Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, August 01, 2006

Politik Islam

Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang dibawa dari barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud lama sebelum tamaddun Islam lahir. Melalui sistem politik inilah telah diambil kesempatan oleh sebahagian pejuang-pejuang Islam di Malaysia menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti politik Islam seperti PAS yang juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, saya tidaklah bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir, Bangladesh, Algeria dan lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga terdapat parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti PAS.

Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan agama Islam ini kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita hendak berjaya dalam memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita hendaklah menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh kepada umat manusia.

Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan Islam adalah kaedah yang diredai Allah. Kaedah yang Allah reda, tentulah layak mendapat kemenangan. Kalau kita melihat kembali kepada perjuangan Rasulullah, ia bermula dengan mengajak manusia beriman (kalau dalam konteks Malaysia, kita kenalah mengajak secara hikmah orang Cina dan India supaya beriman) dan menghayati nilai dan akhlak yang mulia. Keutamaan perjuangan Rasulullah ialah membetulkan keimanan manusia dan membentuk akhlak mereka. Mendapatkan kuasa pemerintahan bukanlah merupakan keutamaan dalam Islam. Seperti firman Tuhan yang mafhumnya berbunyi "Tidak diturunkan Muhammad itu melainkan untuk membentuk akhlak manusia" . Itulah sebab nabi tidak diturunkan beserta dengan bala tentera dan kelengkapan perang canggih bagi membantunya mendapatkan kuasa. Malah nabi dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan lemah lagi yatim piatu.

Nabi pernah ditawarkan untuk menjadi Raja oleh musyrikin Mekah, kalau ikut fikiran kita bagus kalau diterima tawaran itu, kalau telah menjadi Raja sudah tentu dia berkuasa, mudahlah menyebarkan ajaran Islam malah boleh paksa orang masuk Islam. Tetapi sebaliknya nabi telah tolak tawaran itu kerana itu bukanlah cara yang Tuhan kehendaki. Nabi tidak pernah menawan jasad manusia dengan peraturan dan undang-undang. Sebaliknya nabi telah dapat menawan hati manusia dengan iman dan akhlaknya yang mulia. Tidak pernah saya dengar dalam sejarahnya orang masuk Islam kerana tertarik dengan jubah yang dipakai nabi atau tertarik dengan panjangnya janggut nabi, tetapi apa yang menarik mereka memeluk Islam kerana tersentuh dengan baik akhlak Rasullullah itu sendiri. Pernah satu ketika Rasulullah menziarah seorang musyrik yang dikhabarkan sedang sakit, padahal orang tersebut sebelum itu kerapkali meletakkan tahi di depan pintu rumah baginda. Tentu siapa saja akan tersentuh dengan kemuliaan akhlak Rasulullah ini. Kalau hendak tahu agama seseorang itu baik atau tak baik, betul atau tidak lihatlah pada akhlak pengikutnya. Akhlak pengikut mencerminkan agamanya.

Apabila hati manusia telah dapat ditawan dengan cara yang Tuhan reda, dengan sendirinya kuasa akan berada di tangan kita. Tidakkan lari gunung dikejar, berlalu awan nampaklah dia. Oleh itu janganlah kita taksub terhadap parti-parti politik yang terdapat di Malaysia ini kerana perjuangan Islam melalui parti ini bukanlah perjuangan Islam yang mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Sebaliknya kita kena ikut dan tekankan cara perjuangan Rasulullah, cara yang Tuhan reda. Pendekatan Rasul itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita. Di sini bukanlah maknanya saya melarang anda sokong PAS atau UMNO, apa yang perlu dijauhkan apabila menyertai parti politik ialah perasaan taksub kepada parti. Kita kena ikut keutamaan.

Kalau Nabi Muhammad dilahirkan di zaman yang mempunyai sistem politik berparti seperti hari ini, saya tak fikir baginda juga akan menubuhkan satu parti untuk memperjuangkan agama Islam. Keahlian parti seseorang itu boleh dilucutkan pada bila-bila masa, sedangkan keahlian Islam tidak siapa yang boleh melucutkannya kecuali dia sendiri yang murtad. Bukanlah maksud saya di sini hendak menentang sistem politik berparti yang kita amalkan ini. Tetapi yang saya tak setuju bila kita menggunakannya untuk memperjuangkan Islam, kerana perjuangan Islam itu haruslah mengikut cara yang ditunjukkan Allah melalui RasulNya. Akibat dari menggunakan parti politik sebagai cara memperjuangkan Islam menyebabkan ahli parti menjadi taksub kepada benda yang tidak sepatutnya kita taksub, akhirnya umat Islam menjadi keliru dan berpecah belah. Sistem politik yang ada hari memang tidak dapat mengelakkan kita dari berbeza pendapat dan fahaman, tetapi sepatutnya tidaklah sampai umat Islam bergaduh dan berpecah belah kerananya. Sepatutnya kita hanya taksub kepada cara Rasulullah dalam memperjuangkan Islam kerana itulah satu-satunya cara perjuangan yang diredai Allah dan dijamin kejayaannya.

Kalau semua dari kita betul-betul bersungguh-sungguh dalam menghayati cara perjuangan Rasulullah ini maka insyallah di suatu masa nanti semua ahli parti di dalam MCA, MIC, UMNO, PAS, DAP dan lain-lainnya itu akan terdiri dari orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Dengan sendirinya kuasa Islam itu tertegak juga akhirnya. Masa depan kita sebenarnya bergantung kepada apa yang kita pilih hari ini.

The Lack of English Teaching in Malaysian Schools: What I have experienced

What I have gone through of my school days, I have found there are a few elements can be highlighted why the students especially Malay cannot speak and write fairly good in English.

We can accept that the students can not speak well in English because their environment is Malay spoken. Normally in National Schools they don’t have any friend from the other races such as Chinese and Indian whom they can try to practice to speak English. The only chance they can speak English is to their English Teachers or to the non-Malay teachers if any in the school. However yet we can improve the English teaching by identified the best method to this type of students.

The shy feeling they had and fear to make mistake also not courage them speaking in English to their Malay friends and their teachers. What the best we could done to solve this problem is to put much time on speaking when they are in the English classroom. Not just one way communication as always practiced before where teacher speak to his/her students but courage them to speak among themself. The teacher could create some activities which their student can use English language to conduct the activities.

With the time table which contains one period per day for English subject we don’t see why they cannot speak fluent English by they come out after 11 years in schools if the stress of English speaking is given priority.

If we can provide them with very basic skill of English speaking and build a confident in his/herself surely they can practice the language to foreign tourist or maybe to Chinese or Indian who can speak in English. By this way they can develope their language skills and definitely they can speak English fluently.

The way we teach English in Malaysia should be different from the English be thaught in England or in America. We have the different environment from those countries so certainly we have to apply different approach in order to achieve the success in English teaching.

The second important beside speaking skill should be stressed in English is writing. As long as I remember the English teachers in schools never ask me to write a composition. Compare to Bahasa Malaysia subject I were asked do a lot of compositions. No wonder we good at Malay writing but worst at English writing. By looking at their student work of compositions the teachers could monitor the skill of their students’ writing and then from it they could find the ways to improve their student writing.

Compare to speaking , writing doesn’t need much time done in the classroom. The teachers can ask their student do the composition at home and only give some comments what the mistake they had done when they back in the classroom.

Yang Tersurat dan Tersirat pada Sekolah Jenis Kebangsaan

Semasa era sebelum dan awal negara kita merdeka dulu para pemimpin yang mewakili kaum-kaum terbesar di negara ini telah bersetuju bahasa-bahasa ibunda sesuatu kaum itu akan terus dapat dipelihara dan dikekalkan dengan cara membina sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Banyaklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini dibina selepas kita merdeka disamping sekolah-sekolah kebangsaan. Murid-murid cina dapat belajar dalam bahasa mereka di sekolah jenis kebangsaan cina manakala murid-murid India dapat belajar dalam bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Pengwujudan sekolah jenis kebangsaan ini dapat kita perhatikan telah menjadi satu medium yang sungguh berkesan sekali bagi orang-orang cina di negara ini untuk dapat terus memelihara dan mengekalkan bahasa dan budaya mereka. Begitu jugalah dengan kaum India.

Nampaknya dari satu segi matlamat penubuhan sekolah jenis kebangsaan ini memang tercapai. Tetapi kalau kita lihat kesan yang kurang baik dari penubuhan sekolah jenis kebangsaan ini setelah hampir 50 tahun kita mencapai kemerdekaan, ia telah menyumbang melebarkan jurang antara kaum di negara kita.

Oleh kerana kebanyakan anak-anak orang melayu, cina dan india bersekolah di sekolah yang berasingan, telah menghalang anak-anak dari tiga kaum ini dari bergaul dan berkawan, maka semangat persahabatan antara mereka tidak dapat dipupuk. Dan kita tahu jalinan persahabatan adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Kita percaya semasa orang tua kita mencadangkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan dulu, mereka tidak pernah memikirkan sekolah-sekolah tersebut akan menjadi masalah kepada hubungan antara kaum di negara ini. Apa yang mereka fikirkan ketika itu hanyalah untuk memelihara bahasa dan budaya mereka sahaja.

Oleh kerana perpaduan kaum itu adalah satu perkara sangat penting bagi menjamin keamanan dan keharmonian negara ini berterusan maka pengasingan kaum melalui sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini hendaklah kita hentikan serta merta.

Apa yang perlu kita fikirkan sekarang bagaimana kita dapat mengumpulkan anak-anak yang terdiri dari berbilang kaum ini bersekolah di sekolah yang sama dan dalam masa yang sama mereka dapat belajar bahasa dan budaya ibunda mereka bagi menjamin bahasa dan budaya mereka terus terpelihara seperti yang dihasratkan oleh nenek moyang mereka dulu.

Sesiapa saja yang cintakan negara ini perlu memikul tanggungjawab secara bersama untuk membenteras gejala perkauman di negara kita ini. Bahaya perkauman ini adalah juga sama seperti bahaya penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh utama kita. Negara akan hancur kalau ia tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Huru hara akibat pergaduhan kaum mudah saja berlaku bila jurang perkauman dibiarkan melebar.

Mana-mana negara termasuk negara kita yang rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum sangat bergantung kepada keutuhan perpaduan antara kaum-kaum tersebut dalam menjamin kesinambungan keamanan di negara ini. Oleh itu usaha dan kegiatan yang boleh melebarkan jurang antara kaum hendaklah dibenteras dan ditegah sama sekali. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Tidak salah untuk kaum-kaum di negara ini untuk mengekalkan bahasa dan adat budaya masing-masing. Tetapi dalam keghairahan kita mengekalkan bahasa dan adat budaya kita tidaklah sepatutnya sampai mengasingkan anak-anak kita di sekolah mengikut kaum-kaum masing-masing yang akibatnya jurang perkauman di negara ini semakin melebar. Sudah menjadi pengetahuan umum sekolah yang dibina mengikut kaum ini telah banyak menyumbang kelonggaran perpaduan antara kaum di negara ini. Nampaknya kita telah mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu perpaduan rakyat semata-mata kerana hendak menjaga bahasa dan budaya kaum kita sendiri.

Memandangkan keamanan dan keharmonian itu adalah perkara yang sangat penting, sepatutnya setiap orang mesti ada kesedaran bahawa perkara yang dapat menjamin keutuhan perpaduan kaum itulah yang lebih utama dari yang lain-lainnya.

Bandingannya samalah seperti usaha kita untuk mengekalkan harimau supaya tidak pupus, memanglah bagus tapi janganlah sampai binatang ternakan kita dan kita sendiri terancam oleh binatang buas ini sehingga boleh mengganggu keselesaan kehidupan kita sendiri.

Kekalkanlah bahasa dan budaya anak-anak ini mengikut kaum masing-masing seperti yang kita mahu tetapi jangan sekali sampai mengasingkan sekolah mereka mengikut kaum yang akibatnya hanya akan menggalakan jurang perkauman.

Halangan kepada perpaduan kaum ini kadang-kadang bertambah sukar bila isu perkauman dipolitikkan oleh ahli politik. Oleh kerana parti politik negara kita berasaskan kaum maka masing-masing parti politik cuba mencari populariti murahan menjadi hero kepada kaum masing-masing dengan membangkitkan isu perkauman.

Ahli politik yang bermatlamatkan kuasa akan mengambil kesempatan di atas segala isu untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka suka menangguk di air yang keruh dalam mengejar cita-cita mereka. Malah mereka tidak segan silu memperalatkan sentimen perkauman dan agama untuk meraih populariti tanpa memikirkan akibatnya kepada keharmonian kaum. Berbanding ahli politik yang ikhlas dan jujur, mereka berjuang untuk mendapatkan pembelaan dari penindasan, memperjuangkan keadilan agar dapat ditegakkan di kalangan manusia yang mungkin kebetulan terkena kepada kaumnya sendiri. Ahli politik yang ikhlas dalam perjuangan akan sentiasa diingati manusia zaman berzaman seperti Lincoln dan Ghandi.

Yang lebih buruk lagi pemisahan kaum di sekolah terus dilanjutkan di pejabat dan tempat kerja. Orang Melayu ramai bekerja di pejabat kerajaan manakala orang cina pula banyak bekerja di pejabat swasta dan berniaga. Oleh itu peluang untuk mereka menjadi kawan rapat menjadi bertambah sukar.

Langkah-langkah yang drastik perlulah diambil oleh pemimpin kita demi keamanan masa depan negara kita. Lebih baik kita hapuskan semua bentuk benih-benih perkauman ini sebelum ia mengeluarkan buah yang beracun yang boleh mengancam keselamatan kita semua. Sekalipun kita terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan untuk menghapuskan sekolah mengikut kaum namun ianya tidaklah sesukar untuk menghadapi rusuhan kaum yang mungkin berlaku akibat jurang perkauman yang melebar.

Apalah gunanya kekayaan dan kemewahan yang dibina di atas ‘minyak’ perkauman kerana dengan sedikit percikan api saja segala yang kita bina bertahun-tahun lamanya itu akan musnah dan hilang dalam sekelip mata saja.

Kampung Ku


Aku dilahirkan pada 13 Disember 1960 di kampong yang bernama Kampong Sungai Dua Kechil yang letaknya kira-kira 2 kM dari pekan Kuala Pilah.



Walaupun nama kampong ini mengambil nama sungai tetapi aku tidak nampak adanya sungai di kampong ini. Apa yang aku nampak di kampong ini terdapat sebatang tali air yang dipanggil oleh orang kampong sebagai ‘bondar’ dari hulu kampong sehinggalah ke bahagian hilirnya. Bondar adalah seperti parit kecil yang lebarnya tidak melebihi 2 meter, airnya mengalir di sepanjang kampong ini. Kampong ini terletak antara dua banjaran bukit.



Penduduk mendirikan rumah-rumah di lereng banjaran bukit ini dari sebelah hulu bersusun hinggalah kesebelah hilir. Semua rumah dibina mengadap ke bawah lereng. Walaupun terdapat dua lereng banjaran bukit tetapi kebanyakan rumah dibina di satu lereng banjaran bukit sahaja. Tidak banyak rumah-rumah di bina di bahagian lereng banjaran bukit yang satu lagi. Sehinggakan kami memanggil lereng yang tidak banyak rumah itu sebagai ‘seberang’.



Di bahagian lembah, di kawasan kiri kanan bondar tadi adalah kawasan sawah padi. Lebar kawasan sawah padi ini dari hulu ke hilir tidak ada yang melebihi 100 meter. Manakala panjang kampong kami tidak sampai 10 kM, manakala rumah yang ada di kampong ini tidak melebihi 100 buah rumah.



Dengar cerita orang tua, moyang saya datang dari Senaling. Pada mulanya ada satu keluarga dari Senaling datang ke kampong Sungai Dua Kechil untuk membuka tanah dan mencari kehidupan baru di sini. Kemudian adalah pula beberapa keluarga lain turut mencari kehidupan baru di kampong ini. Berasal dari dua atau tiga keluarga inilah kemudian berkembang biak sehinggalah penduduknya bertambah ramai.



Saya tidak tahu saya ini generasi yang ke berapa dari pendatang asal itu, apa yang saya sedar, semasa saya kecil penduduk di sini telah pun ramai. Penduduk di sini kebanyakannya bekerja sebagai petani, mereka menoreh getah sebagai sumber pendapatan dan menanam padi untuk menampung kehidupan. Di sebelah pagi mereka menoreh dan di sebelah petang mereka turun ke sawah jika musim menanam padi.



Oleh kerana pada masa itu tidak ada menggunakan jentera, kerja sawah padi banyak dilakukan secara gotong royong. Dengan bergotong royong kerja lebih cepat dapat disiapkan. Sebagai contoh hari ini giliran sawah si A, maka semua penduduk akan datang menyumbang tenaga untuk mengerjakan sawah si A, besok pula mereka ramai-ramai mengerjakan sawah si B pula, begitulah seterusnya sehingga semua mendapat giliran mereka. Mereka tidak dibayar apa-apa upah, kecuali semasa bekerja tuan punya sawah akan menyediakan sedikit makanan seperti pulut bersambal tumis, nasi lemak atau bubur kacang hijau untuk mereka. Hidangan ini kami panggil ‘kerajat’.



Kerja bergotong royong lebih baik dari kerja sendirian. Kalau kerja bersendirian, mengambil masa yang lama untuk disiapkan, sedangkan anak padi perlu di tanam pada masa serentak untuk mengurangkan serangan musuh.



Seperti keluarga lain keluarga saya juga menjalani kehidupan yang hampir sama seperti keluarga lain di kampong ini. Bezanya bapa saya telah meninggal dunia semasa umur saya baru 3 tahun. Jadi ibulah menggantikan tempat bapa, ibulah yang menoreh getah dan dialah juga membuat kerja di sawah.



Hidup tanpa bapa memang susah, khudrat ibu pun tidak sekuat kaum bapa. Hidup kami sekeluarga banyak bergantung kepada ikhsan jiran-jiran yang memang saudara kepada kami. Hidup pun hanya sekadar cukup makan dan pakai saja. Rumah pun sekadar boleh kami menumpang teduh saja. Namun begitu saya, kakak dan adik lelaki saya bersekolah seperti kanak-kanak lain. Masa itu perbelanjaan untuk bersekolah tidaklah semahal hari ini. Yuran pun kami tak pernah bayar, duit belanja ke sekolah hanyalah 10 sen sehari. Pakaian sekolah pun hanya sehelai dua sahaja, itu pun sudah lama tidak berganti. Pakainan sekolah yang koyak dan bertampal adalah suatu perkara yang biasa pada kanak-kanak di kampong ini.



Bekalan elektrik dan air paip sampai ke kampong kami hanya pada penghujung tahun 70 an. Sebelum itu kami menggunakan pelita minyak tanah untuk menerangi waktu malam. Pelita inilah menjadi lampu untuk kami belajar di waktu malam. Untuk memasak kami menggunakan kayu api sebagai bahan bakar, kayu api kami ambil dari ranting-ranting kayu getah yang telah mati dan jatuh ke tanah. Air pula kami ambil dari perigi. Saya masih ingat lagi setiap petang kakak mengambil air dari perigi dengan menggunakan baldi. Air tersebut akan disimpan dalam tempayan di rumah untuk kegunaan memasak dan membasuh pinggan. Untuk memenuhkan tempayan tersebut kakak kena berulangalik beberapa kali ke perigi. Tambah sukar lagi, antara rumah dengan perigi itu agak jauh juga, lebih kurang 100 meter. Perigi di bawah bukit manakala rumah pula di lereng bukit. Untuk membasuh pakaian dan mandi pula semua dilakukan di perigi.



Saya mempunyai ramai rakan sebaya di kampong, sebahagian besarnya bersekolah di kampong dan yang lainnya ada yang bersekolah di pekan Kuala Pilah. Selain itu kanak-kanak yang lebih tua dan lebih muda dari saya pun ramai. Suasana kampong ketika itu memang meriah dengan kanak-kanak. Ibubapa kami ketika itu masing-masing berumur antara 30 hingga 40 tahun. Umur tersebut memang tengah kuat dan aktif. Di masa itu seperti perkara biasa jiran bergaduh sesama jiran. Kejap terdengar orang sana bergaduh, kejap di sini pulak bergaduh. Pasal benda kecil pun boleh bergaduh, pasal ayam, pasal anak semuanya boleh menjadi punca untuk bergaduh. Perang mulut itu perkara biasa saja di waktu itu malah sampai pukul memukul pun ada.



Sepanjang ingatan saya ada satu pergaduhan antara dua keluarga yang begitu hebat sehingga berdarah-darah. Inilah satu-satunya pergaduhan yang telah menjadi kes polis. Masih jelas dalam ingatan saya bagaimana orang-orang kampong telah cuba bertungkus lumus meleraikan dua keluarga yang sedang bergaduh itu.



Oleh kerana kampong ini agak dekat dengan pekan Kuala Pilah, ramai orang dewasa lelaki keluar ke pekan, menghabiskan masa di kedai kopi. Perkara keluar ke pekan bersimbang di kedai kopi telah menjadi satu tabiat buruk kepada sebahagian orang lelaki dewasa di kampong ini. Akibatnya masa yang sepatutnya digunakan untuk membuat kerja-kerja di kampong terabai begitu saja. Semacam ada satu fahaman yang negatif telah menular kepada mereka ini yang mengatakan buat apa nak bekerja kuat untuk mengumpul harta kerana kalau ada harta banyak pun kalau dah bercerai harta tersebut tak dapat kepada mereka.



Telah menjadi adat di kampong ini, di mana jika berlaku perceraian semua harta akan jatuh ke tangan isteri. Orang lelaki akan keluar rumah dengan sehelai sepinggang. Mungkin adat ini selari dengan adat perpatih yang menjadi pegangan orang Negeri Sembilan umumnya. Pegangan seperti ini telah menjadikan mereka hilang semangat untuk berkerja keras bagi mendapatkan harta yang lebih banyak. Ada setengah para isteri di kampong ini telah mengambil jalan pendek untuk mengatasi masalah tabiat buruk suami mereka walaupun jalan itu bercanggah dengan ajaran agama. Ibu saya pernah memberitahu saya ramai isteri-isteri di kampong ini mendapatkan khidmat bomoh menggunakan sihir bagi ‘menundukkan’ suami mereka.



Dengan sihir suami dapat di arah untuk bekerja keras dan tidak lagi duduk melepak di kedai-kedai kopi. Tetapi bagi isteri yang tidak mahu melibatkan diri dengan perbuatan terkutuk ini, suami mereka masih melekat di kedai kopi.



Ajaran agama memang tandus di kampong ini, rata-ratanya mereka tidak mengamalkan sembahyang fardhu. Walaupun mungkin mereka tahu dan pernah belajar bagaimana nak sembahyang tetapi mereka tak pernah mengamalkannya seperti yang di kehendaki agama. Kalau sembahyang pun mungkin untuk sembahyang hari raya dan sembahyang tarawikh di bulan puasa saja. Puasa pun ditinggalkan dengan sewenang-wenang saja. Ceramah agama adalah sesekali ustaz datang memberi ceramah di surau, itu pun orang perempuan saja yang mahu hadir. Ketika itu di kampong tidak ada TV, tidak macam sekarang orang boleh dengar ceramah agama dari TV dan radio.



Kalau ada pun yang mengamalkan rukun Islam serperti sembahyang dan puasa dalam kehidupannya, tidaklah ramai, adalah empat atau lima keluarga yang melakukannya dalam kampong ini. Oleh kerana pegangan agama tidak beberapa kuat maka tidak hairanlah kalau ada dikalangan penduduk di kampong ini mudah terpengaruh dengan amalan atau perbuatan yang tidak selari dengan ajaran agama. Selain dari agama kehidupan penduduk di sini di ikat oleh peraturan bermasyarakat yang kita panggil Adat Perpatih yang telah diwarisi turun menurun.



Kehidupan saya masa kanak-kanak di kampong ini sungguh meriah sekali, alam kanak-kanak terasa begitu panjang. Macam-macam permainan kami mainkan bersama rakan-rakan. Dari bermain bola sepak, hoki, takraw, lastik, getah gelang, main kejar-kejar, main tarik kerbau pelepah rumbia, main kala kundi, main ketingting, main sorok sorok, main pondok pondok, memancing, mandi lubok atau ‘cempora’. Semua alat permainan yang dimainkan kami buat sendiri, ibubapa jarang sekali membelikan barang permainan seperti kanak-kanak sekarang.




Sawah yang diusahakan oleh setiap keluarga itu biasanya mencukupi untuk menampung keperluan beras sehingga sampai ke musim menuai yang akan datang. Dari pengalaman, orang-orang tua di kampong ini tahu berapa lebar sawah yang diperlukan oleh setiap keluarga. Oleh itu kalau ada tanah sawah hendak dibahagi antara adik beradik, mereka akan pastikan tanah itu tidak terlalu kecil sehingga tidak cukup menampung keperluan beras bagi semusim tuaian. Telah menjadi tradisi dari dahulu lagi, cara mengatasi kekurangan tanah sawah ialah dengan cara sebahagian dari anak-anak mereka terpaksa berpindah mencari kawasan baru, ekoran itu satu kampong baru akan dibuka.



Selain mereka tidak perlu membeli beras di kedai, penduduk kampong ini juga boleh dikatakan tidak memerlukan wang yang banyak untuk menampung kehidupan seharian mereka. Mereka tidak makan lauk seperti daging, ayam dan ikan tiap-tiap hari seperti orang di Bandar. Mereka mungkin makan nasi dengan bergulaikan sayur nangka hari ini, besok mereka gulai pisang, hari seterusnya mungkin mereka gulai jantung pula. Semua bahan-bahan yang mereka buat gulai boleh didapati di merata kampong tanpa perlu dibayar. Selain yang disebutkan tadi mereka boleh dapat pucuk ubi, pucuk paku, pucuk memperai, pucuk labu, pucuk keledek, rebung, keladi dan sebagainya dengan mudah untuk dibuat gulai.



Sambil itu mereka juga menternak ayam. Sesetengahnya ada memelihara lembu, kerbau dan kambing. Sekali-sekala mereka menyembelih ayam untuk dibuat lauk. Juga kadang-kadang mereka menangkap atau memancing ikan di lubuk atau di sawah untuk dijadikan lauk. Hanya sesekali saja mereka pergi ke pasar untuk membeli ikan dan sayur di pasar. Wang yang mereka dapat biasanya digunakan untuk membeli keperluan seperti gula, garam, kunyit, minyak tanah, tepung, pakaian dan beberapa peralatan rumah yang asas yang memang tidak boleh didapati di kampong.



Pada sekitar awal tahun 70 an satu projek rancangan pinggir telah dilaksanakan di kampong ini. Projek tersebut merupakan tanaman getah yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada penduduk kampong. Kawasan tanah hutan di kawasan hulu kampong telah dijadikan ladang getah kemudian diagih-agihkan kepada penduduk kampong. Setiap keluarga mendapat seluas 3 ekar. Sejak pembukaan ladang getah tersebut, sawah di kampong ini terus menjadi kering. Ini mungkin selama ini tanpa disedari hutan yang ditebang itu berfungsi sebagai tempat menyimpan air yang diperlukan oleh sawah. Apabila sawah tidak boleh dikerjakan kerana tidak ada air maka penduduk terpaksalah membeli beras.



Wang lebih banyak diperlukan kerana terpaksa membeli beras. Pendapatan yang diperolehi dari menoreh getah juga tidak menentu kerana harga getah tidak menentu. Ramai dari penduduk di sini mula keluar mecari kerja di kilang-kilang berhampiran pekan Kuala Pilah. Kebetulan beberapa kilang telah dibina di Kuala Pilah. Ibu saya juga turut bekerja di kilang getah MARDEC yang terletak lebih kurang 5 kM dari kampong ini. Ibu berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki basikal. Rata-rata penduduk di sini menggunakan basikal sebagai pengangkutan utamanya.



Pada tahun 1973 aku telah masuk ke sekolah menengah. Sekolah Menengah hanya terdapat di pekan Kuala Pilah. Untuk ke sekolah menengah kenalah naik bas sekolah. Bas sekolah tidak lalu di kawasan kampong ini kerana kampong ini tidak mempunyai jalan tar. Jadi hari-hari kita kena berjalan kaki ke kampong sebelah dan menunggu bas sekolah di sana. Jalan dari kampong menuju ke tempat menunggu bas itu hanyalah merupakan jalan denai sahaja yang boleh dilalui oleh pejalan kaki, motosikal dan basikal. Kiri kanan jalan ini dipenuhi belukar, hutan dan pokok getah. Kami memanggil jalan denai ini sebagai Bukit Kembang, jauhnya lebih kurang 1 kM. Kalau orang kampong hendak menaiki bas ke pekan, mereka kena melalui jalan ini untuk mendapatkan bas.



Ibu bersusah payah pergi ke pejabat Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan tiket bas sekolah percuma untuk saya dan kakak. Harga tiket bas sekolah ketika itu adalah RM2.50 sebulan. Oleh kerana kami susah dan anak yatim pula akhirnya dapat juga bantuan tiket bas. Selain dari itu saya juga dapat biasiswa bulanan dari kerajaan RM10.00 sebulan.



Tentang politik pula, setahu saya semua orang dewasa di kampong ini adalah ahli UMNO. Bila tiba musim pilihanraya penceramah UMNO selalu dijemput memberikan ceramah di Balai Raya. Dari kecil lagi saya telah didedahkan kepada ceramah politik. Pada masa itu saya tidak tahu ceramah yang saya dengar itu ceramah politik. Apa yang saya faham dan diberitahu oleh penceramah, kita tidak boleh mengundi pembangkang dan parti pembangkang seperti DAP selalunya mereka kaitkan dengan fahaman kominis. Di masa itu kita diberitahu parti DAP itu adalah penyokong kominis. Kominis sangat ditakuti dan dibenci oleh orang Melayu ketika itu. Parti seperti PAS langsung tidak mendapat tempat di kampong ini. Pada tahun 1969 peristiwa pertelingkahan kaum antara Melayu dan Cina berlaku. Ini menyebabkan orang kampong lebih kuat dan padu untuk menyokong UMNO dan benci kepada DAP kerana DAP dikaitkan dengan parti orang Cina dan kominis.



Di waktu itu saya dan orang-orang kampong juga telah ditanamkan dalam pemikiran mereka bahawa parti-parti pembangkang adalah musuh negara yang mesti dibenci. Nampaknya dari pengalaman yang saya lalui saya dapat melihat penduduk kampong ini dan rakyat Malaysia amnya tidak memahami sistem pemerintahan demokrasi itu dengan tepat. Sungguh tidak adil kerana mereka telah melakukan perkara yang mereka sendiri tidak fahami. Sebenarnya rakyat Malaysia baru saja terlepas dari pemerintahan penjajah British dan sebelum itu mereka mengamalkan kehidupan feudal dan beraja. Sungguh kesal sekali rakyat telah dipaksakan dengan sistem demokrasi tanpa mereka mendapat pemahaman yang jelas tentang sistem tersebut. Dan bertambah malang lagi langkah untuk memberi penerangan dan penjelasan pula tidak diberi keutamaan oleh kerajaan. Sehingga kini masih ramai orang-orang kampong tidak tahu haknya di dalam sebuah demokrasi selain dari pergi mengundi di hari mengundi.



Di sekolah menengah kami datang dari berbagai kampong. Selain kawan sama sekolah rendah dulu, kami juga dapat kawan baru yang datang dari sekolah rendah yang lain. Pada ujian pertama yang diadakan ketika di sekolah menengah sungguh memeranjatkan saya, kerana saya telah dapat nombor satu dalam tingkatan satu. Sungguh tidak diduga, saya ingatkan ramai lagi yang lebih pandai dari saya bersekolah di situ. Tetapi sekarang saya tidak hairan kenapa saya boleh dapat nombor satu ketika itu, ini adalah kerana murid-murid yang lebih pandai dari saya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama. Apa pun, nombor satu dalam tingkatan itu telah mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk terus rajin belajar.




Pada peperiksaan SRP tahun 1975 saya mendapat keputusan yang agak baik iaitu 5A1. Keputusan yang baik ini telah melayakkan saya mendapat tawaran memasuki sekolah asrama penuh Sekolah Alam Shah Cheras, Kuala Lumpur. Di sekolah ini saya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Bayaran asrama, makan minum, yuran dan buku semuanya ditanggung oleh kerajaan. Memang matlamat asal sekolah ini ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar miskin yang cemerlang untuk meneruskan pelajaran mereka. Kerajaan ketika itu tidak mahu melihat pelajar yang cemerlang ini terpaksa berhenti sekolah semata-mata kerana keluarga mereka miskin dan tidak mampu untuk menyekolahkan mereka.



Saya merasakan kehidupan di asrama sungguh berbeza dari kehidupan di kampong. Di asrama saya dapat makan lauk ayam dan ikan hari-hari, berbanding masa di kampong, jarang sekali saya dapat makan ayam dan ikan. Kalau ada orang buat kenduri di kampong barulah kita dapat makan lauk ayam dan daging dengan puas. Nak makan ikan kita kena pergi memancing atau menimba lubuk. Di asrama kita ada lampu elektrik yang terang untuk membaca buku di waktu malam. Di asrama kehidupan lebih teratur dan tidak banyak gangguan. Kalau di kampong dulu sedikit sebanyak saya terpaksa membantu ibu dan keluarga membuat kerja-kerja rumah.



Walaupun kehidupan asrama mempunyai kemudahan yang selesa tetapi ada juga kelemahan atau kekurangannya. Kelemahan yang paling ketara, pencapaian saya dalam pelajaran tidaklah sebaik masa saya sekolah di kampong dulu. Ini mungkin disebabkan, masa di sekolah kampong dulu murid-murid lain yang kurang pandai banyak bertanya kepada kita tentang apa yang mereka kurang faham, ini membuatkan saya lebih faham dan mahir setiap kali menunjuk ajar mereka itu. Manakala di sekolah asrama ini pula, kawan-kawan kita semuanya pandai-pandai belaka, jadi mereka tidak perlu untuk bertanya kepada kita.



Oleh itu saya berpendapat, lebih baik jika anak-anak terus di sekolah biasa walaupun mendapat tawaran memasuki sekolah asrama penuh. Melainkan kalau kita tidak mampu untuk menanggung makan minum mereka barulah sesuai kita hantar mereka masuk sekolah asrama penuh itu.



Selepas peperiksaan SPM akhir tahun 1977 saya mengikut ibu bekerja di kilang MARDEC. Saya bekerja di sana sehinggalah keputusan SPM keluar dan saya kembali semula ke sekolah Alam Shah memasuki kursus matrikulasi UKM. Lebih kurang satu bulan mengikuti kursus matrikulasi saya telah mendapat tawaran memasuki UTM dalam jurusan kejuruteraan elektrik.



Ketika itu UTM terletak di Jalan Gurney atau Jalan Semarak. Saya tinggal di Asrama Blok D di dalam kampus. Tempat tinggal dan makan semua diberi percuma dan akan dipotong dari biasiswa yang bakal diterima. Semua pelajar bumiputra yang masuk ke UTM ketika itu memang dijamin mendapat biasiswa. Dengan wang yang saya kumpul semasa bekerja kilang sebelum ini, saya mampu untuk hidup berdikari tanpa bergantung bantuan kewangan dari ibu di kampong. Selepas itu saya hanya bergantung kepada wang biasiswa untuk menyara keperluan saya hinggalah tamat belajar di universiti.




Selain itu saudara-saudara dan bapa saudara saya kerap menghulurkan wang setiap kali ada kesempatan bertemu mereka. Setelah tamat pengajian saya telah memohon kerja untuk berkhidmat sebagai pensyarah di UTM. Dari saat itu bermulalah hidup saya sebagai seorang pensyarah. Saya mendapat gaji yang baik, ekonomi saya jauh lebih teguh jika dibandingkan masa belajar dulu, setiap bulan saya tidak pernah lupa untuk memberikan sedikit wang untuk ibu di kampong. Sesungguhnya jasa ibu dalam membesarkan saya memang tidak akan terbalas, pemberian sedikit wang setiap bulan itu hanyalah sekadar tanda ingatan kepadanya sahaja.



Pada bulan Ogos 1985 saya telah bertemu jodoh dengan gadis dari Taiping, Perak. Perkenalan dengannya tidak sampai dua bulan. Perkahwinan saya dengannya terpaksa disegerakan kerana tarikh saya berangkat ke UK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master telah begitu hampir. Dua minggu selepas kawin saya dan isteri terbanglah ke UK. Semua perbelanjaan saya di sana adalah ditanggung oleh kerajaan dan majikan tempat saya bekerja iaitu UTM. Saya berada di Glasgow UK lebih kurang satu setengah tahun. Keadaan cuaca di sana boleh dikatakan sejuk sepanjang tahun. Saya masih ingat sepanjang di sana hanya dua minggu saja yang saya boleh keluar rumah berpakaian tipis seperti di Malaysia, selain itu kita terpaksa mengenakan baju tebal dan berlapis setiap kali keluar rumah.



Berbalik semula kepada kampong saya, seperti saya, anak-anak muda yang lain juga telah ramai meninggalkan kampong berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur. Selain dari itu ada juga yang berpindah menjadi peneroka di rancangan-rancangan Felda seperti di Pasoh dan Palong. Anak-anak peringkat bawah telah berkurang dengan banyak, maklum sajalah ibu-ibu yang tinggal di kampong ini telah meningkat tua dan tidak mampu untuk melahirkan anak lagi. Kekurangan kanak-kanak memang terasa di kampong ini. Memang tepat kalau saya katakan, zaman yang paling ramai dan meriah dengan kanak-kanak di kampong ini adalah pada ketika saya kanak-kanak. Selepas dari zaman saya itu perlahan-lahan bilangan kanak-kanak berkurang.



Namun begitu pada setiap kali raya, kampong ini kembali meriah dengan kanak-kanak. Apa tidaknya, anak-anak penduduk yang balik kampong setiap kali raya akan membawa anak-anak bersama mereka. Pada setiap kali menjelang raya, bandar Kuala Pilah sibuk sekali kerana pada waktu itu anak-anak penduduk kampong akan balik kampong untuk merayakan hari raya bersama ibubapa mereka. Pada hari ‘bantai’ iaitu satu hari sebelum raya banyaklah lembu-lembu kampong di sembelih bagi memenuhi keperluan penduduk menyambut raya. Daging lembu dibuat rendang untuk dicecah dengan lemang. Lemang adalah satu makanan kemestian yang perlu ada dipagi raya.



Semasa saya kanak-kanak dulu, di hari raya ini orang lelaki dewasa beramai-ramai beraya atau berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Jika kunjungan bermula selepas sembahyang isya malam raya, untuk sampai ke rumah terakhir memakan masa hingga ke pukul dua pagi. Mereka akan membaca takbir raya dan doa di setiap rumah yang dikunjungi dan menjamah sedikit juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah. Tapi sekarang amalan seperti itu tidak ada lagi, ini kerana orang-orang tersebut telah tua dan tidak berkemampuan untuk melakukannya lagi.



Di kampong sekarang kebanyakannya dihuni oleh orang-orang tua saja. Anak-anak mereka telah banyak berhijrah ke bandar besar mencari pekerjaaan dan ramai juga yang menjadi peneroka. Tanah-tanah di kampong banyak terbiar tidak dikerjakan. Kalau yang tinggal hanyalah orang-orang tua, tentulah mereka tidak mempunyai tenaga yang kuat untuk mengerjakan tanah-tanah tersebut.



Pada pertengahan tahun 90 an kerajaan melalui agensi Felcra telah membangun dan memajukan semua tanah-tanah sawah terbiar di kampong ini dengan mengusahakan tanaman kelapa sawit. Walaupun penduduk menerima pulangan yang terlalu kecil dan tidak setimpal dari pihak yang memajukan tanah ini namun itu lebih baik dari ia terus menjadi semak belukar dan menyakitkan mata memandang.



Sekarang kampong Sungai Dua Kechil dan banyak lagi kampong-kampong yang senasib dengannya hanya dihuni oleh orang-orang tua. Anak-anak mereka telah mencari penghidupan baru di bandar besar atau di rancangan felda. Ada juga yang ingin kembali tinggal di kampong setelah mereka pencen atau bersara tetapi bilangannya tidaklah ramai. Satu hari nanti kampong-kampong ini hanyalah menjadi tempat tinggal untuk berehat di hari tua, bukan lagi tempat untuk bekerja. Tempat untuk bekerja adalah di Bandar atau di ladang-ladang yang komersial.




Inilah senerio kampong ku dan mungkin juga kampong anda.



Salam Hormat.

Friday, July 28, 2006

my photo



About me

The real patriotic

War in Iraq recently gives us a chance to revise again the true meaning of patriotic. We can see many of Iraq people give support to American Army and his coalition at the fall of Saddam Hussein. Many of us have a question in our mind are there any more patriotism in Iraqis’ heart. If they are a patriotic, why they easily give their support to the invasion army.

To answer this question we must look patriotic with a broad-minded and don’t narrow down its meaning. We can not say loyalty to a leader at whatever his behaviour is considered as patriotic.


I prefer patriotic should be defined as possession attitude to work or to struggle for the good for country. I think a patriotic citizen always want a best leader to lead his country. Contrast to that only a non patriotic wants his country governs by bad leader.


For the best example look at football match, the main purpose to held football match not to be a champion or winner in the match but more than that we want to improve the quality in playing football. Better you play football more you get chance to win a match. Indirectly the football match as a tool in maintaining football games always at high quality or the best. Only the quality game will attract people to buy a ticket to see the game.


What happen if the result of the football game can be determined by bad elements such as graft (bribe) or by black magic, surely it will effect the quality of the game where playing good is no longer as a main factor to win the game.


That is a nature if supporters in the field is divided into two groups since there are two football teams playing there. That not means the supporters is enemy to each other, and a sporting supporter always accept the win or the loose of their football team. Because they always understand the main purpose of the match as mention earlier.


The dissatisfied supporters may be of the way how the game is handled. For example the bias referee can cause dissatisfaction from the supporters and the players. There is not an impossible for the bad team can defeat the better team consequences of the bias referee. Another example is the imbalance or unfair regulation of the game, let say the opposing team only counted as one goal point if they could score 10 goals. Surely by this unfair regulation to win in such game become almost impossible.


If those unhealthy practice existing in the football game them lastly will destroy the quality and the future of the game. Here the true football fans always hoping come an action to be taken to safe the future of the football. They don’t care from where and who to take the action, to them the main issue here is to safe the future of football.


This analogy can also be applied to patriotism. Opposition party include in Iraq always be marked as not or less patriotic. This is a normal practice in democratic countries to have various politic parties or opposition. Where people are allowed to choose the best leader to lead their country. The main goal of democratic system is to ensure bad leader always can be replaced by the good one without using force or going into war.


Normally with the healthy democratic system, all the supporters of parties involved in a poll will accept either their party won or lost. If their party lost that means there is a leader come from the won party is a better leader to lead their country. So they are not worried about their party had lost, because the most important issue is they got a best leader.


Unfortunately some leaders when took power they don’t want to step down even though they is no longer good enough to lead their country. To avoid lose in general election they introduce some ‘strange’ regulations to their opponent parties in order to guarantee they will always win in any election. They have restricted freedom of speech, limit the media of opposition parties, and radio and TV are only for the party who govern the country. Despite those such actions infact are not allowed in the democratic system.


They can do those things by claims they are practissng democracy by their own way, not as American’s or British’s ways. We also agree with the claims. Nothing is perfect in this world nor democracy. Everything in this world will experience changing as the time goes by, look at our foods, our dresss, our language, our music, those are change from time to time.


Should the way of democracy could be change to suit the local and time? The answer should be yes but the change must be consulted with the other parties or the change must be agreed by all parties involved in the elections. If the changes were agreed by all parties only then they will satisfy with the results of the election.


So what is the wrong when they claimed they are practising democracy by their own way? Actually what they are practising, they practice democracy by their party way. They never consult with other parties in making election regulations. Surely we can imagine who will win a football match if one team can be allowed to make the game regulation they like and impose it to the opponent team.


They are too powerful to defeated not because they are good enough but because they have power to make or to ensure ballot box results always bias to them. So that’s why the coming of American liberation soldiers to topple Saddam Hussein is always welcome by patriotic Iraqis for the sake of their country goodness. Not Iraqi love Saddam less but they love their country and democracy more.

Nur Muhammad dan Wahdatul Wujud


‘Nur Muhammad’, ‘Wahdatul Wujud’ adalah antara istilah-istilah pelik yang selalu dilontarkan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat untuk memancing orang ramai untuk masuk perangkap mereka.

Tentu bila dengar istilah dan ungkapan yang pelik-pelik macam tu, orang mula nak tahu lebih lanjut maknanya. Bila ada orang datang bertanya maka peluang ini akan digunakan oleh pengamal ajaran sesat ini untuk menerangkan tentang ajarannya itu.

‘Wahdatul wujud’diterangkan sebagai kalau ibaratkan Tuhan itu seperti tepung, pada asalnya hanya tepung saja yang ada, dan dari tepung itulah boleh dibuat roti, kuih muih, cekodok dan sebagainya. Walaupun rupa bentuk antara tepung, roti dan kuih muih itu berlainan tetapi asal mereka sama saja.

Hujah inilah yang digunakan oleh pengamal ajaran sesat ini yang mengatakan makhluk dan Tuhan pada hakikatnya sama saja. Maka timbullah istilah ‘ilmu hakikat’. Pada mereka tak jadi hal kalau sembah batu atau pokok kerana makhluk dan Tuhan itu sama saja.

Seperti cerita tepung tadi, pada mereka pada asalnya Tuhan saja yang ada, lepas itu dari Tuhan itulah juga makhluk-makhluk diciptakan. Jadi makhluk itu asalnya juga dari Tuhan, hanya berlainan dari segi rupa bentuk saja.

Saintis Albert Einstein (gambar) telahpun membuktikan bahawa jisim boleh ditukar menjadi tenaga, begitulah juga sebaliknya (E = mc2). Maknanya setiap makhluk yang berjirim seperti tanah, manusia, batu batan dan sebagainya tentunya mempunyai jisim. Sudah tentu jisim ini wujud dari tenaga atau kuasa.

Dikatakan secara teorinya 1 gram jisim kalau diuraikan boleh menghasilkan 25 juta kilowatt-jam tenaga, cukup untuk membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 20 ribu buah rumah selama setahun. Bayangkan betapa banyaknya tenaga yang diperlukan untuk menciptakan bumi dan bintang yang bilangannya pun kita tak terkira apalagi nak kira berapa Kg jisimnya. Maha Kuasa Tuhan.

Dengan ini fahamlah kita bahawa diri kita ini, termasuk juga bumi dan bintang dijadikan dari tenaga (kuasa) Tuhan dan bukannya dijadikan dari zat Tuhan itu sendiri. Dalam Quran sendiri banyak menekankan kejadian makhluk ini adalah dengan ‘kekuasaan (tenaga) Ku’.

Malaikat pula dijadikan dari cahaya dan jin pula dijadikan dari api. Kita juga tahu bahawa cahaya dan api (haba) adalah merupakan antara bentuk-bentuk tenaga yang ada. Oleh itu secara langsungnya malaikat dan jin juga dicipta dengan tenaga (kuasa) Tuhan.

Insyalah, dengan mempelajari ilmu yang berguna (termasuk ilmu sain) dapat menghindar diri dan masyarakat kita dari tersesat.

Walahualam.

Kenderaan Mencerminkan Status

Harga minyak yang tinggi akan dapat menyedarkan atau mendidik rakyat kita agar lebih berjimat cermat. Agama kita pun mengajarkan supaya tidak membazir, malah perbuatan membazir itu dikaitkan dengan tabiat syaitan. Biasanya orang yang mampu memiliki kereta terutama kereta yang enjin berkuasa tinggi adalah dari kalangan yang berada. Kepada orang-orang ini harga minyak bukanlah menjadi satu masalah besar atau beban kepada mereka. Malah mereka langsung tidak memikirkan bahawa minyak yang digunakan ini akhirnya akan habis juga, di waktu itu banyak mana pun duit yang kita ada tidak akan dapat membeli minyak lagi.

Harga petrol yang rendah telah membuatkan kita menggunakannya dengan sewenang-wenangnya. Kita langsung tidak pernah memikirkan bagaimana hendak menggunakan petrol secara cekap dan berjimat.

Tanpa kita sedari pemilikan kenderaan juga telah menjadi lambang status seseorang itu dalam masyarakat kita. Lagi mahal kenderaan yang digunakan atau dimiliki oleh seseorang itu, lagi tinggilah status seseorang itu dalam masyarakat. Orang yang berjalan kaki atau menunggang motor kapcai atau yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dianggap orang yang berpendapatan rendah, tidak mampu untuk membeli kereta.

Manakala orang yang pakai kereta Mercedes atau Volvo atau BMW tentulah dilihat lebih berada dari mereka yang memakai kereta Kancil atau Proton Wira.

Gambaran status yang diwujudkan oleh masyarakat kita inilah yang telah menghalang kita berasa malu untuk berjalan kaki atau menaiki bas atau menunggang motor kapcai. Seperti telah menjadi satu tanggapan oleh masyarakat kita, orang yang berjalan kaki dan naik bas itu dianggap orang yang bertaraf rendah.

Orang yang ada kereta akan rasa malu kalau pergi kedai yang berhampiran rumahnya dengan berjalan kaki atau naik motor walaupun jaraknya tidak sampai 100 meter. Kadang-kadang pergi kedai hanya untuk membeli surat khabar saja.

Ada orang yang pergi jemputan kawin dalam kawasan taman perumahan dia sendiri yang jauhnya tak sampai 200 meter pun masih nak guna kereta kerana rasa malu untuk berjalan kaki. Padahal orang luar yang datang ke rumah kenduri tersebut pun ada yang terpaksa letak kereta mereka di depan rumahnya kerana tempat nak letak kereta sudah penuh.

Sekalipun khidmat pengangkutan awam akan bertambah baik dan bertambah cekap, belum tentu dapat menarik orang ramai menggunakannya kerana disebabkan ‘halangan status’ yang telah wujud ini.

Hari ini kita nampak banyak kereta yang pergi ke tempat-tempat kerja atau pejabat hanya dinaiki oleh satu orang sekalipun sebuah kereta boleh memuatkan empat orang. Mereka naik kereta sendiri ke pejabat bukanlah semata untuk cepat sampai dan selesa tetapi juga untuk menjaga status yang mereka ciptakan sendiri. Satu mungkin berasa malu untuk naik bas dan kedua mereka tak mahu dituduh kedekut kerana ada kereta tapi simpan di rumah.

Apakah masyarakat kita nanti sanggup untuk berubah sikap bila kerajaan telah membaiki khidmat pengangkutan awam nanti?

Sebuah bas boleh memuatkan sehingga 40 orang penumpang. Bayangkan bagaimana kesesakan jalanraya dapat dikurangkan dari 40 buah kereta kepada sebuah bas sahaja. Andaikan sebuah bas boleh mengambil ruang untuk 10 buah kereta, maknanya kesesakan jalanraya boleh dikurangkan sebanyak 75 peratus jika semua orang menggunakan bas untuk ke pejabat atau ke tempat kerja.

Mungkin adalah sesuai untuk bawa kereta jika kita pergi membeli belah dan berbelanja dengan jumlah yang banyak kerana hendak mengangkut barang-barang yang kita beli tetapi apa alasannya untuk kita guna kereta pergi ke pejabat sedangkan yang kita bawa ke pejabat hanyalah diri kita saja.

Kita harus rancang penggunaan kereta supaya dapat kita gunakan seminimum yang mungkin. Kita boleh rancang untuk membeli barang keperluan kita atau barang-barang dapur dari hyper market sekali untuk setengah bulan atau sekali untuk sebulan. Jadi tak perlulah kita guna kereta beli barang dapur tiap-tiap hari. Dan kita boleh gunakan motor atau jalan kaki saja untuk ke kedai yang hampir dengan rumah kita untuk barang tambahan yang diperlukan.

Kita juga boleh merancang untuk uruskan dua tiga perkara yang hendak kita lakukan dalam satu perjalanan. Sebagai contoh kalau kita terpaksa pergi bayar bil elektrik, bil air dan bil telefon di pejabat pos, sebaiknya kita lakukannya sekali gus pada masa yang sama bukan pada hari-hari yang berlaian.

Kalau kita sama-sama berusaha untuk menjimatkan penggunaan minyak, bukan saja kita dapat melambatkan kehabisan sumber bahan api ini tetapi juga kita dapat mengurangkan permintaan kepada minyak.

Tinggi rendah harga barangan adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Jika penawaran melebihi permintaan, harga barang menjadi murah. Sebaliknya jika permintaan suatu barangan terlalu tinggi sedangkan penawarannya tidak banyak atau terhad, akan membuatkan harga barangan melambung tinggi.

Sebagai pengguna kita perlu sentiasa menggunakan barang-barang keperluan termasuk minyak secara jimat cermat untuk menjaga harga barangan berada pada tahap rendah. Mungkin ada sebehagian kita ada duit yang banyak, boleh beli barangan yang kita hendak sebanyak mana pun sekalipun dengan cara yang membazir. Kesan kepada sikap kita yang membazir itu akan menyebabkan harga barangan naik dan ini secara tidak langsung akan menyusahkan orang-orang yang berpendapatan rendah yang kuasa beli mereka agak terhad.

Oleh itu golongan yang berada juga perlu berjimat cermat dan tidak membazir kerana sikap yang baik ini dapat membantu mengekalkan barangan pada harga yang rendah dan tentunya akan melegakan orang ramai. Harga barang tidak pernah membezakan orang kaya dengan orang berpendapatan rendah.

Saya setuju sangat jika harga petrol dinaikkan dengan menarik semua pemberian subsidi ke atasnya. Harga minyak yang tinggi sekurang-kurangnya akan dapat menyedarkan orang ramai untuk lebih berjimat cermat menggunakan bahan ini.

Dalam pada masa yang sama saya berharap pihak kerajaan dapat mengurangkan malah menghapuskan sama sekali bayaran cukai jalan (road tax) kenderaan. Terasa rugi juga kalau tidak banyak melakukan perjalanan bagi tujuan menjimatkan minyak sedangkan kita kena bayar cukai jalan juga.

Cukai jalan dikenakan sebab kenderaan kita menggunakan jalanraya, tetapi kalau kita kurang menggunakan jalan raya sepatutnya kenalah kurang bayaran cukai jalannya. Mungkin boleh difikirkan juga cukai jalan dibayar ikut jauh kilometer perjalanan yang dilalui oleh kenderaan tersebut dalam masa setahun. Sama seperti kalau kita lalu jalan yang bertol, lagi jauh perjalanan kereta kita lagi banyaklah tol yang kita kena bayar.

Kadar bayaran tol untuk kenderaan yang membawa barang seperti lori dan pengangkutan awam seperti bas patut diturunkan serendah yang mungkin, ini dapat mengurangkan kos barangan dan tambang, seterusnya dapat menjadikan harga barang-barang jualan kita lebih murah dan kompetitif.

Khairat Kematian yang lebih Fleksibel dan Saksama

Apabila seorang meninggal adalah menjadi kewajipan kepada orang yang masih hidup untuk menguruskan pengkebumian mayatnya. Mungkin di masa yang lalu dan masa sekarang kita tidak banyak menghadapi masalah untuk menguruskan pengkebumian mayat ini kerana masyarakat kita memang faham akan tanggungjawab fardhu kifayah ini.

Tetapi bila masyarakat kita sudah semakin maju dan moden, sudah terlalu materialistik, mereka menjadi begitu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga penglibatan mereka dengan kerja-kerja kemesyarakatan yang biasa dilakukan secara sukarela dan gotong royong semakin mendapat sambutan dingin.

Sekarang semua kerja dilakukan dengan upah, tidak ada upah kerja tak berjalan, termasuk juga kerja-kerja pengurusan pengkebumian mayat. Sehingga pernah jadi berita di akhbar baru-baru ini, pengkebumian mayat terpaksa ditangguhkan kerana waris tidak dapat mengadakan wang upah penggali kubur sebanyak RM400.

Sekarang tidak banyak lagi yang kita boleh dapat secara percuma, ustaz yang mengajar agama, guru yang mengajar membaca Quran, imam dan saksi yang menikahkan pun telah lama menerima elaun dan bayaran. Maka pengkebumian mayat juga tidak terlepas dari memerlukan kos untuk mengendalikannya.

Mungkin kerana sekarang ini masyarakat telah mula sedar akan hal tingginya kos pengurusan mayat ini maka banyaklah kampung-kampung dan taman-taman perumahan yang mewujudkan sekim tabung khairat kematian bagi tujuan membantu menguruskan pengkebumian mayat di kawasan mereka. Sekarang ini sudah biasa kita dengar tentang tabung khairat kematian yang diwujudkan bagi mengendalikan urusan pengkebumian.

Lain tempat lain cara sekim tabung khairat kematian ini, ada yang dikutip tiap-tiap tahun seperti yuran dari setiap ahli, ada yang dikutip sebanyak lima ringgit setiap ahli bila ada kematian dan berbagai-bagai lagilah kaedah yang mereka gunakan. Yang pentingnya duit yang mereka kutip mestilah sentiasa cukup untuk membiayai pengurusan pengkebumian bila ada kematian di kawasan mereka. Selalunya kutipan ini dikendalikan oleh pihak masjid kerana masjid diberi tanggungjawab untuk mengurus pengkebumian mayat di khariah mereka.

Saya ingin mencadangkan supaya sekim khairat kematian ini diselaraskan supaya ia lebih saksama, memberi kepuasan hati kepada semua. Saya rasa adalah baik jika seorang ahli itu membayar hanya sebanyak kos semasa yang diperlukan untuk menguruskan pengkebumian satu mayat.

Sebagai contoh jika kos semasa pengkebumian satu mayat di suatu tempat itu dari memandikannya, kafan, sembahyang mayat, pengangkutan, menggali kubur dan menanamnya adalah RM700, maka setiap ahli kenalah membayar sebanyak RM700 sahaja apabila dia ingin menjadi ahli khairat kematian. Dia boleh membayar secara tunai ataupun secara ansur untuk satu tempoh yang ditetapkan dan apabila sudah cukup bayaran RM700 yang dibuatnya itu, tidaklah perlu dia membayar lagi sehinggalah wang itu digunakan atau dikeluarkan kerana membiayai kematiannya atau kematian salah seorang anggota tanggungannya.

Jika wang khairat RM700 dalam tabung itu telah gunakan oleh ahli tersebut kerana membiayai kematiannya atau anggota keluarganya maka kekosongan itu perlu diisi semula bagi pembiayaan jika berlaku kematian anggota keluarga lain pada masa depan.

Kos pengurusan pengkebumian mayat juga mungkin meningkat dari setahun ke setahun. Hari ini kosnya adalah RM700 tetapi mungkin lima tahun lagi kosnya meningkat menjadi RM900.

Oleh itu ahli baru yang mendaftar pada lima tahun akan datang kenalah membayar ikut harga kos semasa iaitu RM900. Manakala ahli lama yang telah membayar RM700 itu tidaklah perlu membayar kos tambahan walaupun kos pengkebumian telah meningkat kepada RM900, ini kerana telah mengambil kira dividen yang diperolehi oleh pihak pengurus khairat keatas simpanan wang tabung khairat dalam bank sudah cukup untuk menampung tambahan kos yang meningkat itu.

Begitu juga kalau ahli lama yang telah menggunakan bahagian wang khairatnya kerana membiayai kematian anggota keluarganya, apabila dia hendak membaharui bahagian khairatnya yang telah kosong itu akan dikenakan ikut harga semasa bukan lagi seperti harga mula-mula dia mendaftar dulu. Setiap ahli dibenar untuk mendaftar atau membayar lebih dari satu bahagian khairat pada satu masa, ini dapat mengelakkan dia dari membayar lebih mahal jika bayaran dibuat pada masa akan datang disebabkan peningkatan kos.

Kalau kanak-kanak atau bayi yang meninggal mungkin hanya dipotong setengah atau tiga suku dari bahagian khairat tersebut. Oleh itu jika anggota keluarga adalah kanak-kanak yang meninggal dunia, ahli khairat tersebut hanya perlu menambah setengah atau tiga suku sahaja bagi memenuhkan kembali bahagian khairatnya yang telah digunakan itu.

Kadang-kadang mungkin ada penduduk di kawasan itu yang tidak mampu membayar bahagian khairatnya. Satu cara untuk mengatasi masalah ini, pihak masjid yang berwajib menguruskan mayat akan menghantar seorang pegawai masjid ke rumah simati, dengan izin waris beliau akan mengutip semua derma yang disumbangkan orang ramai yang datang menziarah bagi menampung kos pengkebumiannya. Jika wang yang dikutip itu lebih dari kos yang diperlukan, wang lebih itu hendaklah dipulangkan kepada waris si mati.

Selain dari itu ahli khairat juga boleh menggunakan bahagian khairatnya kepada jiran yang belum mendaftar menjadi ahli khairat dengan syarat ada kebenaran bertulis dari ahli tersebut kepada pihak pengurus tabung khairat bagi mengarahkan pemindahan itu. Mungkin telah dibuat persetujuan antara ahli dengan keluarga jiran tersebut untuk membayar atau mengganti semula bahagian khairat tersebut selepas selesai mayat dikebumikan. Atau mungkin juga ada ahli yang kaya secara sukarela mendermakan bahagian khairatnya kepada jirannya yang tidak mampu menjadi ahli khairat.

Sekiranya ada saudara-mara dari luar datang berkunjung ke rumah ahli dan tiba-tiba dia meninggal di rumah ahli tersebut maka pihak khairat ditempat itu boleh menguruskan mayat saudaranya itu untuk dikebumikan di kawasan situ dengan menggunakan bahagian khairat ahli tadi, asalkan mendapat kebenaran bertulis darinya.

Sebaliknya jika ahli pula yang berkunjung kerumah saudara-maranya di luar kawasannya dan dia meninggal dunia dan dikebumikan di sana maka waris atau anggota keluarganya boleh menuntut semula bahagian khairat ahli tersebut atau memindahkan bahagian khairat itu kepada anggota keluarga lain.

Jika ahli khairat kena berpindah rumah kediaman ke tempat lain disebabkan pindah kerja atau sebab lain maka ahli boleh mengeluarkan bahagian khairatnya mengikut harga semasa. Jika masa mendaftar dahulu harga satu bahagian khairat adalah RM700 dan pada masa dia berpindah harga telah meningkat RM900 maka pihak pengurusan khairat hendaklah memulangkan sebanyak RM900 bukannya RM700.

Bagi meyakinkan lagi orang ramai untuk menyertai sekim khairat ini, segala wang keluar masuk akaun tabung khairat hendaklah telus dan direkodkan dengan sebaik-baiknya. Semua perbelanjaan dan urusan ada dokumen seperti resit, borang pendaftaran, rekod pembayaran ahli, nombor ahli, surat kebenaran pindahan bahagian khairat dan lain-lain lagi yang menjadikan sekim ini lebih kemas dan sistematik. Dan jika ada kelemahan perlulah dibaiki lagi dari masa ke semasa.

Karikatur Nabi Muhammad

Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang dibelinya yang agak banyak dan berat juga. Lalu rasulullullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya. Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang ingin membantunya dan tanpa berlengah terus menerima pelawaan Rasulullulah itu.

Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu. Cerita perempuan tua itu, “Wahai anak muda di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.

“Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakkan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau ahli keluarga menjadi selisih faham, bergaduh dan pecah belah”, sambung orang tua itu lagi.

“Muhammad itu memang jahat oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti fikiran kamu juga akan dirosakkannya nanti”, tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu. Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasullullah sedikit pun tidak marah malah hanya tersenyum saja.

Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanyakan kepada rasullullah berapa upah yang dia perlu bayar untuk kerja rasullullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya rasullullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.

Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya, “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.

Rasulullah menjawab, “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi”.

Seperti tidak percaya, terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia menyangka Muhammad adalah orang yang sangat jahat.

Moral dari cerita ini:

Kalaulah akhlak kita umat Islam hari ini macam akhlak Rasulullah, sudah tentu orang kafir tak akan tergamak nak lukiskan karikatur Nabi Muhammad sebagai pengganas. Pernah juga kita dengar cerita ada seorang musyrik selalu mendengki Rasullah dengan meletakkan tahi atau sampah di depan rumah dan di tempat laluan Rasullullah. Tidak pernah Rasullulah memarahi orang itu malah apabila orang itu jatuh sakit, Rasullullah telah pergi menziarah orang itu. Agaknya kalau Rasullah masih hidup sekarang ni, adakah dia marah kepada orang Denmark yang melukis kartunnya itu atau baginda akan upah orang untuk bunuh orang Denmark itu seperti yang dilakukan oleh seorang ulamak di Pakistan yang telah menawarkan berjuta dollar untuk membunuh pelukis kartun Denmark itu. Hmmmm, lebih kuah dari sudu.

Sometime Democracy Doesn't Meet its Purpose

Until now democracy is known as the best mechanism in determining the best leader without violence or going to war. In democracy system, any government in a country who did not perform well can be changed or replace by its people through the ballot box. Besides smooth change of the elected government, the other advantage of the democracy system is the choice of the best leader being elected or chosen to lead a country.

However, democracy comes with it’s weaknesses too and it could cause it not to function as well as it’s suppose to be. Time has changed, we are now in a fast developing science and technology era, and the democracy system is still at the same point of it’s existence. Could it be our desires for it to sustain its old form or is it because we don’t want to be labeled as less democratic or anti democracy when we try to make even the slightest change to it?


Just like our present food and our dressing that went through changes as times past, I believe that democracy system, also need some changes to suit it’s era.


One of the obvious weakness practices of the democracy system is, we do not personally know if our candidate is genuinely good or bad. The only way we know them is through the newspaper, electronic media publicity or hearsay. Without getting adequate exposure of the media, a potentially good candidate will end up losing. And vise versa for someone without any credibility could win with flying colors with the numerous exposure by media. This shows how democracy is not functioning as it supposes to be.


The evaluation work can only be done successfully and satisfactorily if it is being evaluated by someone who is an expert in which his/her field that he/she wants to evaluate. For example, evaluating a condition of a building occupancy standard should be done by an engineer who is an expert in this field. This will guarantee a good evaluation is being done by an expert.


Similarly, in evaluating for a good leader, it’s not fair if we allow someone who do not know the candidate make a choice or to determine him to be a leader. The democracy is only successful if all the candidates are known well by their voters. This way, the voters will really know which candidate is best to be chosen. This will result to the best candidate winning with the majority vote.


To avoid the voters not knowing their candidate well, selection of the leadership should be started at the smallest level of the community of the states such as the villages or the housing estates. Surely the people in a village know each other well, and they know who are good and who are bad. Furthermore they know who would always take care of their needs and they’ll know who should be their leader to lead the village. To ensure a best leader will be chosen, the vote must be held at that particular village or housing estate where the villagers will know who is certify to be their leader.


It’s not good practice if we allow the people of village A to choose a leader for village B because they don’t know very well the situation in the village.


In a constituency made of several villages, a constituency leader should be chosen among and by the village leaders of the constituency.


In a district there are several constituencies. Using the same rationality, we let the leaders of constituency to vote for district leader. This pattern should go on for the voting of the country leader and the next level which is voting for a state leader.


I think democracy system should be change to suit the ever changing time, or it will be obsolete. However any changes we want to introduce, several considerations must be taken into account such as getting approvals from both the propositions and oppositions. Just like in the football game, all regulations should be followed and should be agreed by the two teams.


Thank you.

Jalan Pintas Selalu Membawa Padah

Memang jadi tabiat manusia ingin dapat apa yang dihajatinya dalam masa yang cepat. Bila kita hendak pergi ke suatu tempat kita suka mengambil jalan pintas berbanding jalan jauh yang berliku kerana hendak cepat sampai, sekalipun jalan pintas yang kita ambil itu kadang kala boleh mengundang bahaya.

Lawan kepada sifat terburu-buru atau ingin cepat ini ialah sabar. Sabar adalah sifat mulia yang sangat disukai oleh Tuhan. Manusia yang sabar selalunya akan dianugerah Tuhan dengan kejayaan.

Kerana hendak menjadi kaya cepat ada orang buat kerja haram yang menyalahi agama dan undang-undang. Buat sekim cepat kaya tipu orang, guna taktik gores dan menang untuk tipu duit orang, pedaya orang dengan iklan-iklan yang menipu dan berbagai lagi penipuan untuk cepat kaya.

Ada orang seludup barang-barang niaga untuk lepas dari dikenakan cukai, kadang-kadang bagi rasuah kepada kastam hendak lepaskan barang dari dicukai. Lebih berani lagi bawa masuk barang-barang terlarang untuk dijual termasuklah dadah. Berniaga barang tak bercukai ini boleh dapat untung banyak dan boleh cepat jadi kaya.

Supaya buah dan sayur tidak dimakan ulat, mereka sembur racun serangga banyak-banyak, buah dan sayur yang dijual nampak cantik, orang ramai suka nak beli buah dan sayur yang cantik. Bila ramai orang beli banyaklah dapat untung dan cepatlah jadi kaya walaupun buah dan sayur yang dijual itu merbahayakan kesihatan orang ramai.

Hendak bagi barang makanan yang dijual tahan lama tidak berkulat dan basi, campur bahan kimia dan pengawet sekalipun bahaya kepada manusia. Ikan-ikan yang dijual ditaruh ubat awet mayat agar kelihatan segar untuk waktu yang lama. Kita tak peduli kesan buruknya kepada orang ramai, yang penting kita cepat jadi kaya.

Malah ada yang mengambil langkah nekad dengan melakukan pecah amanah duit syarikat,terima rasuah, merompak bank, menculik, mengedar dadah, menjual VCD lucah dan menjual bahan cetak rompak kerana nak jadi kaya cepat.Ada yang sanggup gadai maruah jadi perempuan simpanan dan jadi ibu ayam, cara senang nak jadi kaya.

Tujuan asal orang hisap dan ambil dadah pun adalah kerana nak mengecapi kejayaan dan keseronokan dalam masa yang singkat. Kerana hendak jadi juara atau menang dalam sukan mereka sanggup ambil dadah. Penagih dadah pula hisap dadah kerana hendak rasa seronok, bila mereka hisap dadah mereka berasa berada dalam istana, menjadi raja yang di kelilingi bidadari yang rupawan. Dengan modal hanya sekitar RM50 untuk membeli dadah sudah dapat memiliki istana mewah dan bidadari, itulah khayalan yang dibawa oleh dadah. Pada realitinya untuk memiliki kehidupan semewah itu kita perlukan wang berjuta.

Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang bermula dari bawah, bermula dari susah payah. Kejayaan yang didapati melalui jalan pahit getir akan membuatkan kita lebih menghargai kejayaan tersebut.

Ahli perniagaan segera yang dapat kekayaan melalui kekuatan pengaruh politik selalunya tidak dapat bertahan lama, kerana mereka tidak pernah melalui ujian dan pengalaman bagaimana menghadapi susah payah payah dan selok belok dalam membina sesuatu perniagaan.

Banyak kita dengar cerita orang-orang yang berjaya dalam bidang perniagaan, yang mempunyai empayar perniagaan yang mencecah billion ringgit adalah bermula dari kehidupan yang susah dan mereka bermula dari mengurus perniagaan yang kecil. Pengalaman yang mereka tempuh telah mengajar mereka untuk menjadi orang yang berjaya.

Apabila kita ditimpa sakit atau masalah, orang kita selalu mencari jalan pintas untuk mengatasinya. Bila perniagaan merosot, pergi jumpa bomoh cari pelaris. Bila sakit, pergi jumpa bomoh supaya boleh sembuh cepat. Bila anak malas belajar, cari bomoh supaya anak jadi rajin. Dengan kata lain mereka sanggup guna cara sihir sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sihir pun macam dadah juga, kadang-kadang ia boleh menyelesaikan masalah kita tetapi padahnya amat buruk.

Di kesesakan jalanraya pula kita biasa melihat orang-orang tanpa segan silu memotong Q (barisan) kerana hendak cepat sampai tanpa memikirkan orang lain. Mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja, adab dan sopan seperti tidak diperlukan lagi bila berada di atas jalanraya. Orang Melayu memang terkenal dengan adab dan santun, mereka sangat menghormati adab-adab yang telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Orang kita tak begitu peka dengan undang-uandang dan peraturan. Oleh itu ada baiknya kalau peraturan-peraturan dan undang-undang jalanraya disebut sebagai ‘adab-adab di jalanraya’. Peraturan selalunya dikaitan dengan kesalahan dan bayar saman, sedangkan adab berkait dengan dosa pahala serta kehidupan bermasyarakat. Orang lebih sensitif bila dikatakan tidak beradab tetapi tidak rasa apa-apa kalau melanggar ‘peraturan’.

Usaha gigih dan sabar adalah satu-satunya jalan yang boleh membawa kita kepada kejayaan yang hakiki, sebaliknya kejayaan yang kita dapat melalui jalan pintas yang tidak diredai akan membawa kita kepada kesudahan yang buruk.

Ikhlas atau tidak, Tuhan saja yang tahu

Apabila kita memberi khidmat dan sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan maka itu dinamakan ikhlas. Ikhlas adalah satu nilai murni yang mesti menjadi ciri amalan atau budaya kepada sebuah masyarakat kelas pertama.

Kalau kepada orang Islam yang dimaksudkan dengan ikhlas itu adalah semua perbuatan dan tindakan kita hanyalah kerana Allah semata. Kita buat baik hanya kerana Allah bukan kerana yang lain-lain. Adalah dicela kalau kita berbuat baik dengan niat untuk mengharapkan balasan.

Berbuat baik yang dimaksudkan di sini mestilah selari dengan ajaran agama. Kalau ada orang yang meletupkan dirinya bagi memberikan rasa gerun kepada musuhnya walaupun niat dia begitu ikhlas untuk memperjuangkan Islam, ini tidaklah boleh dikatakan sebagai ikhlas yang selari dengan kehendak Islam.

Dengan kata lain perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas itu mestilah juga selari dengan nilai agama atau norma-norma masyarakat yang baik.

Semasa perang Vietnam satu masa dulu, kebanyakan rakyat Vietnam percaya dengan yakin fahaman kominis adalah fahaman yang terbaik dan mereka berjuang begitu ikhlas untuk memperjuangkan fahaman tersebut. Mereka sanggup menggadai harta benda malah nyawa mereka sendiri demi memperjuangkan fahaman kominis.

Setelah mereka berjaya dan setelah beberapa lama kominis diamalkan di Vietnam, keadaan Vietnam tidaklah sebaik mana, fahaman kominis telah melunturkan semangat daya saing kepada manusia. Bukan saja Vietnam bahkan negara-negara kominis lain pun tidak dapat maju sebanding negara bukan kominis. Malah banyak negara kominis kini telah mengambil pendekatan yang lebih realistik agar dapat menyesuaikan diri dengan dunia sekarang, termasuklah membuka pasaran kepada dunia luar dan menerima pelabur asing.

Walaupun perjuangan mereka dilakukan dengan ikhlas tetapi belum tentu apa yang diperjuangkan oleh mereka itu adalah suatu yang betul.

Dulu di awal perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan ramai orang-orang Melayu memberi sumbangan untuk menggerakkan perjuangan ini. Kaum wanitanya tidak teragak-agak menyumbangkan barang-barang kemas mereka untuk tujuan tersebut. Mereka lakukan dengan ikhlas hati demi ingin melihat negara tercinta ini terlepas dari belenggu penjajah.

Di dalam parti PAS juga ada individu-individu yang memberi sumbangan terutamanya dalam bentuk wang ringgit kepada parti. Malah ada yang memotong sebahagian gaji mereka tiap-tiap bulan sebagai sumbangan ikhlas kepada parti. Mereka lakukan dengan niat ikhlas demi perjuangan menegakkan negara Islam.

Begitu juga ada yang memberi sumbangan dan derma ikhlas kepada badan-badan kebajikan sukarela bagi membantu badan-badan ini menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan balasan ini sangatlah dialu-alukan.

Tetapi dalam pada itu ada juga orang atau syarikat yang memberi sumbangan dengan mengharapkan balasan. Sebagai contoh, mereka memberi sumbangan wang kepada satu-satu parti politik dengan mengharapkan pemimpin parti politik itu akan membalas dengan memberikan kepadanya atau syarikatnya tender-tender projek kerajaan yang di bawah kuasa parti politik tersebut. Kadang-kadang kita tidak pasti samada sumbangan yang diberikan itu benar-benar ikhlas untuk membantu atau tidak. Hanya orang yang memberi sumbangan itu saja yang tahu niat sebenarnya. Sudah tentu kita tidak boleh mengetahui apa yang tersirat di dalam hati seseorang.

Tetapi yang lebih malang lagi sekiranya parti politik itu sendiri yang meminta wang sumbangan dari individu atau syarikat kepada parti sebagai syarat jaminan untuk mereka mendapat tender projek kerajaan. Dalam hal seperti ini ia boleh dikategorikan sebagai memberi dan meminta rasuah.

Dalam usaha menangani rasuah telah dibuat satu peraturan pegawai dan kakitangan kerajaan di negara kita tidak dibenarkan menerima hadiah dalam bentuk apa pun dan pada bila-bila masa pun dari orang perseorangan mahupun dari syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan pegawai tersebut menjadi pilih kasih atau akan boleh mempengaruhi pegawai tersebut dalam memberikan tender-tender kerajaan.

Dalam Islam hadiah bukanlah suatu perkara yang dilarang malah ia amat digalakkan bagi menjalin keakraban antara anggota masyarakat. Tetapi pemberian hadiah dalam Islam mestilah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Yang menjadi kesalahan bila kita bagi hadiah dengan mengharapkan suatu balasan. Samada kita ikhlas dalam pemberian hadiah itu hanya Tuhan saja yang tahu. Oleh itu memang ada wajarnya undang-undang yang melarang pegawai kerajaan dari menerima hadiah kerana kita tidak akan boleh tahu hadiah itu diberikan dengan ikhlas atau tidak.

Di zaman sekarang ini sudah menjadi kebiasaan jika ada orang atau syarikat memberi sumbangan yang besar kepada parti politik yang memerintah bagi mempastikan mereka sentiasa diberi keutamaan dalam pemberian projek-projek kerajaan. Di pihak parti politik pula setiap sumbangan besar dari individu atau syarikat pastinya akan mendapat balasan yang setimpal. Akhirnya pemilihan berdasarkan meritokrasi akan tinggal sebagai omongan kosong saja, realitinya siapa yang banyak menyumbang dialah yang akan dipilih. Walaupun kita sedar memberi sumbangan untuk mengharapkan balasan itu salah, tetapi siapalah dapat membuktikan mereka menyumbang untuk mengharapkan balasan, kerana Tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Kalau hendak disekat sumbangan orang ramai kepada parti politik bagi tujuan mengelakkan sumbangan tidak ikhlas ini tidak boleh juga. Parti politik perlukan banyak wang untuk bergerak dan berkempen, sudah tentu salah satu sumber kewangannya ialah melalui sumbangan orang ramai.

Tetapi jika pemimpin-pemimpin parti politik jujur dan benar-benar berpegang pada prinsip yang baik tentunya tidak akan mengharapkan sumbangan yang tidak ikhlas, berapa besar pun sumbangan yang diterimanya dari individu atau syarikat tidak akan mempengaruhinya dalam membuat keputusan.

Manakala pemimpin yang lemah dan tidak berprinsip akan sentiasa mengharapkan sumbangan dari syarikat-syarikat untuk partinya bergerak, akhirnya menjadikan mereka sentiasa berasa terhutang budi kepada syarikat-syarikat yang telah menyumbang. Tidak hairanlah bila syarikat-syarikat ini gagal atau tidak sempurna melaksanakan projek-projek yang diberikan, tidak ada tindakan keras yang boleh dibuat keatas syarikat tersebut disebabkan adanya rasa terhutang budi itu. Itulah padahnya bila sudah terhutang budi, maruah dan ‘body’ akan tergadai.

Itulah pentingnya setiap tindakan dan perbuatan kita mesti dimulakan dengan niat yang baik dan ikhlas kerana kesudahannya kita semua akan mendapat kebaikan jua.

Parti berasaskan kaum masih relevan di Malaysia

Selagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menjalani kehidupan secara berasingan mengikut kaum masing-masing, selagi itulah sukar untuk kita melihat satu parti politik yang tidak berasaskan kaum wujud di negara ini.

Sekalipun DAP mendakwa partinya bukanlah parti yang mewakili kaum tertentu tetapi semua orang tahu parti itu adalah seperti parti kepunyaan orang cina. Begitu jugalah dengan parti Keadilan Rakyat masih tidak dapat mencerminkan sebuah parti yang mewakili rakyat Malaysia yang sebenar.

Sebuah parti politik itu hanya boleh dikatakan sebagai mewakili rakyat Malaysia dan tidak berasaskan kaum jika ahli-ahlinya mencerminkan komposisi kaum di negara ini.

Oleh kerana kaum-kaum di negara ini menjalani kehidupan mereka secara berasingan yang bermula dari sekolah yang berasingan kemudian bekerja di lapangan yang berasingan maka sukar bagi mereka untuk dapat peluang bergaul dan berkawan rapat antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Tidak hairanlah apabila mereka hendak membentuk persatuan, membuat apa-apa rancangan, hendak menjalankan perniagaan termasuk juga hendak menubuhkan parti politik atau untuk masuk parti politik, mereka akan mencari rakan-rakan kenalan mereka sahaja.

Saya yakin semasa mereka memilih kawan untuk menjadi rakan kongsi, pilihan mereka bukanlah berasaskan kaum mereka tetapi kebetulan kawan dan kenalan mereka adalah hanya terdiri dari kaum yang sama maka sebab itu kita nampak dalam satu-satu persatuan atau syarikat itu dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja.

Oleh kerana keadaan hidup masyarakat negara ini yang berpisah-pisah mengikut kaum maka apa sahaja persatuan-persatuan, parti-parti politik, lapangan dan bidang yang diwujudkan akan mencerminkan keadaan realiti masyarakat itu yang hidup secara berpisah-pisah.

Selagi kita semua tidak mahu menggalakkan anak-anak kita bergaul dan berkawan rapat maka selagi itulah kita tidak dapat melihat satu badan, syarikat, pertubuhan yang betul-betul mewakili komposisi rakyat Malaysia.

Peluang yang terbaik untuk anak-anak kita dapat berkawan dan bergaul ialah dengan mengumpulkan mereka di sekolah yang sama.

Seharusnya usaha kerajaan untuk menggalakkan anak-anak tidak kira kaum belajar di sekolah yang sama perlu mendapat sokongan dari semua pihak demi keutuhan perpaduan bangsa pada masa depan.

Kita juga hairan bagaimana DAP yang mendakwa parti yang tidak berasaskan kaum telah menentang sekolah wawasan yang dianjurkan oleh kerajaan bagi membantu merapatkan jurang perkauman di negara ini. Sepatutnya DAP lah yang lebih ke depan dalam hal ini kerana dia selalu mendakwa partinya tidak menggalakkan wujudnya perkauman.

Kalau DAP benar-benar bukan parti perkauman kenapa krisis politik tahun 1969 antara Perikatan dan DAP telah menjadi pertelingkahan kaum.

DAP hanya boleh setakat mendabik dada mendakwa partinya bukan parti berasaskan perkauman tetapi hakikatnya kita semua tahu ia adalah parti pelampau orang cina.

Kalau DAP sendiri ingin melihat partinya benar-benar mewakili komposisi kaum negara ini seharusnya dari sekarang dia kena mengambil langkah dan usaha bagaimana untuk merapatkan jurang perkauman di negara ini, kalau tidak DAP hanyalah bermimpi di siang hari sahaja.

Dasar Ekonomi Dr. Mahathir banyak membazir

Tidak ada orang yang layak untuk menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia. Inilah tanggapan rakyat Malaysia semasa era Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu. Tanggapan seperti ini secara sengaja atau tidak ia perlu diwujudkan dan dipupuk di kalangan rakyat kerana ia adalah ‘baik’ demi untuk menjaga perpaduan dan kesetabilan politik, terutamanya dalam parti UMNO. Rasanya tanggapan seperti ini bukan saja wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri tetapi berlaku juga pada Perdana Menteri yang lain sebelum itu.

Tidak pernah kita dengar rakyat mengatakan adanya orang yang layak menggantikan Perdana Menteri semasa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak atau Tun Husein On menjadi Perdana Menteri.

Mungkin Dr. Mahathir telah terlalu lama menjadi PM sehingga dia berasa begitu yakin dengan tanggapan orang ramai itu walaupun telah tidak menjadi PM lagi. Tanggapan yang mengatakan tidak ada orang yang lebih layak untuk menjadi PM Malaysia selain dari beliau itulah yang terbawa-bawa oleh beliau hingga hari ini.

Semasa Dr. Mahathir menjadi PM beliau banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega. Beliau mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat mesti berada di Malaysia. Dr. Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.

Bila ada banyak projek, akan adalah banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Bila rakyat ada kerja, gaji pun akan ada, rakyat pun boleh membeli belah, peniagaan pun dapat berkembang maju.

Rakyat digalakkan melancung dalam negeri, cuti umum ditambah untuk memudahkan rakyat pergi melancung. Dengan itu kononnya, perniagaan dalam sektor pelancungan terutamanya hotel-hotel akan berkembang.

Semua agensi kerajaan yang ada kalau boleh hendak diswastakannya. Pada fikiran beliau bila diswastakan, agensi-agensi kerajaan itu akan menjadi lebih cekap dan lebih berdaya saing. Kononnya lebih banyak keuntungan akan diperolehi jika diswastakan, ini akan dapat memberi banyak keuntungan kepada pelabur saham syarikat, seterusnya dapat menarik lebih banyak orang ingin melabur dalam syarikat.

Itulah teori ekonomi Dr. Mahathir, tiada perkataan pembaziran dalam ‘kamus’ ekonomi Dr. Mahathir.

Tidak dinafikan memang ada projek dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan Dr. Mahathir membawa manafaat atau faedah kepada rakyat tetapi dalam pada itu banyak juga yang menjadi gajah putih dan membebankan rakyat.

Dr. Mahathir terlalu ghairah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Kalau negara maju ada bangunan yang besar, tinggi dan indah, ada rangkaian lebuhraya yang panjang, sistem pengangkutan dan perhubungan yang canggih, Dr. Mahathir juga mahu Malaysia ada segala-galanya itu.

Tetapi hendaklah kita ingat, negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, membina binaan yang hebat-hebat itu setelah rakyat mereka mendapat kemudahan hidup yang selesa. Mereka punya bangunan atau binaan yang hebat tetapi dalam masa yang sama tidak ada rakyat mereka yang hidup di rumah-rumah setinggan. Apabila kehidupan rakyat benar-benar telah terbela barulah mereka beralih untuk membina projek mega.

Tidakkah kita berasa malu bila kita punya bangunan KLCC yang besar dan tinggi, Putra Jaya yang besar dan indah tetapi masih ramai rakyat tinggal di rumah-rumah setinggan yang keadaannya lebih baik sedikit dari reban ayam itu.

Apabila agensi kerajaan diswastakan, sebagai syarikat swasta keuntungan adalah menjadi matlamat mereka. Tanpa keuntungan syarikat tidak boleh bergerak dan silap-silap akhirnya boleh gulung tikar kalau tidak diselamatkan.

Cara paling mudah untuk mendapat keuntungan ialah dengan mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi kepada rakyat. Kononnya dengan peswastaan boleh menjadikan agensi kerajaan itu menjadi lebih cekap seterusnya memberi keuntungan yang lebih, tetapi sepanjang yang kita lihat semua kadar harga bil air, bil elektrik, bil telefon untuk kemudahan rakyat sentiasa saja naik dari tahun ke tahun.

Kalau dulu buku teks sekolah boleh diguna semula oleh adik-adik yang lain, tetapi sekarang tidak sampai dua tahun buku teks sering saja bertukar dan dengan secara tidak langsung buku teks tidak boleh digunakan semula oleh adik beradik atau murid yang lain. Ini semua bertujuan untuk menjamin syarikat buku sentiasa dapat mengeluarkan buku, seterusnya dapat membuat keuntungan. Walaupun polisi seperti itu hanya menggalakkan pembaziran tetapi Dr. Mahathir tidak melihatnya sebagai pembaziran. Pada Dr. Mahathir ia akan dapat merancakkan perniagaan dan memberi peluang pekerjaan.

Di zaman Dr. Mahathir lah kita dapat lihat bercambahnya hospital swasta. Pada zaman beliau jugalah bilangan biasiswa untuk pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dikurangkan dengan banyaknya malah diganti dengan pinjaman PTPTN. Pinjaman PTPTN pun belum tentu dijamin boleh dapat dengan senangnya. Kalau benar-benar kita mahu melihat negara berjaya menjadi sebuah negara maju pada masa depan, kita tidak boleh mengetepikan sumber manusia yang benar-benar berkualiti.

Apalah ertinya kita ada fasarana dan infrastruktur kelas pertama di dunia tetapi diisi oleh orang-orang yang mempunyai kualiti setakat kelas ketiga. Sepatutnya kita kenalah membelanjakan sebahagian besar wang negara untuk menghasilkan manusia berilmu, terlatih, berkemahiran tinggi, sihat fikiran, sihat tubuh badan. Kita percaya pembentukan sumber manusia kelas pertama perlu diutamakan terlebih dahulu dari yang lain-lain kalau kita ingin menjayakan cita-cita menjadi sebuah negara maju.

Tidak ada salahnya kalau kerajaan membelanjakan wang yang besar dalam menyediakan kemudahan pembelajaran dan latihan kepada rakyat, serta kemudahan dalam menjaga kesihatan rakyat kerana sumber manusia yang berkualiti adalah satu-satunya jalan yang ada untuk kita mencapai negara maju.

Pendekatan PM Abdullah Ahmad Badawi dalam mengutamakan bidang pertanian adalah satu pandangan yang bijaksana walaupun pada setengah orang menganggap ianya sebagai cadangan lekeh dan ketinggalan zaman. Dari dahulu hingga sekarang makanan adalah perkara asas keperluan utama kepada manusia. Kita masih boleh hidup jika tidak ada rumah yang cantik atau tidak ada kenderaan tetapi kita tidak akan boleh hidup tanpa makanan. Manusia sanggup membunuh atau berperang kalau tidak dapat makan. Apabila bila manusia sudah ada cukup makanan barulah mereka boleh membuat perkara-perkara lain.

Dengan mengutamakan dan memberi penekanan kepada bidang pertanian, kita akan dapat mengeluarkan barang pertanian dalam jumlah yang banyak yang menjadi asas kepada makanan kita. Bila hasil pertanian dapat dikeluarkan dengan banyak, barang makanan akan dapat dijual dengan yang rendah dan murah. Dengan itu rakyat negara kita akan dapat membeli makanan dengan harga yang murah, kos untuk membeli makanan yang menjadi keperluan utama akan menjadi lebih kecil.

Secara tidak langsung kos kehidupan rakyat akan menjadi rendah dan dengan sendirinya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dengan banyaknya.

Pendekatan Pak Lah lebih berpijak di bumi nyata berbanding Dr. Mahathir yang ibarat bermegah dengan istana kayunya yang lambat laun akan runtuh dimamah anai-anai.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com