Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, August 23, 2010

Masih boleh berdoa untuk Lim Guan Eng


Khabbab keluar dari persembunyiannya dan berkata, “Demi Allah, baru kemarin aku mendengar Rasulullah s.a.w. mendoa supaya Umar atau 'Amr ibn Hisyam masuk Islam.

Riwayat diatas adalah dipetik dari laman web berikut:

Cerita Rasullullah berdoa kepada Allah s.w.t agar dua orang kafir yang bernama Umar masuk Islam sangat mashur dalam sejarah Islam.

Kedua-dua Umar ini sangat kuat dan keras tentangannya kepada perkembangan awal agama Islam di tanah Arab.

Kedua-dua Umar itu juga adalah orang yang dipandang tinggi dan sangat berpengaruh dalam masyarakat Mekah ketika itu.

Oleh itu tidak salah kalau kita mencontohi Rasullulah mendoakan mana-mana orang bukan Islam yang bernama ‘Umar’ supaya mereka diberi taufik dan hidayah untuk memeluk agama Islam.

Dan sangat bertentangan dengan sunah dan amatlah tidaklah betul kalau kita mendoakan orang yang bernama Lim Guan Eng supaya masuk Islam. Kerana ini tidak pernah dilakukan oleh Rasullullah sendiri.

Tetapi kalau kita masih juga mahu mendoakan beliau masuk Islam maka namanya hendaklah disebut dalam doa itu sebagai “Umar Abdul Aziz Pulau Pinang” bukan "Lim Guan Eng". Kerana pada nama itu ada “Umar”.

Amaran: Ini hanya pendapat penulis sahaja, bukan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

3 comments:

Anonymous said...

nak tanya masa rasulullah berdoa tu dalam solat jumaat ke di luar solat jumaat...

aku melayu islam

mosabit said...

napa kalau dlm solat jumaat...batal ker solat jumaat tu?....

kah kah kah kah kah kah ...

Anonymous said...

kepada anon melayu islam 11.20am

Kalau berdoa solat dalam khutbah utk raja yg zalim lagi la tak boleh nya...sebab tu aku rela bertuankan sikafir yg mengamalkan nilai islam dari org yg nama Islam tapi perangai kafir.

aku org islam

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com