Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, May 25, 2010

Singapore ada sebab kuat untuk selesaikan masalah tertangguh


Pemimpin Singapore sudah nampak masa depan senerio politik Malaysia yang tidak dapat ditentukan untuk menyebelahi parti BN lagi.

Oleh itu tidak seperti sebelum ini yang banyak berlaku tarik tali, mereka telah menimbangkan secara serius untuk menyelesaikan masalah yang tertangguh dan berlarutan antara dua Negara sebelum pilihanraya umum ke 13 ini.

Semua masalah yang timbul sebelum ini adalah masalah yang mereka timbulkan di bawah kepimpinan parti PAP di Singapore dan kepimpinan parti BN di Malaysia. Pemimpin parti-parti inilah yang telah menandatangani segala perjanjian yang telah dibuat antara kedua-dua Negara dan mereka mempunyai persepsi dan kepentingan yang tersendiri terhadap sesuatu isu.

Keadaan politik Malaysia yang sukar diramal untuk terus berada dibawah penguasaan parti BN selepas pilihanraya umum ke 13 amat membimbangkan pemimpin Singapore.

Hubungan dua hala yang selama ini banyak menguntungkan Singapore, mungkin akan menjadi sukar bila kepimpinan Malaysia bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat.

Singapore mengambil langkah bijak kerana cuba menyelesaikan masalah-masalah yang tertangguh itu secepat mungkin kerana mereka tidak mahu mengambil risiko kalau menyelesaikannya dengan kerajaan baru yang mempunyai dasar atau polisi luar Negara yang tentunya berbeza.

Walaupun kita mengalu-ngalukan tindakan positif pemimpin Singapore itu, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk tahu samada segala jalan penyelesaian yang diutarakan oleh Singapore itu benar-benar menguntungkan Malaysia?

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali, seperti perjanjian air dan pembinaan tambak Johor di masa silam, akhirnya telah menjerat kita semula.

1 comment:

mffzone said...

salam
sy setuju dengan pandangan tuan kt tidak boleh anggap isu ini selesai.
kt mesti berhati-hati dlm keputusan singapore yg tiba2 berlembut sedangkan selama ini mereka angkuh dengan keputusan mereka terutama yg membabitkan PUB
harap barisan pimpinan kt akan sentiasa membuat keputusan yg betul selaras dengan kehendak rakyat malaysia amnya & rakyat JOHOR khususnyer....

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com