Petikan dari Utusan Malaysia 31 Oktober 2008:
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, modal insan
adalah satu aspek yang perlu sentiasa dititikberatkan dalam bidang ketenteraan
terutama untuk menuju ke arah negara maju.
Untuk mencapai matlamat itu, kata
Perdana Menteri, semua pihak perlu menanam keyakinan bahawa Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) berkemampuan untuk mempertahankan negara dalam apa jua
keadaan.
Jelas beliau, misi nasional sangat berkait rapat dengan peningkatan
kemajuan angkatan tentera itu sendiri.
Katanya, disebabkan faktor tersebut,
semua anggota dalam perkhidmatan ATM perlu melengkapkan diri dengan ilmu
ketenteraan dan persenjataan yang paling moden bagi mengukuhkan benteng
pertahanan negara.
"Apa guna kita membeli senjata atau peralatan canggih
tetapi tidak tahu menggunakannya atau hanya tahu menggunakannya dalam beberapa
cara sahaja sedangkan ia boleh digunakan melalui banyak cara.
"Contohnya,
tidak ada gunanya jika dibekalkan dengan senjata canggih tetapi hanya tahu
menggunakan 10 daripada 20 fungsi senjata itu," katanya ketika berucap pada
Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini.
Buat masa sekarang negara-negara di rantau sebelah Asia Tenggara boleh dikatakan jauh dari berlaku ketegangan yang boleh membawa ke kancah perang. Oleh itu tidaklah begitu sesuai dan tidak bijak kalau kita membelanjakan jumlah wang yang besar dalam pembelian kelengkapan senjata dan memperbesarkan pasukan tentera kita. Apatah lagi di waktu dunia sedang menghadapi krisis ekonomi seperti sekarang ini.
Apa yang lebih bermanafaat untuk dilakukan kepada angkatan tentera kita sekarang ini ialah memberi tumpuan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan kelengkapan senjata perang untuk mewujudkan pakar-pakar kita sendiri bagi menghasilkan senjata-senjata moden dan canggih.
Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada Negara-negara maju untuk membekalkan senjata perang bagi Negara kita dengan terpaksa membayar harga yang sangat mahal. Oleh kerana kita tidak terlibat dengan peperangan untuk jangka masa yang panjang maka kelengkapan dan senjata perang yang kita beli mahal ini mungkin tidak akan digunakan langsung sehingga ia menjadi usang dan tidak boleh digunakan lagi.
Sebagai Negara yang sedang menuju ke arah Negara maju, kita sepatutnya bukan sekadar berbangga kerana pandai mengguna senjata canggih yang kita beli dari luar, tetapi Negara kita akan lebih dihormati lagi jika kita pandai mencipta dan mengeluarkan senjata perang kita sendiri.
Di Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, penemuan-penemuan teknologi dalam kelengkapan dan peralatan perang ini juga telah dimanafaatkan bagi memajukan bidang-bidang lain seperti bidang angkasa dan perubatan.
Menambah anggota tentera akan hanya menambah belanja untuk membayar gaji mereka, sedangkan kita bukan berada dalam suasana perang yang memerlukan ramai tentera. Kerja-kerja yang banyak dilakukan oleh pasukan tentera kita sekarang hanyalah berbentuk kerja-kerja pemantauan sempadan. Kalau kita dapat mencipta alat-alat pemantauan yang canggih tentu kerja-kerja pemantauan yang banyak bergantung kepada kepada tenaga manusia ini juga dapat dikurangkan.
Buat apalah kita mempunyai bilangan angkatan tentera yang ramai tetapi tidak berperang, mereka seolah-olah duduk bersiap siaga begitu sahaja, menunggu kalau-kalau berlaku perang. Tentu lebih baik kalau tenaga mereka itu disalurkan untuk membuat kerja-kerja yang lebih produktif.
Sebagai gantian kita boleh mewujudkan pasukan-pasukan sukarela yang mendapat latihan ketenteraaan yang boleh digunakan khidmat mereka bila Negara diancam peperangan. Disamping mendapat latihan ketenteraan, mereka boleh bekerja seperti rakyat biasa. Dengan itu kerajaan tidak perlu membayar gaji bulanan seperti terpaksa membayar gaji tentera seperti sekarang ini.
Yang patut diutamakan di waktu ini ialah membesarkan pasukan polis, ini perlu kerana meningkatnya jenayah dan gejala sosial yang berlaku sekarang ini. Nisbah bilangan anggota polis dengan penduduk terlalu besar manakala kadar jenayah semakin bertambah, keadaan semakin buruk dengan kebanjiran pendatang-pendatang asing ke Negara kita yang banyak menimbulkan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
2 comments:
Pendapat dan pandangan saudara tu betul. Kenapa nak membazir. Bantu rakyat miskin dan latih mereka supaya dapat bantu negara apabila terancam kan lebih baik. Lagi pun takkan kita nak berperang, nak lawan sape?
General yang ada pun otak beku, nak ada helikopter yang hebat. Apalah agak nya yang nak di buat, 12 biji pulak tu, nak berperang apa? Betul ngok lah.
Rasa nya satu kajian terperinci mesti di buat terhadap ATM ini sama ada bentuk dan alat kegunaan yang ada untuk elak pembaziran.
PELABURAN YANG TIDAK BERFAEDAH.
Ini yang dikatakan sokong bodoh.
Komen pertama ni betul-betul gila.
Baik tak payah ada angkatan tentera Malaysia.
Post a Comment