudara ke http://debatrakyat.blogspot.com dan http://nobisha.blogspot.com

terima kasih.

Anonymous said...

saya terus terang jek..sy mmg tak suka pak lah..sbb dia dibayangi dgn budak2 tingkat 4...tapi saya sedih lah dgn cara dia letakkan jawatan..

smoga ni beri pengajaran pd yg lain..utk yg bukan PM pun...maksud aku yg jadik bos..kalau uruskan sesuatu jgn suh org bawah take over..sbaliknya pantau betul n buat keja skali..

Anonymous said...

Orang lain lakukan rasuah tetapi tahu itu salah.

Bezanya Pak Lah pula, dia lakukan rasuah tetapi anggap tak salah.

Kini dia kononnya mahu benteras rasuah. Semua tahu dia dan keluarga salah guna kausa dan pengambil komisyen paling kuat.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com