Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Saturday, January 17, 2009

Pelbagai persepsi awal dari keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.


Keputusan pilihanraya kecil Terengganu yang telah diumumkan sebentar tadi tentu membawa pelbagai persepsi atau tanggapan kepada orang ramai. Antaranya boleh disenaraikan seperti berikut:

1. Tsunami yang melanda BN masih berterusan. Rakyat semakin ghairah hendak melihat BN berada di pihak yang kalah. Sebaliknya ingin melihat Pakatan Rakyat mengambil giliran sebagai peneraju Negara.

2. Pengundi tidak suka kepada orang pilihan Pak Lah sebagai calon.

3. Kemelut politik UMNO di Terengganu antara kumpulan Idris Jusoh dan kumpulan Ahmad Said masih belum reda.

4. Sebagai tanda protes terhadap Najib yang bakal menggantikan Pak Lah sebagai PM. Atau tidak setuju dengan pelan peralihan kuasa.

5. Calon UMNO yang dipilih tidak dipersetujui oleh pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam UMNO.

6. Selepas ini akan kedengaranlah lagu Oooo Bangau berkumandang di kalangan orang UMNO yang akan menuding jari menyalahkan orang lain atas kekalahan mereka. Najib sendiri pun dah awal-awal kata yang kekalahan itu bukan tanda yang menunjukkan orang tak suka dia jadi PM.

7. Najib tentu tak berani nak buat piliharaya umum lebih awal dari tahun 2013 bila beliau jadi PM nanti. Mesti dia rasa fobia dari kekalahan di KT ini.

8. Lepas ini ramailah kontraktor yang bergantung kepada kabel politik BN mula cemas hendak menyelamatkan diri dari kapal yang hendak tenggelam.

Saya melihat kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap amalan demokrasi sudah semakin meningkat. Sebahagian besar rakyat negara ini telah dapat melepasi 'persepsi lama' yang telah ditanamkan dalam pemikiran mereka oleh ahli-ahli politik yang suka mencari 'keuntungan' politik.

Sebelum ini kita biasa ditakutkan dengan label-label seperti parti pembangkang tidak ada kebolehan memerintah, jika parti pembangkang memerintah negara akan hancur dan kacau bilau, jika parti pembangkang memerintah negara akan mundur. Politik ugut dan menakut-nakutkan ini tidak sesuai lagi kepada rakyat yang semakin cerdik dan celik ini.

Rakyat juga telah banyak menuntut piliharaya yang adil, telus dan bebas. Mereka telah mempersoalkan penyalahgunaan agensi kerajaan dalam pilihanraya, undi hantu, undi pos, kebebasan media dan perkara-perkara yang tidak selaras dengan amalan demokrasi.

Ada juga hikmah disebalik PR tidak cukup undi untuk memerintah negara pada pilihanraya umum 2008 lalu. Kalau ketika itu PR dapat cukup undi, sudah tentu kelam kelibut dibuatnya, kerana PR tidak pernah menduga akan berlaku tsunami politik seperti itu.

Sekurang-kurangnya sekarang ini PR telah belajar memerintah lima negeri, dan sudah tentu mereka tidak akan menoleh kebelakang lagi.

7 comments:

DrSam said...

salam,

Tahniah kepada yang menang. ada bertanding begitu, ada kalah ada menang. cuma keputusan pilihanraya seperti sudah diramal dari awal lagi (penganalisa politik dan blog2 politik), terutama selepas Permatang Pauh.

Anonymous said...

Tahniah kepada petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menewaskan jentera ala tentera Barisan Nasional.

PAS dah menang. DSAI perlukan 28 lagi kerusi parlimen, kan?

Tolong lah sesiapa sponsor badminton racket kepada semua ahli parlimen BN

little lady~ said...

salam sir alias...

mekasih sbb follow blog little lady...
maaf tanye...
uncle ni biru ka hijau..
ape2 pom kite mahupun pemerintahan yg benar2 telus,adil dan jujur...
serta pemimpin yg bleh dcontohi oleh sekalian rakyat...

dan kita juga mahu islam terus menular dan tegak berdiri diatas muka bumi ini khasnya malaysia...

stay well..

keep in touch...

Anonymous said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

abdrahim kassim said...

InsaAllah, PRU 13 nanti kita akan lihat BN jadi pembangkang...

Zolkharnain Abidin said...

Saya linkan blog ini dengan blog saya. Terimakasih kerana sudi berkunjung.

Anonymous said...

Mula mula sekali bro, saya tabik hormat visi dan misi bro.

Kedua, saya setuju penuh pandangan bro pasal Najib tu mungkin lagi teruk pentadbiran dan attitudnya berbanding Abdullah Badawi.

Tapi ini suatu perkara yang golongan tertentu ingin kaburkan, kerana mereka sedang secara sulit mengutarakan kepentingan elit dan orang-orang Tun Najib.

Antara 'spin doctors' ini adalah seorang blogger ternama. Sila baca rencana ini untuk lebih memahami siapa golongan ini.

Sekian dan selamat maju jaya kepada Malaysia dan bangsa dan rakyat Malaysia yang satupadu.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com