Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, March 03, 2009

Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh rakyat?

Dalam persidangan di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2009 yang lalu ada dikalangan wakil parlimen bertanya soalan mengapa Negara kita tidak melantik Perdana Menteri melalui pilihan secara terus oleh rakyat seperti yang diamalkan di Negara Amerika semasa melantik Presiden Negara itu.

Di Amerika, calon-calon Presiden yang mewakili parti-parti politik Negara itu akan melalui proses pemilihan oleh rakyat. Setiap rakyat yang layak mengundi akan memilih calon yang mereka suka untuk menjadi Presiden. Negara itu dibahagikan kepada beberapa kawasan jajahan pilihanraya. Calon yang menang paling banyak kawasan akan dipilih dan dilantik menjadi Presiden Negara itu.

Di Indonesia juga menggunakan proses perlantikan Presiden sama seperti Amerika. Dengan kata lain Presiden mereka diundi terus oleh rakyat, berbanding Negara kita, Perdana Menteri Negara kita dilantik dari kalangan Presiden parti yang banyak memenangi kerusi Parlimen.

Oleh itu Perdana Menteri kita tidak dilantik secara langsung oleh rakyat tetapi adalah dilantik atau diundi oleh perwakilan UMNO melalui pemilihan UMNO.

Nazri Aziz yang diberi tanggungjawab untuk menjawab soalan wakil parlimen itu telah menjawab secara merapu seolah-olah mahu mengelak dari menjawab inti pati soalan sebenar.

Beliau seperti tercari-cari alasan kenapa kita tidak boleh menggunakan cara Amerika itu, kata beliau, Negara ini menggunakan sistem Raja Berpelembagaan, demokrasi berparlimen, oleh itu kuasa yang melantik Perdana Menteri ialah Raja. Kenyataan beliau itu boleh mengelirukan kita semua.

Apalah gunanya kita mengadakan pilihanraya dan menjadi sebuah Negara demokrasi, kalau kuasa yang melantik PM itu adalah Raja?

Saya nampak jawapan diberikan oleh Nazri Aziz itu sebagai sekadar jawapan yang merapu yang cuba lari dari menjawab soalan sebenar.

Memanglah benar Raja yang melantik Perdana Menteri tetapi semua orang tahu orang yang bagaimana mesti dilantik oleh Raja itu, bolehkan Raja melantik sesiapa saja yang baginda suka untuk menjadi PM?

Tidak pernah kita dengar sepanjang sejarahnya, orang yang dilantik menjadi Perdana Menteri kita adalah orang yang disukai oleh Raja untuk menjadi PM. Sebaliknya telah ditetapkan oleh perlembagaan, orang yang perlu dilantik menjadi PM oleh Raja itu mestilah dari Presiden parti yang menang, tanpa mengambil kira sama ada baginda suka atau tidak.

Kita masih boleh menggunakan cara Amerika melantik Presiden tanpa mengubah peranan Raja. Kalau sebelum ini Raja melantik PM dikalangan Presiden parti politik yang menang maka sekarang kalau kita hendak kita boleh tukar kepada Raja akan melantik calon PM yang mendapat undi terbanyak dari rakyat melalui proses yang dinamakan pemilihan Perdana Menteri. Oleh itu Raja tetap ada, kita bukan hendak membuang peranan Raja seperti yang dirapukan oleh Nazri Aziz itu.

Ahli Parlimen yang bertanya itu bukannya mempersoalkan Raja tetapi yang disoalkan ialah proses pemilihan Perdana Menteri kita. Memang wajar kita sebagai rakyat Malaysia mempersoalkan proses pemilihan Perdana Menteri kita, kerana Perdana Menteri Malaysia bukan Perdana Menteri kepada ahli-ahli partinya sahaja tetapi adalah Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Sepatutnya kita perlu ada sikap berfikiran terbuka, tidak semestinya sistem yang kita amalkan sekarang ini adalah yang terbaik. Zaman telah berubah, mungkin system yang kita amalkan ini sesuai dan baik untuk masa yang lalu, tidak semestinya ia baik dan sesuai untuk zaman ini.

Oleh itu kalau kita mahu menjadi umat yang maju dan berjaya, kita kenalah sentiasa berubah kepada yang lebih baik, kalau tidak, kita akan ketinggalan dan terus mundur.

Sistem pemilihan Presiden Amerika walaupun baik tetapi masih banyak kelemahan-kelemahannya. Begitu jugalah dengan sistem pemilihan Perdana Menteri Negara kita. Oleh itu kita dari masa ke semasa harus kena memperbaiki sistem kita supaya ia sentiasa menjadi yang terbaik dan sesuai dengan perubahan zaman.

Kita tidak harus mementingkan faedah diri sendiri sahaja semasa membuat sebarang keputusan tetapi yang lebih penting, apa saja keputusan dan tindakan yang kita buat hendaklah berdasarkan kerana ia boleh mendatangkan kebaikan rakyat dan Negara kita.

Walaupun Presiden kelihatan seperti dipilih oleh rakyat tetapi sentimen pemilihan banyak ditentukan oleh media. Media Amerika yang dikuasai oleh Zionis banyak mempengaruhi corak pemilihan Presiden Negara itu. Walaupun tangan rakyat yang mengundi tetapi pemikiran dikepala mereka semasa membuang undi telah dikuasai oleh zionis melalui media.

Akhirnya Presiden Amerika yang terpilih bukanlah mencerminkan pemilihan rakyat yang sebenar tetapi dipilih oleh media yang boleh dikuasai oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

Kalau kita hendak membina jambatan dan bangunan kita kenalah meminta pandangan jurutera supaya jambatan dan bangunan yang dibina itu kukuh dan selamat. Kalau kita sakit kita kena jumpa doktor pakar untuk mengetahui penyakit kita dengan tepat dan apa ubat yang perlu kita ambil.

Begitu jugalah bila kita serahkan tugas pemilihan pemimpin kepada rakyat. Kita kena pastikan orang-orang yang diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin itu mestilah terdiri dari yang arif tentang kepimpinan atau sekurang-kurangnya dia betul-betul tahu dan kenal dengan pemimpin itu.

Tetapi yang berlaku pada hari ini, ramai di antara kita tidak tahu dan kenal pun pemimpin yang kita beri undi. Mungkin kita kenal pun hanya melalui akhbar-akhbar dan poster saja. Bagaimana dapat kita dapat memilih pemimpin yang terbaik padahal kita tidak pernah kenal dari dekat calon-calon pemimpin yang bertanding selain dari membaca akhbar dan dengar cakap-cakap orang.

Kalau amalan demokrasi ini tidak kita ubah kepada cara yang lebih baik dan lebih berkesan maka selamanyalah kita tidak akan dapat hasil yang baik dari sistem demokrasi itu.

Sepatutnya pemilihan pucuk pimpinan ini harus bermula di peringkat yang lebih kecil seperti peringkat kampung atau jalan atau taman perumahan. Biasanya kita lebih kenal dan lebih dekat dengan orang-orang yang ada di kampung kita, atau orang-orang yang tinggal di jalan yang sama atau orang-orang yang tinggal satu taman perumahan dengan kita.

Oleh itu semua rakyat hanya diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin di peringkat unit terkecil ini sahaja, samada diperingkat kampung, jalan atau taman perumahan kerana pemimpin yang kita pilih itu memang orang yang betul-betul kita kenal.

Manakala pemimpin-pemimpin peringkat kampung dan taman perumahan ini pula diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin mukim mereka. Pemimpin-pemimpin peringkat mukim pula diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin daerah mereka. Seterusnya pemimpin-pemimpin daerah pula dipertanggungjawabkan untuk memilih pemimpin negeri.

Pemimpin-peminpin negeri negeri pula diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin negara. Dengan cara sebegini sistem demokrasi itu akan menjadi lebih berkesan kerana orang-orang yang memilih memang benar-benar tahu apa yang mereka pilih.

7 comments:

faizsaaid said...

salam, kakak aku pun ada pendapat macam ni.

ahmadyani said...

Sebenarnya yang dipertahankan itu bukan sistemnya tapi kekuasaannya. Kalau benar-benar mengikut sistem, kekuasaan mereka akan tergugat.

Anonymous said...

100 % SETUJU..!
"Proses Pemilihan PM oleh Rakyat " yang mendapat undi terbanyak dari Rakyat Malaysia..barulah dilantik oleh Raja kerana PM adalah PILIHAN RAKYAT MALAYSIA YANG MEWAKILI NEGARA TERCINTA bukan melalui pilihan parti ahli-ahli tertentu sahaja..yang akan menyebabkan kepentingan tertentu serta keperwakilannya dipersoal mahupun diragui Rakyat Malaysia....!

Anonymous said...

adalah tidak benar bahawa PM Malaysia dilantik dikalangan Presiden parti yg menang ...

Perdana Menteri dilantik dikalangan ahli dewan rakyat yg diyakini oleh YDP mempunyai sokongan majoriti (Perkara 43(2)(a) ...

dengan itu kuasa PM Malaysia hanya terhad pada kuasa Eksekutif tidak seperti seorang Presiden yg mempunyai kekuasan total sebagai ketua negara dan eksekutif ...

seorang PM yg tidak dipilih secara terus oleh rakyat boleh dipersoalkan oleh Majlis Raja2 sebagai check and balance ...tetapi ia tidak akan berlaku jika dipilih terus oleh yang mana, seorang PM boleh mempergunakan nama rakyat mempertahankan tindakannya yg tidak betul

Alang Sepang said...

Sistem tak salah, yang salah Pak Lah. tq.

Anonymous said...

Aku sokong PM dipilih oleh rakyat. Bila majoriti rakyat bebal, PM juga bebal. Bila majoriti rakyat cerdik, PM pun cerdik. Sekarang rakyat sudah cerdik, tapi PM ... kah, kah, kah (pinjam ketawa TT)

Grand Master Of Black Knight said...

Salam, cuba kita bayangkan rakyat yang memilih perdana menteri kita sendiri, jikalau bernasib baik, dapatlah kita perdana menteri yang tulus dan kita dalam memimpin rakyat. Kalau tersalah pilih, rosak da runtuhlah negara....

Kita tahu yang sesetengah orang-orang politik nie tahu bagaimana nak pengaruhi rakyat supaya mengundi mereka. Tapi bile dah menang senyap je semua..... Rakyat jugak yang jadi mangsa penipuan mereka-mereka ini...... Lagi bagus kita serahkan pada Yang BErhormat yang saya percaya terdiri daripada orang-orang yang bijak pandai dan membuat keputusan tanpa mengikut perasaan....

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com