Walaupun Tuhan mengingatkan kita
dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan belaka, tetapi kita masih juga
menganggap kehidupan dunia ini sangat penting untuk kita.
***************************************************************
Apabila Tun Razak ditanya kenapa
masih menyalurkan peruntukan kepada kerajaan Negeri Kelantan walaupun negeri
itu di bawah pimpinan PAS. Tun jawab, adalah baik memberi peruntukan kepada
kerajaan Kelantan kerana sudah pasti semua faedahnya akan dinikmati oleh orang
Melayu, kerana hampir semua penduduk Kelantan adalah orang Melayu.
Tidak hairanlah kalau beliau akan
terus diingati oleh orang Melayu, bukan sebab beliau UMNO.
***************************************************************
Munasabah juga kalau kita membeli
kapalterbang dan mesin-mesin yang canggih dari luar Negara kerana kita masih
belum ada kemampuan untuk membuatnya.
Tetapi agak keterlaluan kalau kita
menggunakan syarikat luar Negara hanya untuk menggorengkan ayam dan menyediakan
minuman untuk orang kita, dan mereka membuat keuntungan berjuta-juta dolar dari
perkhidmatan itu.
***************************************************************
Semasa DS Najib menjadi Menteri
Pertahanan, beliau naikkan gaji tentera. Semasa beliau jadi Menteri Pelajaran
beliau naikkan gaji guru. DS Najib suka jadi popular cara dengan menaikkan
gaji, siapa yang tidak suka kalau gaji naik. Menaikkan gaji untuk kelompok yang
kecil dari anggota masyarakat tidaklah memberi kesan yang ketara kepada
kenaikan harga barang atau inflasi.
Peniaga-peniaga mungkin rasa
keberatan untuk menaikkan harga barang jualan mereka kalau hanya kelompok
tentera sahaja yang naik gaji. Manakala pihak tentera yang menerima kenaikan
gaji itu pula berasa gembira kerana mereka mempunyai kuasa beli yang lebih,
sedangkan harga barang tidak meningkat.
Tetapi apabila DS Najib memberi
wang tunai kepada rakyat di bawah sekim BR1M, lebih 60% dari isi rumah di Negara
ini layak menerima bantuan tersebut. Apabila rakyat mendapat wang tunai, mereka
akan lebih banyak membeli menyebabkan harga barang meningkat.
***************************************************************
Surah Thoha (20) Ayat 55
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan
ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan
mengeluarkan kamu sekali lagi”.
Quran: Surah Thoha (20) Ayat 55. Apakah
ada kemungkinan bumi ini akan berakhir pada tahun 2055? Wallahualam.
***************************************************************
Tengok tanda
harga ikan kat pasar, penjual ikan ni naikkan harga ikan bukan dari RM16.00
sekilo kepada RM16.20 sekilo atau RM16.50 sekilo atau RM16.70 sekilo, tetapi
dari RM16.00 sekilo kepada RM17.00 sekilo atau RM18.00 sekilo atau RM19.00
sekilo. Langsung tak nampak harga sekilo dalam unit sen.
Saya
peratikan budak-budak sekarang kalau ternampak duit 5 sen atas jalan, mereka
tak minat nak ambil. Teringat masa saya kecik-kecik dulu, kalau jumpa duit satu
sen atas jalan, memang tak minat nak pungut.
***************************************************************
Tanda
Putra, saya belum tengok lagi filem ini. Soalan yang perlu difikirkan oleh
producer nya, Kalau orang Melayu dengan kawannya berbangsa Cina pergi sama
menonton filem ini, Apakah perasaan mereka bila keluar dari panggung, adakah
hubungan mereka bertambah erat atau menambah prasangka buruk terhadap kaum kawannya?
Selepas 56
tahun kita merdeka, memang patut kita berasa bangga kerana di Malaysia lah
satu-satunya Negara dalam dunia yang mempunyai tiga Negara dalam satu kawasan, iaitu
Negara Melayu, Negara Cina dan Negara India. Mereka sekolah berasingan, kerja
berasingan dan melakukan aktiviti social berasingan. Unik sungguh Negara kita
ini.
***************************************************************
“Buat jarum
pun tak tahu, macamana nak merdeka”, itulah antara kata orang-orang yang berasa
selesa dengan pentadbiran British yang telah menjajah Tanah Melayu ratusan
tahun lamanya. Bukan semua orang mahu menuntut kemerdekaan ketika itu. Sikap
mereka yang berpuas hati dan selesa dengan keadaan aman ketika itu menyebabkan
mereka tidak mahu menuntut kemerdekaan, kerana bimbang kekacauan akan berlaku
seperti di Indonesia dan India.
Agaknya
setiap kali Negara menyambut hari
kemerdekaan adakah orang-orang ini rasa bersalah dengan sikap yang telah mereka
ambil atau tidak pernah rasa kesal dengan pendirian mereka itu?
Ramai dari
mereka telahpun lama meninggalkan kita. Yang penting ia boleh menjadi pelajaran
kepada kita semua.
***************************************************************
Dalam
situasi Presiden Basyar Asad yang bertindak kejam kepada rakyatnya semata-mata
untuk mengekalkan kuasanya, apakah bermakna lagi kepada rakyat Syria untuk
menyambut hari kemerdekaan Negara mereka?
***************************************************************
nak kata
LGE tidak menghormati hak kebebasan demokrasi kerana menyekat tayangan filem
Tanda Putera tak boleh juga kerana kerajaan UMNO sendiri terlebih dahulu tak
bagi hak kebebasan untuk mengeluarkan filem.
Menayangkan filem, Tahu
pulak hak demokrasi, tapi kebebasan mengeluarkan filem bukan hak demokrasi juga
ke?
***************************************************************
Selepas MCA dan GERAKAN,
kini SUPP bungkus, apa masalahnya dengan orang Cina?
Setelah menyedari orang
Cina menolak parti kerajaan dengan tidak mengundi parti yang mewakili
masyarakat mereka iaitu MCA dan GERAKAN pada tahun pilihanraya 2008, PM Najib
telah bertindak mengambil beberapa langkah untuk mengambil hati kaum itu
semula.
Tetapi dari keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini, masih juga menunjukkan aliran pengundian orang Cina yang masih tidak menyokong BN. Prestasi SUPP yang dianggap wakil parti orang Cina Sarawak dilihat tidak memberansangkan. Oleh itu BN dan khususnya PM Najib perlu melihat lebih serius apa sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum Cina ini.
Apakah perkara dan tuntutan mereka yang masih tidak dipenuhi oleh parti BN yang memerintah, dan apa pula janji parti Pakatan Rakyat (PR) sehingga mereka lebih cenderung memberikan undi kepada parti tersebut.
Sukar untuk memenuhi permintaan dan memuaskan semua kaum. PM Najib adalah datang dari kaum Melayu, sudah tentu beliau dilihat lebih mengutamakan kaum Melayu, walaupun beliau mungkin tidak pernah bermaksud begitu. Ibarat suami yang kawin dua, biasanya kedua-dua isteri akan mengadu suami mereka tidak berlaku adil terhadap diri mereka.
Itulah masalah yang besar dihadapi oleh pemimpin politik yang berasaskan kaum, sudah terbiasa untuk memperjuangkan kaum sendiri, apabila jadi pemimpin negara, mereka akan terus dilihat masih sebagai mengutamakan kaumnya.

Aktiviti masyarakat Malaysia masih lagi dibahagi-bahagi mengikut kaum. Sebagai
contoh golongan peniaga didominasi orang Cina, jabatan kerajaan dipenuhi oleh
orang Melayu, pemandu lori dan buruh membina jalanraya pula ramai orang India.
Apabila kerajaan tidak dapat memberi bonus menjelang tahun pilihanraya, orang Melayu akan marah, mereka tak akan undi UMNO pada pilihanraya tahun tersebut.
Apabila polisi kerajaan yang tidak begitu membantu perniagaan berkembang, orang Cina pula akan menolak dan tidak mengundi MCA.
Penolakan mereka ini akan dilihat seperti penolakan oleh suatu kaum, walhal hakikatnya ia hanyalah secara kebetulan sahaja, bukan bersangkut dengan masalah kaum.
Selain dari itu ada juga isu-isu yang khusus menyentuh keperluan agama dan budaya kaum itu sendiri. Contohnya seperti isu sekolah aliran Cina yang dianggap selalu dianaktirikan oleh kerajaaan. Dasar keistimewaan kaum bumiputra juga banyak menyebabkan tidak puas hati di kalangan orang Cina. Kaum bumiputra ada keistimewaan dalam mendapatkan biasiswa pelajaran, tender projek kerajaan dan pemilikan hartanah.
Yang lebih menyebabkan orang Cina tidak puas hati, anak orang Indonesia yang bermastautin di Malaysia secara automatik mendapat taraf bumiputra, sedangkan orang Cina yang sudah tiga generasi lahir di Malaysia tidak pun mendapat taraf bumiputera.
Tidak kenal maka tak cinta. Anak-anak Malaysia menerima pendidikan tadika dan sekolah rendah di sekolah yang berasingan mengikut kaum. Akibatnya mereka tidak dapat berkawan rapat dan sukar untuk memahami antara satu sama lain.
Dapat saya perhatikan, dalam kelas saya mengajar di pusat pengajian tinggi awam, pelajar Cina duduk dalam kelompok yang berasingan dengan pelajar Melayu, mereka seperti minyak dan air yang tidak boleh bercampur. Sampai bila keadaan ini harus berterusan, ini menggambarkan hubungan antara kaum di Malaysia amat longgar.
Saya tidak dapat menerima kalau dikatakan satu kebanggaan kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sekolah mengikut kaum. Kita tidak seharusnya berbangga dengan perkara-perkara yang boleh melebarkan jurang perkauman.
Memang wajar kita memulihara harimau, spesis binatang yang hampir pupus itu, tetapi tidak harus sampai merbahayakan kita atau memusnahkan binatang ternakan kita. Dalam konteks ini, makanan kita adalah lebih penting untuk kesinambungan hidup kita berbanding harimau. Begitulah juga dengan perpaduan, perpaduan yang erat itu lebih penting untuk keutuhan dan kekuatan bangsa dan negara Malaysia.
Oleh itu berpada-padalah dalam hal hendak mengekalkan adat budaya kaum kita. Janganlah sampai kita mengasingkan anak-anak kita bersekolah mengikut kaum kerana hendak belajar bahasa dan budaya kita. Apa masalahnya untuk belajar bahasa dan budaya kita di satu sekolah yang sama?
Pujian harus saya berikan kepada bekas Perdana Menteri Singapore kerana telah mengambil langkah yang berani dengan mengumpulkan anak-anak warga Singapore di satu sekolah. Beliau pemimpin yang berpandangan jauh untuk kebaikan masa depan Singapore. Bilakah agaknya akan muncul pemimpin yang seberani beliau di negara kita Malaysia ini.

Parti DAP di Malaysia semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Cina,
sedangkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu Singapura atau parti UMNO Singapore
itu pula semakin ditinggalkan oleh orang Melayu Singapore. Mesti ada sebab
kedua-dua keadaan yang berlawanan ini berlaku, renung-renungkanlah.
Kalau kita tidak mahu mengambil langkah pertama untuk berubah dari masa sekarang, maka kita akan terus menghadapi keadaan dan masalah yang sama seperti sekarang ini untuk selama-lamanya.
Kalau kita tidak mahu mengambil langkah pertama untuk berubah dari masa sekarang, maka kita akan terus menghadapi keadaan dan masalah yang sama seperti sekarang ini untuk selama-lamanya.
***************************************************************
Kalau hari ini kita tidak
mengambil berat atau tidak ambil peduli dengan sebuah pilihanraya yang bersih,
bebas dan adil, tidak mustahil satu masa nanti kita juga akan mendapat pemimpin
yang kejam seperti di Syria.
***************************************************************
Amat jelas, menyokong Morsi
bermakna kita menyokong saudara kita yang dizalimi di Palestin, menyokong Sisi
sama seperti kita menyokong regim Israel.
***************************************************************
Mungkin ramai lagi yang tak
faham apa maksud kemerdekaan, ia boleh diterangkan seperti berikut. Kalau
Presiden Obama bertanding dalam pilihanraya umum Malaysia untuk jawatan Perdana
Menteri dan beliau menang, ini bukan bermaksud Amerika menjajah Malaysia, dan
Negara kita masih dikatakan merdeka.
Dengan kata lain, kemerdekaan
itu adalah bermaksud kita mempunyai hak untuk memilih tanpa dipaksa. Tetapi
kalau menang bertanding dengan cara menipu, berat sebelah, dan media mereka
control, walaupun yang menang itu UMNO, kita sebenarnya adalah dijajah.
***************************************************************
Orang alim bagitahu, dunia
ini adalah tempat kita memberi atau menyumbang, jangan fikirkan untuk mendapat
balasan. Di akhirat pula tempat kita menerima dan di sana tidak perlu lagi untuk
kita memberi.
***************************************************************
Berbeza dengan orang awam,
untuk orang politik, bersalah atau tidak ditentukan oleh ‘kuasa’, bukan
ditentukan oleh makamah. Kalau ada kuasa, yang bersalah boleh ditukar kepada
tidak bersalah, sebaliknya kalau tidak ada kuasa, yang tidak bersalah boleh
ditukar kepada bersalah.
***************************************************************
Kalau kita lihat dalam
masyarakat semut atau lebah. Setiap semut atau lebah itu ada tugas
masing-masing. Ada golongan pekerja, ada askar dan ada yang jadi ratu. Semua
faham tugas masing-masing, mereka hidup harmoni. Serupa jugalah dengan sistem
Adat Perpatih, adat ini dicipta sesuai dengan keadaan masyarakat pertanian sara
diri satu masa dulu, pekerjaan mereka lebih kurang sama atau seragam, oleh itu
mereka boleh hidup harmoni dengan adat itu. Tapi sekarang kita dah masuk
masyarakat era industri, cara hidup dan pekerjaan dah tak sama lagi, wanita pun
ramai bekerja, terdapat juga orang Negeri Sembilan yang berkahwin dengan orang
Melayu dari negeri-negeri lain. Adat perpatih itu telah tidak dapat lagi
menyesuaikan diri dengan masyarakat sekarang.
Islam juga yang sesuai
sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment