Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, January 20, 2009

Huh!!... Barangan Amerika di sekeliling kita! ~ref Malaysiakini


BILA saya melihat senarai jenama syarikat yang dipunyai oleh Amerika untuk kita boikot sebagai reaksi kita membantah pembunuhan rakyat Palestin di Gaza oleh sekutu kuatnya Israel, alangkah terkejutnya saya, kerana hampir semua barang yang kita guna dan pakai hari-hari itu adalah buatan syarikat Amerika.

Tanpa kita sedari, dari barang makanan seperti biskut dan kerepek, pakaian, alat solek, susu bayi, komputer, hand phone, ubat gigi, minuman, restoran makanan segera dan berbagai-bagai lagi yang kita guna setiap hari dan sejak dulu lagi itu adalah merupakan barang-barang keluaran syarikat Amerika.

Setelah menyedari hakikat ini, barulah kita faham bagaimana Amerika boleh menjadi Negara yang menguasai ekonomi dunia. Kalau ekonomi Amerika jatuh maka ekonomi dunia pun turut jatuh, begitulah besarnya pengaruh ekonomi Amerika kepada ekonomi dunia.

Memang sukar untuk kita memboikot barang-barang Amerika kerana barang-barang mereka telah menjadi kegunaan harian kita. Silap hari bulan bukan Amerika yang susah kerana kita boikot barang-barangnya tapi diri kita sendiri juga jadi susah kerana tidak ada barang lain sebagai alternatif.

Tidak cukup dengan hanya memboikot barang Amerika dan mengutuk Israel setiap kali rakyat Palestin disembelih. Sebaliknya kita harus belajar dari Amerika bagaimana mereka boleh menjadi kuasa besar dan menguasai ekonomi dunia.

Kenapa jenama Amerika boleh menguasai pasaran kita? Soalan ini yang perlu kita beri perhatian dengan sungguh-sungguh. Kalau Amerika boleh kenapa kita tidak boleh. Kalau di pasaran tempatan pun barang-barang kita tidak boleh mendapat tempat dihati pengguna, bagaimana kita hendak bersaing di luar Negara.

Dari pemerhatian saya dengan melihat barang-barang yang dikeluarkan oleh syarikat Amerika ini, ada beberapa perkara yang menjadikannya sentiasa menjadi pilihan nombor satu oleh pengguna antaranya:
  1. Persembahan yang menarik. Ini termasuk pembungkusan yang cantik dan menarik, restoran dan kedai mereka yang selesa, cantik, teratur dan bersih.
  2. Kualiti yang tinggi, lazat dan konsisten, kalau kita makan ayam goreng di restoran Mc Donald misalnya, rasanya tetap sama bila-bila masa pun dan di cawangan mana-mana pun.
  3. Tadbir urus yang cekap, cara bekerja yang sistematik. Mereka berjaya mengurus kakitangan syarikat mereka supaya sentiasa bersikap professional, beretika dan mengutamakan merit. Walaupun mempunyai beribu cawangan seluruh dunia tetapi tetap dapat dipantau dengan baik dan sempurna. Hampir tidak pernah kita dengar berlakunya penyelewengan oleh kakitangan dan pengurus syarikat mereka.
  4. Pembangunan dan penyelidikan yang berterusan. Mereka peka kepada kehendak pengguna dan sentiasa memperbaiki kualiti barangan dan perkhidmatan mereka.
  5. Iklan yang berpanjangan. Mereka sanggup menghabiskan belanja yang besar untuk mengiklankan barangan mereka dalam media dan menggunakan strategi pengiklanan yang berkesan. Tidak boleh dinafikan iklan memainkan peranan yang sangat penting bagi sentiasa mengingatkan orang ramai terhadap jenama barangan mereka dan juga sebagai alat untuk promosi atau memperkenalkan barangan mereka. Tetapi kalau tanpa sokongan dari faktor-faktor 1, 2, 3 dan 4 di atas, iklan tidak memberi apa-apa makna.

Kalau Amerika boleh melakukannya kenapa tidak kita. Amerika menggunakan kekuatan ekonominya untuk menindas Negara yang lemah dan membantu Israel membunuh rakyat Palestin. Sedangkan kita melakukannya untuk manafaat dan kebaikan manusia sejagat, tidak kira Islam atau bukan Islam. Tentunya visi kita lebih baik dari mereka.

5 comments:

DrSam said...

setuju. apa kurangnya kita. cuma sifat "crab society" itu perlu dibuang segera, terutama di kalangan orang melayu untuk terus berjaya.

Anonymous said...

Rencana blog yang amat konstruktif.

Sedangkan ramai penulis blog mengutuk melulu dan terlalu emosi dengan saranan boikot mereka, saudara telah meneliti isu ini dengan tenang, dan telah memberi cadangan-cadangan yang positif yang boleh diambil oleh kita sebagai pedoman untuk memperbaiki cara kerja diri.

Tahniah dan teruskan tulisan saudara yang berbentuk positif dan seimbang.

fital said...

sudah sampai masanya seluruh negara islam menyusun strategi dan perancangan ekonomi islam yang meresapi semua keseluruhan sistem hidup seperti pengeluaran dan pemprosesan pemakanan, pesenjataan dan pertahanaan, ekonomi dan lain-lain. Semua pihak kerajaan, usahawan dan semua pengguna islam mesti saling sokong menyokong baharulah kita dapat menjatuhkan ekonomi Yahudi@Amerika tersebut.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Mr.J said...

Itulah malaysia. Cuba ambik dan fikir kenapa Barangan Barat Jadi tumpuan. Kenapa BArangan Tempatan xlaku.

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com