Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, October 04, 2008

9 Oktober yang penuh debar.~Ref Malaysiakini

Telah diketahui umum sebelum 9 Oktober 2008 ini Pak Lah akan membuat keputusan samada untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO atau tidak, pada pemilihan UMNO pada Mac 2009 nanti. Keputusan yang akan dibuat Pak Lah ini ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh debar.


Secara ‘tradisinya’ Pak Lah akan melakukan peralihan kuasa kepada timbalannya. Timbalan presiden UMNO sekarang ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sudah tentu akan berlaku kekosongan pada jawatan Timbalan Presiden apabila Najib mengmbil alih jawatan Presiden UMNO.


Seperti dilapurkan dalam Malaysiakini, setakat ini dua pemimpin UMNO iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam telah pun menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden yang bakal dikosongkan itu.


Berbeza dengan kenyataan Zahid Hamidi, Ali Rustam hanya akan bertanding sekiranya berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden. Ini diandaikan jika Pak Lah tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO Mac 2009 nanti.


Timbul juga tandatanya di sini, apakah Zahid Hamidi telah mengetahui lebih awal keputusan yang akan dibuat oleh Pak Lah sehingga Zahid tahu akan berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden, sebab itulah beliau begitu berani menawarkan diri untuk bertanding untuk jawatan tersebut.


Kalaulah dibuatnya Pak Lah masih mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO, apa akan jadi kepada Zahid Hamidi, apakah Zahid akan terus berani untuk mencabar Najib bagi jawatan Timbalan Presiden itu.


Apakah Zahid Hamidi orang Pak Lah atau orang Najib? Adakah ini satu permainan politik di belakang tabir? Adakah Pak Lah yang telah menyuruh Zahid bagi menentang Najib sebagai usaha Pak Lah menyekat Najib dari menjadi Perdana Menteri?


Pak Lah begitu kagum dengan cara kepimpinan Tun Razak, walaupun Najib adalah anak kepada Tun Razak tetapi Pak Lah melihat Najib lebih berminat untuk meneruskan legasi Mahathir yang tidak secucuk dengan jiwa Pak Lah.


Sementara itu Muhyiddin Yasin pula telah memilih jalan yang lebih selamat dalam politik, beliau dilihat begitu lantang menggesa Pak Lah mempercepatkan jadual pelan peralihan kuasa dari jadual asalnya. Mungkin gesaan itu sebagai strategi politiknya untuk menarik perhatian warga UMNO dan juga perhatian Najib.


Gesaan Muhyiddin secara terbuka itu seperti memperlihatkan beliau seorang yang berani, kerana berani menegur Pak Lah selaku Presiden UMNO. Tetapi usah kita terpesona dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Muhyiddin itu. Gelagatnya itu tidak lebih seperti menunjuk garang didepan singa tua yang tidak bergigi. Semua orang tahu, hayat kuasa Pak Lah akan berakhir selewat-lewatnya pada Jun 2010.


Tindakkan Muhyiddin ini juga sudah tentu memberi keuntungan dan kelebihan kepada Najib, yang juga seperti membawa maksud Muhyiddin inginkan Pak Lah menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib secepat mungkin. Dengan itu Najib akan berasa terhutang budi kepada Muhyiddin.


Walaupun buat masa ini Muhyiddin tidak menunjukkan keinginan secara terbuka untuk melamar jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi sudah tentu Najib akan mempertimbangkan dan menyokong Muhyiddin untuk jawatan itu.


Sebagai pilihan politik yang selamat juga Muhyiddin tidak berani untuk mencabar Najib bagi merebut jawatan Timbalan Presiden seperti yang dilakukan oleh Zahid Hamidi. Muhyiddin hanya akan menawarkan diri untuk jawatan yang ingin dipertandingkannya selepas Pak Lah membuat keputusan sebelum 9 Oktober ini.


Ini bermakna Muhyiddin akan hanya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO jika telah pasti berlaku kekosongan jawatan itu.


Kita hanya akan mengiktiraf Muhyiddin seorang pemimpin yang berani sekiranya dia berani keluar dari 'tradisi' UMNO, bertanding bagi merebut jawatan Presiden UMNO jika jawatan itu dikosongkan oleh Pak Lah nanti.

Tentunya lebih banyak 'kejutan' bakal berlaku selepas 9 Oktober ini.

2 comments:

abdrahim kassim said...

Zahid berani umum untuk jawatan Timbalan Presiden kerana najib sudah bagi lampu hijau pada Zahid.

Kalau Pak Lah turun, Najib akan gantikannya. Tetapi kalau Pak Lah degil, Najib akan langgar Pak Lah. Najib sudah tidak ada pilihan.

Kalau najib tidak mahu langgar Pak Lah, Muhyiddin akan langgar Pak Lah. Najib tak mahu keadaan ini berlaku. Sebab itu dia suruh Zahid umumkan dulu.

Ini membuatkan Pak Lah berfikir banyak kali.

http://rahimkassim.blogspot.com/

CWI MALAYSIA said...

Najib atau Zahid tidak mungkin dapat menreformasikan UMNO yang sedang menghadapi krisis yang teruk. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi Malaysia dan dunia yang tidak menentu, masa depan UMNO semakin malap. Persoalan pokok adalah bolehkah Anwar dan Pakatan menggunakan peluang ini untuk mengambil alih tampuk kerajaan ?

Untuk analisis politik persoalan tersebut rujuk kepada:
http://asocialistmalaysia.blogspot.com/2008/08/malaysia-growing-political-uncertainty_27.html

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com