DUNIA hanya mampu melihat dan tidak berbuat apa-apa ketika regim Israel membuli rakyat Palestin. Sejak beberapa hari yang lalu sudah lebih 500 rakyat Palestin mati di tangan regim Israel.
Kita katakan regim Israel sebagai pembuli kerana perbezaan kekuatan antara kerajaan Palestin dengan regim Israel adalah umpama langit dengan bumi. Regim Israel yang mempunyai bekalan senjata paling canggih dalam dunia, berlawan dengan Palestin yang disekat dari memiliki senjata.
Tidakkah mereka berasa malu membunuh orang-orang yang tidak memiliki senjata kecuali batu-batu untuk dibaling?
Apakah dosa orang-orang Palestin ini sehinggakan diperlakukan sedemikian rupa, sedangkan tanah air mereka sendiri telah dirampas oleh regim Israel dengan sokongan kuasa Barat.
Sudahlah tanah air mereka dirampas, apakah bangsa mereka juga pun hendak dihapuskan dari muka bumi ini.
Dalam Perang Dunia Dunia kedua dulu orang-orang Israel pernah mengalami penindasan dan penyiksaan oleh pemimpin dictator Hitler. Berjuta-juta orang Yahudi dibunuh secara kejam oleh tentera Hitler. Ketika itu mereka berada dalam ketakutan dan tidak ada kemampuan untuk melawan kekuasaan Hitler yang mempunyai kekuatan perang yang sangat digeruni itu.
Apakah penyiksaan dan kekejaman yang pernah dialami oleh bangsa Israel ini tidak membuatkan mereka berasa insaf. Sebaliknya sekarang mereka telah membuli rakyat Palestin sepertimana mereka pernah dibuli oleh regim Hitler.
Kalau bangsa Israel tidak dapat menerima kekejaman yang telah dilakukan oleh regim Hitler kepada mereka, sepatutnya mereka juga tidak boleh menerima untuk melakukan kekejaman kepada bangsa-bangsa lain, termasuklah juga Palestin.
Belajarlah dari sejarah. Tidak ada dalam sejarah kekejaman yang tidak akan berakhir. Kekejaman Hitler tidak kekal lama, kekejaman tentera Jepun berakhir dengan ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, kekejaman dan kezaliman Firaun berakhir dengan tenggelam didasar laut Merah.
Tidak terkecuali, pasti perbuatan kejam regim Israel ini akan sampai juga kepada penghujungnya. Hanya masa saja yang menentukan.
Pihak Barat yang memperjuangkan dan melaung-laungkan hak asasi manusia selalu bersikap double standard dan berat sebelah. Bila pihak yang menjadi mangsa kekejaman adalah orang-orang Islam, suara mereka hampir tidak kedengaran. Seolah-olah orang Islam tidak termasuk untuk layak mendapat perlindungan hak asasi mereka.
Apakah orang Islam Bosnia, orang Islam Palestin, orang Islam Selatan Thai, orang Islam Burma, orang Islam Selatan Filipina yang sering ditindas dan menjadi mangsa kekejaman dan pembunuhan bukan manusia yang layak untuk dilindungi hak kemanusiaan mereka?
Agama kita mengajarkan kepada kita, tidak boleh melakukan kezaliman dan menginaya orang lain. Bukan juga datangnya dari ajaran Nabi Musa untuk membenarkan melakukan kezaliman terhadap sesama manusia.
Usaha kerdil
Memang telah jelas dan terang, pentadbiran Amerika yang merupakan negara kuasa besar dunia adalah sekutu dan pendokong kuat kepada regim Israel. Inilah yang membuatkan regim Israel terus menerus bersikap bongkak.
Sekarang ini ekonomi Amerika tengah merudum, oleh itu sangat tepat masanya kalau kita boleh mengajar kebongkakan Amerika dan Israel ini dengan memulaukan barang-barang buatan dan keluaran negara mereka.
Mungkin usaha ini terlalu kerdil tetapi jika kita semua yang bersimpati dengan bangsa Palestin yang terinaya ini dapat melakukannya, pasti ia akan memberi impak yang besar.
Dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini, Amerika memerlukan jualan yang meningkat bagi barang-barang keluarannya. Sekiranya kita dapat berhenti dari membeli barang-barang mereka tentu ia dapat menjejaskan ekonominya yang telah sedia teruk itu.
Mungkin boleh dimaafkan jika kita membeli peralatan yang canggih yang kita tidak ada kemampuan dan kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau hendak menyediakan minuman (Coca-cola) dan menggorengkan ayam (Mc Donald) yang boleh kita lakukan sendiri itu pun kita menggunakan perkhidmatan syarikat Amerika.
Kalau Amerika Syarikat boleh memperuntukkan sebahagian pendapatan negaranya untuk mebiayai kerajaan regim Israel, maka menjadi tanggungjawab negara-negara lain pula terutamanya negara-negara Islam memperuntukkan sebahagian dari pendapatan negara mereka untuk tabung bantuan kepada rakyat Palestin sehinggalah rakyat Palestin mendapat layanan yang adil.
3 comments:
Pada pendapat saya,
pemimpin Hamas pun perlu menghormati perjanian damai yang telah ditandatangani oleh Israel dan pemimpin Fatah.... Mereka tidak seharusnya menganas dan melawan Israel dan pemimpin Fatah untuk perebutan kuasa...
Perlu diakui bahawa Israel hanya menyerang puak Hamas dan bukannya Fatah... ini menunjukkan 'keganasan dibayar dengan keganasan'...
salam muhibbah saudara!
Tak kira sebab apa..sama ada agama, bangsa, sejarah, tamadun..peperangan meletus sudah pasti merugikan kedua-dua belah pihak..yg baik tangani segala masalah di meja rundingan,jangan korbankan nyawa rakyat yg tak berdosa tu!
Salam perjuangan,
Terima kasih kerana menyokong perjuangan Pemuda IKS dengan cara mengikuti blog ini secara rasmi.
Berkenaan Palestin, kita hari ini hanya mampu berdoa memandangkan para pemimpin negara-negara Islam hanya membatu diri. Bersamalah kita memohon pada yang Esa agar kebahagiaan Palestin dikembalikan semula. Insya-Allah.
Takbir!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Post a Comment