Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, January 24, 2012

Demi perpaduan kaum, pemimpin BN harus menanggalkan perasaan ego

Andjar Firmanshah, rakan saya semasa bersekolah menengah yang berasal dari Bandung Indonesia telah menyatakan hasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur setelah lebih 35 tahun tidak bertemu rakan lama dan menziarah sekolah lamanya, Sekolah Menengah Za'ba di Kuala Pilah.


Saya rasa sangat teruja untuk bertemu dengan beliau, telah sekian lama tidak bertemu, peluang yang ada itu memang tidak patut saya lepaskan begitu saja. Walaupun saya tinggal di JB, jauh dari KL, tetapi apalah sangat berbanding usaha dan susah payah beliau untuk datang jauh dari Bandung semata-mata hendak bertemu dengan kami semua.


Andjar, datang ke Malaysia ketika berumur 12 tahun, mengikut ayah beliau yang bekerja sebagai guru metamatik di Sekolah Men Za'ba pada tahun 1973. Pada masa itu negara kita yang kekurangan guru-guru metametik dan sains, telah mengambil ramai guru-guru dari Indonesia untuk berkhidmat di sini.


Andjar seorang budak yang mudah mesra dan suka berkawan dengan siapa saja tanpa mengira latar belakang kehidupan. Walaupun sebagai anak guru semasa itu, kehidupannya lebih mewah tetapi dia tidak bermasalah untuk bergaul dengan kami yang rata-ratanya hidup sederhana dan budak kampung.


Kehadiran Andjar ke kelas kami seperti memberi satu inspirasi kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas di waktu itu. Andjar pandai dalam subjek metametik, kelihatannya dia lebih ke depan dalam subjek itu berbanding kami. Ini memberi semangat kepada saya untuk mahir dan mahu menguasai subjek metametik seperti dia juga.


Tidak dinafikan tumpuan kami kepada pelajaran terutamanya dalam subjek metametik semakin bertambah dengan kehadiran Andjar. Ini ditunjukkan dari keputusan peperiksaan umum SRP (sekarang PMR) pada tahun 1975, Sekolah Menengah Za'ba mendapat pencapaian terbaik, mengatasi sekolah-sekolah lain sekurang-kurangnya di Daerah Kuala Pilah kalau tidak pun seluruh Negeri Sembilan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Berita itu ada tersiar dalam akhbar dan menjadi buah mulut orang setempat.

Dato'

Apabila saya melihat Anjar pada malam 22 Januari 2012 lalu, setelah 35 tahun tidak bertemu, saya merasakan dia seperti rakan semasa di sekolah dulu juga, rakan karib. Saya tidak melihatnya sebagai warga asing, malah tidak sama seperti saya melihat pendatang Indonesia yang bekerja di sini.



Itulah rakan karib, mesranya sama seperti dulu dan terus akan berstatus rakan walau sampai bila-bila. Kita akan terus memanggil nama mereka seperti dulu juga walaupun ada yang sudah bergelar Doktor, Profesor dan Dato'. Malah kita tidak segan silu untuk terus memanggil mereka dengan gelaran-gelaran nakal yang kita gelarkan kepada mereka semasa berkawan dengan mereka dulu.


Persahabatan yang akrab bukan boleh dibina dalam masa sehari atau seminggu, kita perlukan masa yang lama untuk mengenal hati budi seseorang. Dalam menjalin persahabatan, kita bukan sahaja bermain, bergurau atau bekerja bersama tetapi sering juga bergaduh dan berselisih faham, yang akhirnya membentuk satu hubungan yang utuh sehingga sanggup melindungi, membela dan mempertahankan kawan.

Sungguh amat mengeciwakan, apabila saya melihat orang Cina Malaysia, saya melihat mereka sama seperti pelancung yang datang dari Negara China dan bila melihat orang India Malaysia, saya melihat mereka sama seperti pekerja yang datang dari Negara India. Dan saya percaya orang Cina dan orang India juga melihat orang Melayu seperti orang asing kepada mereka.


Sebaliknya saya melihat Andjar tidak sama seperti saya melihat pendatang asing. Ini bukanlah disebabkan kerana dia bangsa serumpun atau seagama dengan saya tetapi kerana dia adalah sahabat karib saya. Faktor inilah yang tidak pernah ada antara kaum Melayu, Cina dan India di negara ini. Benda inilah yang kita hilang dari masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak ada peluang untuk mereka memupuk persahabatan.

Pemimpin-pemimpin BN samada UMNO, MCA dan MIC masih berbangga dengan sekolah diasingkan mengikut kaum dan masih tidak rela menanggalkan rasa ego dari diri mereka.


Saya terharu dengan ole-ole baju-T yang dihadiahkan oleh Andjar kepada kami semasa beliau berkunjung ke sini tempoh hari yang tertulis ayat "babaturan salamina". Terima kasih Andjar.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi ku bawa mati,

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita ketemu lagi,

Kedua-dua gambar ini dirakam di lokasi yang sama, tahun 1974 (Andjar berdiri paling kiri) dan tahun 2012 (Andjar berdiri paling kanan).

1 comment:

Anonymous said...

Sdra SDra di ISU SEMAsa SoSial POLITIK
Mohon izin

Saya nampak apa saja Najib buat atas pletfom 1M Mr KOOL GAJET Bapak Vernakular Liberal transformaci inclusive roadshow worldview tidak dapat menolong UMNO dan BN meraih kemenangan pada PRU 13, Perpaduan kaum hanya "hollow exigiency commercial practicalism dan berpura pura lakonan".

Najib masih "making same mistakes" sama serupa seakan akan Presiden UMNO yang lena lenyak buaian SIL dan mangkok tingkat.

Saya rasa ramai sudah yang menunjulkan pendapat dan hujah yang mampat lagi realsitik,

Kalau lah undi kaum cina yang Najib sangat ketagihkan ,saya nampak apa saja Najib kasi dan kasi tidak akan mendapat undi cina balik dan juga undi Melayu yang pindah ke PR sebab:

A.Semua orang di malaysia tidak patuh taat dan hormat pada undang undang dengan ;
1.tidak seledup mercun besar,bakar mercun besar pada 21hb Januari hingga Chap goh Mei.Sebab mercun besar masih haram.
2.PDRM dan KDRM ambil tindakkan undang kapada penghuni rumah yang membeli simpan dan membakar mercun daripada 8.45 petang sampai 2 pagi.
Setiap mercun yang bakar daripada 21 hb januri hingga chap goh meh adalah letupan terhadap maruah undang undang negara ,dan semua institusi negara(orang putih cakap blatant insult and disrespect)BM cakap kurang ajar, tak ada adat hormat dan tak ada pelajaran, perangai samseng haram dan tidak layak tinggal di negara yang berundang undang.
2.Parkir kereta ikut suka hati halang orang lain keluar dari rumah,tak reti bahasa (54 tahun merdeka masih baghal lagi)tak bagi tahu,tak minta izin.
3.Buat parti CNY bising sampai 2.30 pagi,tak reti basa ,dah 54 tahun merdeka,masih baghal macam khinzir.
4.Bakar mercun besar waktu malam supaya orang tak tau siape punya angkara.

B.Mereka hendak sekolah vernakular dan vernakular dan vernakular, dan tidak mau sistem sekolah kebangsaan.
Bapak Vernakular aka Najib kasi muka patah pinggang kebelakang kasi dan kasi dan kasi ,atas dasar politik dan bukan negara...... dan BN sendiri memacah belah usaha perpaduan sistem satu sekolah.
C.54 tahun merdeka ,masih tebal sifat rasis tak mau sokong bahasa Melayu,tak mau kongsi perniagaan, tak mau beli barangan keluaran melayu, tak mau langgan minyak dan gas Petronas,stesen minyak petronas,jarang jarang aku nampak kereta kepunyaan penyambut tahun naga.
D.Ambil pekerja yang reti basa mandarin dan dialek cina sebagai ketutamaan,kalu ambik melayu suruh mereka pegang daging babi, tak bagi kerja dalam,dlll,baik punya Naga ,ambil pekerja Indon Indon Indon,Nepal,Bangla,Comboja,Vietnam,Sri langka,dan Indon lagi,india,...dan impot betina cina china doll bersepah dil semua negeri.
E.Menggalak mereka yang sambut tahun Naga nih, melalui akhbar vernakular,yang hanya reti baca mandarin untuk salak dan komplain tak habis habis, cemburu akan usaha kerajaan implementasi perlembagaan peruntukkan Islam dan Melayu.Laga lagakan kaum cina dan seterus nya nya dlll...terlalu banyak cetusian anti harmoni anti perpaduan yang sengaja di isu kan dan di cari pasal...,betis tak mau peha tak mau,kepala dah di tunjal tunjal kan.

F.Role model cina sudah ada, dimana LGE yang tidak mimpi pada bulan Januari 2008 yang:
1).Dapat gaji amat besarbetul yang amat lumayan.
2). dah rasa lazat nya kuasa.
3).Dah bergaul mesra dengan DYMM Raja Raja Melayu dab YDPA.
4).Dah Masuk rasa udara nyaman Istana Negara baru
5).Sudah di beri tabik hormat eskort polis askar TLDM,
ta kan LGE nak serah balik PP tanpa tsitsisan terakhir ?

Simpulan nya Najib,pada realiti dan kenyataan orang cina dah tada respek lah,
baik anda fokus kat undi Melayu,silap silap Najib jadi Ketua Pembangkang lepas PRU.

Sdra ,saya perlu ingat kan anda,perpaduan kaum yang anda maksud itu , di peregkat mana ?
kalau dari ground level,tada lah.
Yang level lain, cari lah .
Banyak lagi ,anda tak merasai....
Bab ego, semua manusia di beri EGO.
arjuna waspada
changkat lobak.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com