Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Friday, March 20, 2009

Mengkritik, bukanlah budaya Melayu.

ORANG Melayu adalah suatu bangsa yang tidak senang dengan kritikan. Saya percaya, bangsa yang tidak boleh menerima kritikan tidak akan maju. Kalau di zaman pemerintahan Raja Melaka dahulu pengkritik raja dianggap sebagai penderhaka dan boleh dihukum bunuh.

Sikap tidak suka kepada kritikan ini terbawa-bawa di dalam kehidupan orang-orang Melayu sehinggalah hari ini. Munsyi Abdullah (gambar) dianggap sebagai pengkhianat kerana kritikannya yang keras kepada bangsa Melayu dan pujiannya kepada bangsa Eropah di dalam tulisannya.

Di era negara hendak menuntut kemerdekaan, Munsyi Abdullah dicop sebagai talibarut orang putih dan dibenci oleh kebanyakan pemimpin politik kerana tulisan-tulisan Abdullah tidak membantu atau memberi semangat bagi mencapai kemerdekaan.

Saya adalah anak yang dilahirkan di awal kemerdekaan negara turut membenci Munsyi Abdullah apabila membaca artikel-artikel yang menghentamnya. Tetapi setelah membaca tulisan Abdullah sendiri, barulah saya sedar bahawa tanggapan kita terhadapnya selama ini adalah salah sama sekali.

Nama Munsyi Abdullah harus dibersihkan dari apa yang digambarkan oleh masyarakat kita hari ini. Kalau kita berpeluang membaca tulisannya kita akan dapat mengenal rupa diri Munsyi Abdullah sebenarnya. Beliau adalah seorang yang mempunyai jati diri dan berpendirian. Beliau mencintai nilai-nilai mulia tanpa mengira bangsa apa yang memiliki nilai-nilai tersebut.

Bagi saya Abdullah adalah seorang pejuang nilai-nilai mulia. Dia memuji nilai-nilai mulia yang dilakukan oleh sesiapa sahaja seperti rajin, amanah, pemurah, sabar dan sebagainya, dan membenci nilai-nilai tercela seperti pemalas,kurafat dan lain-lainnya.

Adalah keterlaluan untuk mengatakan Munsyi Abdullah sebagai pengampu atau penjilat orang putih kerana ada juga ditempat-tempat tertentu di dalam tulisannya ia membenci perangai buruk yang dilakukan oleh sesetengah pegawai orang putih. Pernah juga Abdullah ingkar dengan arahan salah seorang pegawai bangsa Eropah yang mahukan Abdullah mengubah tatabahasa Melayu mengikut kehendak pegawai tersebut.

Di sini begitu jelas menunjukkan Abdullah adalah seorang yang berpendirian dan bukan bersikap pengampu seperti yang kita anggapkan. Pujian Abdullah kepada orang putih di waktu itu tidak lebih seperti kita memuji orang Jepun di masa ini. Orang Jepun juga pernah menjajah negara kita dan ramai rakyat negara ini dizalimi ketika di bawah pemerintahan tentera Jepun dahulu. Tetapi ini bukanlah menjadi penghalang untuk kita memuji mereka dalam perkara-perkara yang patut mereka menerima pujian terutamanya dalam kerajinan bekerja dan kesetiaan mereka kepada majikan.

Pada hari ini pula telah menjadi lumrah apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat atau berkelakuan tidak mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan maka mereka akan digam atau dicantas. Walaupun mereka tidak dikenakan hukuman bunuh seperti pada zaman dahulu tetapi kesan dari kena gam ini sama juga seperti dikenakan hukuman bunuh. Ia akan menyebabkan orang akan berasa bimbang dan takut untuk mengeluarkan pendapat dan berkarya.

Mereka bimbang kalau karya yang mereka hasilkan itu secara tidak sengaja melanggar dasar-dasar yang ditetapkan. Gejala gam dan cantas ini akan membunuh kreativiti orang ramai dan akhirnya bangsa dan negara kita juga yang rugi.

Walaupun pada dasarnya dengan mengenakan gam dapat menyekat unsur-unsur negatif tetapi oleh kerana wujud perasaan takut dan bimbang terhadap tindakan digam atau dicantas, menyebabkan buah fikiran yang mungkin baik juga tidak berani untuk disampaikan.

5 comments:

kekwa66 said...

Ya saudara, kritikan dan teguran yang membena sepatutnya harus diterima dengan minda terbuka.
Dari situ kita tahu mana kelemahan kita, mana yang harus diperbaiki, barulah kita boleh memajukan diri.
Terima kasih atas kritikan saudara di blog saya. Saya pun tak sedar dan perasan, cara taipan saya tu boleh mengaburkan mata pembaca!
Saya akan ubah gaya taipan pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi!

CYBERCDO said...

Saya setuju dengan pandangan saudara. Cuma saya berpendapat kritikan yan ghendak diberi hendaklahmenggunakan bahasa yang baik walaupan kita cuba menegur ata mengkritik perbuatan yan gtidak baik...Kritikan hendaklah diberi secara berhemat.Sopan santun kanbudaya kita....Kritikan tidak sepatutnya dibuat denganmenggunakan bahasa yang tidak sopan dan menghina....Bahasa kan Jiwa Bangsa...Jadi jika kita hendak mengkritik...jadilah pengkritik yang berhemah dan bermaruah.....walau apapun pegangan atau ikutan parti politik kita....

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Pak Sako said...
This comment has been removed by the author.
Jibon Das said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Sexy Actress And Models Picture/photo

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com