Buat renungan saudara-saudara ku yang memilih wadah keganasan dalam perjuangan:
"Bukanlah tujuan Nabi itu diturunkan untuk membunuh manusia kafir tetapi adalah untuk mengeluarkan manusia dari kekafiran".

Tuesday, March 26, 2013

PRU13, bukan sekadar pertarungan antara Anwar dan Najib


Tahun 2013 dan pilihanraya umum ke 13 merupakan peristiwa yang sangat bermakna dalam menentukan halatuju besar Negara kita Malaysia.

Tahun 2013 ini mata dunia akan tertumpu kepada Malaysia sepertimana sebelum ini fenomena Arab Spring telah menarik perhatian dunia.

Pakatan pembangkang atau yang kita kenali sebagai Pakatan Rakyat, tidak boleh lagi dianggap sebagai pembangkang yang lekeh. Sebaliknya, setelah melihat perkembangan kerajaan negeri selama 5 tahun di bawah Pakatan Rakyat, rakyat sudah mula yakin, Pakatan Rakyat memang ada kebolehan untuk mengambil alih kepimpinan Malaysia dari UMNO.

Kemenangan Pakatan Rakyat bukan sahaja akan menukar wajah kepimpinan Negara kita tetapi lebih dari itu, akan berlaku anjakan baru yang akan melenyapkan order lama yang membosankan.

Selama ini masa kita terlalu tertumpu dan masa banyak dihabiskan kepada masalah titik bengik, masalah terlalu menjaga kepentingan kaum, masalah korupsi dan masalah menggunakan kuasa untuk menimbunkan kekayaan.

Sudah tepat pada masanya kita rakyat Malaysia tidak boleh bertolak ansur lagi dan membiarkan amalan buruk ini terus membarah yang akan ‘merugikan’ Negara kita. Tanpa kita sedari, Korea Selatan yang satu masa dulu ketinggalan di belakang kita dari sudut pembangunannya, kini telah jauh di depan meninggalkan kita. Indonesia, jiran yang mundur sedekad yang lalu, sedang belari pantas sebaik sahaja mereka melalui reformasi demokrasi.

Kita juga di Malaysia perlu bertukar untuk mendapat pandangan yang baru, pandangan kita sepatutnya bukan lagi tertumpu kepada kaum saja tetapi kepada semua rakyat Malaysia, yang akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk memacu Negara ini kearah yang lebih maju dan sejahtera.

Pemimpin-pemimpin UMNO sangat gentar dan cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Memang ada sebab kuat untuk mereka berasa cemas. Tidak ada beza cemas mereka itu seperti mana cemasnya Suharto, Gadafi dan Hosni Mubarak menghadapi kebangkitan rakyat di suatu masa dulu.

Anwar Ibrahim telah dilihat seperti ‘hantu’ yang sangat menakutkan pemimpin UMNO. Apa saja mala petaka yang menimpa akan disalahkan kepada Anwar. Bayang-bayang Anwar sentiasa menghambat ke mana saja mereka berada.

Anwar dituduh sebagai agen asing, agen Amerika, agen Yahudi dan berbagai agen lagi. Tetapi kepada rakyat, Anwar adalah agen perubahan. Rakyat telah meletakkan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim untuk melakukan perubahan, yang diharapkan untuk membawa rakyat keluar dari cara politik UMNO yang membosankan.

Tahun 2013 ini adalah peluang baik untuk semua rakyat Malaysia melakukan perubahan. Tahun 2013 adalah tahun Malaysia. Marilah kita lenyapkan parti politik yang berasaskan kaum yang terakhir berkuasa di dunia ini. Marilah kita membina suasana politik baru, politik matang, yang jauh dari politik yang bersifat kebudak-budakan.

Kita tidak mahu lagi bercakap pasal orang Melayu, pasal orang Cina, pasal India, pasal Kadazan, pasal Bajau dan pasal Sulu yang tak pernah habis-habis dan tidak sampai kemana itu. Sebaliknya kita mahu bercakap pasal rakyat Malaysia, pasal hendak memberi kehidupan yang selesa kepada semua rakyat, menyediakan keperluan mereka dengan sebaik mungkin. Rakyat bukan lagi bersaing dan bersikap jatuh menjatuh, sebaliknya bantu membantu demi keuntungan semua dan kemajuan Negara.

Undi anda sangat penting dalam membuat perubahan pada tahun 2013, jika kita tersilap undi, mungkin peluang terbaik ini tidak akan temui lagi buat selamanya. Pilihanraya kali ke 13 ini bukan sekadar pertarungan antara Anwar dan Najib, tetapi pilihanraya yang akan mengubah budaya dan lanskap politik tanah air.

Inilah peluang terbaik kita untuk mengubah politik yang membosankan ini, politik yang hanya menjaga kepentingan kumpulan elit dalam tiap-tiap kaum, politik yang tidak berlandaskan demokrasi yang murni, pilihanraya yang kotor, berat sebelah dan tidak bebas.

7 comments:

Anonymous said...

UNDILAH BN.... :D

Anonymous said...

BN :)
andai kata kalau PR yg pgg, so siapa yg akan jd pm nye nnt? PAS ke KEADILAN? haa. Tak rasa ke dorang akan gaduh untuk rebut kuasa tu pulak. Lagi brpecah belah nanti. Tgk ler.

Anonymous said...

PR :)
Habis tu org dalaman BN tak gaduh nak rebut jadi menteri? dalam benak fikiran ahli MCA/ MIC igt tak nak jadi menteri ke?

Anonymous said...

I choose for BN...Anwar tu bak kata statement admin menghantui... memang dia tu 'hantu' bertopengkan manusia dah pun...kacau bilau negara kalau PR menang..Kalau BN menang dah tau dah sapa PM nyer...Kalau PR menang, Lim ke jadi PM ke Hj. Hadi ke hantu tadi?? Pandai2 lah vote...

Anonymous said...

Agenda DAP yg perlu orang MELAYU tahu bila mereka ke Putrajaya..

1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.

2. Agama Rasmi Kristian.

3. YDPA / YDPN perlu dilantik dari kalangan bukan Melayu.

4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.

5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta
perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tidur dipagi hari.

6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.

7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).

8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.

9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.

10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajar hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga agama islam diajar di sekolah maka subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.

14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.

15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.

16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.

17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.

18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.

19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.

20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.

21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.

22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.

23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.

24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.

27. DEB akan dimansuhkan.

28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).

29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.

* Sumber dari BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman

Lebih baik sokong kerajaan drpd kena buang dengan negara sendiri.

Anonymous said...

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan izin, limpah rahmat, hidayah dan inayahNya. Dengan izin Allah jua, saya penuh keyakinan akan mengundi Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013.

Anonymous said...

utk ugama ku bngsa ku,saya mengundi BN,ranting yg rosak kena d potong,in sha ALLAH,ranting yg baru akan tumbuh elok,daripada tebang pokok,sementara pokok yg lain belum tentu baik untuk tempat berteduh.. :')

Boikot Barangan Yang Membiayai Kekejaman Israel

my playlist


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com