Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, August 04, 2010

Pengangkutan awam, umpama telur dengan ayam

Pengguna kata bas tak ikut waktu, kadang-kadang langsung tak ada bas yang lalu. Persepsi pengguna mengatakan perkhidmatan bas tidak boleh diharap.

Waktu masuk kerja adalah tetap setiap hari, iaitu pukul 8.00 pagi atau pukul 9.00 pagi. Pengguna akan memilih masa menaiki bas pada waktu perjalanan bas yang sesuai. Pihak bas juga mempunyai jadual perjalanan bas mereka yang tetap, tetapi malangnya masa perjalanan bas tidak pernah ditepati oleh pihak bas. Malah kadang-kadang bas yang dijanjikan tidak kunjung tiba.

Bas yang tidak tentu masa sampainya ini menyebabkan orang ramai tawar hati untuk menggunakan perkhidmatan bas. Akhirnya mereka lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri.

Itulah antara sebab-sebab kenapa orang ramai tidak begitu berminat menggunakan perkhidmatan bas. Mereka menggunakannya hanya dalam keadaan terdesak sahaja atau untuk pergi ke sesuatu destinasi yang tidak terikat dengan masa atau waktu.

Perkhidmatan bas tidak dapat menarik orang ramai atau golongan pekerja menggunakan perkhidmatan bas mereka.

Di pihak bas pula, mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka tidak dapat menyediakan perkhidmatan bas mengikut jadual seperti yang telah dirancang.

Pihak bas kata, mereka telah cuba menyediakan bas ikut jadual tetapi tidak ramai penumpang yang naik, kadang-kadang hanya 4 atau 5 orang saja yang naik bas. Keadaan ini tidak ekonomik, kos operasi menjadi tinggi dan syarikat bas boleh rugi jika bas berjalan tanpa penumpang yang ramai.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, bas terpaksa melambatkan perjalanan atau mengubah waktu perjalanan untuk memastikan lebih ramai penumpang dapat dikutip bagi setiap perjalanan.

Akhirnya kadang-kadang berlaku penumpang penuh dan berasak-asak dalam bas kerana dua atau tiga perjalanan dikumpulkan jadi satu perjalanan sahaja. Syarikat bas gembira kerana cara ini lebih ekonomik dan menguntungkan.

Tetapi syarikat bas ini tidak memikirkan untuk jangka masa panjang. Sebenarnya dengan berbuat demikian, penumpang jadi tidak selesa, bersesak dalam bas dan menjejaskan waktu mereka tiba di tempat kerja. Penumpang tidak akan suka keadaan seperti itu dan mereka akan beralih untuk menggunakan kenderaan sendiri.

Kita dapat lihat, sikap syarikat bas dengan orang ramai ini adalah umpama telur dengan ayam, mereka saling berhujah siapa yang patut dulu.
Orang ramai mengharapkan syarikat bas menepati jadual perjalanan mereka, barulah mereka mahu menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja, manakala syarikat bas pula mengharapkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan bas, barulah mereka mahu menggerakkan bas mereka mengikut jadual dan menambah bilangan bas mereka.

Pada pendapat saya, syarikat baslah yang patut terlebih dahulu memperbaiki perkhidmatannya, bas patut tiba tepat pada waktu yang telah ditetapkan seperti dalam jadual. Bila orang ramai melihat bas sentiasa ada seperti yang dijadualkan, barulah ia dapat menimbulkan rasa yakin kepada orang ramai.

Apabila orang ramai telah yakin dengan perkhidmatan bas, tentu mereka tidak teragak-agak lagi untuk menggunakan perkhidmatan bas, malah mereka tidak teragak-agak untuk beralih dari mengguna kenderaan sendiri kepada perkhidmatan bas, terutamanya untuk ke tempat kerja.

1 comment:

Kenn said...

Saya kerap menggunakan pengangkutan awam (bas mini) dihujung waktu bersekolah di Lembah Klang dahulu. Selepas itu, hanya guna kereta sendiri apabila telah bekerja.

Tidak lama dahulu selepas bercuti di UK dan mengalami sistem pengangkutan awam di sana, tambah lagi dengan kenaikan mendadak harga minyak, saya cuba sekali lagi untuk berjinak dengan "bas".

Memang benar, yang dapat saya guna setelah lama menunggu, tanpa mengikuti jadual perjalanan seperti yang tertampal ditempat menunggu. Ada juga yang tak kunjung tiba walaupun lebih 2 jam menunggu. Akhirnya, saya berbalik semula kepada kereta persendirian. Itu baru perjalanan hujung minggu. Bagi perjalanan utk ketempat kerja atau temu janji, memang daru dulu lagi saya tidak bergantung kepada bas.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com