Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, October 19, 2015

Facebook 8

Berikut adalah posting yang pernah saya tulis ke akaun facebook saya:


Sebelum Pakatan Rakyat mahu menyertai BERSIH untuk demo membantah SPR kerana tidak telus dan adil dalam mengendalikan proses pilihanraya, ada baiknya mereka terlebih dahulu memperbaiki proses dan sistem dalam pemilihan barisan kepimpinan parti-parti mereka. Nanti jangan dikata kokok berderai-derai, ekor gelumang tahi.
**********************************
Merancang, merancang dan terus merancang untuk masa depan yang lebih baik. Sebijak-bijak rancangan ialah yang dapat beri pulangan kepada kita semasa kita tidak ada lagi di dunia ini.
**********************************
Sepatutnya tidak ada musuh politik, yang ada hanyalah berbeza pandangan.
Sistem demokrasi yang kita amalkan di Negara ini, memberikan kita hak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan yang berbeza, walaupun dengan Perdana Menteri sekalipun.
Oleh itu jangan ada rasa kecil hati.
**********************************
Demokrasi tidak menjamin kita menjadi baik, tetapi ia dapat meletakkan yang terbaik menjadi pilihan.
**********************************
Bagaimana agaknya gaya kehidupan anda jika anda mendapat jumlah gaji bulanan seperti yang ada sekarang tetapi harga barang masih seperti masa di tahun 1960an, kuih 5 sen sepotong dan kerang dan ikan kembung baru 40 sen sekilo?
**********************************
Di Amerika, walaupun anak-anak mereka yang berbagai warna kulit bersekolah di sekolah yang sama, menggunakan bahasa yang sama sejak beratus tahun lamanya, tetapi masih juga tidak dapat mengikis sepenuhnya amalan apartheid. Apapun, sekurang-kurangnya mereka telah berusaha menghalang amalan ini secara undang-undang dan menghalang faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada amalan diskriminasi kaum dan apartheid.

Sebaliknya kita di Malaysia, dengan secara sukarela menjemput dasar apartheid dan menyuburkannya dengan mengasingkan anak-anak kita bersekolah di sekolah mengikut kaum.
**********************************
Apa perbezaan antara ‘dengarlah nasihat doktor’ dengan ‘ikutlah nasihat doktor’?
**********************************
Memang ramai yang sedih dengan pemergian Karpal Singh, tetapi yang lebih sedih lagi ramai di kalangan kita tidak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada mayat beliau, malah ada yang baru nak sibuk bertanyakan kepada ustaz. Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia tidak ada sahabat karib dari kaum lain, sampai tak tahu macamana nak bagi penghormatan kepada mayat kawan yang berlainan agama. Peliknya slogan perpaduan kaum bukan main gah lagi dalam TV dan radio kita.
Betullah kata orang, kita buat slogan sebab perkara itu tidak wujud. Kalau perkara itu sudah jadi perkara biasa, apa kejadahnya nak buat slogan.
**********************************
Kerja dakwah ialah mengajak manusia kepada kebaikan, perlakuan mengajak dan menasihati manusia, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, memerlukan kebebasan bersuara. Hak kebebasan bersuara dan hak memberi pandangan ini telah dijamin dalam sistem demokrasi, tetapi ramai pemimpin telah mencabul hak kebebasan ini demi untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sebab itulah, tidak boleh dikatakan sistem demokrasi tanpa adanya kebebasan bersuara.
**********************************
Terbaca tulisan ini di sebuah klinik:
Anda tidak perlu berasa risau, anda hanya ada dua kemungkinan, samada sihat atau sakit.
Kalau anda sihat, anda tidak perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda sakit, anda masih ada dua kemungkinan, samada sakit anda akan sembuh atau sakit anda tambah teruk dan terus meninggal dunia.
Kalau sakit anda akan sembuh, anda tidak perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda meninggal, anda masih lagi ada dua kemungkinan, samada anda masuk syurga atau masuk neraka.
Kalau anda masuk syurga, anda tidak perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda masuk neraka, anda akan disiksa sepanjang masa sehingga tidak ada masa untuk memikirkan soal kerisauan.
Kesimpulannya, tidak perlu berasa risau.
**********************************
Tuhan telah sediakan keperluan di dunia ini cukup untuk semua manusia, yang jadi tak cukup sebab ada yang ambil lebih.
**********************************
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mendiang Karpal Singh (Harimau Politik Malaysia):
Bukan suatu yang mudah untuk melalui kehidupan sebagai seorang pembangkang di Malaysia, terutamanya sebelum tahun 1998, penuh duri dan ranjau. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar masa hidup beliau untuk memastikan proses check and balance di Negara kita terus berjalan. Beliau sangat berani dan bersemangat kental dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.
Moga lebih ramai lagi pejuang politik yang punya semangat seberani seperti Karpal Singh yang akan lahir untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.
**********************************
Tidak ada guna kita bercakap tentang Negara Islam, hukum hudud dan Malaysian Malaysia melalui saluran demokrasi, sedangkan sistem demokrasi di Negara kita ini telah tidak dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu marilah kita bermula dengan memperbaiki dan memulihkan demokrasi Negara kita ini terlebih dahulu, dan selepas itu barulah suara kita boleh didengar oleh semua orang dan kita boleh bercakap tentang apa saja tanpa sekatan.
Jangan salahkan orang ramai, jangan terlalu cepat mengatakan mereka menolak hukum hudud, bukan rakyat Malaysia menolak hukum hudud. Adakah kita telah melakukan usaha menerangkan hukum hudud secara besaran-besaran kepada rakyat Malaysia melalui media perdana?
Sepatutnya tugas PAS paling utama sekarang ialah membebaskan media perdana, selepas itu barulah boleh bercakap pasal hudud dan akan didengar oleh semua orang. Kalau tidak, hanya sekelompok orang Melayu yang mendengar ceramah PAS sahaja yang tahu pasal hukum hudud. Akhirnya hudud dijadikan modal politik pada setiap menjelang pilihanraya.

**********************************
Suasana kampung di masa dulu: kalau ada orang luar yang masuk ke kampung kita pasti kita tahu orang itu orang luar, bukan orang kampung kita. Maknanya kita boleh kenal semua orang kampung kita, dari yang tua hinggalah yang paling kecil.
**********************************
Tadi dalam kelas ada seorang pelajar beritahu saya, “Encik, saya tinggal satu Taman dengan Encik”. Itulah beza kampung dengan Taman.
**********************************
Rumah cantik, Negara indah. Rumah bersih, rakyat sihat.
**********************************
Yang menang dalam pilihanraya lepas adalah BN, rakyat kenalah beri peluang untuk parti BN mentadbir dan mengurus Negara ini dengan cara mereka, hormatilah demokrasi. Kalau BN hendak naikkan harga barang, hendak naikkan harga minyak, hendak kurangkan subsidi, hendak melaksanakan cukai GST,…… itu adalah hak mereka.
Kalau ada siapa yang tak setuju, mudah saja, jangan memberi undi kepada mereka pada pilihanraya akan datang.
**********************************
Orang awam tidak patut untuk membuat kecaman dan kritikan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kecualilah kalau beliau masuk campur dalam urusan politik dan pentadbiran Negara.
**********************************
Masa dulu, golongan yang paling pandai dalam masyarakat akan jadi guru. Tapi sekarang, kebanyakan mereka yang tidak layak untuk mengambil kursus terbaik di university, barulah memilih untuk menjadi guru. Apakah gejala ini telah memberi kesan negative kepada prestasi sekolah Negara kita?
**********************************
Allah menguji manusia di dunia ini untuk mengetahui siapa yang taat dan siapa yang derhaka kepadaNya. Kalau pun tidak diuji, Allah tahu siapa yang derhaka kerana Allah Maha Mengetahui. Tetapi manusia ini sifatnya suka membantah, nanti dia akan kata, “Kenapa Engkau masukkan aku ke neraka sedangkan aku tidak diuji terlebih dahulu”.
**********************************
Kalau di KL, sekali rumah setinggan terbakar, petanda kondominium nak naik.
**********************************
Hari-hari ‘ustaz-ustaz’ Yahudi datang ke rumah kita mengasuh anak-anak kita dengan kitab Hollywood yang berkiblatkan Amerika. Tanpa melepaskan sebutir pun peluru, Yahudi telah menjajah pemikiran kita. Bijak betul bangsa Yahudi ini.
**********************************
Anak penoreh getah jadi menteri adalah perkara biasa, tetapi anak menteri jadi penoreh getah adalah suatu yang tidak akan terjadi di Malaysia.
**********************************
semangat untuk menuntut keadilan sosio ekonomi rakyat Malaysia dan pemulihan demokrasi oleh semua pihak mesti dilakukan berterusan, kalau tidak, Negara kita tidak akan boleh pergi jauh dan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju.
**********************************
Apabila kita suruh anak-anak baca buku untuk menghadapi peperiksaan, bermakna kita mahu mereka fahami apa yang mereka baca. Jarang sekali kita kata kepada anak-anak, “pergi fahami buku”, yang selalu kita kata, “pergi baca buku”.
Bila Nabi suruh umatnya baca Quran, baginda juga maksudkan perkara yang sama.
Apakah kita telah memahami suruhan Nabi ini? Atau ada yang salah faham?
**********************************
Bukan Facebook yang telah mengubah pandangan saya terhadap kehidupan, politik dan agama, tetapi rakan-rakan Facebook saya. Oleh itu teruskan memberi pandangan dan komen, sekecil mana pun pandangan anda, ia tetap memberi banyak kebaikan kepada diri saya.
Not Facebook has reshaped my views on life, politics and religion, but my Facebook’s friends. So go ahead give your views and comments, even how small your view, it will bring much benefit to me.
**********************************
Kalau takat mesin ATM saja hilang, boleh tahan lagi, tapi bila kapalterbang hilang tanpa dapat dikesan, ni dah kira melampau. Esok lusa Negara kita pulak hilang!!!!!!
**********************************
Kalau masa nak kira berapa banyak cukai pendapatan yang kita kena bayar itu, janganlah risau sangat kalau terlebih bayar, sebaliknya risaulah kalau terkurang bayar. Kalau nak ikutkan, ada setengah orang, dia ambil gaji separuh saja setiap bulan, separuh lagi dia pulangkan kepada kerajaan. Apa sangatlah kalau kita yang terlebih bayar cukai pendapatan ini berbanding dengan orang-orang yang telah mengorbankan sedikit keselesaan dan kemewahan mereka untuk Negara.
**********************************
Perlembagaan Negara memang tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun dan tidak boleh diubah dengan sewenangnya. Tetapi sanggupkah kita terus melihat anak bangsa Negara kita hidup berkasta dan mendapat layanan secara berbeza-beza akibat adanya kepincangan dalam perlembagaan itu sendiri?
**********************************
Perlembagaan Negara memang tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun dan tidak boleh diubah dengan sewenangnya. Yang kita persoalkan apakah perlembagaan itu bersesuaian dengan nilai-nilai manusia yang bertamaddun dan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama kita?
**********************************
 Jangan sampai kita dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana tidak membuat sesuatu, padahal kita mampu untuk mengubahnya.
**********************************
Agama kita tidak pernah mengajarkan kita melakukan ketidakadilan, diskriminasi dan penzaliman.
**********************************
 Hanya Tuhan sahaja yang layak untuk menentukan hak kita. Apakah hak kita untuk menentukan hak kita sendiri?
**********************************
Pada suatu masa dulu, belajar tinggi-tinggi dan belajar pandai-pandai adalah untuk dapat kehidupan yang lebih senang atau menjadi kaya di masa depan. Sekarang konsep ini sudah tidak boleh pakai, kita kena balik asal, belajar adalah untuk mendapatkan ilmu, masyarakat yang berilmu perlu untuk sebuah Negara  membangun dan maju. Boleh ke Negara maju kalau rakyatnya tak berilmu?
**********************************
Sejak bila pula dia orang tukar nama isteri PM kita jadi Rosmewah?
**********************************
Musa Hitam kata, Dr Mahathir ada di Malaysia, bukan berada di China semasa peristiwa Memali berlaku. Bukan aku tak percaya cakap Musa Hitam, tapi kenyataannya itu tidak buatkan aku nak respek sama dia, kerana dia mendedahkannya semasa Dr Mahathir sudah tidak ada taring.
**********************************
Cucu: “Tok! nak duit tok”
Atuk: “Ada duit tukar?, atuk ada note RM50 saja”
Kalau cucu jawab “tak ada”
Atuk: “macam mana atuk nak bagi, kamu tak ada duit tukar”
Kalau cucu jawab “ada”
Atuk: “ada pun duit kamu, buat apa atuk nak kasi lagi”
**********************************
Akaun Facebook anda adalah diri anda.
**********************************
Saya kata, "Sekolah bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis."
Einstein kata, "Kecerdikan manusia ada batas, tapi kebodohan tiada sempadan."
Sahabat saya Che Man kata, "Belajar sampai ke U, bodoh sampai ke Z."
Seorang lagi sahabat, Huraira Arab kata, "Sekolah enam tingkat, bodohnya sampai 10 tingkat."
Sahabat Roziah Latip pula kata, "Sekolah habis, bodoh tak habis-habis."
Sahabat lain, Roslan Ridzuan kata, "Belajar setinggi langit, bodoh sedalam lautan."
Hebat "failsampah" kawan-kawan saya - mengalahkan Einstein!
**********************************
Banyak sistem demokrasi di dunia hari ini tidak berfungsi seperti yang diharapkan, sehingga kemenangan dalam pilihanraya bukan lagi ditentukan oleh pengundi tetapi ditentukan oleh media dan agensi pengimejan yang dikawal oleh Zionis.
**********************************
Teruskan posting pendapat dan komen anda di Facebook ini. Sekecil mana pun pandangan itu ia tetap membantu saya dalam melihat sesuatu isu. Dapat mengubah pandangan saya terhadap kehidupan, agama, kepercayaan, politik, kesihatan dan kemasyarakatan, ke arah yang lebih baik dan mematangkan diri saya. Terima kasih rakan-rakan semua.
Sekecil mana pun pendapat dan komen anda di Facebook ini, ia tetap akan dibaca dan dilihat oleh orang lain, malah mungkin dibaca oleh Menteri dan pembuat dasar.
**********************************

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...


Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
>>> Klik Di Sini <<<
'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
>>> Klik Di Sini <<<


Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
>>> Klik Di Sini <<<


Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
>>> Klik Di Sini <<<


Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
>>> Klik Di Sini <<<

PILPRES2024 said...

If you have any views on the current political situation, send them to us for publication! For more information, visit our website here https://pilpres2024wrd.wordpress.com/

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com