Jangan bila nasi dah jadi bubur baru nak berundur. Kalau dah jadi bubur, tak berguna lagi.
Seperti yang telah berlaku kepada Hosni Mubarak Mesir, bila kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi, barulah hendak tawarkan macam-macam perubahan kepada rakyat Mesir, tetapi semua tawaran itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Di bawah ini adalah nasihat Mubarak Malaysia kepada Mubarak Sarawak yang dipetik dari Malaysiakini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.
Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.
Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.
Mubarak akhirnya berundurdaripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.
Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.
2 comments:
Salam tuan. Mohon apa sudi kiranya linkkan blog Panlima7 di sini. Semoga dirahmati Allah hendaknya. Salam Perjuangan.
Taib bukanlh "mubarak sarawak"tapi beliau adalah "firaun akhir zaman" biarlh dia mengumpul harta Allah d mukabumi ini....Allah bertanya...."kamu diberi harta....untuk apa harta kamu gunakan?".kumpul lh harta wahai taib....nanti ianya akan membakar diri mu......
Post a Comment