Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, October 06, 2015

Facebook 1

Berikut adalah antara posting yang pernah disiarkan dalam akaun Facebook social media saya:

Tidak ada posisi badan manusia dalam keadaan yang lebih hina dari kedudukan bersujud. Memang selayaknya kita lakukan posisi ini hanya untuk Tuhan, Tuhan yang Maha Tinggi dan Tuhan yang telah menciptakan kita. Sepatutnya kita dapat merasakan betapa hinanya diri kita di depan Tuhan semasa bersujud.
*******************************************************
 

Yang jadi polis, SPR, menteri dan pegawai-pegawai lainnya adalah datang dari masyarakat kita juga (kecuali pegawai keselamatan yang kebanyakannya datang dari Nepal). Kalau mereka tidak ada integrity, tidak amanah, tidak jujur, perasuah dan penipu, itu sebenarnya mencerminkan masyarakat kita yang telah rosak dan telah hilang amalan nilai-nilai murni.

Oleh itu, perlu dicari kaedah dan punca penyelesaian untuk menjadikan masyarakat kita berakhlak baik.

*******************************************************
Di Negara Jepun dan Negara maju yang lain, adalah menjadi perkara biasa menterinya meletakkan jawatan kalau berlaku kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan atau kerugian yang melibatkan agensi di bawah kementeriannya. Tetapi di Malaysia tidak ada menteri yang mempunyai sikap seperti itu. Rasa bertanggungjawab, amanah, jujur atau nilai-nilai integriti telah banyak merosot di kalangan masyarakat Malaysia.

Lihat sahajalah tindakbalas orang ramai di Negara kita bila melihat lori yang membawa beras dan duit syiling terbalik.
*******************************************************
 
Slogan 1Malaysia yang dihasratkan oleh PM Najib lain dari yang difahami oleh masyarakat Cina. Kepada masyarakat Cina, 1Malaysia bermakna mesti sama rata untuk semua warga. Inilah yang masyarakat Cina mahu, yang sudah pasti berat hendak ditunaikan oleh PM Najib.

*******************************************************
Kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan jiwa dan minda. Negara saja merdeka tetapi minda dan jiwa rakyat tidak merdeka, tak ada maknanya juga.
*******************************************************
 
Ketahuilah hak anda. Dalam sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita mempunyai hak kebebasan untuk menegur, mengkritik, menasihat dan memberi pandangan kepada urus tadbir Negara. Jangan takut kerana itu adalah hak kita.

*******************************************************
Mungkin SPR tak salah, yang salah apek yang jual dakwat kekal itu, SPR minta indelible ink, tapi apek itu kasi incredible ink.
*******************************************************
 
“Kita akan membuat siasatan dan akan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukannya”. Kata-kata yang sedap didengar oleh rakyat. Lepas itu terus senyap….. hahaaa.
*******************************************************
 
Semasa Tun Mahathir memperkenalkan polisi penswastaan di Negara kita dulu, alasan yang selalu beliau berikan, penswastaan dapat menambah kecekapan perkhidmatan.

Mungkin betul lebih cekap tetapi disamping itu bil perkhidmatan yang diberikan naik berkali ganda harganya.

Kenapa jadi lebih mahal? Mereka fikir buat keuntungan sebagai keutamaan bukan lagi perkhidmatan yang baik. Sikap membazir, kerana perniagaan berbentuk monopoli yang tidak akan rugi.

*******************************************************
 

Apabila ahli-ahli suatu masyarakat itu ramai berakhlak baik, siapa pun yang akan terpilih jadi pemimpin mereka, adalah orang yang baik juga.

Tidak mungkin orang yang terpilih menjadi ketua dalam sebuah kumpulan samseng adalah seorang yang baik.
*******************************************************
 

Sistem politik apa pun yang diguna pakai tidak akan menjamin hasil yang baik jika manusia-manusia yang berada di dalamnya tidak berakhlak. Sebab itu Islam bermula dengan pendidikan iman dan pembentukan akhlak yang murni. Perlu diingatkan, kedudukan gerakan dakwah itu sebenarnya adalah lebih penting dari gerakan politik.
*******************************************************
 
Kekuatan agama Islam pada fakta dan hujah, bukan kepada pedang dan senjata moden. Oleh kerana tidak terlawan dengan hujah, kafir musyrikin cuba memujuk Nabi Muhammad dengan wanita dan pangkat, tapi tak jalan, akhirnya mereka gunakan kekerasan dengan mengangkat senjata.

Peliknya ada yang mendakwa dirinya pejuang Islam tapi takut dengan demokrasi, sedangkan demokrasi itu memberikan tempat yang tinggi kepada gelanggang hujah.
*******************************************************
 
kalau nak berjuang melalui saluran demokrasi, selamanya tidak akan berjaya kalau amalan demokrasi yang kita berada di dalamnya macam hampeh

*******************************************************
Walaupun keris Taming Sari dapat dirampas dari Hang Jebat, tetapi Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat melainkan diberikan sebilah keris lain untuk berlawan. Sebaliknya UMNO tidak pernah memberi peluang untuk Pakatan Rakyat berkempen di TV1. Dasar pengecut.

Itulah sikap orang yang bermaruah, dia lebih rela mati di bunuh oleh lawannya daripada membunuh lawan yang tidak bersenjata.
*******************************************************
 
Adalah menjadi cabaran kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik untuk mewujudkan masyarakat ‘yang kaya membantu yang miskin’, bukan lagi berasaskan kaum. Bukan lagi Cina membantu Cina, Melayu membantu Melayu seperti yang diamalkan oleh UMNO sekarang.

Ada setengah rakan FB menyarankan supaya kita boikot Produk dan Perniagaan Cina? Dan ada yang kata orang Cina boikot perniagaan orang Melayu. Saya rasa sikap seperti ini harus dihentikan oleh kedua-dua pihak. Dan kita mulakan dengan pandangan yang baru. Selama ini telah banyak membuang masa dan tenaga hanya untuk menjatuhkan dan membenci satu sama lain. Tukarlah pula kepada untuk bekerjasama dan saling bantu membantu. Kita akan dapat faedah yang lebih banyak jika kita sama-sama bekerjasama melebarkan kek negara kita berbanding dari berebut kek yang kecil.
*******************************************************
 
Kita masih boleh terima kalau ada kumpulan yang tidak mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar As Sidiq, Umar Al Kathab, Osman Ibnu Affan dan Ali bin Abi Talib atas sebab-sebab tertentu, tetapi kalau ada kumpulan yang mengatakan Ali bin Abi Talib dan pemimpin mereka mempunyai sifat luar biasa, lebih hebat dan lebih mulia dari Nabi Muhammad s.a.w, ini memang jelaslah mengarut.
*******************************************************
 
orang Malaysia memang kuat makan gula, dalam dunia ini, di negara kita saja ada orang paling kaya kerana menjual gula.
*******************************************************
 
Sebut pasal minda, ada minda sedar, ada minda bawah sedar dan ada juga minda yang tak mahu sedar (mereka ini mengikut dengan cara membuta tuli).

*******************************************************
Anak-anak bukan sahaja digalakkan untuk tahu sejarah, tetapi yang lebih penting merangsang mereka untuk mencipta sejarah.
*******************************************************
 
Sudah sampai masanya pemimpin UMNO mendengar suara hati dan kehendak rakyat yang majoriti, bukan hanya mendengar suara ahli-ahli UMNO yang syok sendiri.

Dalam keadaan kerajaan yang tidak mendapat sokongan kuat dari rakyat seperti sekarang ini, penggunaan pendekatan kuku besi akan hanya menambah buruk lagi keadaan yang sedia ada.

*******************************************************
Setelah melihat kepada gelombang kebangkitan rakyat melalui beberapa perhimpunan selepas pilihanraya ini, mungkin SPR sudah merasakan tidak berbaloi melakukan penipuan.

*******************************************************

Ibu melahirkan kita ke alam dunia, manakala alim ulamak menunjukkan kita jalan kembali ke syurga.
*******************************************************
  Demi perpaduan antara kaum di negara ini, tidak ada kompromi, sangat penting, patut jadi agenda utama negara.
Semua ketua masyarakat dan semua ketua suku kaum di negara ini kena duduk berbincang dan berfikir bagaimana hendak membawa anak-anak kita yang berbilang kaum ini ke premis sekolah yang sama bermula dari tadika lagi. Supaya mereka dapat bertemu, bergaul dan berkawan.
Sekolah berasingan mengikut kaum telah banyak menyumbang menebalkan tembok perkauman di Negara ini.

*******************************************************
 
Penyokong (Pakatan Rakyat) PR jangan takut dengan UMNO, lebih separuh dari rakyat Negara ini bersama-sama dengan PR. PR juga disokong kuat oleh anak muda, merekalah yang akan menentukan dan memimpin Negara ini pada masa depan.
*******************************************************
 
Kebanyakan yang menyokong parti BN adalah orang-orang tua di kampung dan pendalaman. Bila BN buat program, memang sukar untuk dapat sambutan, kerana anak muda akan menjauhkan diri.
*******************************************************
 
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Memang patut mereka itu berhijrah. Tetapi kalau tak suka sebab ada unsur penipuan oleh SPR, nak kena hijrah juga ke?
*******************************************************
 
Baguslah kalau betul rakyat yang memberi mereka mandat, yang kita tak suka kalau mereka mengambil mandat dari rakyat dengan cara menipu.

*******************************************************

kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari.

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com