Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, May 05, 2010

Kalau kita tak bunuh, kita akan dibunuh


Selalu kita dengar berita dimana penjenayah dan perompak ditembak mati oleh polis. Skrip berita yang dilapurkan media setiap kali penjenayah ini ditembak mati hampir sama saja. Polis terpaksa melepaskan tembakan atau membalas tembakan kerana penjenayah terlebih dahulu menembak polis atau cuba menyerang polis. Penjenayah yang ditembak mati itu pula adalah penjenayah yang sangat dikehendaki dan sangat bahaya.

Dengan justifikasi atau alasan yang diberi, orang ramai rasa berpuas hati dan tidak pernah mempersoalkan kematian mereka. Orang ramai juga tidak ambil pusing pihak mana yang menembak dan menyerang terlebih dahulu. Malah orang ramai rasa lega bila penjenayah yang didakwa merbahaya ini dapat dibunuh dan ditumpaskan, dengan harapan tidak ada lagilah penjenayah di masa akan datang.

Mangsa-mangsa yang pernah mengalami dirompak dan dicederakan oleh penjenayah tentu sangat gembira bila ada berita penjenayah ditembak mati oleh polis.

Telah banyak juga penjenayah telah ditembak mati dan telah banyak geng penjenayah telah tumpas, tetapi kejadian jenayah tidak juga berkurang.

Tidak dinafikan anggota dan pasukan polis rasa tertekan dengan banyaknya kejadian jenayah yang berlaku sekarang ini. Penjenayah-penjenayah ini pula sangat licik hingga sukar dijejaki.

Masyarakat pula sentiasa menyalahkan kelembaban pihak polis kerana tidak dapat membenteras kejadian jenayah yang tidak pernah habis-habis.

Selalunya skrip oleh pihak polis bila berlaku penjenayah ditembak mati berjalan lancar seperti biasa sehinggalah kejadian itu berlaku kepada adik Aminul Rasyid Amzah. Kalaulah dalam kejadian itu bukan adik Aminul Rasyid tetapi adalah seorang penjenayah yang sangat dikehendaki, tentulah orang ramai tidak akan bertanya pihak mana yang menyerang terlebih dahulu dan berapa banyak das tembakan yang dilepaskan.

Integriti mesti ada kepada setiap warga termasuk juga anggota polis. Penjenayah tidak boleh dihukum dicabut nyawanya tanpa melalui proses makamah. Polis atau siapa saja dibenarkan mengambil tindakan mempertahankan diri. Polis juga patut membalas tembakan jika berdepan dengan penjenayah yang cuba menyerang polis dengan senjata api. Tetapi adakah prinsip-prinsip ini benar-benar diamalkan oleh setiap anggota polis?

Kita tidak boleh membunuh orang semata-mata kerana takut kita akan dibunuh. Dan lebih tercela lagi kalau ada pemikiran yang tertanam pada seorang anggota polis, bahawa mudah untuk naik pangkat jika dapat membunuh penjenayah.

4 comments:

Lintau Perak said...

Seorang anak itu tidak semestinya mati dengan cara tertembak atau accident di jalanraya.

Anak itu boleh mati apabila kita sebagai ibubapa gagal memndidiknya sebagaimana yang Rasulullah ajarkan.

Kematian pada anak itu mungkin telah berlaku lebih awal apabila jiwanya tidak terbina dengan acuan aqidah yang sempurna. Dia gagal memanfaatkan masa, membuat keputusan yang betul dan melakukan aktiviti yang positif untuk dirinya.

Bagaimanpun, saya bersimpati dengan apa yang telah menimpa adik Aminulrasyid. Semoga tidak berlaku pada keluarganya yang lain dan juga anak-anak kita yangmasih hidup yang berada di bawah kawalan kita.

Bingai @ Bangang said...

aku setuju sangat ngan Lintau Perak kerana aku ni bingai membela anak. Anak-anak aku mesti ada kat rumah sebelum pukul 10.00 malam kalau tak satu shah alam aku sikat. Dah bujang tu lantak ko lah. kalau kene tangkap aku pegi tengok kat lokap buat bantu apa yang terdaya. tak payah nak lari lari dari polis.

Tindakan polis tetap kene siasat tetapi jangan yang lelain dok sibuk bagi persepsi. Jadikan ianya satu iktibar supaya kita lebih peka dengan aktiviti anak-anak kita. Jangan asik nak menyalahkan orang lain je.

ni ada cerita baru pasal polis tembak remaja. boleh baca di http://tendangterajang.blogspot.com

aku yang memang bingai!
e-Direktori Bloggers Malaysia

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Bagaimanapun ...? Ha ha ha.

Kematian seseorang sesiapa saja termasuk kita adalah suatu yg subjektif bila & caranya. Tapi kes pembunuhan adik Aminulrasyid adalah relatif dengan kesilapan beberapa anggota polis. Tak usah kita bicara yg subjektif sedangkan kita perlu dahulukan yg relatif sebab takut-2 kita tak nampak apa imperatif dr kisah yg berlaku. Biar kita spesifik dalam menimba sesuatu iktibar atau dalam mengenal sempadannya.

We must put right all wrongs. In this case, those bad cops are criminals & must be hanged or shot down. End of!

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com