Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Thursday, January 22, 2009

Bagilah alasan untuk bertanggungjawab.

INILAH petikan berita dari akhbar Berita Harian 22 Januari 2009:

SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana
tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.
Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43. Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.

Orang kita suka bagi alasan untuk mengelak dari bertanggungjawab. Jarang yang hendak bagi alasan untuk bertanggungjawab.

Sebagai contoh yang dikatakan alasan untuk bertanggungjawab itu ialah seperti berikut:

  • Sayalah yang kena bagi duit kepada ibubapa kerana gaji saya RM4000 sedangkan adik beradik yang lain gaji kecil.
  • Atau, saya lah yang patut jaga ibubapa kerana saya anak yang tua.
  • Atau, saya anak perempuan jadi biarlah saya saja yang jaga ibubapa.
  • Atau, rumah saya lebih besar dan selesa, jadi biarlah saya yang jaga ibubapa.
  • Atau, isteri saya tak bekerja, jadi biarlah ibubapa tinggal di rumah saya.
  • Atau, anak saya tak ramai, jadi biarlah ibubapa tinggal dengan saya.

Suami isteri yang bercerai sanggup turun naik makamah kerana berebut hendak mendapatkan hak penjagaan anak. Tapi belum pernah kita dengar anak-anak turun naik makamah kerana berebut hendak mendapatkan hak penjagaan ibubapa mereka.

9 comments:

fital said...

Kasihnya ibu sampai kesyorga, kasihnya ayah mendengar kata.
Sedar kecil ank dibesar, dimanja, dibelai dan didik hingga berjaya. kepada nyalah siibu dn bapa mengharap si anak akan mebalas jasa. namun apakan daya sianak berpendapatan 4 angka masih tidak cukup walau ditambah dengan pendapatan suami. Wahai anak utamakanlah ibu dan bapa. Meskipun bagimu dalam kesempitan sumbangkah sedikit pendapatan mu untuk perbelanjaan ibubapamu sementara mereka masih ada di dunia yang sementara ini. esok kau akan menyesal selamanya.

paneh said...

Dah nak kiamat dunia ni agaknya. Gaji besar pun byk alasan lagi.

Lidah_Pahit said...

Jenis anak derhaka..INSYAALLAH nanti anak dia pulak buat kat dia mcm tu..

Jeepers Creepers said...

Biasalah orang melayu..orang melayu memang kaya tapi kaya dengan alasan..

Anonymous said...

RM4,400 tak cukup? Huish..kalau macam tu, yang kerja gaji lagi rendah punya alasan nak hantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.

Dunia, dunia...

Artikel yang bagus untuk kesedaran dan tindakan. :)

DrSam said...

ulasan dan kupasan yang baik. dipandang dari satu perspektif lain, ada juga anak-anak yang sanggup berkorban demi ibu bapa mereka, bukan tidak ada, tapi kebaikan jarang hendak ditonjolkan, terutama didalam media arus perdana.

~PakKaramu~ said...

Salam

Rasanya ada udan di sebalik batu, tapi janggut udang tu keluar juga dari celah batu itu lalu orang berkata bahawa di sebalik batu itu tentu ada udang sebab tanpa janggut mana ada udang !

Unknown said...

BERITA BAIK!!!

Nama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.

Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.

Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.

Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.

Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.

Satu perkataan cukup untuk orang bijak.

Sandra Ovia Loan Firm said...

Halo, saya Ny. Sandra Ovia, pemberi pinjaman pribadi uang, apakah Anda berutang? Anda membutuhkan dorongan keuangan? pinjaman untuk membangun bisnis baru, untuk memenuhi tagihan Anda, memperluas bisnis Anda di tahun ini, renovasi rumah Anda dan kami juga memberikan pinjaman BITCOIN dengan suku bunga sangat rendah 2%. Anda dapat menghubungi kami melalui Email: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan ke perusahaan pinjaman kami dan kami akan memberikan yang terbaik dari layanan kami.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com