Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, October 06, 2015

Facebook 2

Antara posting dari akaun Facebook saya:

Orang-orang yang menyokong UMNO tidak marah dengan kenaikan harga-harga barang keperluan dan harga bil sekarang ini kerana mereka sudah maklum UMNO tidak pernah berjanji nak turunkan harga barang. Yang banyak merungut dan mengeluh hanyalah penyokong-penyokong PR saja. Kalau kerajaan UMNO tak layan rungutan mereka pun tak apa.
****************************************************************
 
Pekan Kuala Pilah terkenal dengan harga barang-barang keperluan dan makanan yang sangat mahal berbanding kawasan lain. Melantik Ahli Parlimen Kuala Pilah (Dato Hasan Malek) menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mungkin tidak berapa kena. Beliau tidak peka dengan harga barang naik kerana sudah biasa dengan sekitaran harga barang mahal.
****************************************************************
 
Saya ada masalah untuk dikongsi. Kawan saya kawin dengan orang Nismilan, dia telah membina rumah banglo berharga RM 2 juta di atas tanah adat kepunyaan isteri dia menggantikan rumah pusaka yang telah usang. Jodoh mereka tak panjang, selepas 6 tahun berkahwin mereka bercerai, mereka tidak mempunyai anak, rumah banglo yang dibina itu dikira harta sepencarian dan boleh dibahagi dua. Tapi masalahnya rumah itu tidak boleh jual kerana dibina atas tanah adat. Tetapi tidak ada masalah dengan harta bolehalih yang lain seperti kereta dan wang simpanan. Macamano nak selosaikan masalah ni?


****************************************************************

Maaf cakaplah. Aku nampak mereka yang kerja untuk kejar KPI (Key Performance Index), mereka bekerja untuk diri mereka sendiri.

Aku lebih suka mereka yang kerja untuk kejar Kerja Penuh Ihklas (KPI), mereka bekerja untuk masyarakat kerana Tuhan.
****************************************************************
 
Nelson Mandela adalah simbol pejuang besar yang telah meruntuhkan tembok pengasingan dan diskriminasi warna kulit. Dalam pada itu dunia hari ini masih lagi terdapat tembok yang memisahkan keturunan dan darjat.
****************************************************************
 
Teringat maso kocik-kocik dulu, taim nak menjolang ghayo ni oghang tuo sibuk buek kueh bolu (baulu), dalam satu tuangan kueh bolu ni ada macam-macam bontuk, ado gambar bungo, ado gambar daun, ado gambar ikan dan macam-macam lagi. Tompi yang paling sey gomar makan yang bontuk ikan. Padahal semuo ghaso eh samo yo.

Samolah macam siaran TV kek Malaysia ni, ado banyak siaran dari TV1 sampailah TV9, tompi berito eh semuo samo yo.
****************************************************************
 
Pendapatan orang-orang kampung yang bergantung kepada bahan komoditi getah dan sawit telah meningkat, mereka mampu memperoleh pendapatan melebihi RM2000. Kepada yang tinggal di Bandar, pendapatan RM2000 adalah terlalu kecil, semua hendak kena bayar, ayam kena beli, mereka juga kena bayar tol hendak balik kampung dan pergi kerja.

Oleh itu tidak hairan kalau ramai orang bandar menyokong parti politik yang mempunyai polisi dan berjanji untuk menurunkan harga barang.

****************************************************************

Tujuan asal mengambil pekerja asing di sektor-sektor tertentu adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja untuk jangka pendek. Tapi sampai sekarang masalahnya tak selesai dan mendatangkan masalah lain pula. Antara sebab masalah pekerja asing sukar dibasmi:

-Proses pengambilan pekerja asing sudah menjadi periuk nasi dan perniagaan lumayan kepada pihak-pihak tertentu.

-Pekerja asing dapat menjimatkan kos operasi kerana dapat bekalan tenaga buruh yang murah.

-Pendatang asing dapat memberi keuntungan politik, kerana parti-parti politik di Negara ini berasaskan kaum.

****************************************************************

sejarah saya yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, hingga sekarang masih simpati dengan nasib keluarga berpendapatan rendah dalam menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan. Oleh itu saya sentiasa menyokong parti politik yang mempunyai polisi dan hasrat untuk menurunkan harga barang.
****************************************************************
 
Kemenangan BN pada PRU13 yang lalu membuatkan saya rasa lega, ini menunjukkan rakyat Malaysia rata-ratanya sudah mempunyai pendapatan yang mampu untuk menghadapi kenaikan harga barang. Mereka tidak teragak-agak untuk menyokong BN walaupun BN tidak menjanjikan harga barang akan turun. Barulah saya tahu, tidak ramai lagi orang susah. Mungkin saya sudah ketinggalan.
****************************************************************
 
Saya suka kepada perbezaan pendapat dan pelbagai sudut pandang kerana ia mencerminkan kebijaksanaan yang menjadi asas kepada daya keriatif dan inovatif, yang akan menjana masyarakat maju.

****************************************************************

Walaupun pisang emas itu sudah cukup enak, tetapi Tuhan masih juga hendak mencipta berpuluh-puluh jenis pisang yang lain.
****************************************************************
 
Ali bin Abi Talib telah menjadi Khalifah selama empat tahun, sepanjang pemerintahannya tidak pernah beliau mengatakan Abu Bakar As Sidiq dan Umar Al Khatab itu tidak betul, apatah lagi untuk mencela sahabat-sahabat nabi itu. Oleh itu apa hak setengah pengikut Syiah yang taksub dengan Ali bin Abi Talib itu untuk mencela sahabat-sahabat Nabi?
****************************************************************
 
Kepada kita, krisis di Mesir bukan soal Morsi dan tentera, tapi soal Islam dan Israel. Sesungguhnya umat Islam itu ibarat anggota dalam satu tubuh badan.
****************************************************************
 
KUALA LUMPUR 8 Julai - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

Jangan asyik menuding jari kepada rakyat saja, raja-raja pun harus patuh kepada perlembagaan, sesuai dengan sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.

****************************************************************


Bermulanya puasa bukan kerana nampaknya anak bulan tetapi kerana adanya anak bulan. Hehe jangan keliru. Dengan kemajuan ilmu falak, telah dapat memastikan kewujudan anak bulan walaupun sukar dilihat dengan teropong.
****************************************************************
 
Pada asasnya cara solat mazhab yang empat adalah mengikut cara Nabi,

Sejak zaman Nabi Muhamad s.a.w mengimamkan solat di masjidil haram dan masjid nabawi, penduduk yang berjemaah di situ terus menerus dan turun menurun mewarisi cara-cara Nabi menunaikan solat hinggalah ke hari ini. Itulah antara hikmahnya kenapa kita diwajibkan pergi menunaikan haji, supaya dapat memastikan cara solat kita betul-betul sama dengan cara Nabi.
****************************************************************
 
Tidak dinafikan pemikiran manusia di dunia hari ini secara halus telah dikuasai oleh Yahudi, mereka sangat bijak, mereka tidak guna senjata tapi guna otak.

****************************************************************

Janganlah kita terlalu gusar dengan ujian yang menimpa Presiden Morsi. Beliau telah terpilih menjadi presiden melalui proses pilihanraya yang bersih, bebas dan adil. Bukan melalui pilihanraya yang kotor dan menipu. Sudah tentu majoriti rakyat berada di belakang beliau dan yang lebih penting Allah menyebelahi beliau.
****************************************************************
 
Dalam sistem demokrasi, tentera tidak sepatutnya lebih berkuasa dari rakyat.

****************************************************************

Buat pertama kali dalam sejarah Negara di mana perlantikan pengerusi Tabung Haji dipertikai. Kenapa? Tanya sama pokok.
****************************************************************
 
Atuk sey pernah cakap, kalau nak cari isteri biarlah buruk di mato kito asal jangan hati eh buruk. Macamano jang? Ondak ko yang macam tu?
****************************************************************
 
masa Nabi Muhammad mengajar Islam, tidak pula baginda berkata hari ini kita belajar tauhid, besok kita belajar fekah... apa pendapat ustaz Syamsul Firdaus gak eh.

****************************************************************

Idea geliga AJK masjid agaknya, ada masjid yang tidak membenarkan lagi jemaah bawa air dari rumah untuk dibacakan Yasin di malam Jumaat, sebaliknya pihak masjid telah meletakkan berkotak-kotak air mineral semasa Yasin dibaca dan kemudian dijual kepada jemaah. Ada-ada saja cara nak buat duit hehe.
****************************************************************
 
Munasabahkah kalau program Qiamulai guna pembesar suara pada pukul 3 pagi?

****************************************************************

Semasa hypermarket mula-mula diperkenalkan di Negara kita dulu, harga barang yang dijual di sana lebih murah berbanding kedai-kedai runcit biasa. Tetapi sekarang saya perhatikan terdapat harga barang di kedai runcit lebih murah dari di hypermarket. Kenapa agaknya jadi begini?
****************************************************************
 
Setiap kali sembahyang kita mohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus (surah Al Fatihah), oleh itu tidaklah wajar kalau kita mendakwa cara kita saja yang paling betul Islamnya. Betul atau tidak, Allah saja yang berhak menentukannya.

****************************************************************

Berpenat-penatlah di dunia ini untuk berehat panjang di akhirat nanti.
****************************************************************
 
Ada orang kata bulan Ramadhan umpama pusat latihan atau kem latihan atau sekolah atau madrasah. Oleh itu cabaran sebenarnya adalah selepas habis sekolah.
****************************************************************
 
Kalau di England, penipuan dakwat kekal seperti yang dilakukan oleh SPR itu sudah cukup untuk menyebabkan parti pemerintah ditolak oleh rakyatnya pada pilihanraya akan datang. Tetapi rakyat di Negara kita tidak sensitif, mereka anggap membeli dakwat itu adalah dari duit kerajaan, bukan duit mereka.

****************************************************************

Tidak tepat kalau kita jadikan ibadah solat, puasa, zakat dan haji itu sebagai matlamat hidup. Matlamat hidup kita yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

 
Samalah seperti tentera yang menjadikan latihan kawad dan latihan perang sebagai matlamat. Padahal matlamat sebenar tentera ialah untuk mempertahankan Negara dari musuh.

****************************************************************

Untuk membentuk nilai-nilai akhlak yang murni seperti sabar, jujur dan amanah, tidak cukup dengan slogan, ceramah dan khutbah sahaja. Tetapi Allah juga memasukkan elemen latihan, seperti kem puasa di bulan Ramadhan setiap tahun.

****************************************************************

Walaupun soalannya semudah adakah anda telah habis mengganti puasa anda dan bilakah anda mengganti puasa anda? Kepada ahli psikologi ia telah dapat cukup maklumat untuk menilai sikap dan tabiat anda.
****************************************************************
 
Ada orang kata Tengku Razaleigh (Ku Li) adalah orang yang terbaik untuk menjadi pemimpin yang dapat menyelesaikan kemelut politik Negara yang tidak menentu sekarang ini.

Sebenarnya kita mahu mencari seorang pemimpin seperti B. J. Habibie untuk Malaysia.
****************************************************************
 

Kalau di majlis yang ada orang Cina dan Melayu hadir, orang Cina tidak akan cakap untuk memburukkan-burukan Melayu dan orang Melayu tidak akan cakap untuk memburukkan orang Cina. Perkara memburukkan kaum lain ini hanya mudah berlaku jika mereka berkumpul dalam kelompok mereka dan tidak ada pergaulan antara kaum.

****************************************************************

Di Malaysia setiap kaum berasa selesa hidup dalam kelompok kaum masing-masing dan bersekolah mengikut kaum masing-masing. Tidak hairanlah kalau sikap ultra kiasu sangat mudah dipupuk dan subur bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina tetapi juga dalam masyarakat Melayu.

****************************************************************
 
Hello,my name is miss Rose i saw your profile at this facebook and became interested to know you more i want you to contact me with this my email address so that i can give you my photo and tell you more about myself
Here is my email address you will contact me (rosedesmond23real @ yahoo.com)or if you can give me your email address so that i can contact you directly to your email address
Thanks
Miss Rose

Selalu amek sey dapek message macam ni, namo eh jo yang bertukar-tukar, tompi tak maun ngocik an hati sey jawap yo:
“Acik ni dah tuo, dah tu tak kayo, ekau carik yo la oghang lain yang lobih mudo, yang kayo.”

Kok faham-faham lah deh. Gak eh faham lah deh tu, sobab lopeh tu tak ado dibaleh-baleh laie do.

****************************************************************

Umum mengetahui, kaum Melayu dan kaum Cina di Negara kita mementingkan survival kaum masing-masing. Mereka dipupuk dari kecil dengan sikap kaum lain itu adalah ‘musuh’ dan saingan mereka yang mesti dikalahkan. Inilah sikap ultra kiasu yang dipupuk dari sejak kecil. Sikap ini mudah meresap kerana mereka bersekolah berasingan, menjalani kehidupan mengikut kelompok kaum mereka, menyebabkan mereka tiada peluang bergaul, berkawan dan mengenal hati budi kaum yang lain.

Tidak hairanlah kalau kita dengar rakan-rakan Melayu di syarikat yang didominan masyarakat Cina mereka didiskriminasi dengan teruk sekali, begitulah sebaliknya pula kalau dalam jabatan kerajaan dan pengagihan tender kerajaan.

Semua fenomena ini adalah lahir dari sikap perkauman yang tebal. Ini adalah sikap yang tidak baik dan memalukan, kerana kita semua adalah warga Negara Malaysia dan tinggal dalam Negara yang sama. Bertindaklah sekarang untuk membetulkannya, walaupun sudah terlewat 56 tahun.

Sikap Cina mesti membantu Cina, dan Melayu mesti membantu Melayu perlulah dikikis pada generasi baru.

****************************************************************

Saya dengar berita kat TV tadi memaklumkan Proton telah menurunkan harga kereta model barunya sebanyak 12%.

Mungkin saya kurang faham, tetapi timbul juga tandatanya, kalau dah model baru, tentu belum ada harga lagi dan belum dijual dipasaran lagi. Macam mana boleh turun 12% sedangkan kereta tu model baru, belum ada dipasaran lagi.
****************************************************************
 
Pantang larang orang dulu-dulu, lelaki yg makan beralih tempat akan kahwin ramai???? Betul ke?

-
Itu tak betul... Yang betulnya, lelaki kahwin ramai yg akan makan tak sama tempat.
****************************************************************
 
Nak takutkan orang dari buat salah dengan mengenakan hukuman, denda dan saman sangat mudah. Yang susahnya macamana nak buatkan orang rasa bersalah bila dia buat kesalahan.

Buang sampah ikut suka tanpa ada rasa bersalah.
Tipu orang ramai tanpa ada rasa bersalah.
Ambil hak orang tanpa ada rasa bersalah.
Curi tulang tanpa ada rasa bersalah.
Seludup barang terlarang tanpa ada rasa bersalah.
Mengelak bayar cukai tanpa ada rasa bersalah.
Guna harta awam untuk faedah diri sendiri tanpa ada rasa bersalah.

****************************************************************

Saudara Dr. Ridhuan Tee sering mengingatkan kita tentang bahaya kumpulan ultra kiasu yang selalu beliau kaitkan dengan parti DAP. Perlukah kita terus selamanya membenci antara kaum, sedangkan kita tinggal dalam Negara yang sama? Tidak perlulah kita menjerit-jerit dan terus menghasut. Apakah dengan menjerit berlagak seperti hero, masalah ini akan selesai?

Mesti ada sebab bagaimana kumpulan kiasu ini boleh wujud. Ia tidak terjadi dengan sendirinya, saya percaya beliau sendiri tahu macamana ultra kiasu itu telah dipupuk di sekolah secara senyap-senyap. Bukankah lebih baik kalau bermula hari ini kita bina genarasi baru yang bebas dari ultra kiasu. Semuanya itu terpulang kepada kita semua rakyat Malaysia, tepuk dada tanya selera.
****************************************************************
 
Bukan salah ibu mengandung. Apa yang kita semai, itulah yang kita akan tuai.
****************************************************************
 
Ironicnya PM Najib sendiri amat berbangga hanya di Malaysia sahaja ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Kalau dia dah bangga, takkan kita pula tak bangga.

****************************************************************

Lakukanlah kebaikan (amal soleh) untuk mengharapkan pujian dari Allah dan penduduk langit. Bukan mengharapkan pujian penduduk bumi.

Kalau anda mengharapkan pujian penduduk bumi, semuanya tidak akan jadi bermakna lagi sebaik saja anda meninggalkan bumi ini.
****************************************************************
 
Tentangan kita kepada regim Bashar Al Asad Syria adalah sama seperti kita menentang regim Hosni Mubarak dan Muammar Gadafi. Kita menentang mereka kerana mereka adalah dictator dan autokratik, bertindak keras kepada rakyat dan mencabul demokrasi. Ini bukan soal Syiah atau Sunni, pemimpin mana pun yang berlaku zalim harus ditentang samada mereka Sunni mahupun Syiah.
****************************************************************
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak menolak kemungkinan akan mengharamkan penggunakan media social seperti Facebook.

Kerajaan yang bermasalah sahaja yang takut dengan Facebook. Barack Obama tak risau pun dengan Facebook.

****************************************************************
Dalam Islam, untuk menjadikan seorang manusia itu berakhlak baik, tidak cukup dengan memberikan mereka ceramah dan khutbah, tetapi perlu juga dilatih. Ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, korban dan haji itu adalah latihan-latihan dalam membentuk akhlak dan peribadi yang baik.

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com