Mendengar berita dari TV Memperpodohkan Rakyat (TVBR) pada jam 8 malam tadi (9 Julai 2011), saya rasa seperti sedang menonton rancangan lawak Senerio. Kelakar.
Dalam berita itu TVBR telah menuduh perhimpunan BERSIH 2.0 sudah bertukar menjadi perhimpunan politik dan sudah lari dari tujuan asal perhimpunan itu yang menuntut pelaksanaan pilihanraya yang bersih.
Tidakkah TVBR sedar bahawa pilihanraya itu sendiri merupakan sebahagian dari politik, orang-orang politik memang terlibat secara langsung dengan pilihanraya. Oleh itu apa hendak dihairankan kalau perhimpunan BERSIH ini sebahagian besarnya disokong dan disertai oleh pemimpin dan orang-orang politik.
Kalaupun mereka menjeritkan slogan ‘reformasi’ dalam perhimpunan itu, tidak ada salahnya, kerana memang perkataan itu sesuai dan relevan digunakan untuk membuat tuntutan supaya dilakukan reformasi kepada pelaksanaan pilihanraya. Perkataan reformasi bukan bermakna khas untuk mendesak Mahathir berundur sahaja.
TVBR cuba hendak memperbodohkan rakyat dengan menggunakan ulasan-ulasan bodoh mereka dan menyalahkan perhimpunan BERSIH yang baru saja berlangsung itu.
Ditunjukkan juga dalam isi berita TVBR itu, wartawan-wartawan mereka menemuramah pengguna-pengguna jalanraya yang terperangkap dalam kesesakan teruk jalanraya di sekitar KL hari ini dan juga keluhan peniaga-peniaga dalam kawasan Kuala Lumpur yang rugi kerana tidak dapat membuka kedai disebabkan perhimpunan BERSIH. Apa yang dipaparkan dalam TV itu menunjukkan semua responden yang ditemuramah itu menyalahkan perhimpunan BERSIH.
Tahap wartawan TVBR sama macam pelawak-pelawak dalam rancangan Senerio saja.
Padahal kita tahu, polislah yang sebenarnya menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya yang teruk itu. Sekatan jalanraya dan penutupan jalanraya yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan trafik jem dan orang ramai tidak dapat masuk ke pusat bandaraya. Tetapi TVBR tidak sedikit pun menyalahkan polis dalam hal ini.
Walaupun polis ada hak untuk menangkap orang berhimpun tanpa permit polis, tetapi mereka tidak ada hak untuk menyekat aliran lalu lintas. Polis hanya boleh menangkap dan mendakwa di makamah mereka yang telah melakukan kesalahan kerana berhimpun tanpa permit, tetapi untuk menghalang orang keluar masuk ke dalam Bandaraya Kuala Lumpur adalah keterlaluan dan telah menggunakan kuasa secara berlebihan.
Polis tidak boleh menangkap pencuri atau perompak selagi mereka tidak melakukan kesalahan mencuri dan merompak.
Sebelum perhimpunan BERSIH berlangsung, TVBR begitu teruja menyiarkan berita penemuan bom-bom molotov cocktail, parang-parang dan baju T kuning BERSIH 2.0 di sana sini. Sungguh cekap polis Negara kita, semua senjata-senjata itu telah mereka temui semuanya sehingga tidak ada satupun dari senjata itu dapat digunakan oleh peserta perhimpunan BERSIH siang tadi. Begitulah cara TVBR menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan BERSIH.
Perhimpunan BERSIH digambarkan akan membawa huru hara dan rusuhan perkauman di Negara ini. Siapakah sebenarnya yang telah membuat hura hara dalam perhimpunan BERSIH tadi?
Jelas TVBR bersikap berpihak dan berat sebelah. Salah satu tuntutan BERSIH 2.0 ialah semua parti politik termasuk pembangkang diberi ruang dan liputan yang adil dalam media perdana. Kalau selepas perhimpunan BERSIH 2.0 ini, sikap media perdana masih juga tidak berubah, bermakna kita masih perlukan lagi satu perhimpunan BERSIH pada masa akan datang iaitu BERSIH 3.0.
Public Caning……27 December 2024
2 hours ago
1 comment:
Adik-adik muda jangan bertengkar tak baik.Soal bersih atau kotor itu dah jadi lumrah alam bahawa semua manusia di dunia sukakan yang BERSIH 2.0 . SPR sebuah badan bebas yang diamanah , mungkin dah mulai sedar dan bertekad mahu laksanakan tuntutan yang BERSIH lagi halal. Cuma sekarang ni tunggu lampu hijau kerajaan. Dipercayai kerajaan BN mulai celik mata tinjau semua penjuru dunia tentang makna sebuah kebebasan adalah hak milik semua seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Sedarlah bahawa Negara ini adalah hak milik warganegara Malaysia bukannya milik mutlak parti BN sahaja. Berlaku adil lah sesama kita insyaalah selamat. Hasil penipuan ,perasugut tidak mendatangkan kebahagiaan sejati. Mungkin UmNO sudah uzur berkerusi roda jadi serahkan secara terhormat kpd Pis kerana lebih amanah dan berwibawa . Berilah kepercayaan kalian dlm PRU13 nanti
Post a Comment