Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Wednesday, September 01, 2010

Lagi kes mati kerana terjun, lari dari ditangkap khalwat

Berita ini dipetik dari blog Khadi Kluang:

Pagi ini bila saya datang pejabat, saya diberitahu oleh penguatkuasa, ada
satu kes kematian tentera terjun hotel. Kejadian berlaku di Batu Pahat, malam
minggu semalam. Mulanya saya hendak diamkan perkara ini, tak mahu dihebahkan.
Kemudian, bila saya baca akhbar Sinar Harian hari ni, rupanya cerita dah tersiar
di akhbar dan sudah dalam pengetahuan umum.

Serbuan penguatkuasa dalam
jam 2.45 pagi, lelaki ini dipercayai melarikan diri dengan terjun dari tingkat
tiga hotel berkenaan. Semasa mengetuk pintu beberapa kali, pintu tidak dibuka,
kemudian kedengaran bunyi bising. Lelaki ini ditemui berlemuran darah dan mati
kerana kecederaan parah di kepala.

Kerana perasaan malu dari ditangkap berkhalwat, ramai lelaki atau perempuan yang lebih sanggup terjun dari bangunan hotel yang tinggi untuk mengelak dari ditangkap.

Kalau mereka betul-betul lari dari ditangkap dan semasa melarikan diri itu mereka terjatuh, insyallah Tuhan akan ampunkan dosa mereka. Tetapi bagaimana kalau mereka sengaja terjun untuk menamatkan riwayat mereka kerana tidak sanggup menanggung malu kalau tertangkap, tentu mereka tidak akan mendapat keampunan dari Tuhan.

Adalah tidak berbaloi kalau kita hendak menangkap mereka yang melakukan kesalahan khalwat itu, tetapi berakhir dengan dosa membunuh diri, yang tidak ada pengampunannya.

Kalau kita tahu mereka sanggup bunuh diri untuk menutup rasa malu, adalah lebih baik kita tidak pergi menangkapnya, kerana sekalipun mereka melakukan dosa zina, mereka masih ada peluang untuk bertaubat dan mungkin satu masa nanti mereka akan bertaubat dari kesalahan itu.

Tetapi kalau mereka sudah bunuh diri, mana ada masa untuk mereka bertaubat lagi?

Saya bukanlah setuju, orang-orang yang berkhalwat ini dibiarkan saja. Tetapi sebelum kita bersungguh-sungguh hendak menangkap dan menyerbu orang yang berkhalwat ini, kenalah tengok puncanya kenapa ramai orang berkhalwat.

Kita mesti ubatkan penyakit bukan mengubat tanda-tanda penyakit.

Budaya masyarakat kita melihat lelaki kawin lebih dari satu, sesuatu amalan yang tidak dapat diterima. Lelaki yang kawin lebih dari satu dianggap telah melakukan perkara yang salah dan tidak mengikut norma kehidupan masyarakat.

Kaum wanita di Negara kita tidak dapat menerima amalan poligami, bukan sahaja ditentang oleh wanita biasa malah wanita yang berpendidikan agama pun masih tidak dapat menerima budaya poligami.

Oleh kerana poligami bukanlah satu perkara yang mudah untuk diamalkan di negara kita, tidak semudah kawin satu atau monogamy, maka mereka yang berkeinginan untuk mempunyai isteri lebih terpaksa melupakan hasrat mereka. Sebaliknya mereka lebih selesa berkhalwat secara sembunyi dengan kekasih mereka di bilik-bilik hotel.

Oleh itu selagi amalan poligami tidak mudah dan selagi kaum wanita menentang poligami, maka wajar buat sementara waktu ini segala bentuk serbuan dan tangkapan kes khalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama ini dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai lagi orang terjun membunuh diri atau boleh merbahayakan keselamatan diri pesalah.

Tidak perlulah pihak Jabatan Agama menghantar orang-orangnya pergi mengintip orang melakukan zina atau khalwat, semata-mata untuk memenuhi syarat mesti dilihat oleh empat orang saksi.

Islam mensyaratkan perlakuan zina mesti dilihat oleh empat orang saksi bukanlah bermakna pegawai-pegawai agama ini perlu mengintip dan mengintai orang-orang berkhalwat dari satu hotel ke satu hotel, untuk membuat serbuan dan penangkapan.

Apa yang dimaksudkan dengan mesti dilihat oleh empat orang saksi bererti pasangan itu melakukan zina bukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sengaja melakukan zina di depan orang ramai.

Kalau berzina di tempat awam tanpa berselindung, ini seolah-olah mereka mahu mencabar hukum Tuhan, mereka itu sudah berperangai seperti binatang, malah lebih hina lagi dan memang layak kalau mereka direjam saja.

Umpama murid yang membuat kesalahan menghisap rokok. Tentu tidak sama kalau mereka menghisap rokok secara sembunyi-sembunyi dalam tandas dengan menghisap rokok di depan murid lain dan di depan guru secara terang-terang. Kalau murid ini menghisap rokok secara terang-terang, ini seolah-olah sudah mencabar guru disiplin yang menjaga undang-undang sekolah supaya sentiasa dipatuhi. Sudah tentu guru tidak akan teragak-agak untuk membuang murid itu dari sekolah.

Tetapi jika masyarakat kita terutamanya wanita telah dapat menerima dengan hati terbuka amalan poligami, maka tidaklah salah kalau kita giat menyerbu dan menangkap orang-orang yang berkhalwat di hotel-hotel kalau mereka masih mahu juga melakukannya. Malah saya yakin, mereka yang ditangkap khalwat dalam situasi begini, tidak akan lari dan tidak berasa malu kalau mereka dicekup, mereka memang melakukannya kerana menurutkan nafsu jahat mereka semata tanpa mahu berkahwin. Walhal ketika itu amalan poligami telah diterima masyarakat dan proses perkahwinan telah dimudahkan.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...

hem sy kurang stuju dgn pendapat ANDA tntang hentikan tngkapan khalwat..kita sebagaiumat islam dah tahu berdua-duaan antara lelaki n prempuan bukan mahram tu haram jadi kenapa perlu berdua-duaan??perlu kehotel takut ade org nmpak??ini menunjukkan y mereka tahu perbuatan mereka tu pon da salah.so sbg umat islam n khalifah di muka bumi ni kite kena la amal ma'ruf wa nahyu anilmungkar. iaitu MENYURUH KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN. bile adenya pencegahan seperti tangkap khalwat dan sebagainya ia menjadi satu faktor yang dpt mencegah umat islam ni dari melakukan perkara yang x elok ni.bayangkan jika khalwat,zina ni dibiarkan tanpa ade penguatkuasaan alamatnya semua orang berani buat maksiat.

2) mcm kita tau byk sgt punca berlakunya kes khalwat n sbgainya, banyak ceramah motivasi buku2 yang mewar2kan ape y haram n ape y halal.n sebagai umat islam kita wajib tau semua tu.perkara utama mencegah dari melakukan perkara mcm ni ialah dgn kesedaran diri .klo x sdr jugak biarlah pihak jbtn agama y sedarkan.

3)orang y ditangkap khalwat kali pertama akan berasa gerun utk buat mcm 2 lagi lepas tu.klo y x sedar2 jugak kita hanya mmpu berdoa agar mereka diberi hidayah.so kesan dari apa y dicegah jabatan agama ni berbaloi la kan?bkn perkara sia2 je.bkn just tngkaap n lepas tp diberi kaunseling..didedahkan tngtg haram perbuatan mereka 2.jadi jgnlah kita cuba utk hnya berdiam diri n melihat zina mkasiat semakin berleluasa di akhir zaman ni..

sekian pendapat sy insan y lemah n kerdil disisiNYA..wallahualam

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com