Sebelum Pakatan Rakyat mahu
menyertai BERSIH untuk demo membantah SPR kerana tidak telus dan adil dalam
mengendalikan proses pilihanraya, ada baiknya mereka terlebih dahulu
memperbaiki proses dan sistem dalam pemilihan barisan kepimpinan parti-parti
mereka. Nanti jangan dikata kokok berderai-derai, ekor gelumang tahi.
**********************************
Merancang, merancang dan terus
merancang untuk masa depan yang lebih baik. Sebijak-bijak rancangan ialah yang
dapat beri pulangan kepada kita semasa kita tidak ada lagi di dunia ini.
**********************************
Sepatutnya tidak ada musuh
politik, yang ada hanyalah berbeza pandangan.
Sistem demokrasi yang kita
amalkan di Negara ini, memberikan kita hak untuk menyuarakan pendapat dan
pandangan yang berbeza, walaupun dengan Perdana Menteri sekalipun.
Oleh itu jangan ada rasa kecil
hati.
**********************************
Demokrasi tidak menjamin kita
menjadi baik, tetapi ia dapat meletakkan yang terbaik menjadi pilihan.
**********************************
Bagaimana agaknya gaya kehidupan
anda jika anda mendapat jumlah gaji bulanan seperti yang ada sekarang tetapi
harga barang masih seperti masa di tahun 1960an, kuih 5 sen sepotong dan kerang
dan ikan kembung baru 40 sen sekilo?
**********************************
Di Amerika, walaupun anak-anak
mereka yang berbagai warna kulit bersekolah di sekolah yang sama, menggunakan
bahasa yang sama sejak beratus tahun lamanya, tetapi masih juga tidak dapat
mengikis sepenuhnya amalan apartheid. Apapun, sekurang-kurangnya mereka telah
berusaha menghalang amalan ini secara undang-undang dan menghalang
faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada amalan diskriminasi kaum dan
apartheid.
Sebaliknya kita di Malaysia,
dengan secara sukarela menjemput dasar apartheid dan menyuburkannya dengan
mengasingkan anak-anak kita bersekolah di sekolah mengikut kaum.
**********************************
Apa perbezaan antara ‘dengarlah
nasihat doktor’ dengan ‘ikutlah nasihat doktor’?
**********************************
Memang ramai yang sedih dengan
pemergian Karpal Singh, tetapi yang lebih sedih lagi ramai di kalangan kita
tidak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk memberi penghormatan terakhir
kepada mayat beliau, malah ada yang baru nak sibuk bertanyakan kepada ustaz.
Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia tidak ada sahabat karib dari kaum lain,
sampai tak tahu macamana nak bagi penghormatan kepada mayat kawan yang
berlainan agama. Peliknya slogan perpaduan kaum bukan main gah lagi dalam TV
dan radio kita.
Betullah kata orang, kita buat
slogan sebab perkara itu tidak wujud. Kalau perkara itu sudah jadi perkara
biasa, apa kejadahnya nak buat slogan.
**********************************
Kerja dakwah ialah mengajak
manusia kepada kebaikan, perlakuan mengajak dan menasihati manusia,
berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, memerlukan
kebebasan bersuara. Hak kebebasan bersuara dan hak memberi pandangan ini telah
dijamin dalam sistem demokrasi, tetapi ramai pemimpin telah mencabul hak
kebebasan ini demi untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sebab itulah, tidak boleh
dikatakan sistem demokrasi tanpa adanya kebebasan bersuara.
**********************************
Terbaca tulisan ini di sebuah
klinik:
Anda tidak perlu berasa risau,
anda hanya ada dua kemungkinan, samada sihat atau sakit.
Kalau anda sihat, anda tidak
perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda sakit, anda
masih ada dua kemungkinan, samada sakit anda akan sembuh atau sakit anda tambah
teruk dan terus meninggal dunia.
Kalau sakit anda akan sembuh,
anda tidak perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda meninggal,
anda masih lagi ada dua kemungkinan, samada anda masuk syurga atau masuk
neraka.
Kalau anda masuk syurga, anda
tidak perlu untuk berasa risau.
Tetapi kalau anda masuk neraka,
anda akan disiksa sepanjang masa sehingga tidak ada masa untuk memikirkan soal
kerisauan.
Kesimpulannya, tidak perlu
berasa risau.
**********************************
Tuhan telah sediakan keperluan
di dunia ini cukup untuk semua manusia, yang jadi tak cukup sebab ada yang
ambil lebih.
**********************************
Merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Mendiang Karpal Singh (Harimau Politik Malaysia):
Bukan suatu yang mudah untuk
melalui kehidupan sebagai seorang pembangkang di Malaysia, terutamanya sebelum
tahun 1998, penuh duri dan ranjau. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar
masa hidup beliau untuk memastikan proses check and balance di Negara kita
terus berjalan. Beliau sangat berani dan bersemangat kental dalam
memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.
Moga lebih ramai lagi pejuang
politik yang punya semangat seberani seperti Karpal Singh yang akan lahir untuk
masa depan Malaysia yang lebih baik.
**********************************
Tidak ada guna kita bercakap tentang
Negara Islam, hukum hudud dan Malaysian Malaysia melalui saluran demokrasi, sedangkan
sistem demokrasi di Negara kita ini telah tidak dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu marilah kita bermula
dengan memperbaiki dan memulihkan demokrasi Negara kita ini terlebih dahulu,
dan selepas itu barulah suara kita boleh didengar oleh semua orang dan kita boleh
bercakap tentang apa saja tanpa sekatan.
Jangan salahkan orang ramai,
jangan terlalu cepat mengatakan mereka menolak hukum hudud, bukan rakyat
Malaysia menolak hukum hudud. Adakah kita telah melakukan usaha menerangkan
hukum hudud secara besaran-besaran kepada rakyat Malaysia melalui media
perdana?
Sepatutnya tugas PAS paling
utama sekarang ialah membebaskan media perdana, selepas itu barulah boleh
bercakap pasal hudud dan akan didengar oleh semua orang. Kalau tidak, hanya
sekelompok orang Melayu yang mendengar ceramah PAS sahaja yang tahu pasal hukum
hudud. Akhirnya hudud dijadikan modal politik pada setiap menjelang
pilihanraya.
**********************************
Suasana kampung di masa dulu:
kalau ada orang luar yang masuk ke kampung kita pasti kita tahu orang itu orang
luar, bukan orang kampung kita. Maknanya kita boleh kenal semua orang kampung
kita, dari yang tua hinggalah yang paling kecil.
**********************************
Tadi dalam kelas ada seorang pelajar
beritahu saya, “Encik, saya tinggal satu Taman dengan Encik”. Itulah beza
kampung dengan Taman.
**********************************
Rumah cantik, Negara indah.
Rumah bersih, rakyat sihat.
**********************************
Yang menang dalam pilihanraya
lepas adalah BN, rakyat kenalah beri peluang untuk parti BN mentadbir dan
mengurus Negara ini dengan cara mereka, hormatilah demokrasi. Kalau BN hendak
naikkan harga barang, hendak naikkan harga minyak, hendak kurangkan subsidi,
hendak melaksanakan cukai GST,…… itu adalah hak mereka.
Kalau ada siapa yang tak setuju,
mudah saja, jangan memberi undi kepada mereka pada pilihanraya akan datang.
**********************************
Orang awam tidak patut untuk
membuat kecaman dan kritikan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor, kecualilah kalau beliau masuk campur dalam urusan politik dan
pentadbiran Negara.
**********************************
Masa dulu, golongan yang paling
pandai dalam masyarakat akan jadi guru. Tapi sekarang, kebanyakan mereka yang
tidak layak untuk mengambil kursus terbaik di university, barulah memilih untuk
menjadi guru. Apakah gejala ini telah memberi kesan negative kepada prestasi
sekolah Negara kita?
**********************************
Allah menguji manusia di dunia
ini untuk mengetahui siapa yang taat dan siapa yang derhaka kepadaNya. Kalau
pun tidak diuji, Allah tahu siapa yang derhaka kerana Allah Maha Mengetahui.
Tetapi manusia ini sifatnya suka membantah, nanti dia akan kata, “Kenapa Engkau
masukkan aku ke neraka sedangkan aku tidak diuji terlebih dahulu”.
**********************************
Kalau di KL, sekali rumah
setinggan terbakar, petanda kondominium nak naik.
**********************************
Hari-hari ‘ustaz-ustaz’ Yahudi
datang ke rumah kita mengasuh anak-anak kita dengan kitab Hollywood yang
berkiblatkan Amerika. Tanpa melepaskan sebutir pun peluru, Yahudi telah
menjajah pemikiran kita. Bijak betul bangsa Yahudi ini.
**********************************
Anak penoreh getah jadi menteri
adalah perkara biasa, tetapi anak menteri jadi penoreh getah adalah suatu yang
tidak akan terjadi di Malaysia.
**********************************
semangat untuk menuntut keadilan
sosio ekonomi rakyat Malaysia dan pemulihan demokrasi oleh semua pihak mesti dilakukan
berterusan, kalau tidak, Negara kita tidak akan boleh pergi jauh dan tidak
mampu berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju.
**********************************
Apabila kita suruh anak-anak
baca buku untuk menghadapi peperiksaan, bermakna kita mahu mereka fahami apa
yang mereka baca. Jarang sekali kita kata kepada anak-anak, “pergi fahami buku”,
yang selalu kita kata, “pergi baca buku”.
Bila Nabi suruh umatnya baca
Quran, baginda juga maksudkan perkara yang sama.
Apakah kita telah memahami
suruhan Nabi ini? Atau ada yang salah faham?
**********************************
Bukan Facebook yang telah
mengubah pandangan saya terhadap kehidupan, politik dan agama, tetapi
rakan-rakan Facebook saya. Oleh itu teruskan memberi pandangan dan komen,
sekecil mana pun pandangan anda, ia tetap memberi banyak kebaikan kepada diri
saya.
Not Facebook has reshaped my views
on life, politics and religion, but my Facebook’s friends. So go ahead give your
views and comments, even how small your view, it will bring much benefit to me.
**********************************
Kalau takat mesin ATM saja
hilang, boleh tahan lagi, tapi bila kapalterbang hilang tanpa dapat dikesan, ni
dah kira melampau. Esok lusa Negara kita pulak hilang!!!!!!
**********************************
Kalau masa nak kira berapa
banyak cukai pendapatan yang kita kena bayar itu, janganlah risau sangat kalau
terlebih bayar, sebaliknya risaulah kalau terkurang bayar. Kalau nak ikutkan,
ada setengah orang, dia ambil gaji separuh saja setiap bulan, separuh lagi dia
pulangkan kepada kerajaan. Apa sangatlah kalau kita yang terlebih bayar cukai
pendapatan ini berbanding dengan orang-orang yang telah mengorbankan sedikit
keselesaan dan kemewahan mereka untuk Negara.
**********************************
Perlembagaan Negara memang tidak
boleh dicabar oleh sesiapa pun dan tidak boleh diubah dengan sewenangnya.
Tetapi sanggupkah kita terus melihat anak bangsa Negara kita hidup berkasta dan
mendapat layanan secara berbeza-beza akibat adanya kepincangan dalam
perlembagaan itu sendiri?
**********************************
Perlembagaan Negara memang tidak
boleh dicabar oleh sesiapa pun dan tidak boleh diubah dengan sewenangnya. Yang
kita persoalkan apakah perlembagaan itu bersesuaian dengan nilai-nilai manusia yang
bertamaddun dan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama kita?
**********************************
Jangan sampai kita dipersalahkan oleh generasi
akan datang kerana tidak membuat sesuatu, padahal kita mampu untuk mengubahnya.
**********************************
Agama kita tidak pernah mengajarkan kita melakukan ketidakadilan, diskriminasi dan penzaliman.
Agama kita tidak pernah mengajarkan kita melakukan ketidakadilan, diskriminasi dan penzaliman.
**********************************
Hanya Tuhan sahaja yang layak untuk menentukan
hak kita. Apakah hak kita untuk menentukan hak kita sendiri?
**********************************
Pada suatu masa dulu, belajar
tinggi-tinggi dan belajar pandai-pandai adalah untuk dapat kehidupan yang lebih
senang atau menjadi kaya di masa depan. Sekarang konsep ini sudah tidak boleh pakai,
kita kena balik asal, belajar adalah untuk mendapatkan ilmu, masyarakat yang
berilmu perlu untuk sebuah Negara
membangun dan maju. Boleh ke Negara maju kalau rakyatnya tak berilmu?
**********************************
Sejak bila pula dia orang tukar
nama isteri PM kita jadi Rosmewah?
**********************************
Musa Hitam kata, Dr Mahathir ada
di Malaysia, bukan berada di China semasa peristiwa Memali berlaku. Bukan aku
tak percaya cakap Musa Hitam, tapi kenyataannya itu tidak buatkan aku nak
respek sama dia, kerana dia mendedahkannya semasa Dr Mahathir sudah tidak ada
taring.
**********************************
Cucu: “Tok! nak duit tok”
Atuk: “Ada duit tukar?, atuk ada
note RM50 saja”
Kalau cucu jawab “tak ada”
Atuk: “macam mana atuk nak bagi,
kamu tak ada duit tukar”
Kalau cucu jawab “ada”
Atuk: “ada pun duit kamu, buat
apa atuk nak kasi lagi”
**********************************
Akaun Facebook anda adalah diri
anda.
**********************************
Saya kata, "Sekolah
bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis."
Einstein kata, "Kecerdikan
manusia ada batas, tapi kebodohan tiada sempadan."
Sahabat saya Che Man kata,
"Belajar sampai ke U, bodoh sampai ke Z."
Seorang lagi sahabat, Huraira Arab kata,
"Sekolah enam tingkat, bodohnya sampai 10 tingkat."
Sahabat Roziah Latip pula
kata, "Sekolah habis, bodoh tak habis-habis."
Sahabat lain, Roslan Ridzuan kata,
"Belajar setinggi langit, bodoh sedalam lautan."
Hebat "failsampah"
kawan-kawan saya - mengalahkan Einstein!
**********************************
Banyak sistem demokrasi di dunia
hari ini tidak berfungsi seperti yang diharapkan, sehingga kemenangan dalam
pilihanraya bukan lagi ditentukan oleh pengundi tetapi ditentukan oleh media
dan agensi pengimejan yang dikawal oleh Zionis.
**********************************
Teruskan posting pendapat dan
komen anda di Facebook ini. Sekecil mana pun pandangan itu ia tetap membantu
saya dalam melihat sesuatu isu. Dapat mengubah pandangan saya terhadap
kehidupan, agama, kepercayaan, politik, kesihatan dan kemasyarakatan, ke arah
yang lebih baik dan mematangkan diri saya. Terima kasih rakan-rakan semua.
Sekecil mana pun pendapat dan
komen anda di Facebook ini, ia tetap akan dibaca dan dilihat oleh orang lain, malah
mungkin dibaca oleh Menteri dan pembuat dasar.
**********************************