Landasan keretapi Kuala Pilah-Bahau sepanjang 21.7 Km itu telah dibuka pada 4 April 1910. Seperti perkhidmatan keretapi di tempat-tempat lain di Tanah Melayu di masa itu, ia digunakan untuk membawa barang-barang komiditi terutamanya getah dan juga membawa penumpang.
Di sepanjang perjalanan dari pekan Kuala Pilah, keretapi ini akan berhenti di Pelangai, Juasseh dan Jempol sebelum sampai ke Bahau.
Keretapi enjin wap yang menggunakan bahan bakar arang batu itu telah ditamatkan perkhidmatannya menjelang Perang Dunia Kedua.
Kini, di atas bekas landasan keretapi ini telah dibina jalan raya bertar yang menjadi jalan alternatif menghubungkan Kuala Pilah dan Bahau. Dapat dilihat jalan ini agak lurus kerana dibina di atas bekas jalan keretapi.
Walaupun perkhidmatan keretapi ini telah lama ditamatkan tetapi bangunan Setesen keretapi Kuala Pilah ini masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Di bawah adalah gambar bangunan setesen keretapi Kuala Pilah yang asal.
Di bawah ini pula adalah gambar bekas Bangunan woksyop bagi membaik pulih keretapi Kuala Pilah yang dirakam pada sekitar tahun 1969. Kini bangunan woksyop itu telah diruntuhkan bagi membina Pasar Baru Kuala Pilah.
Berikut adalah Pasar Kuala Pilah
7 comments:
esey org pilah pun tak tahu pasal ni.mmg berkarat
Assalamualakum..saya tertanya2 mana dapt gambar kanak2 & perempuan mendukung seorg kanak2 perempuan berlata belakang workshop lama tu??
wow..sy pun br tau...thank for sharing.
den tau pilah dulu, ado keto api.. cumo x tau kosan2 tinggalan sojarah eh.. anyway, nice sharing..
Tuan, Saya mendengar cerita ini dari bapa yang mendengarnya dari org2 tua terdahulu. Pohon share tulisan ini dan gambar dalam blog saya yang baru diusahakan. Terima kasih!
Please see more on old KP in Kuala Pilah History on google- many old pictures from 1937, TMS in those days etc
M P Deva
devamp37@gmail.com
mo kasih, share yo.
Post a Comment