Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, April 01, 2011

Sedikit komen pasal tarian poco-poco

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian poco-poco telah diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan atau aqidah agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh, oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Sejak mufti Perak mengeluarkan fatwa tarian poco-poco adalah haram, ia telah menimbulkan banyak kontraversi di kalangan orang ramai. Fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang berwibawa dalam agama ini telah dipertikaikan oleh berbagai pihak.

Apabila fatwa mufti dipertikaikan, ini secara langsung telah menjejaskan imej dan kredibiliti institusi mufti itu sendiri. Kalau isu ini tidak ditangani secara berhati-hati, bimbang nanti orang ramai mula hilang kepercayaan kepada mufti yang selama ini dianggap sebagai ahli agama tertinggi yang sangat dihormati dalam masyarakat.

Kepada saya sendiri, samada haram atau tidak, tarian poco-poco ini tidaklah begitu penting sangat. Sekalipun ia tidak haram, saya tidak akan menarikannya, kerana saya memang tidak pandai menari dan tidak suka pun menari.

Saya rasa mufti-mufti negara kita pun tidak ada yang suka menari. Kalau ada pun, saya pernahlah dengar kawan yang cerita, itu pun entah betul entah tidak, ada seorang mufti yang suka menari, bukan tarian poco-poco tetapi tarian dangdut.

Mungkin juga sebab nama bapa mufti itu dekat-dekat bunyi ‘dangdut’, jadi mereka buatlah cerita lawak tentang mufti tersebut.

Dalam pada itu saya terfikir juga, apa jadi kalau pertama kali kereta dibina adalah bertujuan untuk kegunaan paderi pergi ke Gereja dan menyibarkan agama Kristian. Alamat tak merasalah kita naik kereta Yob!

2 comments:

Anonymous said...

Muftis have too much powers and hold over the lives of the common people and I think we need higher educated muftis so the Rakyat do not need to suffer from some stupid fatwas passed on by them based on their limited capacity to think in terms of logic. Perhaps one of the requirement is that each must have at least a masters in Physics as a minimum entrance requirement to enter the mufti academy. The poco poco and valentines incidents should serve as a perfect example of what happens when someone of lesser intelligence or education is given the chance to govern over the commoners

Anonymous said...

Sebenarnya tiada apa yg boleh dipertikaikan dalam setiap fatwa oleh mufti mana pun. Yg menimbulkan masalah ialah bila disalah-ertikan oleh pihak yg kurang berpengetahuan berkenaan ilmu perbezaan pendapat. Contoh yg paling ketara ialah perbezaan antara 4 mazhab tidak menimbulkan pergaduhan kerana rasa hormat & akhlak yg tinggi di antara imam-imam besar berkenaaan. Secara ringkasnya mufti perak membuat keputusan berdasarkan rujukan Quran & Hadis yg tertentu. Ulama lain seperti ustaz Asri juga membuat kesimpulan berdasarkan rujukan Quran & Hadis yg tertentu. Oleh itu kedua2nya betul tetapi yg tepat hanya salah satu & hanya Allah SWT yg tahu. Walaubagaimana pun tidak perlu jadi pertikaian kerana Allah telah janjikan 2 pahala kepada yang tepat dan 1 pahala kepada yang betul. Cuma sebagai muslim sejati eloklah ditinggalkan perkara yang mencurigakan.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com