Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Sunday, July 24, 2011

Projek biometrik untuk jamu hantu raya

Petikan berita dari Utusan Malaysia 24 Julai 2011:


KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.



Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.

Ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini, di Kangar, PM Najib menyatakan rasa bangganya kerana menjadi Negara pertama menggunakan sistem biometrik dalam pilihanraya. “Dan tidak ada negara lain yang menggunakannya walaupun negara maju," tambah beliau.
Apakah jaminan sistem biometric ini tidak terlepas dari penipuan? Apatah lagi system biometric ini tidak pernah dicuba di mana-mana Negara, tentu terdedah kepada banyak kelemahan yang tidak diduga. Biometrik adalah program computer yang dibikin dan dikawal oleh manusia, masih mempunyai kelemahan dari pencerobohan.

Apa masalahnya dengan dakwat kekal? Bukan sahaja kosnya murah tetapi telah dicuba di beberapa Negara dan terbukti berkesan untuk mengelakkan penipuan dalam pilihanraya.

Menggunakan sistem yang canggih dan mahal seperti sistem biometrik itu bukanlah perkara yang penting, apa yang lebih utama ialah kita mahu mengelakkan penipuan dalam pilihanraya, itulah isu utamanya.

Kita bimbang projek sistem biometrik ini diwujudkan hanya untuk memenuhi tuntutan selera hantu raya yang dibela, padahal sistem dakwat kekal yang jauh lebih murah itu pun sudah sangat memadai.

PM Najib juga cuba meyakinkan orang ramai, dengan berkata, kalau BN benar-benar memanipulasi pilihanraya, sudah tentu PAS telah lama kalah di Kelantan. Malah katanya lagi, ada parti pembangkang yang menang hanya dengan 3 undi sahaja, kalaulah benar pilihanraya boleh dimanipulasi, sudah tentu BN mudah untuk menambah sedikit undi lagi untuk menang.

PM Najib boleh bercakap apa sahaja untuk mempertahankan pendiriannya, tetapi di pihak Pakatan Rakyat juga ada hak untuk menyuarakan pandangan dan persepsi mereka.

Sudah banyak kita dengar dan lihat, nama orang yang telah mati masih ada dalam senarai pilihanraya. Ramai bekas-bekas tentera memberitahu kita, sepanjang berkhidmat mereka tidak pernah melihat atau memangkah kertas undi. Kalau satu atau dua orang bekas tentera berkata seperti itu, bolehlah kita kata mereka berbohong, tetapi kalau beratus bekas tentera berkata seperti itu, takkan kita senang-senang nak tuduh mereka bohong.

Ada juga alamat rumah yang dihuni oleh lebih 80 orang pengundi. Kenapa boleh jadi sampai demikian? Apa muslihatnya? Kalau pendatang asing pun, mereka tidak duduk sampai 20 orang dalam satu rumah.

Perlu juga diingat, demokrasi bukan sekadar mengadakan pilihanraya yang bersih dari penipuan, tetapi lebih dari itu, pilihanraya mesti berjalan dengan adil dan bebas.

Sangat jelas kepada kita, media kerajaan dan media perdana Negara ini dikawal oleh parti yang memerintah. Sikap dan lapuran mereka berpihak dan berat sebelah. Mereka menjadi alat propaganda dan alat kempen kepada parti yang memerintah. Ini bukanlah amalan demokrasi yang betul dan murni.

Agensi-agensi kerajaan, polis, SPRM, SPR dan badan kehakiman tidak patut dijadikan kuda tunggangan parti yang memerintah untuk mengekalkan kuasa mereka. Penyalahgunaan kuasa ini sudah bercanggah dengan amalan demokrasi.

Dalam keadaan demokrasi yang telah dicabul dan pertandingan yang berat sebelah ini, bukan sekadar 3 undi, kalau parti pembangkang dapat meraih 40% undi pun, secara moralnya sudah boleh dikira parti pembangkang menang, walaupun mereka kalah di atas kertas.

3 comments:

thegreenreaper said...

Media memang mereka pegang bang. nak buat macam mana. memang dalam sejarah, wartawan2 ulung utusan melayu pernah mogok pada tahun 1961 Tunku Abdul Rahman nak jadikan utusan melayu masa tu milik UMNO. akibat keputusan tunku dulu tu lah wartawan2 skrg ramai yang jadi barua, tak melaporkan perkara sebenar. benda2 yang boleh membahayakan kerajaan mereka diamkan je, tapi kalau Tuan Guru tersalah cakap sikit habis gamat satu dunia.

Anonymous said...

betol tu abang beca,,,tak tau la ap nak jadi,,,

Anonymous said...

wekkk..keje ko bangkang jela kan..
sume benda yg krajan buat ko ckp xbetol..
xkan biometrik pon 'BESI" jugak kot..

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com