Banyak
permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini yang berkaitan dengan agamanya,
politiknya, ekonominya adalah kerana telah menutup pintu kepada perkembangan
ilmu pengetahuan dan perbahasan intelektual di masa-masa lalu.
**************************************
Semua
orang boleh belajar apa saja ilmu, termasuklah ilmu kedoktoran dan
kejuruteraan, tetapi untuk melayakkan mereka jadi doktor dan jurutera, kenalah
lulus peperiksaan.
**************************************
Bukan kito nak
memandai-mandai, kalau nampak kurang boto dan kurang sesuai dengan agamo, apa
salah ea ditogo.
Dipetik dari lirik lagu Gadis
Jolobu, “nak melobihkan perompuan sobab lelaki buleh idup kalau dicampak dalam
utan”.
Bimbang tanpo kito sodar lirik
lagu ini seperti mengatakan pembahagian harta cara adat ini lobeh baik dari
pembahagian cara faraid yang mana orang lelaki dapek lobeh. Seolah-olah seperti
mengatakan Tuhan yang mencipta hukum faraid ini kurang pandai. Nauzubillah, wallahulam.
**************************************
Depan orang ramai cakap
berdegar-degar memperjuangkan Melayu, memperjuangkan Islam, memperjuangkan
Negara. Tapi disebalik itu duit juga yang jadi matlamat, amat meloyakan.
**************************************
Mana yang patut dulu dilakukan
oleh pemimpin, buat rumah mampu milik supaya rakyat mampu beli rumah atau
naikkan pendapatan rakyat supaya mereka mampu beli rumah?
**************************************
Ramai yang nak bertanding di
Kajang, ada yang kata menang di Kajang terus boleh dapat Putrajaya. Macam
lompat kijang la pulak.
**************************************
Saya nampak banyak sticker
kalimah syahadah ditampal pada kereta dan bas, tetapi saya rasa tak begitu
selesa bila kalimah ini dipaparkan bersama dengan gambar sebilah pedang. Adalah
lebih baik kalau digantikan dengan gambar Quran, melambangkan kebenaran Islam
itu ditegakkan bersandarkan hujah, bukan pedang. Dan Quran adalah sumber ilmu
pengetahuan yang benar.
**************************************
“Nama saya dalam jadual ini
telah ditulis silap, patutnya ada Dr. bukan Mr.”, katanya kepada juruteknik di
makmal. Macam-macam gelagat manusia ini.
**************************************
Di Negara Eropah, pengguna kenderaan bermotor
sangat menghormati para pejalan kaki, sentiasa bersedia memberi laluan kepada
pejalan kaki yang mahu melintas. Tidak hairanlah kalau di sana orang suka berjalan
kaki dan menggunakan pengangkutan awam.
**************************************
Akhirnya secara sukarela Taib
Mahmud meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak, dan tidak ada pula rakyat
Sarawak yang menahan beliau dari meletak jawatan. Moga penggantinya dapat
membawa kesejahteraan kepada rakyat Sarawak yang sangat memerlukan jalinan
jalanraya yang baik yang dapat menghubungkan kawasan pendalaman dengan
Bandar-bandar utama di negeri itu.
**************************************
Apabila kerajaan di bawah pimpinan
PAS kalah di Kedah, persepsi aku terhadap PAS: PAS memang tak boleh harap.
**************************************
Semua orang yang berumur bawah
50 tahun sekarang ini sudah biasa dengan internet dan aktif dengan media
sosial. Sepuluh tahun akan datang hampir tidak ada lagi warga emas yang buta
internet. Ketika itu sudah pasti media sosial sangat berpengaruh berbanding
media perdana. Suasana politik akan berubah, sebuah pilihanraya bersih, bebas
dan adil pasti akan jadi kenyataan tanpa dapat dihalang lagi.
**************************************
Menuntut ilmu diberi keutamaan
yang sangat tinggi dalam Islam. Sasaran belajar bukanlah setakat untuk mendapat
grade A+ sahaja tetapi adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin.
**************************************
Pemimpin dulu sayangkan
rakyat, siang malam pikir macamana nak bantu rakyat. Pemimpin sekarang siang
malam pikir macamana cara nak ambil duit dari rakyat bagi kat kroni.
**************************************
Setiap murid lepasan SPM kena
beli nombor PIN UPU, satu nombor RM10, kalau ada 500,000 murid dah dapat RM5
juta. Bagus punya idea.
**************************************
Bila kita dengar ulasan
menteri Malaysia tentang sesuatu isu, kita kena tengok betul-betul dulu, dia
cakap masa nak pilihanraya atau selepas pilihanraya.
**************************************
Pensyarah-pensyarah di
universiti disuruh mengeluarkan graduan yang sehebat P. Ramlee. Tetapi mereka
tak sedarkah, P. Ramlee tak pernah pun masuk universiti… keh keh keh.
**************************************
Masyarakat Islam Thai patut
mengambil pendekatan masyarakat minority Cina di Malaysia, mereka mengiktiraf
politik perdana, mereka menggunakan saluran politik perdana dalam
memperjuangkan hak masyarakat mereka. UMNO dan PAS berlumba-lumba untuk
mendapatkan sokongan masyarakat Cina dalam mendapatkan kuasa politik.
Masyarakat Islam Thai patut belajar dari masyarakat minority Cina di Malaysia,
apatah lagi amalan demokrasi Thai jauh lebih baik berbanding Malaysia.
**************************************
Bila kita menceritakan suatu
peristiwa yang berlaku terhadap seseorang, kita akan kata, orang Cina itu atau
orang India itu. Tetapi kalau peristiwa itu melibatkan orang Melayu, tidak pula
kita kata orang Melayu itu, sebaliknya kita kata budak itu atau orang tua itu
atau pakcik itu atau makcik itu. Kenapa sampai boleh jadi macam ini?
**************************************
Asal tujuannya sukan untuk
kesihatan dan pembentukan sahsiah diri yang baik. Kini sukan sudah jadi
hiburan, keseronokan, populariti dan telah beralih menjadi bahan komoditi yang
menjadi sumber keuntungan dan kekayaan. Ramai orang kaya telah masuk melabur
dalam industri sukan, termasuklah orang-orang yang berpengaruh. Ada baik dan
ada buruknya. Jangan sampai kekayaan Negara disalahguna untuk memuaskan nafsu
haloba mereka. Beringatlah sebelum kena. Akhirnya nanti kita pula yang jadi
bola, disepak dan diterajang.
**************************************
Kalau rakyat Malaysia yang
dari hari lahir sampai sekarang duduk di rumah sewa, bolehkah dia kata Negara
ini Negara dia? Sebab dia tak ada tanah dan rumah sendiri. Dan tidak dikatakan
Negara kalau tak ada tanah.
**************************************
Kalau nak kenal Datuk Kangkung,
Professor Kangkung dan Ulamak Kangkung, pemergian mereka tidak menjadi
kehilangan kepada masyarakat.
**************************************
Hanya tiga kemungkinan kalau
pemimpin diiringi terlalu ramai pegawai keselamatan. Pertama untuk mempamirkan
kehebatan kuasanya, kedua takut mati dan ketiga pengampuan dari pasukan
keselamatan itu sendiri.
**************************************
Kalau zaman Nabi dulu, suami
pergi bekerja dan isteri duduk rumah. Tidak ada masalah untuk mengamalkan
prinsip suami berkewajipan menanggung nafkah keluarganya yang telah menjadi
ketetapan dalam agama Islam. Tetapi zaman sekarang, ramai suami isteri dua-duanya
bekerja, ada para isteri yang memahami hukum ini secara lahiriah atau rigid,
maka banyaklah berlaku salah faham dan ada kalanya menjejaskan kerukunan rumah
tangga. Rasanya perlu kepada pentafsiran yang baru kepada hukum ini oleh
ulamak-ulamak kita, sesuai dengan perubahan zaman.
**************************************
Tersebut kisah di Negara Pasir
Bedengung, kos sebenar untuk membina sebuah jambatan RM1 juta, Bendahara Negara
itu telah bagi projek membina jambatan itu kepada seorang taukey Cina. Pada
hari yang sesuai, Bendahara mengumumkan kepada rakyat jelata untuk membina
sebuah jambatan untuk kemudahan rakyat yang berharga RM3 juta, rakyat bertepok
tangan mendengar pengumuman memanda Bendahara itu.
Di belakang tabir pula,
Bendahara mengarahkan taukey Cina yang mendapat untung RM2 juta dari hasil membina
jambatan itu, menyerahkan RM1 juta dari keuntungan itu kepadanya sebagai
saguhati.
Untuk membayar sebahagian dari
belanja membina jambatan itu, rakyat yang melalui jambatan ini telah dikenakan
bayaran tol. Alasannya ia akan dapat mengurangkan beban kerajaan dan lebih
banyak lagi kemudahan untuk rakyat dapat disediakan.
Kesimpulan dan natijahnya:
Rakyat terpaksa membayar harga
tol lebih tinggi dari sepatutnya kerana belanja sebenar untuk membina jambatan
itu mungkin kurang dari RM2 juta tetapi telah menjadi RM3 juta akibat dari
sikap Bendahara yang mementingkan kekayaan diri dan keluarga.
**************************************
PERKAHWINAN DALAM ADAT
PERPATIH
Adat menggariskan tata-atur,
susun lapis yang begitu murni dalam nikah kahwin atau istilah adat disebut Somondo
Monyomondo
Nan perempuan disomondo dek
oghang
Nan lelaki monyomondo ko
oghang
Kundo monyala ko labu
Labu monyala ko kundo
Sirih Bojunjung
Ayam boghinduk
Sigai moncaghi onau
Onau totap
Sigai boghanjak
Sejauh mano pun batang kangkung
menjalar ke bukit
Akar kangkung totap di lombah.
**************************************
Rumah yang pernah
digunakan dalam
penggambaran filem Melayu “Tunang Pak Dukun” yang terletak di Kampung
Juaseh Tengah, Negeri Sembilan ini sudah tinggal terbiar. Inilah masalah
utama yang
dihadapi oleh sistem Tanah Adat Perpatih. Tanah tidak boleh dijual
kepada orang
lain dan hanya boleh diturunkan kepada suku waris sahaja. Tanah-tanah
terbiar
dengan rumah tinggal tanpa penghuni merupakan pemandangan biasa di
kampung-kampung tradisional. Sistem adat tidak lagi berdaya menghadapi
tekanan
perubahan sosio ekonomi masyarakat.
**************************************
Di Amerika, rakyatnya sentiasa mengenang
jasa pemimpin-pemimpin agung mereka seperti George Washington dan Abraham
Lincoln. Tetapi tidak pernah pula mereka mengenang jasa parti-parti politik
yang didokong oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Hanya di Malaysia saja kita tak
pernah habis-habis disuruh mengenang jasa UMNO.
**************************************
Hati yang benci perkara mungkar
yang berlaku depan mata itu adalah tanda selemah-lemah iman selepas tidak mampu
menegur dengan kata/tulisan dan menahan dengan tangan/kuasa. Sistem politik
Negara kita memberi peluang kepada kita untuk menurunkan atau menggantikan
pemimpin yang lebih banyak membawa mungkar dan mudarat daripada manafaat dengan
menggunakan kuasa undi kita. Di manakah tahap keimanan anda?
**************************************
Sultan ini mendakwa mempunyai
harta ghaib yang begitu banyak yang akan dikembalikan semula kepada kerajaan
Melaka.
Sebaliknya ramai pembesar
sekarang pandai menghaibkan harta Negara.
**************************************
Prof. Kangkung kenalah buat
kajian kenapa kangkung boleh turun harga sedangkan barang lain tidak turun.
PM Najib kata sayur kangkung dah
turun harga. Professor kangkung ada makan kangkung ka?
**************************************
“Pada pukul 11.00 malam pula,
kita akan bergelak ketawa dengan telatah-telatah lucu Lucy yang mencuit hati
dalam siri komedi Lucy…..”. Inilah kata-kata yang masih aku ingat dari
penyampai Intisari Rancangan RTM1, Taufik Latiff, pada tahun 70 an dulu sambil
senyum melerit.
Kepada pakcik dan makcik kat
kampung yang sedang menonton ketika itu, senyumnya itu semacam perli saja. Masa
tu TV belum ada sarikata.
**************************************
Orang yang menyedari baki umurnya
semakin singkat, tentu setiap hari akan bertanya apakah kebaikan yang akan
dibuatnya untuk hari itu.
**************************************
Apakah di sekolah pondok hari ini
sudah tak sama macam sekolah pondok dulu-dulu? Kerana hari ini ramai yang kita
nampak di kalangan agamawan sudah bertukar menjadi agamawang.
**************************************
Sukar untuk kita bayangkan
bagaimana gementarnya Nabi Musa hendak berdepan dan memberi nasihat kepada
Firaun yang terkenal angkuhnya itu. Tiada siapa dapat menandingi kehebatan Nabi
Musa ini dan peristiwa ini sentiasa diingati dalam sejarah manusia.
Apa sangatlah hebatnya kalau ada
ulamak atau mufti yang gementar hendak menasihati dan menegur perbuatan PM
Najib dan Sultan dalam hal pembaziran RM15 juta untuk bakar bunga api,
sebaliknya hanya tahu membodek saja. Sedangkan PM Najib dan Sultan itu jauh
lebih baik dari Firaun.
**************************************
Oghang Nismilan dan oghang Pilah
banyak yang dah jadi oghang-oghang bosar kek tompek oghang. Jadi ketuo jabatan,
jadi ketuo syarikat, ketuo organisasi, oghang ponting dalam badan-badan
kerajaan, jadi pakar dalam berbagai bidang, jadi naib canselor dan rector
university. Mereko dah menyumbang dalam memajukan dan membangunkan tompek
oghang, tetapi kesian tompek seniri terus mundur dan di kampung-kampung tingga
ghumah usang yang nak ghahai. Pokan pun ado yang jadi pokan hantu. Macam ado
sesuatu yang tak kono.
**************************************
Tahun baru akan muncul juga
walupun kita tak sambut.
**************************************
Polis akan dilihat berada di
pihak yang betul kalau bertindak keras kepada perhimpunan untuk menggulingkan
kerajaan berbanding kalau bertindak kepada perhimpunan membantah kenaikan harga
barang dan tariff.
Memang patut sangat kalau rakyat
berhimpun sebagai membantah kenaikan harga barang, petrol, tol dan tariff. Oleh
itu tidak ada alasan kuat untuk PM Najib menghalang perhimpunan itu.
Tetapi bagi menguatkan alasan
untuk mengharamkan perhimpunan itu maka ditukarlah nama perhimpunan itu kepada
perhimpunan menggulingkan kerajaan. Yang peliknya bukan mereka yang mengadakan
perhimpunan itu yang memberikan nama sedemikian.
Kalau takut diguling, lebih baik
main bantal guling je kat rumah.
**************************************
Minggu depan Johor bermulalah
cuti mingguannya pada hari Sabtu dan Ahad. Senanglah umat Islam di Johor hendak
pergi sembahyang Jumaat pada hari Jumaat. Manakala menjadi susahlah penganut
Kristian hendak pergi gereja mereka pada hari Ahad kerana hari Ahad sudah jadi
hari bekerja.
Nampaknya kita sudah menang
mengalahkan agama Kristian, dengan itu agama Islam telah didaulatkan di Johor.
Betulkah begitu? Atau ego saja yang bertambah?
**************************************
Apabila orang beriman, membaca
Quran secara berulang-ulang dengan faham maknanya, mereka akan mendapat
petunjuk ke arah jalan yang lurus. Tidak akan ada kebimbangan terhadap
kepelbagaian mazhab dan pendapat
guru-guru agama, semuanya akan dapat dipertimbangkan dengan petunjuk Ilahi.
**************************************
Kenaikan harga barang benar-benar
memberi kesan kepada pekerja yang tidak mengambil rasuah kerana mereka terpaksa
membayar dengan duit gaji mereka sendiri untuk menampung segala kenaikan harga
barang dan tariff.
**************************************
Perbezaan cara kerja orang pandai
dengan orang bangang:
Orang pandai, buat kajian di makmal
dulu, kemudian baru buat keputusan.
Orang bangang, buat keputusan
dulu, kemudian baru buat kajian di makmal.
**************************************
Cukai pintu rumah aku naik mulai
tahun depan. Alasannya, dia kata nilai rumah aku dah bertambah sebanyak
RM162,000.00, maknanya rumah aku double storey ini dah bernilai RM367,000.00.
Kalau betul nilai itu, marilah beli rumah aku ini dengan harga yang engkau
nilai itu, esok juga aku jual kalau engkau nak beli.
**************************************
Apalah maknanya mendabik dada
mengaku mengamalkan sistem demokrasi kalau takut dan tidak suka dikritik. Lebih
baik berambus saja ke Negara kominis atau join Taliban and the gang.
**************************************
Teringat masa Tun Razak jadi PM, beliau
sentiasa memikir untuk mengurangkan beban rakyat. Bila Negara menghadapi
inflasi, beliau gerakkan program Bumi Hijau bagi mengatasinya. Tetapi pemimpin
sekarang, rakyat yang kena sembelih dahulu.
**************************************
Mungkin sebab hanya 47% rakyat
sahaja yang mengundi UMNO, oleh itu mereka rasa tak berbaloi nak buat baik
sangat dengan rakyat.
**************************************
Si perempuan itu bukan cinta
sangat pada lelaki tersebut, dia menerima lamaran lelaki itu semata-mata hanya
ingin menikmati kekayaan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu sahaja. Si
lelaki itu pula bukanlah juga cinta sangat pada si perempuan itu tetapi
hanyalah ingin menikmati kecantikan dan keayuan wanita itu untuk melayan dan
memuaskan nafsunya saja. Sesuai sangatlah mereka itu ditemukan.
**************************************
Samada Syiah itu bahaya atau
tidak bergantung kepada sejauh mana ia dapat memberi ancaman kepada UMNO.
**************************************
Kerana rakyat gaji kecik, apakah
amalan jimat cermat hanya sesuai untuk rakyat sahaja?
**************************************
Dalam masa dua tahun aku pergi
luar negeri hanya sekali tetapi kena bayar RM100 untuk buat passport ini. Sama
juga dengan orang yang pergi luar negeri 24 kali dalam masa dua tahun. Sungguh
tidak adil, kerajaan patut buat mekanisma lain yang lebih adil.
No comments:
Post a Comment