Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, October 06, 2015

Facebook 5

Antara posting saya ke Facebook:

Apa teruk sangat perangai JKKK macai ni, ini bukan majlis penyerahan wang BR1M hingga kena tunggu wakil rakyat untuk menyerahkannya, ini bantuan untuk mangsa banjir, mereka ini dalam kesusahan, jangan kau pergi tambah lagi kesusahan mereka. Tak ada otak ka?
**************************************
 
Hari ini seluruh dunia bersedih dengan kehilangan seorang hero yang telah meruntuhkan tembok diskriminasi kaum, Nelson Mandela (RIP). Dalam waktu yang sama perwakilan UMNO dalam perhimpunan partinya di PWTC terus dengan angkuh menjeritkan kepada dunia agar kaum Melayu dikekalkan istimewa dari warga lain yang bukan Melayu. Bila agaknya nak berubah? Sudah-sudah la tu.
**************************************
 
Sebelum Negara kita merdeka dulu, kita memang bergantung kepada pemimpin adat, hinggalah kepada Yam Tuan sebagai pemimpin yang dimuliakan dan dihormati. Segala urusan hidup tertakluk kepada system adat. Dari nikah kawin hinggalah dalam perkara menyelesaikan pertelingkahan antara anak buah dan pembahagian tanah adat.
Tetapi lepas merdeka, system politik demokrasi dan raja berpelembagaan telah mendominasi urusan kita. Wakil rakyat dan Menteri Besar sangat berpengaruh untuk mentadbir kerajaan dan semua peraturan dan undang-undang digubal oleh mereka. Kita sudah ada makamah civil dan syariah, kita ada DUN dan Parlimen. Orang dah tak ambil pusing lagi dengan Dato’-dato’ adat kecuali dalam hal-hal yang terpencil.
***************************************
Jangan salah faham, mendedahkan keburukan urus tadbir pemimpin bukan bermakna mahu memburuk-burukkan pemimpin. Ini adalah proses check and balance yang diperlukan dalam sebuah Negara demokrasi untuk memastikan urus tadbir sentiasa berjalan dengan baik.
**************************************
 
Secara semulajadinya harga yang ditawarkan oleh peniaga dan pengusaha bergantung kepada persaingan. Kalau ada sebuah kedai menjual harga yang terlalu tinggi, pelanggan akan beralih ke kedai lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.
Dalam kes seperti TNB, kalau dia jual elektrik terlalu mahal, kita nak beralih beli elektrik kat syarikat mana pula?
Ironinya TNB mencatat keuntungan lebih 4 billion ringgit tahun ini dan beri bonus lima bulan kepada pekerjanya.
**************************************
 
Setiap kerja dan ibadat didahului dengan niat, tetapi yang terbaik ialah melakukannya dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
**************************************
 
Bukan sahaja asam dan garam, tetapi sekali sekala rasa pedas juga diperlukan untuk menambah rasa sedap dalam masakan.
Dari masa ke semasa, kritikan yang pedas juga diperlukan untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik.
**************************************
 
P. Ramlee seperti sudah tahu pemimpin Negara kita macam ‘penyamun’ Ali Baba Bujang lapok.
**************************************


Sambut hari merdeka mengingatkan kita pernah dijajah, tapi kita juga perlu mengambil pelajaran dan mengekalkan semangatnya, terus berjuang membebaskan rakyat dari dijajah oleh kumpulan tertentu.
**************************************
 
Biasanya orang yang naik dengan cara membodek, bila dah dapat naik, dia akan macaikan orang bawah.

**************************************

Sengaja mengintip rumah orang itu memang salah, tetapi tanggung jawab kita juga untuk memasang langsir dan menutup segala lubang di dinding rumah kita hehe.
**************************************

Ada company yang hendak mengambil calun pekerja, bukan sahaja melihat kepada kelulusan ijazah mereka tetapi juga mengambil kira keputusan peperiksaan SPM mereka. Saya setuju dengan langkah itu kerana peperiksaan di universiti tidak seragam antara satu universiti dengan universiti yang lain..
**************************************
 
Kita banyak disurahkan dengan kebimbangan pengaruh Syiah di Negara kita. Apakah tidak ada langsung orang Syiah terpengaruh dengan ajaran Sunnah?
**************************************
 
Minta maaf ye, tak usahlah invite saya main, pergilah ajak orang lain. Saya dah tak ada banyak masa lagi nak main.
**************************************

Nabi Muhammad tidak pernah meletakkan makan dan sex sebagai perkara yang diberi keutamaan dan dilayan secara berlebih-lebihan. Baginda mengajarkan hubungan sex adalah perkara yang menjadi rahsia pasangan suami isteri. Kalau makan dan sex diberi keutamaan dan menjadi topic bualan harian, maka dibimbangkan kita akan menjadi setaraf haiwan saja.
**************************************
 
Ada undang-undang dan peraturan yang menyusahkan sengaja dibuat untuk menghalang orang dari menipu. Sebenarnya yang menipu itu tidak ramai, dan yang menipu ini akan tetap juga akan menipu walau bagaimana ketat pun peraturan dibuat. Yang jadi masalahnya, orang yang tidak menipu (jumlahnya jauh lebih ramai) terpaksa juga melalui peraturan yang menyusahkan ini.
-- Sebagai ingatan kepada Pejabat Agama Kulaijaya.
**************************************
 
Menteri kita juga yang selalu cakap, IC kita mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, berteknologi tinggi dan sukar dipalsukan.

Buang masa aku dan penat menunggu saja menukar IC baru. Bersepah pemegang IC palsu.
**************************************

Guru hanya boleh mengajarkan ilmu kepada murid tetapi tidak boleh mengajarkan kebijaksanaan kepada mereka.
Ilmu boleh dipelajari tetapi kebijaksanaan tidak boleh dipelajari.
**************************************
 
Ingatlah, setiap sampah yang kita buang merata-rata akan menjauhkan pelancung untuk datang ke Negara kita. Apabila kurang pelancung datang, kuranglah peluang pintu rezeki kita.
**************************************
 
Apakah kewajarannya membina sebuah masjid yang berharga mencecah dua ratus juta ringgit sedangkan masih ramai lagi orang Islam yang tinggal di rumah yang cantik sedikit dari reban ayam.
**************************************
 
Kalau bodoh kita boleh belajar. Ibubapa selalu pesan kepada anak-anak, belajar pandai-pandai.  Nak jadi pandai boleh belajar. Nak jadi bijak saja yang tak boleh belajar, bijak itu anugerah Tuhan kepada siapa yang dikehendakinya seperti Dia menganugerahkan kecantikan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Ilmu boleh dipelajari tetapi bijaksana itu anugerah dari Tuhan untuk orang-orang yang dikehendakiNya sahaja.
**************************************
 
Mustahil kita boleh balik ke alam dunia selepas berhijrah ke alam barzakh, sama mustahilnya seperti kalau kita sekarang ini  nak balik semula ke alam rahim ibu kita.
**************************************
 
Selalu kita nampak tanda nama yang terpapar di depan pintu doktor di klinik, Dr. Abu bin Zainal MBBS (UM) dan Dr. Ali bin Kamal MBBS (UKM). Tuan-tuan lebih yakin dirawat oleh doktor yang mana?
**************************************
 
Bapa cari kekayaan untuk anak-anak mereka dapat hidup lebih selesa, si bapa tidak mahu anak-anak mereka hidup susah seperti yang beliau lalui masa kecil dulu.
Tapi tidak seperti yang diharapkan, anak-anak pula lupa diri, terjebak dengan dadah dan gejala sosial, hidup berfoya-foya, akhirnya kekayaan yang ditinggalkan bapa habis begitu saja.
Oleh itu jangan ingat masalah dadah dan masalah sosial yang melanda masyarakat kita sekarang ini bukannya masalah kita, dan kita buat tak peduli saja.

**************************************
Panduan untuk merangka markah soalan peperiksaan:
Soalan senang mesti menyumbang 40 markah.
Soalan sederhana susah menyumbang 40 markah.
Yang selebihnya 20 markah disumbangkan oleh soalan yang sangat susah.
Bahagian soalan yang sangat susah inilah yang dapat membezakan pelajar gred A dengan pelajar yang lain.
Ramai yang tidak sedar, menjawab soalan peperiksaan tidaklah sesusah membuat soalan.
**************************************
 
Sekarang ini memang sukar pihak majikan hendak memilih calun pekerja, kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai ijazah. Sedangkan di masa dulu sangat sukar mencari calun yang ada ijazah.
Mungkin sekarang ini, dapat ijazah bukanlah suatu perkara yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dari universiti mana ijazah itu diperolehi.
**************************************
 
Seperti biasa tentunya dalam berita TV hari ini akan menyiarkan berita DS Najib Razak dan Datuk Chua Soi Lek mengunjungi rakan mereka Datuk Seri G.Palanivel di rumah terbuka perayaan Depavali. Itulah gambaran untuk menunjukkan kepada dunia wujudnya perpaduan di Malaysia.
Di masa saya sekolah rendah dulu, perpaduan ditunjukkan dalam buku teks sekolah di mana Ali, Tong Seng dan Ramasami pergi main bola dan memancing di sungai bersama-sama. Takat dalam buku teks sekolah sajalah.
**************************************
 
Jangan kita ingat kita tidak dapat apa-apa faedah dari kedatangan pelancung disebabkan kita bukan pengusaha hotel, bukan tokey restoran, bukan penjual barang-barang cenderahati. Sebenarnya semua kita akan dapat faedah darinya, sekurang-kurangnya hasil cukai dari industri pelancungan ini dapat membina kemudahan awam dan berbagai infrastruktur yang kita sendiri gunakan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan Negara kita ini menarik kepada pelancung. Termasuklah menjaga kebersihan sekitar, bersikap mesra dan senyum kepada pelancung. Elakkan melakukan perkara yang boleh menjauhkan kedatangan pelancung seperti menipu, cekik darah dan mengambil kesempatan ke atas mereka.
**************************************
 
Dalam biji mata kita sudah dilengkapkan dengan kanta (lens) sehingga dapat kita melihat dengan jelas dan fokus. Kanta dalam biji mata itu berfungsi dengan sempurna sehingga kita tidak perlu memasang cermin mata kepada bayi yang baru lahir untuk membetulkan penglihatannya.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
**************************************
 
Satu masa dulu pesta konvo di universiti-universiti awam sangat meriah. Itulah hari orang awam diberi peluang untuk memasuki pusat pengajian menara gading itu secara bebas.
Tapi sekarang pesta konvo begitu lesu, sudah jadi tempat jual kain baju saja. Inilah akibatnya kalau semua benda nak dijadikan menjana duit.
**************************************
 
Subsidi itu seperti menambah air ke dalam tangki air yang isinya telah berkurang, manakala rasuah itu seperti kebocoran yang terdapat pada tangki. Mana satu yang patut dihapuskan terlebih dahulu?
**************************************
 
Zaman sekarang ini, bila masuk saja umur 40 tahun, badan mula didatangi berbagai penyakit. Itulah tubuh badan kita, umur 40 puluh sudah dikira expired. Ketahanan badan kita boleh jamin sampai 40 tahun saja. Lepas 40 tahun dah macam kereta lama, rosak sana, rosak sini, boleh hidup, boleh jalan tapi tak selesa.  Tidak bolehkah tempoh expired ini dipanjangkan? Orang tua-tua dulu boleh hidup sihat hingga umur 70, kenapa orang sekarang tak boleh?
**************************************
 
Tuhan tarik kemenangan ‘Islam’ di Mesir buat seketika untuk mengurniakan kemenangan Islam yang lebih besar di rantau itu, perancangan Allah tidak terduga oleh akal kita.
**************************************
 
Kalau peratus bilangan pengundi semasa PRU13 diterjemahkan kepada bilangan pembayar cukai, ini bermakna 51% dari duit pembayar cukai yang terdiri dari penyokong PR telah digunakan untuk membiayai liputan perhimpunan UMNO di TV kepunyaan rakyat, sedangkan perhimpunan parti PR tidak mendapat sebarang liputan dari TV yang sama.
**************************************
 
Nilai ijazah pertama (first degree) yang dipegang oleh orang dulu dengan yang dipegang oleh orang sekarang sangat berbeza. Dulu kalau orang tu ada degree memang hebat. Sama seperti dengan nilai duit juga, dulu dengan satu ringgit macam-macam barang boleh kita beli.
Semacam ada hubungkait antara nilai ijazah akademik dan nilai duit RM kita.
**************************************
 
Kita sudah merdeka, kita semua adalah warganegara Negara ini. Berhentilah meletakkan kesalahan yang menyebabkan kemunduran kaum kita ke atas kaum lain. Sebaliknya marilah kita sama-sama bantu membantu untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk masa depan anak bangsa kita.
Kalau kamu nak tunjuk hero membela nasib kaum kamu lantak kamulah tapi jangan letakkan punca masalah kaum kamu disebabkan kaum lain.
**************************************

Masa kempen mereka kata, ada baiknya kalian fokus kepada memenangi kerusi lawan daripada sibuk untuk merampas kerusi rakan-rakan sepakatan. Tapi bila dah menang mereka jadi terlebih perasan pulak, mereka kata parti mereka yang menang, padahal yang mengundi semua penyokong PR.
**************************************
 
Apalah nak dibanggakan sangat dengan keturunan nabi, semua orang adalah dari keturunan nabi, tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam, kalau tidak dari keturunan Nabi Nuh, setidak-tidaknya dari keturunan Nabi Adam.
**************************************
 
Tidak dinafikan, sudah jadi macam budaya, Kelantan taksub dengan pasukan bolanya, Johor pula taksub dengan UMNO.
**************************************
 
Politik zaman sekarang seperti orang main chess, kena mengatur strategi untuk kalahkan lawan, bukan mengatur strategi untuk memaju dan membela nasib rakyat.
**************************************
 

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikan tujuh jet untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan. –Sinar Harian.
Kita pun tak nak persoalkan, tetapi pemimpin yang baik hati tentu tak tergamak nak naik jet peribadi sedangkan ramai lagi rakyatnya yang naik sampan.
**************************************

Capitalist system,
Lower class: bekerja untuk menyara hidup.
Middle class: mengupah pekerja untuk bekerja untuk mereka.
Upper class: duit mereka yang bekerja untuk mereka.
**************************************
 
Pemimpin UMNO dengan kontraktor kroni macam hantu raya dengan tuannya, saling tolong menolong, hantu raya akan memabantu tuannya dan tuannya pula kena bagi makan hantu raya.
**************************************
 
Ibadah solat itu adalah salah satu dari rukun Islam yang lima. Solat adalah tiang agama. Ibadah solat membezakan kita orang Islam dengan bukan Islam.
Dalam ibadah solat itu secara simboliknya terkandung ke semua rukun Islam itu sendiri:
1. Mengucap dua kalimah syahadah, semasa bacaaan tahiyat.
2. Solat.
3. Puasa, tidak boleh makan dan minum semasa solat.
4. Zakat, zakat masa: 2.5 % (36 minit) digunakan untuk menunaikan 5 solat fardhu dari masa 24 jam yang kita ada.
5. Haji, semasa solat kita mesti mengadap kiblat atau Mekah di mana terletaknya Kaabah, tempat kita menunaikan ibadah Haji.
**************************************
 
Kubur masih merah, sudah bincang pasal calun, ………. bukan calun isteri ye. Calun pilihanraya.
**************************************
 
Wanita itu ibarat bunga. Tuhan jadikan mereka itu bukan saja cantik yang membuatkan lelaki tertarik, tetapi juga mempunyai bau wangi yang semulajadi. Sebaliknya bunga plastik kelihatan cantik tetapi tidak wangi.
Dan ingatlah, bunga hanya kembang sekali.
**************************************
 
Sey peratikan bilangan kereto ateh jalanrayo kek tompek sey ni (Skudai) samo yo banyak eh macam hari siang. Kalau hari siang tu memang patut la banyak, macam-macam urusan nak buek termasuk nak poie tompek kojo. Malam hari apo nak dighodah gak eh?
Mungkin harga minyak kito masih murah bona agak eh, air mineral pun laie maha pado minyak.
**************************************
 
Apabila dah ada duit banyak, duit boleh digunakan untuk membuat lebih banyak duit.
Di samping itu ada juga yang menggunakan kuasa politik untuk menimbunkan kekayaan.
**************************************
 
Mungkin tokey catering dah ambik kiro subsidi yang dihulur oleh tetamu, tu yang dio mark up hargo lobih sikit gak eh.
selalunya untung menjual makanan adalah 100%, kalau modal RM300 maka untung dapek RM300. Patut eh catering boleh jual lobih mughah sobab oghang makan habih ko tak habih ko, duit totap dapek.
Kalau makan kat restoran, nasi beriayani dan sirap bandung, paling mahal pun baru RM9.00. Kenapa masa kenduri kawin, taukey catering ambil RM11 satu kepala?
**************************************
 
Pemimpin yang berjiwa besar akan menyatu padukan semula rakyat sejurus selepas pilihanraya, walaupun beliau menang besar. Manakala pemimpin yang berjiwa kecil, masih terus berdendam kepada rakyat yang tidak mengundinya, walaupun beliau hanya menang kecil dalam pilihanraya.
**************************************
 
Pada dasarnya saya setuju kalau semua subsidi ke atas barang keperluan ditarik semula, kecuali perkhidmatan hospital dan pendidikan (sekolah/universiti awam) yang mesti ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan rakyat berhak mendapatkannya secara percuma. Dan kita tidak berasa bimbang akan berlaku ketirisan subsidi dalam dua sektor ini kerana mudah kita dapat menyekat dan mengawal warga asing dari mendapat perkhidmatan untuk sektor tersebut.
**************************************
 
Syukurlah kerana subsidi gula turun.
UMNO tidak menaikkan harga barang,  mereka hanya menurunkan subsidi saja. 
**************************************
 
Keadilan dan Islam tidak boleh dipisahkan?
Ada bermacam takrifan dan persepsi tentang keadilan. Ada kata adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Kalau seseorang itu dalam bidang yang mereka pakar.
Ada yang kata keadilan itu ikut keperluan, contohnya, keperluan untuk anak-anak kita adalah berbeza. kalau isteri kurus kainnya sikit, tak sama dengan isteri yang gemuk.
**************************************
 
Kekayaan tidak harus berlegar dalam sekumpulan manusia saja. Usaha mengubah, bukan hanya menyerah kepada ketetapan Allah.
**************************************
 
Bolehkah dikatakan curang kalau si suami bercinta dan berkahwin dengan wanita lain? Sedangkan seorang lelaki dibenarkan berkahwin empat. Mungkin pengertian curang itu boleh dibahagi kepada dua, curang mengikut adat masyarakat dan curang mengikut syariat. Curang syariat hanya terpakai kepada isteri sahaja bukan kepada suami. Apa pandangan Datuk-datuk Nikah Kahwin sekelian?
**************************************
 
Sebagai badan kerajaan, matlamatnya adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira keuntungan.
Sebagai syarikat swasta pula, matlamatnya adalah untuk mendapat keuntungan hasil dari memberi perkhidmatan kepada rakyat.
**************************************

Mereka ni paham ke erti perpaduan? Mereka boleh cakap, kerajaan kena fahamkan perpaduan kepada generasi muda, mereka anggap perpaduan ini sama macam perjanjian persefahaman dalam bines, perlu ada MOU.
Perpaduan tidak semudah itu, perpaduan adalah menyentuh soal perasaan, emosi dan jiwa, perpaduan perlu disemai dan dipupuk dari kecil secara semulajadi.
**************************************
 
Jangan kita terlalu khayal dengan kegemilangan zaman silam hingga lupa untuk mencipta kegemilangan di masa depan.
**************************************
 
Bagaimana harga insuran kereta boleh meningkat?
Apabila lebih ramai pengguna membuat tuntutan kepada syarikat insuran, keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran akan menyusut dan mungkin mengalami kerugian. Oleh itu tidak cara lain untuk menambah keuntungan syarikat mereka melainkan dengan menaikkan kadar insuran yang dikenakan kepada pengguna.
Tambah teruk lagi kenderaan yang hilang tidak dapat ditemui semula. Polis tidak dapat menyelesaikan . 
**************************************
 
Sekarang ini saiz kerang yang dijual di pasar sangat kecil, kalau dulu hanya saiz kerang yang sudah matang saja yang mereka jual. Kalau terus dibiarkan menjual kerang bersaiz kecil, kerang akan semakin pupus dan harga akan menjadi semakin mahal.
Sebagai tanda protes saya jarang beli kerang kecuali kalau betul-betul perlu. Harap tuan-tuan juga mengambil tindakan yang sama.
**************************************
 
Kanak-kanak memang suka bermain, walaupun kita suruh mereka makan dan baca buku kerana itu penting untuk kesihatan dan masa depan mereka, tetapi mereka tetap juga menganggap bermain itu lebih penting.

Walaupun Tuhan mengingatkan kita dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan belaka, tetapi kita masih juga menganggap kehidupan dunia ini sangat penting untuk kita.

No comments:

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com