Dalam ucapan perasmian perhimpunan sayap UMNO malam tadi (29/11/2011) yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik perdana, Muhyiddin cuba menakut-nakutkan orang Melayu supaya menolak parti pembangkang (PR).
Menggunakan taktik menakut-nakutkan adalah satu teknik yang berkesan dalam strategi memenangi pilihanraya, dan ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh parti UMNO.
Memulakan ucapannya dengan mencela perbuatan fitnah, beliau menuduh parti pembangkang suka membuat fitnah dan bekerja lebih masa untuk mereka-reka fitnah, kemudian beliau pula secara semborono menabur fitnah kepada DAP, PKR dan PAS dalam ucapannya. Umpama paku dulang paku serpih.
Selanjutnya Muhyiddin mengingatkan atau memberi amaran keras, Melayu akan kehilangan kuasa kalau orang-orang Melayu tidak bersatu menyokong UMNO. Tetapi betulkah Melayu akan hilang kuasa? atau golongan elit dalam UMNO dan cukong-cukongnya yang akan hilang kuasa dan hilang projek?
Muhyiddin bukan seperti memberi ucapan perasmian sayap UMNO, tetapi lebih kepada ceramah kempen pilihanraya untuk parti UMNO walaupun waktu kempen belum bermula lagi. Beliau menggunakan media perdana untuk berkempen parti UMNO, apakah media perdana ini dibiayai oleh wang UMNO? Kalau di England sudah lama parti semacam ini bungkus kerana menyalahgunakan harta rakyat untuk berkempen.
Tambah beliau lagi, institusi agama dihina kalau UMNO tidak lagi berkuasa. Betulkah agama Islam menjadi mulia sebab adanya institusi agama ini? Sebaliknya institusi agama yang ada sekarang inipun seperti menurut telunjuk UMNO saja. Orang Melayu hanya merujuk institusi agama ini sebagai jabatan nikah kawin dan jabatan menangkap orang berkhalwat di hotel bajet saja.
Apapun dalam ucapan itu, Muhyiddin sendiri mengakui telah berlakunya tsunami politik, dan senerio atau lanskap politik Malaysia telah berubah semenjak 2008. Lantaran itu Muhyiddin cuba menakutkan pewakilan UMNO bahawa pilihanraya umum akan datang adalah pilihanraya yang akan menentukan hidup atau mati UMNO. Kalau UMNO mati, terlepaslah segala projek yang mungkin akan dibalun oleh puak lain pula. Maka diserulah segala hulubalang untuk mempertahankan UMNO, masih adakah hulubalang UMNO? atau sekadar tinggal jembalang?
ELOK LA...
2 hours ago
1 comment:
betulkah org melayu ditakut-takutkan?
berbalik kpd sejarah penubuhan dan pembentukan malaysia,UMNO merupakan pertubuhan yg dibina hanya khas utk org melayu shj,ttp telah dibuka kpd kaum2 yg lain bg mgukuhkan lg prpaduan agar kemerdekaan dapat dicapai.stelah kmerdekaan diraih..org melayu masih lg dkekalkn hak keistimewaannya..tidakkah anda fikir mengapa?mengapa ianya masih dikekalkn?..semuanya bagi menjaga hak orang melayu..sudah terang lg bersuluh bahawa UMNO merupakan satu pertubuhan bg mnyelamatkn org2 melayu drpd kcundang disamping menjaga hak2 yg disediakn kpd kaum2 lain..cuba anda bygkan,politik negara dpegang oleh parti2 lain,hak keistimewaan tu x kan wujud lg..mahukah anda melihat org2 melayu menjadi hamba di tanah asal sendiri..???-sama2lah kita fikir2kannya..
Post a Comment