HARI ini 8 Mac 2009, sudah genap setahun kita berada dalam udara lanskap baru politik Malaysia. Kita telah menyaksikan pada 8 Mac tahun lalu, setelah lima puluh tahun kita berada di bawah kerajaan dominan BN yang tak mampu untuk dicabar itu akhirnya buat julung kalinya kuasa monopoli itu dapat dipecahkan oleh pakatan parti pembangkang yang mana lima negeri jatuh di bawah penguasaan parti pembangkang.
Tahun 2008 merupakan titik peralihan senerio politik yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Kalau tahun 1957 merupakan tarikh negara kita merdeka tetapi tahun 2008 ini adalah tarikh rakyat kita merdeka. Pada tahun 2008 ini menampakkan sebahagian besar pemikiran rakyat kita benar-benar telah merdeka. Ini dapat dilihat dengan jelas dari keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Kalau sebelum ini dengan menggunakan segala jentera kerajaan yang ada, parti BN telah berjaya menanamkan kedalam minda sebahagian besar rakyat negara ini bahawa parti pembangkang tidak ada kemampuan dan tidak mempunyai kebolehan untuk memerintah negara ini. Tetapi tanggapan yang seperti itu kini sudah dapat dilepasi setelah pakatan parti pembangkang telah berjaya mengambil alih kerajan di lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Ini adalah satu kejayaan yang sangat besar kepada peralihan minda rakyat Malaysia terhadap geopolitik negara ini, malah tidak keterlaluan ia boleh dianggap sebagai suatu 'revolusi' politik seperti yang pernah dialami oleh negara Indonesia beberapa tahun yang lalu setelah tumbangnya regim Suharto.
Tsunami politik yang melanda negara kita itu akan menjadi titik permulaaan untuk negara kita menuju kearah pemerintahan yang benar-benar demokratik, adil dan telus. Kerajaan yang demokratik, adil dan telus sentiasa menjadi matlamat kita kerana ia adalah prasyarat kepada keamanan, keharmonian dan kemajuan sesebuah negara. Tentunya sambutan ulangtahun 8 Mac ini sungguh bermakna sekali buat rakyat Malaysia setelah 50 tahun minda mereka 'dijajah' oleh parti BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
my playlist
Create a playlist at MixPod.com
5 comments:
Aslkm,
UMNO jadikan peristiwa PRU12 sebagai peringatan bahawa org Melayu masih menyokong BN, tetapi org cina dan india majoritinya tolak Melayu UMNO dlm BN.
Lihat di Johor, DAP dah mula kurang ajau pada org Melayu Johor.
Pihak yang masih kekal dengan kuasanya itu, ada sumber dan akses untuk kekalkan kuasanya. Tidak peduli kalau caranya itu tidak bertamadun, yang penting kuasa yang ada mesti kekal. Mereka yang inginkan perubahan pada negara ini mesti berhati-hati.
Diharap suasana politik di Malaysia tak akan jadi bahan ketawa masyarakat dunia lagi!
Jemu dan jelak dengan apa yang berlaku di Perak sekarang!
Sdra Alias,
Saya terbaca pandangan sdra di blog Nuraina Samad. Komen saya, saya tidak pikir penentangan PPSMI adalah penentangan terhadap pembelajaran bahasa Inggeris.
Belajarlah BI sampai ke negara England atau mana pun tak apa,
tapi janganlah jadikan alasan belajar Matematik dan Sains boleh membijaksanakan Sdra menguasai Mt dan Sains di universiti.
Saya juga terkial-kial mempelajari bahasa Melayu di universiti kerana
kebanyakan buku teori ditulis dalam bahasa Ingeris.
Apakah saya mesti mengerakkan PPSMI menjadi PPSMMI iaitu memohon
agar kerajaan mengajar bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris?
Jujurlah kepada diri saudara.
hamirhmas@yahoo.com
Aku suka dengan komen saudara itu "mengajar bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris". Bagus sangat kerana anak Cina dan India senang faham bahasa Melayu kerana diajar dalam bahasa Inggeris.
Bahasa lembu macam mana? Boleh digunakan untuk mengajar subjek sains politik?
Post a Comment