Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, October 06, 2015

Facebook 3

Di petik dari posting saya di Facebook:

Saya menghargai semua pandangan yang tuan-tuan berikan berkaitan dengan tanah adat ini, berbeza pandangan itu akan membawa banyak faedah dan kemajuan. Sebagai saudara seagama, saya juga bertanggungjawab untuk mengingatkan diri saya dan tuan-tuan juga, cara pembahagian dan sistem tanah adat itu adalah dibikin oleh manusia yang tidak terlepas dari berbagai kelemahan. Sedangkan Allah telah menjelaskan dengan terang cara pembahagian harta pusaka mengikut cara Dia dalam Quran yang kita kenali sebagai cara faraid.

Berhati-hatilah dalam kita menyokong tanah adat ini, jangan sampai ada terdetik dalam hati kita untuk mengatakan sistem pembahagian tanah adat lebih baik dari sistem faraid. Bimbang seolah-olah kita mengatakan manusia itu lebih bijak dari Allah, nauzubillah.

Di Kuala Pilah ramai pegawai kerajaan dan pensyarah Melayu dari luar Nismilan yang bekerja di UiTM, Matrikulasi dan lain-lain. Mereka juga berhasrat hendak membeli tanah dan rumah untuk menetap lama di sini, tetapi sayang mereka tidak boleh membeli tanah dan rumah terbiar yang terdapat di sepanjang jalan utama daerah itu. Tanah adat tidak boleh dijual kepada orang asing walaupun mereka Melayu. Kalaulah tanah adat ini boleh dijual, keadaan daerah ini tentu akan berubah wajah.
**********************************************************
 
Tanah adalah lambang Negara, tiada tanah tiadalah Negara. Rakyat Negara kita semakin ramai dan peluang untuk mereka memiliki tanah sendiri semakin susah, tentulah tidak adil kalau sebilangan kecil rakyat yang kaya memiliki tanah yang sangat luas, manakala sebilangan besar rakyat yang miskin pula tidak memiliki tanah. Apakah perlu dibuat undang-undang supaya pemilikan individu untuk tanah rumah kediaman dihadkan kepada satu ekar atau kurang dari itu untuk setiap orang? Dengan itu tidaklah nanti yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin merempat.

Untuk makluman, kalau tanah Negara ini dibahagikan sama rata, setiap orang hanya dapat suku ekar sahaja.

**********************************************************

Ada cikgu tanya aku, “Anak encik ni tak masukkan kelas tuisyen ke?”. Aku jawab, “Bapa dia dulu pun tak masuk kelas tuisyen, tapi masuk universiti juga”. Berubah muka cikgu tu. Salahkah jawapan aku tu?
**********************************************************
 
Di kawasan perkuburan Kampung Jeram, Tengkek inilah bersemadinya ulamak tersohor Negeri Sembilan, Maulana Lebai Maadah bin Layang (1895-1943).
Secara merendah diri Tunku Abdul Rahman (Yam Tuan) berkata kepada beliau:
"Di dunia kami tinggi tapi di akhirat, Lebai lebih tinggi darjatnya.."

**********************************************************

Pekan Kuala Pilah terkenal dengan harga barang-barang keperluan dan makanan yang sangat mahal berbanding kawasan lain. Melantik Ahli Parlimen Kuala Pilah (Dato Hasan Malek) menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mungkin tidak berapa kena. Beliau tidak peka dengan harga barang naik kerana sudah biasa dengan sekitaran harga barang mahal.


**********************************************************

Ada orang kata, kesalahan yang berkaitan senjata api ini tidak boleh dikaitkan dengan Polis tetapi adalah di bawah urusan Bomba sebab api memang bawah tanggungjawab Bomba. Macam-macamlah dia orang ni, asyik menteri saja nak bodohkan rakyat, sesekali mereka pulak nak bodohkan menteri hihi..
**********************************************************
 
Sempena menjelang hari raya aidil fitri ini saya mengambil peluang di sini mengucapkan selamat hari raya kepada semua, dan meminta maaf kerana bersabar dengan kata-kata saya di FB yang pada setengah orang melihatnya sangat berbisa. Sesungguhnya pada bisa ular itu pun ada yang boleh diambil manafaatnya.

**********************************************************

Bertambahnya jenayah tembak menembak di Malaysia akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Polis harus melihat semula peranannya sebagai penjaga keselamatan orang awam dan ada baiknya berhentilah dari menjadi badan politik cawangan UMNO.
**********************************************************
 
Ada anak-anak yang suka hendak membayarkan zakat fitrah untuk kedua ibubapa mereka. Zakat fitrah itu adalah ibadah sama macam solat dan puasa, biarlah mereka buat sendiri untuk mereka mendapat pahalanya. Lebih baik belikan mereka baju raya dari membayarkan zakat fitrah untuk mereka.
**********************************************************
 
Antara sebab orang ramai terpengaruh dengan ajaran sesat ialah tidak dapat melihat keindahan Islam itu bila mereka melihat kepada orang-orang agama yang bergelar ulamak dan ustaz. Cakap lain tetapi amal lain. Oleh itu mereka tercari-cari alternatif yang lain sehingga terjerumus dalam ajaran sesat.
**********************************************************
 
Cina menggunakan kedai kopi untuk berbincang hal perniagaan, mencari peluang baru dan meluaskan jaringan perniagaan. Orang Melayu menggunakan kedai kopi untuk berbual kosong dan yang bertambah hanyalah kolestrol hehe..
**********************************************************
 
Jangan termakan dengan provokasi Barat yang cuba melagakan Sunni dan Syiah. Tentangan kita kepada Basyar Asad adalah kerana beliau seorang diktator yang zalim dan kejam, bukan sebab beliau Syiah. Kalau kita kaitkan beliau dengan Syiah, ini hanya akan menambah musuh kita. Kalau hendak menang dalam peperangan, kecilkanlah musuh kita.

**********************************************************

Saya tak risau kalau orang Melayu tidak mendapat bantuan dari pihak kerajaan, yang saya risau ialah kalau orang Melayu mempunyai sikap malas, suka berhibur secara melampau, suka melepak dan derhaka kepada Tuhan. Sikap ini bukan sahaja akan memundurkan orang Melayu tetapi juga akan mendatangkan masalah kepada Negara, kerana mereka adalah kelompok yang paling ramai.
**********************************************************
 
Mungkin seorang itu berjaya menjadi pemimpin bagi sebuah parti politik atau organisasi yang homogenous atau sealiran. Tetapi kalau disuruh menjadi pemimpin sebuah Negara atau negeri yang sifatnya pelbagai aliran dan kerenah, mungkin dia akan gagal.

 
Itulah yang berlaku kepada Morsi, Ustaz Hadi, Azizan dan PM Najib. Untuk memimpin Negara atau negeri perlu bersikap negarawan. Disayangi oleh semua rakyat, bukan kelompok mereka sahaja.

**********************************************************

Tidak seperti ibadah solat, jika kaum wanita datang haid, mereka dibolehkan mengganti puasa yang tertinggal itu di bulan-bulan lain. Ini adalah antara hujah yang kuat kenapa tidak ada konsep sembahyang qhadak, kecuali kalau terlupa. Kalau sembahyang boleh qhadak, tentu wanita dibenarkan mengqhadak solatnya yang tertinggal disebabkan haid.

**********************************************************

Kelemahan kepada pemimpin parti yang berlabel Islam, termasuklah Morsi, mereka cemerlang menjadi pemimpin parti atau organisasi tetapi gagal untuk menjadi pemimpin negarawan.
 
Salah sorang contoh pemimpin negarawan di Negara kita ialah allahyarham Tun Razak, beliau memimpin Negara dalam keadaan UMNO paling lemah dan Negara baru menghadapi krisis perkauman 13 Mei. Tetapi beliau telah dapat menyatupadukan rakyat hingga kawan dan lawan sangat menghormati beliau.

Kualiti ini yang tidak ada kepada Morsi dan pemimpin parti Islam lainnya. Sepatutnya langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Morsi ialah mempersatukan rakyat Mesir. Mendekati dan berbuat baik dengan parti lawan, bukan membalas dendam dan menyingkirkan mereka.

Hasil usaha Tun Razak, parti-parti yang sebelumnya adalah penentang seperti PAS dan Gerakan, sanggup duduk di bawah BN.

**********************************************************

Kalau ikut adat perpatih, suami kena beraya di kampung isteri.
Lelaki bila mengahwini wanita Nismilan, bermakna dia telah menyomondo dengan suku sakat isterinya.

Pada zaman dulu di Nismilan tidak timbul masalah hendak balik kampung siapa semasa berhari raya. Adalah salah dan tidak kena dari segi adatnya kalau di malam raya si suami tidak balik untuk beraya di kampung isteri. Peraturan ini telah berkurun diterima sebagai norma tanpa dipersoalkan.

Tetapi setelah terdedah dengan budaya orang Melayu di luar Nismilan, pandangan mereka telah berubah. Sudah ada juga suami yang mahu balik beraya di kampung halaman ibubapanya sendiri.

Ada juga yang telah mengambil jalan tengah dengan menggilirkan balik raya antara kampung isteri dan kampung suami.

Apapun, hari raya adalah hari untuk bersuka ria, pakatlah baik-baik, kalau dah bergaduh nak balik raya, hari raya akan jadi hari bersedih pula.
**********************************************************

**********************************************************

Kalau orang yang sesat dan dia tahu dia sesat, itu adalah lebih baik dari orang sesat yang tak tahu dia sesat.
**********************************************************
 
Sepatutnya Pakatan Rakyat (PR) tidak hanya menumpukan untuk menyertai pilihanraya sahaja tetapi patut juga memastikan pilihanraya itu berjalan dengan bersih, bebas dan adil. Kalau UMNO boleh menggunakan media perdana yang dibiayai dari wang rakyat itu untuk menyampaikan message dan propaganda mereka, sejauh manakah pula usaha Pakatan Rakyat dalam menuntut hak mereka untuk diberikan peluang dan hak yang sama?
**********************************************************
 
Banyak saya perhatikan, sedih juga melihat keadaan di mana ibu tinggal seorang diri di rumah yang semakin usang di atas tanah adat di kampung-kampung. Sedangkan anak lelaki mereka bekerja di Bandar, berjawatan tinggi dan bergaji besar.

Kerana sudah biasa hidup suasana kampung, ibu-ibu ini tidak berasa selesa untuk tinggal dengan anak-anak mereka di Bandar, apatah lagi rasa kekok bila tinggal serumah dengan menantu perempuan. Bagi si ibu, tanah adat yang diwarisinya itu adalah tanah kepunyaannya dan dia mahu mati di situ.

Kepada anak lelaki pula, mereka mahu kalau ibu mereka tinggal sekali dengannya di Bandar, di rumah besar, selesa dan mempunyai kemudahan yang serba lengkap. Anak-anak lelaki ini tidak mahu membina rumah yang baru untuk ibu mereka di tanah adat kepunyaan ibu mereka di kampung atas alasan rumah itu nanti tidak akan dapat diwarisi oleh mereka atau anak-anak mereka selepas ibu mereka meninggal dunia. Kerana mengikut adat Perpatih, tanah adat diwarisi oleh anak-anak perempuan sahaja.

Inilah sebahagian dilema yang dihadapi oleh orang-orang di tanah adat. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, akhirnya anak yang mati. Perbilangan adatnya memang cantik, dalam cantik itu ada yang tak kena. Renung-renungkan.

**********************************************************

Puasa itu mengurangkan aktiviti makan. Oleh itu puasa itu tidak membawa apa-apa makna kalau perbelanjaan untuk makanan lebih besar di hari puasa berbanding hari biasa.
**********************************************************
 
Ada hadis palsu mengatakan isteri yang mengizinkan suami dia kawin lagi satu akan dapat payung emas di syurga nanti.

Mungkin pereka hadis itu tak perasan, payung tak diperlukan di syurga kerana di sana tak ada hujan… he.. he..

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com