Semasa Tanah Melayu di bawah penjajahan British dulu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapore dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
Pada masa itu tahap kemajuan Pulau Pinang dan Singapore boleh dikatakan setanding atau sama. Kedua-duanya merupakan pelabuhan utama tanah jajahan British dirantau ini.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Pulau Pinang adalah bandar pertama di negara kita yang mendapat taraf Bandaraya. Malah jauh lebih lama sebelum Kuala Lumpur mendapat taraf Bandaraya.
Malangnya di bawah pemerintahan kerajaan BN, Pulau Pinang terus ketinggalan dari Kuala Lumpur, apa lagilah kalau hendak dibandingkan dengan Singapore.
Kalau anda dapat peluang berjalan-jalan di Singapore, usahlah anda bayangkan ia masih sama seperti pemandangan Singapore dalam filem-filem P. Ramlee itu, pasti anda silap.
Jangan anda terkejut, sebaik anda melangkah keluar dari Johor Bahru menuju Singapore, anda akan rasa seperti memasuki Bandar-bandar moden yang berada di Amerika atau Eropah.
Anda tidak akan jumpa warong-warong yang berselerak yang tidak menyenangi pandangan mata seperti yang biasa kita lihat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Langkah kerajaan Pulau Pinang meruntuhkan warong-warong yang didirikan tanpa permit itu memang wajar sekali demi untuk menaikkan imej Bandar Pulau Pinang. Sebagai Bandar yang menjadi tumpuan pelancung, memang patut Pulau Pinang mempunyai imej bersih dan indah.
Kalau Singapore yang terletak dirantau ini boleh menjadi Bandar yang bersih, indah dan maju, kenapa Pulau Pinang tidak boleh?
Sampai bilakah TV3 mahu Pulau Pinang dikenali sebagai Bandar paling kotor?
Gambar di atas bukan di Amerika atau di Finland tetapi adalah di Singapore.
1 comment:
betui tuan...
TV3 suku hanya mencerita pekara yang tak baik, mengapa tak cerita
1.Kredit rm 100 setahun kepada golongan berpendapatn rendah untuk bill air
2. Peruntukan untuk perumahan rakyat dan projek untuk unit pembangunan negeri sangat tinggi, dulu BN tahun 2008 masa nak pru bagi 3juta, tetapi masa pakatan tahun 2010 rm 11juta dan tahun ini 31 juta.
3. kadar caj masuk pesta di kurangkan dari rm 4 kepada rm 3.
4. Bas percuma bermula bulan 3, untuk pekerja kilang di bayan lepas yang duduk di seberang jaya, kulim, sungai petani, kepala batas dll. kereta letak di seberang Caj pakir rm 50 sebulan, boleh jimat minyak + tol rm 250
5. Ketua Menteri boleh duduk dengan ketua jabatan pegang caculator untuk kira kos sesuatu projek.
6. Semua tender dapat contractor bumi. sebab tu pengerusi kontraktor melayu pulau pinang mintak maaf dengan LGE, kerana takut tak dapat tender.
7. Yang tak dapat tender dan yang marah ialah projek melalui ketua bahagian ke ketua cawangan.
Post a Comment