Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, October 19, 2015

Facebook 7

Berikut adalah posting yang pernah dihantar dalam akaun facebook saya:



Pengajaran yang kita dapat dari pilihanraya kecil Kajang:
Sampai bila setiap kaum hanya mahu memikirkan survival kaum masing-masing saja. Banyak tenaga dan masa terbuang begitu saja, yang kita dapat hanyalah perasaan benci membenci, saling curiga, dan tembok perkauman yang menebal.
Adalah lebih baik semua pihak menumpukan perhatian kepada membina Negara dan membela nasib warga dan rakyat Malaysia secara keseluruhan tanpa berasaskan kaum. Ingatlah, setiap warga adalah rakyat Negara ini.
**********************************

Kalau cerita dongeng diulang-ulang selalu, orang akan mempercayainya, kalau sudah jadi kepercayaan, ia dinamakan kurafat.
**********************************

Pada Sijil Berhenti Sekolah terdapat status kelakuan murid tersebut, contoh, Kelakuan: Sangat baik. Sesuaikah diletakkan status ini pada sijil? Ada juga orang yang kelakuannya tidak baik sekarang tetapi bertukar jadi orang yang baik pada masa akan datang. Mungkin cara kita membuat sijil ini telah diwarisi dari era penjajah dulu.
**********************************

Fakta yang kita kurang perasan: Aksara rumi ada 26 huruf, untuk menulis perkataan Melayu dalam rumi, kita tidak perlu kepada aksara tambahan. Manakala aksara Arab ada 28 huruf, untuk menulis perkataan Melayu dalam aksara Arab, kita perlu aksara tambahan iaitu huruf Ca, Nya, Pa, Vi, Nga dan Ga.
Ada beberapa huruf (aksara) Arab yang bunyinya hampir sama iaitu huruf-huruf Sin, Syod, Syin dan Tha, tetapi dalam bahasa Melayu semuanya itu boleh diwakili oleh huruf ‘s’ sahaja. Telinga orang Arab lebih peka agaknya.
**********************************

Saya sangat bimbang kalau tragedi MH370 ini sengaja dirancang oleh tangan-tangan ghaib, kalau betul dirancang, kejam sungguhlah hati mereka itu kerana sanggup menggadaikan nyawa 239 orang yang tidak bersalah hanya kerana hendak memenuhi agenda mereka. Hanya Zionis sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini.
**********************************

manusia sekarang dah macam barang, dah boleh dibeli.
**********************************

Penagih dadah mengedarkan dadah mereka ikut cara perniagaan MLM juga, lagi ramai downline mereka lagi banyak untung yang mereka dapat, dan dah boleh lepas untuk bayar dadah kegunaan mereka sendiri. Oleh itu mendapatkan ahli baru sangat penting untuk survival mereka.

**********************************
Kalau pilot MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dianggap pelik kerana menyokong Pakatan Rakyat, jadi dari manakah datangnya 51% pengundi yang telah mengundi Pakatan Rakyat itu? Adakah undi itu datang dari pendatang Bangla dan Indon? Atau datang dari undi orang-orang tua di kampung-kampung dan Felda?

**********************************
Apakah dunia ini tidak lagi seronok kepada anak-anak muda kita, hingga mereka terpaksa mencari dadah untuk menjadikan dunia ini lebih seronok.
Aku dulu dapat tengok TV kat rumah jiran pun dah rasa cukup seronok dah.
**********************************

UMNO menang besar di Sabah semasa pilihanraya dengan menggunakan strategi dalang, belajar dari situ, pilihanraya kecil di Kajang juga mereka ingin menggunakan strategi yang sama.
**********************************

Nama saja Mahaguru silat, satu lanun pun tak pernah luka ditangannya.
**********************************

Apabila AS menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu ke Lautan Hindi yang kononnya atas dasar mencari dan menyelamat kapalterbang MH370 yang hilang, kita semakin hampir dapat menghidu sesuatu. Russia dan Ukraine tengah berkonfrantasi sekarang ini, keadaan di sana amat tegang. Apakah kehadiran USS Kidd ini ada niat serampang dua mata?
**********************************

Di makamah rayuan sivil, Anwar telah kalah teruk, di makamah rakyat di Kajang pada 23 Mac 2014 ini, kita akan dapat lihat siapa yang akan kalah teruk pula.
**********************************

Dongeng 1 berkaitan politik:
Hanya keturunan yang ada darah raja dan nabi sahaja yang layak menjadi pemimpin.
Dongeng ke 3 berkaitan politik:
Perjuangan Islam menggunakan saluran demokrasi tidak akan berjaya.
Dongeng ke 2 berkaitan politik:
Politik itu adalah sistem demokrasi.
Dongeng ke 4 berkaitan politik:
Pemimpin itu mestilah ulamak.
Dongeng ke 5 berkaitan politik:
Nak jadi pemimpin politik mesti pandai kelentong.
Dongeng ke 6 berkaitan politik:
Politik itu kotor.
Dongeng ke 7 berkaitan politik:
Tanda bersyukur bermakna mengundi UMNO pada setiap pilihanraya.
Dongeng ke 8 berkaitan politik:
Duit dan agensi kerajaan adalah milik UMNO.
Dongeng ke 9 berkaitan politik:
Negara akan huru hara kalau parti selain UMNO memerintah.
Dongeng ke 10 berkaitan politik:
Rakyat akan makan ubi kalau parti selain UMNO memerintah.
Dongeng ke 11 berkaitan politik:
Nasib orang Melayu akan jadi orang Melayu di Singapore kalau parti selain UMNO memerintah.

Dongeng ke 12 berkaitan politik:
DAP parti rasis, UMNO bukan parti rasis.

Dongeng ke 13 berkaitan politik:
Hanya parti UMNO yang berjasa memerdekakan Negara ini.

**********************************

Saya tidak risau Anwar dipenjara, yang saya lebih risau kalau internet dipenjara.
**********************************

Nasib baik zaman ini kita ada media baru internet yang bebas, dengan itu kerajaan jahat tidak akan senang duduk.
**********************************

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com