Saya sangat menghormati dan menyokong parti DAP dalam
memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia mereka untuk mendapatkan hak samarata
bagi semua warga Malaysia tanpa mengira kaum melalui saluran demokrasi tanpa
menggunakan senjata dan kekerasan.
Saya juga sangat menghormati dan menyokong parti PAS dalam
memperjuangkan negara Islam melalui saluran demokrasi, bukan menggunakan
pedang.
Islam diturunkan melalui NabiNya dengan berbekalkan Quran
berbentuk buku, hujah dan lidah nabi adalah kekuatannya.
Itulah demokrasi, memberi ruang kepada semua orang untuk
memperjuangkan apa saja isu yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan memberi ruang
untuk menyampaikan agenda mereka kepada orang ramai. Kejayaan perjuangan mereka
itu bergantung kepada sokongan orang ramai kepada mereka yang akan ditentukan
dalam pilihanraya. Inilah kaedah yang terbaik, tidak melalui pertumpahan darah,
tiada kekerasan dan tidak menyusahkan orang ramai.
Tetapi sistem demokrasi hanya akan berkesan dan berfungsi
dengan baik jika ruang kebebasan bersuara dan berhujah tidak disekat dan
pilihanraya dilaksanakan dengan bebas, telus, adil dan bersih.
Tidak ada gunanya kalau ada pihak ingin memperjuangkan
sesuatu isu atau agenda melalui sistem demokrasi, tetapi demokrasi yang
digunakan tempang. Akhirnya perjuangan itu tidak akan sampai ke mana.
Bagaimana mungkin isu dan agenda yang hendak di bawa oleh
sebuah parti politik itu boleh sampai dan difahami oleh orang ramai kalau kebebasan
bersuara disekat. Tidak diberi peluang untuk disampaikan melalui media perdana.
Lihatlah media perdana di Negara kita, walaupun sebahagian
besarnya dibiayai dari wang Negara dan wang rakyat tetapi ia telah menjadi alat
kempen dan propaganda parti pemerintah, di samping menjadi alat
memburuk-burukan parti pembangkang.
Kalau di negara-negara maju seperti Britain, penyalahgunaan harta awam untuk kempen dan propaganda parti pemerintah, sudah cukup untuk membuatkan mereka kalah dalam pilihanraya.
Kalau di negara-negara maju seperti Britain, penyalahgunaan harta awam untuk kempen dan propaganda parti pemerintah, sudah cukup untuk membuatkan mereka kalah dalam pilihanraya.
Kepincangan demokrasi ini menyebabkan rakyat hanya dapat
maklumat tentang agenda parti pemerintah sahaja. Sedangkan ruang kepada
parti-parti politik pembangkang sangat terbatas kepada media baru dan
ceramah-ceramah. Oleh itu tidak hairanlah kalau UMNO telah berjaya mengekalkan
kuasanya terus menerus memerintah Malaysia selama lebih 55 tahun kerana rakyat
tidak diberi peluang untuk mendengar hujah-hujah dari parti pembangkang.
Lebih memalukan lagi, Menteri Komunikasi Datuk Rais Yatim
telah mempelawa Pakatan Rakyat menyiarkan rakaman manifesto pilihanraya mereka
di RTM untuk selama 10 minit. Tingkah Rais Yatim ini betul-betul menghina
prinsip demokrasi. Bercakap seperti seorang yang jahil tentang demokrasi.
Tidakkah dia ingat, bagaimana marahnya dia dengan RTM dan TV3 semasa dia
menjadi pembangkang dalam parti Semangat 46 dulu? Masihkah dia ingat lagi
bagaimana dia sendiri yang memikul alat pembesar suara semasa mahu memberi ceramah
di kawasan penempatan di belakang Mah Fah Sawmill di Paroi menghentam Mahathir
di satu masa dulu? Tetapi ucapan Rais Yatim di masa itu diibaratkan oleh orang
ramai seperti ‘katak ngomping’ saja.
Sangat jelas parti-parti politik yang bertanding di Malaysia
bertanding secara berat sebelah atau bertanding di atas lantai yang tidak sama
tinggi. Selain dari itu parti pemerintah juga didakwa telah melakukan berbagai ‘penipuan’
dalam pilihanraya.
Oleh kerana parti pemerintah bertanding dalam suasana berat
sebelah, maka mereka tidak boleh dikatakan menang kalau tidak dapat memperoleh
undi melebihi 60% dari jumlah undi.
Perjuangan politik parti-parti pembangkang hanya akan
menjadi sia-sia dan selamanya tidak akan berjaya kalau sistem demokrasi dan
pilihanraya di Negara ini tidak dipulihkan dan diletakkan di atas landasannya
yang betul.
Untuk pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan beberapa
hari lagi ini, ketepikanlah dulu buat sementara Malaysian Malaysia,
ketepikanlah dulu Negara Islam. Sebaliknya fokus utama kita sekarang yang lebih
penting ialah memulihkan sistem demokrasi dan pilihanraya Negara ini supaya
berada di atas landasan dan berfungsi dengan betul.
Tidak ada guna kita bercakap tentang Negara Islam dan
Malaysian Malaysia melalui saluran demokrasi, tetapi demokrasi di Negara kita
ini telah tidak dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu marilah kita bermula dengan memperbaiki dan
memulihkan demokrasi Negara kita dahulu, dan selepas itu barulah kita boleh
bercakap tentang apa saja.
Jadikanlah tahun 2013 ini tahun pemulihan demokrasi di
Malaysia. Undilah parti apa saja, jangan pedulikan agenda mereka, yang penting
kita undi untuk demokrasi, untuk masa depan kita dan anak-anak kita.
12 comments:
Bodoh. DAP mahu tarik hak meLayu pun melayu sorang ni sokong. Tak payah DAP pegang kuasa dah nyata bangsa lain mengatasi org melayu. Melayu bodoh kau ni. Sombong bongkak dah hilang hak, org mcm kau lah paling bising nanti. Now senang sikit nak mintak hak sesama. I bet on my life org melayu masih belum dapat lawan bangsa lain especially dr segi ekonomi.
Now u senang because of hak melayu yg diperjuangkan oleh barisan umno dr merdeka dulu. Mana bangsa lain bila kita pergi perang menuntut kemerdekaan. Mana bangsa lain d lahat datu. Datang lahat datu masa kecohan dahulu.... semua cina lari keluar dr lahat datu. Melayu mudah lupa.
U belum bersaing dgn cina bos... bagi u satu contoh.... dulu I kerja d sebuah firma yg cina dan Mat salleh jadi bos....hr pun cina....direct bos I cina. Bila mahu naik pangkat I tak boleh naik dgn alasan I melayu islam. Yg lebih sedih nya d negara sendiri yg juga agama resmi nya agama islam...
Let it be sama rata sikap biadap org cina akan lebh nyata. Even sekarang u tengok iklan kerja kat KL
Cina gaji RM1200 lain lain RM800 and some must speak mandarin.
Purata org melayu senang mcm u berapa besar bro......Jangan jangan anak cucu u jadi hamba bangsa lain satu hari nanti. Dunia ni bulat now u senang u nak equal later on u susah atau anak cucu u susah baru u nak kembali kan hak melayu u terlambat bro.......Sedar lah sekarang bro......sebelum terlambat.
BN u kata kotor....takpe At least banyak org melayu kaya and dia pertahan kan hak melayu.
Equal berapa anak melayu boleh gi ipta.......bukak mata dan telinga u besar besar ......anak cina
Dapat straight A belum dapat jamin tempat kat ipta. Sebab kita ada hak melayu. Jika hak ini d ketepikan i ingat seluruh malaysia ni 5% aja anak melayu dapat masuk ipta.
I REALLY HOPE YOU ROT IN HELL. ALLAHUAKBAR! Nama u patut tukar gi Wong Aliat usop dr beijing.
Comment mcmni memang patut u lempar kat wong aliat usop bro........good job.
Nasihat kepada wong aliat usop........sedar lah Sokonglah Umno at least ya parti org melayu dan islam mcm kau. Wong aliat usop kembali lah jadi ALIAS MOHD YUSOP.
satu ja pada tuan blog.. kesian..
Rasullullah mengutamakan kaum quraisy.. malah S.Ali pernah berkata Demi Allah jika aku memiliki kunci syurga nescaya aku memasukkan bani umayyah kedalamnya.. tak perlu hipokrit.. DAP tu betulka bukan perjuang satu bangsa sahaja..kalau macamtu bertandingla tempat majoriti melayu biar PAS bertanding tempat majoriti cina..
aku nak tanya ekau ni ngaji sampai mana.. level pemikiran tahap sekolah rendah.. tak salah nak sokong sesiapa pun.. tapi bagilah hujah yang konkrit kenapa kau menyokong..
Sy xsokong dap kerana dap lah tanah saya tergadai di penang.. anda cuma baca apa yg ditulis dalam akhbar keadilan / harakah tapi anda xpernah rasa apa yg sebenarnya berlaku
..dap buat masa sekarang baik dihadapan tetapi sedikit demi sedikit dap ambil hak melayu.. saya sedih dengan apa yg terjadi..
Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan izin, limpah rahmat, hidayah dan inayahNya. Saya dengan penuh keyakinan akan mengundi Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013 :)
ya..mmg betul,runtuh ny umno,maka runtuh lah islam di malaysia ini,sapa bleh jamin islam akan brkembang spt skg klau umno xda,PAS usaha lebih lagi,DAP,jgn harap...
Sy ade terbaca komen "DAP tu betulka bukan perjuang satu bangsa sahaja..kalau macamtu bertandingla tempat majoriti melayu biar PAS bertanding tempat majoriti cina.."
Meh nak habaq mai. Tmpt sy ade 2 parti betanding. BN dan PR. BN calon dia cina. PR calon dia melayu. ofcoz la Islam. Tmpt sy tu majoriti org cina. So guess what?? PR meang weyhh.. So tak wujud lah masalah MELAYU CINA INDIA. Kami rakyat bukan mengundi parti PAS, DAP atau PKR tetapi mereka mengundi Pakatan Rakyat.
Harap anda semua sedar dari penipuan yg telah dilakukan oleh parti pemerintah yg sgt anda sayangi itu. HUH
Klu kerajaan tipu alias ni mmbaca pun tk reti agaknya....mungkin dulu dia sek swasta....tk pernah terima bantuan kerajaan...gaji guru pun dia bayar sendiri agaknya...pk lah pembangkang dulu dari parti mana? Bsyukurlh....jd lah umat yg bsyukur...
Post a Comment