Masa era Dr. Mahathir berkuasa, hampir semua media cetak dan elektronik dikawal dan dikuasai penuh oleh parti yang memerintah yang sudah tentu sentiasa memihak kepada parti pemerintah. Harapan parti pembangkang hanyalah kepada medium ceramah, internet dan akhbar parti yang terhad edarannya. Dengan sumber kewangan yang terhad parti pembangkang hanya dibenarkan berkempen dalam masa lapan hari sahaja. Dalam keadaan serba kekurangan dan terbatas inilah parti pembangkang
Demokrasi adalah satu mekanisma yang terbaik untuk mempastikan kita sentiasa mendapat pemimpin yang terbaik. Melalui demokrasi kita bukan saja dapat menukar pemimpin tanpa melalui pertumpahan darah tetapi lebih dari itu setiap dari kita dapat memilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin. Dengan adanya pemimpin terbaik maka sudah tentu negara kita akan dapat menuju ke arah yang lebih baik dan terbilang.
Walaupun demokrasi itu pada asalnya bagus tetapi banyak pemimpin yang berkuasa telah mencabul demokrasi dengan sewenang-wenangnya sehingga dengan demokrasi yang telah mereka ubahsuai itu dapat dipastikan keputusan peti undi lebih banyak berpihak kepadanya.
Zaman Mahathir berkuasa dulu, demokrasi ditafsirkan mengikut persepsi beliau. Ungkapan ‘demokrasi mestilah mengikut acuan kita’ digunakan bagi menghalalkan perkara yang bertentangan dengan semangat demokrasi sebenar. Akhirnya yang ada hanyalah demokrasi acuan Mahathir bukannya demokrasi acuan kita. Mahathir terang-terang mencabul demokrasi di siang hari.
Mahathir telah mengubah demokrasi sehingga menjadi senjata yang ampuh untuk mempertahankan kuasanya. Sehingga beliau begitu berbangga untuk menggelarkan diri beliau sebagai satu-satunya diktator yang datang dari negara demokrasi. Beliau bukan saja menyekat kebebasan bersuara, mengawal dan menguasai media perdana malah di zaman dia juga kita kenal dengan undi hantu, undi pos yang tidak telus, tidak dibenar berhimpun tanpa permit, mengawal badan perundangan dan kehakiman, menggubal undang-undang yang pelik dan sebagainya.
Sebaik saja Pak Lah mengambil alih kepimpinan negara, penampilannya dilihat oleh kebanyakan rakyat sebagai pemimpin yang baik dan disenangi. Maka tidak hairanlah faktor Pak Lah telah membawa kemenangan besar kepada BN pada pilihanraya 2004. Tetapi apa yang kita kesalkan bila BN berada dalam keadaan yang begitu lemah dan paling teruk pada tahun 1999 tetapi masih boleh juga menang majoriti dua pertiga pada pilihanraya di masa itu. Ini menunjuk kepada kita demokrasi yang diamalkan di
Mungkin sekarang Dr. Mahathir dapat merasakan bagaimana suara dan kritikannya kepada kerajaan sekarang amat sukar untuk sampai kepada rakyat jelata. Baru dia tahu bagaimana demokrasi yang diciptanya itu tidak memberi ruang bagi suaranya didengar oleh rakyat. Suara beliau sekarang ini setakat hanya boleh dibaca di dalam akhbar Harakah sahaja, itupun nasib baik semasa beliau berkuasa dulu tidak sampai kepada mengharamkan Harakah.
Saya tidak nampak negara kita boleh mencapai cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dihasratkan oleh Pak Lah tanpa kita menghayati demokrasi sebenar. Kita bimbang jika kita mengenepikan sifat anak jantan dalam pilihanraya, akhirnya kita akan dapat pemimpin yang jahat dan tidak bermoral memimpin negara kita nanti. Siapa pun yang memegang pisau walaupun berlainan fahaman dengan kita tetapi jika berhati mulia dan baik pasti dia akan memberikan kebaikan juga kepada kita, tetapi kalau pisau telah jatuh ke tangan orang jahat tentulah kita tidak akan berasa aman walaupun dia adalah saudara kita sendiri. Di waktu itu kita akan hanya menyesal kerana sistem yang kita amalkan tidak lagi dapat digunakan untuk menukar pemimpin.
Suburkanlah amalan demokrasi sebenar di mana jua kita berada, samada dalam pemilihan dalam parti sendiri ataupun di dalam pilihanraya. Seorang yang dikatakan patriotik adalah seorang yang sanggup berkorban untuk kebaikan negaranya, sekalipun terpaksa kalah dalam pilihanraya.
2 comments:
Here are some links that I believe will be interested
Keep up the good work. thnx!
»
Post a Comment