Sekitar 20 tahun dahulu, tatacara wanita di Johor Bahru berpakaian agak berlainan dengan wanita-wanita Melayu di tempat lain di Malaysia.
Mungkin pengaruh budaya Turki yang diamalkan oleh golongan elit di kawasan Johor Bahru di suatu masa dulu telah banyak mencorakkan cara wanita di sini mengenakan pakaian mereka.
Di waktu itu Turki terkenal dengan sistem sekular mereka, atau sistem dua alam. Adalah menjadi kebiasaan kalau kita melihat wanita-wanita di Johor Bahru ini akan mengenakan pakaian menutup kepala (bertudung) bila menghadiri majlis-majlis yang dikaitkan dengan agama, manakala selain dari waktu itu atau di majlis lain pula mereka boleh saja berpakaian seperti yang biasa dipakai oleh artis kita.
Majlis yang dikaitkan dengan agama adalah seperti pergi ke sekolah agama, pergi masjid, pergi majlis maulidur rasul, pergi mengaji Quran, pergi menziarah orang meninggal, pergi majlis berzanji dan marhaban. Selain dari majlis yang disebutkan itu, seperti pergi ke majlis perkahwinan, pergi membeli belah dan pergi ke pejabat, mereka boleh saja pakai baju kebaya dan berpakaian ketat tanpa mengenakan tudung.
Oleh itu kepada orang tua-tua atau generasi lama di Johor Bahru, cara Amalina berpakaian yang kepada kita agak kontraversi itu, tidaklah ganjil dan salah kepada mereka. Itu adalah cara wanita-wanita Johor Bahru berpakaian, berpakaian mengikut keadaan dan suasana, atau boleh dua alam.
Tetapi sekarang cara wanita berpakaian hampir sama saja di seluruh Malaysia kerana perkembangan semasa dan fesyen sentiasa dapat diikuti dengan cepat melalui berbagai saluran media.
Kebanyakan wanita sekarang telah bertudung kerana ia adalah trend zaman sekarang, berbagai fesyen tudung telah direka dan dihasilkan untuk memenuhi permintaan mereka. Mereka bertudung untuk kelihatan lebih cantik dan untuk menyembunyikan bahagian badan yang tidak cantik dari dilihat orang ramai.
Tetapi ada juga wanita yang bertudung yang betul-betul sebab patuh dengan ajaran Islam, menutup perhiasan diri dan kecantikan dari dilihat oleh lelaki bukan muhrim.
Apa pun, pakaian takwa itulah yang lebih utama.
PENFITNAH TAKUT BERDEPAN DENGAN PMX
20 minutes ago
3 comments:
tudung menudung kepala tu bukan disebabkan oleh fesyen .... RAMBUT DAN KULIT SEKITAR LEHER DAN BAHAGIAN DADA ITU ADALAH AURAT KAUM WANITA ISLAM .....HUKUM ISLAM .... kalau didedahkan hukumnya berdosa ... orang yang sengaja mendedahkan berdosa ... orang yang melihatnya juga turut berdosa
tudung menudung itu atas kehendak agama.....
kalau tak mahu tudung, takde hal .... kau tanggung le dosanya ....
tulisan kamu ni mendedahkan betapa ceteknya pengetahuan agama orang-orang johor walau pun terdapat sekolah agama bersepah-sepah sana sini .....
Jap, bukan Amalina tu org kelantan ke?
Kalaupun ada org yg cetek ilmu agamanya, tak patut dihina.....tak payahlah hendak menghina keseluruhan org Johor cetek ilmu agama. Bagaimana pula dgn org yg tinggi ilmu agama tp cetek pula budi bahasanya
Post a Comment