“KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.”
Begitulah rata-rata bunyi berita utama yang keluar pada media perdana negara kita, samada di akhbar mahupun berita di TV.
Sekali imbas apa yang tergambar dalam pemikiran pembaca bila membaca berita ini, seolah-olah memang benarlah pemimpin pembangkang yang melakukan perlakuan seks dalam video itu, walupun maksudnya tidaklah semestinya begitu.
Itulah cara pemberitaan yang berniat jahat. Sebagai media yang pro parti kerajaan, mereka akan sedaya upaya memberi gambaran seburuk yang mungkin kepada parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya.
Yang ingin diketahui oleh rakyat berkaitan seks dalam video ini bukan sahaja ketulenannya tapi yang lebih penting lagi, apakah pelakunya betul-betul pemimpin pakatan rakyat atau orang yang mirip wajah beliau yang digunakan oleh pihak UMNO untuk memburukan imej pemimpin tersebut.
Lain yang ditanya lain yang dijawab. Benda lain yang diminta, benda lain pula yang diberi. Mereka cuba hendak lari dari isu yang sebenar, dan cuba menggunakan isu tersebut untuk bahan kempen dalam pilihanraya Sarawak yang tengah berlangsung ini.
Ini merupakan permainan politik yang amat kotor dan jahat. Mereka berpura-pura menutup hidung, tetapi merekalah yang sebenarnya bermain politik busuk.
Apalah ertinya memenangi suatu pertandingan dengan menggunakan cara yang tidak bermaruah, termasuklah pertandingan dalam pilihanraya.
Fitnah yang sedang difitnah🙄
4 minutes ago
1 comment:
Tak kiralah Video tu tulen ker idak....tapi pelakonnya adakah betul DS Anwar atau pelakon yg disolek seperti Anwar...hahaha. Memanglah Video tu tulen...Yang perlu disiasat..Pelaku tersebut....bukannya Video. Ngok betullah penguasa di Malaysia ini. Lain yang disuruh...lain yg ko buat.
Post a Comment