Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Monday, October 13, 2008

Ranking universiti dan Professor Kangkung.~ref Malaysiakini

Berbagai reaksi timbul bila membaca berita Malaysiakini yang melapurkan tidak ada universiti negara kita yang termasuk dalam kelompok 200 universiti terbaik di dunia.

Berikut komen dari saya:

Kecemerlangan sesebuah universiti banyak bergantung kepada keupayaan tenaga akademiknya. Universiti adalah tempat dimana ilmu peringkat paling tinggi diajarkan. Universiti adalah juga tempat ilmu-ilmu baru ditemui.

Tidak semua orang dapat menguasai sesuatu bidang ilmu dengan baik, dan tidak semua orang ada kemampuan untuk menemukan ilmu-ilmu baru. Hanya orang-orang yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan memiliki otak yang pintar sahaja dapat melakukannya.

Ilmu pengetahuan boleh dipelajari tetapi kebijaksanaan atau kepintaran adalah sesuatu yang tidak boleh didapati dengan belajar. Otak yang pintar adalah anugerah Tuhan kepada seseorang seperti mana Dia menganugerahkan kecantikan, suara yang lunak dan berbagai sifat istimewa lagi pada orang-orang tertentu.

Kenapa ranking universiti di Malaysia semakin jatuh? Jawabnya mudah, ini disebabkan kualiti kakitangan akademik di universiti kita tidak setanding dengan universiti-universiti yang rankingnya lebih tinggi itu.

Pada masa dulu Negara kita hanya ada satu universiti sahaja iaitu Universiti Malaya, pensyarah-pensyarah yang diterima bekerja di situ adalah di kalangan orang yang paling pandai di Malaysia ketika itu. Masa itu tidak banyak syarikat-syarikat swasta untuk orang bekerja. Pekerjaan sebagai pensyarah pada masa itu adalah dianggap sebagai pekerjaan yang bergaji lumayan dan berstatus tinggi dalam masyarakat.

Oleh itu kita tidak hairan kalau suatu masa dulu Universiti Malaya pernah mencapai kelompok ranking 50 teratas university terbaik di dunia. Tetapi kemudiannya keadaan di universiti-universiti di Malaysia telah berubah.

Apabila Negara kita semakin membangun banyak agensi-agensi kerajaan diwujudkan dan sektor-sektor swasta tumbuh dengan pesat. Universiti bukan lagi menjadi pilihan utama sebagai tempat untuk bekerja.

Bukan sahaja pelajar-pelajar yang pintar tidak berminat bekerja di universiti kita malah pensyarah-pensyarah pun ramai yang keluar dari universiti kerana tawaran gaji di luar terutamanya di sektor-sektor swasta yang jauh lebih tinggi dan menarik.

Akhirnya di universiti hanya tinggal orang-orang yang tidak laku di pasaran luar dan orang-orang yang betul-betul berminat bekerja sebagai ahli akademik yang tidak terpengaruh oleh habuan wang ringgit.

Lantaran itu universiti-universiti negara kita telah didominasi oleh pensyarah-pensyarah yang tidak berwibawa, mereka sukar untuk menguasai ilmu-ilmu baru, apatah lagi untuk membuat penemuan-penemuan ilmu baru.

Menambah buruk lagi keadaan apabila amalan pemilihan kenaikan pangkat kakitangan akademik di universiti dibuat tidak benar-benar berasaskan merit dan kecemerlangan akademik tetapi sebaliknya banyak didorong oleh kepentingan politik.

Maka ramailah pensyarah-pensyarah universiti dianugerahkan gelaran professor walaupun dari segi kualiti jika dibandingkan dengan professor di universiti ternama di luar Negara bagai langit dengan bumi. Bagi pemimpin politik, yang lebih penting professor-professor yang dilantik itu boleh terus menyokong polisi dan dasar kerajaan yang mereka dokong.

Professor-professor yang berkualiti rendah inilah yang pernah digelar oleh Professor Ungku Aziz sebagai ‘professor kangkung’.


Dari keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu telah menunjukkan sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin merosot. Seolah-olah kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu telah hilang.

Menyedari akan hal ini, menteri UMNO telah mengarahkan professor-professor di universiti membuat kajian semula terhadap keberkesanan pengajaran sains dan metametik dalam bahasa Inggeris. Seperti semacam telah ditetapkan oleh sang menteri UMNO ini supaya kajian tersebut hendaklah menunjukkan pengajaran sains dan metametik dalam bahasa Inggeris adalah tidak berkesan dan patut ditukar semula kedalam bahasa Melayu.

Tanpa disedari professor kangkung ini telah diperalatkan oleh pemimpin politik UMNO ini. Dengan keputusan menukar semula dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini seolah-olah menunjukkan UMNO telah memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Maka dijangka berbondong-bondonglah orang Melayu menyokong UMNO semula.

Orang kampung tidak tahu yang menteri-menteri UMNO ini kalau berada di rumah bersama keluarga mereka, mereka lebih banyak bercakap Inggeris dari bercakap Melayu.

Saya masih ingat lagi semasa Mahathir hendak meyakinkan orang Melayu dalam melaksanakan polisi pengajaran sains dan metametik dalam bahasa Inggeris ini, satu kajian telah juga dibuat setelah beberapa tahun pelaksanaannya dan keputusan hasil kajian itu telah dihebahkan kepada orang ramai sebagai memberangsangkan dan sangat berkesan.

Tetapi sekarang hasil kajian itu sudah terbalik pula. Poning kepalo den.

8 comments:

Anonymous said...

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! betul ker apa yang kau tulis ni, mana bukti? ker pihak pembangkang yang suruh kau tulis nie. kau nie boneka pembangkang ker?

Anonymous said...

kau ni bukan Dr. Alias, pensyarah dari fakulti sains UTM. kau pun Dr. kangkong jugak lah.

Anonymous said...

bukan kau ker yang prof kangkung?

azlishukri said...

salam singgah. kupasan yang sangat menarik.

Ershadiah said...

sape la anonymous ni..pengecut..
sengal la..mr alias bkn dari fac science.. btw~saye xsokong mane2 parti politik.. tapi ape yg encik ckp ni ade btol nye gak..

zm said...

i agree..sepatutnya mereka2 yang cemerlang diperingkat spm, undergrad masuk akademik...tapi ramai tak minat dan mendapat imbuhan yang lebih baik di swasta. Sy berharap akan ada pensyarah melayu yang memegang jawatan pensyarah/profesor di universiti global..kalau tak jauh, univ di singapore dan australia pun dah ok. Bila lagi.

Anonymous said...

Artikel ini hanya berdasarkan emosi dan membelakangkan realiti. Sila senaraikan kriteria-2 untuk pengukuran penarafan ranking. Tak dinafikan reputasi akademik itu adalah salah satu darinya. Tapi perlu diingat, sesebuah IPTA bukan hanya ada fakulti sains sosial sahaja, yang mana dari fakulti seperti inilah ramainya yang dikatakan "Professor Kangkung" mengikut penilaian penulis. Di IPTA terdapat juga fakulti-2 berasaskan sains dan teknikal yang mana tenaga akademiknya amat jarang sekali dipanggil untuk melakukan kaji selidik yang menguntungkan pemerintah, jika itulah penilaian penulis berkenaan ciri-2 ahli akademik "kangkung".

Kajian dalam bidang sains dan teknikal di IPTA buat masa ini lebih kepada penghasilan produk. Jika diamati, penyertaan IPTA dalam pameran penyelidikan berasakan produk di peringkat antarabangsa boleh dibanggakan. Malangnya kriteria itu tidak ada dalam penarafan ranking. Mungkin kita belum mampu menghasilkan teori baru, tapi itu tidak bermakna universiti kita tiada kualiti memandangkan penghasilan produk juga memberi gambaran akan kemampuan tenaga akademik IPTA.

Reputasi akademik termasuk didalamnya kajian penyelidikan dan penerbitan jurnal. Bagi bidang sains dan teknikal, penyelidikan yang bagus memerlukan geran yang besar yang mana itulah sebenarnya kekurangan kita.

Di sini saya lebih banyak bercakap mengenai sains dan teknikal, kerana inilah sebenarnya bidang yang banyak memberi tumpuan pada penyelidikan. Bukan menidakkan sumbangan bidang ilmu lain, tapi untuk membuka mata masyarakat supaya sedar bukan semua tenaga akademik IPTA adalah "kangkung" dan supaya kita tidak sewenangnya menghina golongan ini dengan kata-2 "kangkung" atau "tidak laku di pasaran".

Anonymous said...

artikel paling bodoh pernah aku baca...seriously flaw and many accusation without evidence

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com